Friday, April 30, 2010

Ujian dan Zikrullah

Jumaat, 16 Jamadilawal 1431H ; SETIAP manusia pasti tidak terlepas daripada segala macam ujian dan dugaan hidup. Selagi bergelar insan yang berada di atas muka bumi ini, cabaran itu sebenarnya adalah untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran serta keimanan seseorang hamba.

Allah berfirman : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sdangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." ( Surah Al-Ankabut: 2-3).

Ujian juga merupakan satu filter daripada Allah SWT, untuk Dia menguji keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya. FirmanNya: "Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu" [Surah Muhammad, 47: 31].

Dialah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat).” (Al-Mulk: 2)

Manusia yang sabar diuji tidak sesekali menyalahkan takdir kerana Allah Maha Adil untuk menzalimi manusia. FirmanNYa :“……dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.” (Fussilat: 46)

Justeru itu segala ujian daripada Allah S.W.T ini haruslah kita tempuhi dengan penuh kesabaran agar ianya dapat mendekatkan kita kepada-Nya dan menerima segala limpah rahmat-Nya. Firman Allah S.W.T.:“ Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.” ( Al-Baqarah (2) : 157 )

Rasulullah s.a.w pernah di tanya: “ Ya Rasulullah, siapakah yang paling keras mendapatkan ujian?”Baginda menjawab: Para Nabi dan pengikut-pengikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agama, jika kadar beragamanya kuat maka ujiannya semakin keras. Jika kadar beragamanya lemah maka dia diuji sesuai dengan kadar agamanya. Seorang hamba akan sentiasa diuji sampai dia akan dibiarkan berjalan di muka bumi tanpa membawa dosa kesalahan." – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi (no: 2322)

Ujian Allah itu terdapat dalam pelbagai bentuk, ada yang berbentuk kesenangan, kesusahan, kesakitan, kesempitan masa, harta, keluarga kita dan sebagainya. Allah menguji menusia mengikut tahap keimanan dan ketawqaan kita kepadaNya. Pelbagai musibah alam seperti banjir, tsumani, gempa bumi, tanah runtuh dan lain-lain yang dihadapi kita hari ini juga merupakan ujian Allah SWT untuk kita bertanyakan kepada diri sendiri apakah kita daripada kalangan manusia yang sabar atau sebaliknya.
Manusia adalah makhluk paling sempurna ciptaan Allah SWT. Melalui kombinasi roh, jasad, akal dan fikiran menjadikan manusia khalifah yang mentadbir alam ini mengikut peraturan Penciptanya. Kesempurnaan ciptaan menyebabkan manusia lebih hebat berbanding makhluk-Nya yang lain.

Ini diakui melalui firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam, dan Kami telah beri mereka menggunakan pelbagai kenderaan di darat dan laut, dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka daripada benda yang baik-baik serta Kami lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk yang Kami ciptakan.” (Surah al-Isra’, ayat 70)
Keupayaan manusia sebagai khalifah memerlukan kepada beberapa kekuatan dan tumpuan kali ini akan memfokuskan kepada kekuatan emosi dan jiwa sebagai salah satu faktor penting kejayaan manusia meneruskan tanggungjawabnya untuk memakmurkan alam ini. Sesungguhnya kekuatan dalaman juga penting sebagai benteng pertahanan kukuh dalam menghadapi apa juga rintangan hidup. Allah SWT memberi jaminan beruntungnya manusia yang menjaga dan menyucikan hati serta kerugian mereka yang mengotorinya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).” (Surah al-Syams, ayat 9-10)

Kemewahan juga adalah ujian begitu juga kesusahan dan kesedihan. Justeru, Islam mengatur kehidupan manusia bagaimanakah kaedah yang sepatutnya diamalkan dalam menghadapi ujian hidup. Zikrullah atau berzikir mengingati Allah SWT salah satu alternatif ke arah pembersihan dan ketenangan jiwa daripada segala macam kekalutan dan sifat mazmumah.
Zikrullah yang dimaksudkan ialah mengagungkan Allah SWT, menyebut kalimah Allah SWT, mengucap tasbih, tahmid dan takbir serta melakukan pujian kepada-Nya. Termasuk dalam istilah zikrullah ialah mengerjakan solat, berdakwah, menghadiri majlis ilmu dan membaca al-Quran. Ini bererti seseorang hamba Allah SWT perlu dan mesti melakukan perkara itu bagi memenuhi ciri zikrullah sebenar.

Zikrullah adalah penawar hati paling mujarab dalam memberi ketenangan jiwa bagi mengubat keresahan diri. Ini terbukti melalui firman Allah SWT yang bermaksud: “Orang yang beriman itu tenang dan tenteram hati dengan zikrullah. Ketahuilah bahawa dengan zikrullah itu akan tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d, ayat 28)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Zikrullah itu adalah penawar bagi hati.” Sesungguhnya zikir itu boleh dilakukan melalui beberapa keadaan sama ada zikir secara bersendirian mahupun berjemaah atau berkumpulan, melalui lisan mahupun dengan hati.
Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Azkar ada menyatakan mengenai mengingati Allah SWT dengan lisan atau hati bahawa ia adalah zikir yang paling afdal. Zikir dengan lisan adalah dengan menyebut nama Allah SWT berulang kali, menyebut sifat-Nya atau melafazkan puji-pujian kepada-Nya. Zikir dengan hati pula ialah menghadirkan kebesaran, keagungan, kehebatan, kemuliaan dan kesempurnaan Allah SWT dalam diri dan jiwanya sehingga hati itu menjadi sentiasa sibuk dengan mengingati Allah SWT.
Seseorang yang lidahnya sentiasa basah dengan mengingati Allah SWT akan mendapat beberapa manfaat antaranya;
  • Membersihkan hati daripada sifat mazmumah.
  • Melembutkan hati sehingga dapat melihat kebenaran yang datang daripada Allah SWT.
  • Berasa betapa dekatnya diri dengan Allah SWT sehingga apabila berhadapan dengan pelbagai musibah, pergantungannya hanya kepada Allah SWT.
  • Meningkatkan mutu amalan kepada Allah SWT.
  • Memelihara diri daripada gangguan syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan manusia daripada mengingati Allah SWT.
  • Menjadi penawar kepada hati yang sering gundah gulana, keluh kesah dan tidak tenteram.

Menghadiri majlis ilmu sama ada berbentuk kuliah, ceramah, seminar atau bengkel turut termasuk dalam kategori zikrullah malah disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai satu daripada taman syurga. Baginda SAW bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Umar yang bermaksud: “Apabila kamu melalui taman syurga, maka hendaklah kamu singgah dan ambil perhatian. Sahabat bertanya, apakah dia taman syurga itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab ia adalah halaqah (majlis) zikir. Sesungguhnya Allah menghantar utusannya yang terdiri daripada malaikat mencari majlis zikir dan apabila malaikat melihat dan berjumpa dengannya, mereka saling menyebut perkara itu sesama mereka.”

Rasulullah SAW ada menyebut bahawa malaikat akan turut serta duduk di dalam majlis zikir yang diadakan sehingga mereka merendahkan sayap menaungi mereka yang menghadirinya. Allah pula akan menurunkan rahmat dan ketenangan kepada ahli majlis zikir dan apabila mereka selesai, hati mereka dipenuhi cahaya lantaran menerima percikan pancaran nur Ilahi.

Solat adalah zikrullah seperti dijelaskan Allah SWT dalam firman yang bermaksud: “Dirikanlah solat untuk mengingatiKu.” (Surah Toha, ayat 14) . Solat adalah zikir paling afdal mesti menghiasi individu yang mengaku kasih dan cintakan Allah SWT. Sesungguhnya seseorang yang istiqamah dalam mengerjakan solat, dialah yang hampir dengan Allah SWT. Sesiapa yang lalai daripada mengingati Allah SWT melalui solat, sesungguhnya hati dan jiwanya kosong.

Membaca al-Quran juga zikir yang paling mulia kerana ia adalah kalam Allah SWT atau kata-kata Allah SWT. Maka apabila seseorang membaca al-Quran, dia sebenarnya menuturkan kata-kata Allah SWT dan itu adalah gambaran betapa hampir dirinya dengan Allah SWT. Seseorang individu Muslim hendaklah membaca al-Quran setiap hari supaya hatinya tidak kosong tanpa roh. Apabila membacanya, maka dalam masa sama, pembacanya akan mengingati Allah SWT. Apabila seseorang berhadapan dengan kesulitan, zikrullah alternatif dalam menyelesaikan segala masalah.

Menjalankan kerja-kerja dakwah juga merupakan zikirullah yang besar kerana ia merupakan kerja-kerja yang dibuat oleh Nabi-nabi untuk menyampaikan kalimah Allah dan syariatNya. Dengan menyampaikan kalimah Allah dan syariatNya setiap hari kepada setiap manusia maka kalimah ini akan masuk ke dalam hati pendakwah dan menambahkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah di samping menuntut dan membentuk sifat kesabaran yang tinggi.

Inilah sebenarnya kekuatan dalaman atau faktor utama keteguhan emosi dalam mengharungi segala macam pancaroba hidup. Semoga hati akan menjadi tenang dan segala urusan kehidupan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Tindakan menyalahkan takdir atau meletakkan kesalahan kepada orang lain perlulah dielakkan kerana ini bukan sifat orang yang beriman dan tawaduk.

Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang memiliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah! Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya?” [Yunus 10: 31]

Wednesday, April 28, 2010

Hadis : Kasih dan Marah Allah

Rabu, 14 Jamadilawal 1431H : Penghuni langit akan mengasihi seseorang apabila Allah mengasihinya dan sebaliknya penghuni langit akan marah kepada seesorang apabila Allah murka terhadapnya. Alangkan beruntungnya jika kita dikasihi Allah dan juga penghuni turut mengasihi kita dan alangkan malangnya jika sebaliknya. Semuga hadis dibawah menjadi panduan dan renungan kita.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " إِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ عَبْدًا دَعَا جِبْرِيلَ، فَقَالَ: إِنِّي أُحِبُّ فُلَانًا فَأَحِبَّهُ، قَالَ: فَيُحِبُّهُ جِبْرِيلُ، ثُمَّ يُنَادِي فِي السَّمَاءِ فَيَقُولُ: إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ فُلَانًا فَأَحِبُّوهُ، فَيُحِبُّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ، قَالَ: ثُمَّ يُوضَعُ لَهُ الْقَبُولُ فِي الْأَرْضِ. وَإِذَا اللَّهُ أَبْغَضَ عَبْدًا، دَعَا جِبْرِيلَ فَيَقُولُ: إِنِّي أُبْغِضُ فُلَانًا فَأَبْغِضْهُ، فَيُبْغِضُهُ جِبْرِيلُ ثُمَّ يُنَادِي فِي أَهْلِ السَّمَاءِ: إِنَّ اللَّهَ يُبْغِضُ فُلَانًا فَأَبْغِضُوهُ، قَالَ: فَيُبْغِضُونَهُ، ثُمَّ تُوضَعُ لَهُ الْبَغْضَاءُ فِي الْأَرْضِ".

رواه مسلم (وكذلك البخاري ومالك والترمذي)

TERJEMAHAN HADITH :

Dari Abi Hurairah R.A. dia berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W: " Sesungguhnya apabila Allah S.W.T mengasihi sesaorang hamba maka Dia akan memanggil Malaikat Jibril seraya berfirman kepadanya: “Sesungguhnya aku mengasihi si fulan (sesaorang) maka hendaklah kamu juga mengasihinya! Kemudian Malaikat Jibril menyeru di langit dengan berkata: Sesungguhnya Allah mengasihi si fulan maka hendaklah kamu semua mengasihinya! Kemudian Rasulullah menyatakan: Dengan itu orang yang dikasihi tersebut akan diterima dan dikasihi di muka bumi.
Dan sesungguhnya apabila Allah marah kepada sesaorang, Dia akan memanggil Malaikat Jibril dan berfirman kepadanya: “Sesungguhnya Aku memarahi si fulan maka maka hendaklah kamu memarahinya. Lalu Malaikat Jibril memarahi si fulan tersebut seraya berseru kepada penduduk langit dengan berkata: Sesungguhnya Allah terusnya menyeru penduduk langit: Sesungguhnya Allah marah kepada Si pulan maka hendaklah kamu semua memarahinya. Kemudian Rasulullah menyatakan: Kemudian semua penduduk langit memarahinya dan jadilah dia orang yang dibenci dan tidak diterima di muka bumi
." (Hadith riwayat Muslim, Bukhari Dan Tarmizi)

Pengajaran hadith:
  1. Manusia perlu mencari kasih dan ridha Allah semasa hidup mereka di dunia.
  2. Kasih dan ridha Allah adalah penyebab kepada kasih dan ridha makhluk di langit dan di bumi.
  3. Perlu kita mencari dan mengetahui sebab-sebab kasih dan marah Allah kepada hamba-hambanya.
  4. Melakukan yang disuruh dan meninggalkan yang ditegah akan menjadi penjana kasih Allah.
  5. Meninggalkan yang disuruh dan melakukan yang ditegah adalah penyebab murka dan marah Allah kepada hambanya.
  6. Kasih manusia seperti ibu, suami dan isteri adalah di tempat ke tiga setelah kasih kepada Allah dan Rasul.
  7. Manusia yang kasihnya kepada makhluk (keluarga, pangkat mahu pun harta) mendahului kasihnya kepada Allah dan Rasul adalah manusia yang fasiq berdasarkan petikan ayat al quran.
  8. Orang yang tidak meletakkan kasih kepada Allah tidak akan ada minat untuk bertemu Allah dan dunia akan mengambil tempat menjadi kekasihnya.
  9. Orang yang tidak berminat untuk bertemu Allah maka apabila dia mati Allah juga tidak akan berminat untuk bertemu dengannya lalu nanti dia kembali kepada Allah dalam keadaan Allah membencinya, waliyaazubillah.
  10. Hidup berkasih-kasih sesama makhluk dengan mengikis penyakit iri hati, hasad dengki, tamak haloba, sombong dan meninggi diri yang bersarang di hati adalah penggerak utama menuju kasih dan cinta Allah yang abadi.

Monday, April 26, 2010

Kisah Raja Thalut Dalam Surah Al Baqarah 246-252

Isnin, 12 Jamadilawal 1431H : Ringkasan kisah. Ayat-ayat Al Qur'an memberi gambaran kepada kita tentang keadaan Bani Israel dalam satu masa kehidupannya di tanah suci Palestina. Dimana saat itu mereka berada dalam masa-masa yang kelam; teraniaya dan menjadi tujuan penyerangan musuh-musuhnya. Sialnya, musuh-musuh mereka dapat mencuri "Tâbut"yang di dalamnya Allah telah memberikan perasaan tenang kepada mereka. Tabut itu merupakan satu-satunya peninggalan dari keluarga Musa dan keluarga Harun As.

Bani Israel sepenuhnya merasakan kehinaan dan penderitaan ini. Semua orang menderita, tak terkecuali para pemimpin mereka. Maka dalam diri mereka timbul niat untuk merubah keadaan ini, mereka memimpikan kemenangan. Mereka sudah bosan menjadi bangsa yang ditindas. Dalam pandangan mereka hanya ada satu jalan untuk meraih itu; perang sampai titik darah penghabisan.

Dari itu para pemimpin Bani Israel mendatangi Nabi mereka, mereka meminta dipilihkan seseorang diantara Bani Israel menjadi pemimpin perang, mampu memberikan kemenangan kepada mereka dan mengalahkan musuh-musuh Bani Israel.

Nabi mereka mengetahui ciri dari tabiat Bani Israel. Jika mereka diperintahkan untuk berperang, niscaya sebagian besar dari mereka tidak akan mau pergi ke medan perang. Nabi mereka menjawab: "mungkin saja jika kalian diwajibkan berperang, kalian tidak akan melakukannya?" perhatikan dialog yang dikatakan Nabi mereka, Al Qur'an mengisyaratkan pemahaman Nabi mereka kepada sifat-sifat dasar yang ada dalam diri Bani Israel.

Bani Israel menyanggah perkataan Nabi itu, lalu mereka berusaha meyakinkan bahwa mereka tidak akan lari dari medan perang jika perintah untuk berperang datang. Dan mereka memberi alasan bahwa yang menjadikan Bani Israel enggan berperang selama ini karena tidak adanya orang yang memimpin mereka. Alasannya lainnya yang mereka sampaikan kepada Nabinya, bahwa mereka sudah tidak kuat lagi menerima kondisi tertekan dan kekalahan yang selama ini mereka alami. Oleh karena itu mereka tidak mungkin lari dari peperangan.

Ketika mendengar penjelasan dan alasan yang logis dari umatnya, Nabi mereka segera berdoa kepada Allah untuk mengabulkan permohonan mereka. Allah mengabulkan keinginan Bani Israel, Ia mewahyukan kepada Nabi itu bahwa pemimpin yang mereka inginkan itu adalah Thâlut. Dialah pemimpin yang Allah pilih untuk menuju kemenangan yang diimpikan Bani Israel.
Tetapi apa yang terjadi? Bani Israel menolak Thâlut sebagai pemimpin mereka. Mereka menginginkan seorang pemimpin dari kalangan bangsawan Bani Israel seperti tradisi yang ada selama ini. Bukan Thalut yang hanya seorang rakyat miskin, dan tidak memiliki harta benda yang setara dengan para bangsawan. "Bagaimana mungkin ia menjadi raja kami, sementara kami lebih berhak untuk menjadi raja. Ia tidak punya harta benda yang banyak!" begitulah ucapan yang keluar dari Bani Israel.

Nabi mereka cukup terkejut dengan pernyataan itu, padahal mereka tidak meminta raja dari keturunan bangsawan. Maka dengan sabar Nabi menjelaskan kepribadian yang ada dalam diri Thalut. Bahwa ia adalah seseorang yang berhak menjadi raja yang layak bagi mereka dalam timbangan Tuhan, itu memang dibutuhkan rasa keimanan untuk menerimanya. Allah memilihnya diantara Bani Israel disebabkan Thalut memilili kelebihan yang menonjol dari ilmu pengetahuan dan kekuatan fisik yang memadai untuk menjadi panglima perang. Lalu apa yang menjadikan kalian (Bani Israel) menolaknya? Sesungguhnya Allah memberikan kekuasan kepada siapa yang dikehendakinya. Dengan penjelasan ini, Nabi mereka ingin mengalahkan logika yang ada dalam jiwa Bani Israel.
Oleh karena itu ia jelaskan kelebihan-kelebihan yang ada dalam diri Thalut dan terpilihnya Thalut atas kehendak Allah semata. Kemudian untuk menguatkan kata-katanya, Nabi mereka berkata, "sesungguhnya tanda-tanda ia akan menjadi raja bagi kalian adalah kembalinya Tabut kepada kalian yang dibawa oleh seorang malaikat."

Tabut yang telah hilang dicuri oleh musuh Bani Israel akan kembali kepada mereka. Tanpa ada peperangan dengan musuh-musuh Bani Israel. Allah telah mengutus seorang malaikat untuk mengambil Tabut itu dan membawanya kepada mereka. Ini merupakan bukti dan petunjuk bahwa Allah dan para malaikat meridhai Thalut sebagai pemimpin mereka. Janji yang diucapkan Nabi mereka benar adanya, tak lama kemudian seorang malaikat datang kepada mereka. Akhirnya Thalut menjadi raja Bani Israel dan memerintahkan mereka untuk bersiap-siap berperang.

Di tengah perjalanan menuju medan perang, Thalut yang kini menjadi pemimpin mereka memberi pesan bahwa Allah akan menguji mereka dengan sebuah sungai. "Ketika melewati sungai itu, jangan ada yang meminum airnya. Barang siapa meminumnya berarti ia bukan seorang prajurit yang patuh dan ia bukan dari golonganku. Dan barang siapa taat atas perintah Allah, maka ia akan tetap bersamaku." Thalut hanya membolehkan meminumnya seteguk saja dan diambil dari tangan. Sekedar menghilangkan rasa haus dan membahasi bibir yang kering.
Tetapi ketika mereka sampai ke tepi sungai, kebanyakan dari mereka melanggar perintah Thalut. Kecuali sedikit saja yang tetap setia kepada Thalut. Thalut mengambil inisiatif untuk meninggalkan mereka yang melanggar perintahnya, dan mengajak pasukannya yang sedikit untuk bergegas ke medan perang.

Saat tiba di medan perang, tentaranya yang sedikit itu merasa ngeri dan takut untuk melawan musuh-musuh mereka yang berjumlah besar. Pasukan musuh yang berjumlah besar itu berada di bawah kepemimpinan Jalut (Goliat). Pasukan Bani Israel berkata kepada Thalut: "Hari ini kami tidak ada kekuatan untuk melawan Jalut dan pasukannya. Dan kami tidak berani untuk berperang melawan mereka!" lalu mereka pun pergi meninggalkan medan perang. Tinggallah di sana Thalut dan beberapa orang saja dari tentaranya. Mereka yang tetap itu adalah orang-orang yang meyakini akan bertemu Allah, mengharap surga dan segala kenikmatannya.

Melihat kondisi seperti itu, Thalut memberikan kata-kata yang memberi ketenteraman kepada pasukannya: "Berapa banyak kelompok kecil sanggup mengalahkan kelompok yang lebih besar atas izin Allah! Dan Allah bersama orang-orang yang sabar." Saat memasuki peperangan Thalut berdoa kepada Allah dengan khusyu: "Wahai Tuhanku karuniakan kepada kami kesabaran, tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami dari orang-orang kafir." Allah pun berkenan memberikan pertolonganNya, Thalut dan pasukannya mendapat kemenangan.

Diantara "orang-orang sabar" yang tetap bersama Thalut adalah Nabi Daud As. Saat itu ia belum diangkat menjadi Nabi dan belum menjadi raja. Ia diangkat menjadi Nabi dan menjadi raja Bani Israel setelah peperangan ini. Dengan gagah berani ia maju kebarisan dimana Jalut berada dan kemudian membunuhnya. Dan setelah perang ini Daud diangkat menjadi raja Bani Israel dan dikurniai ilmu yang banyak.

Pasukan Thalut kembali ke negeri Palestina dengan kemenangan. Tetapi kemenangan ini tercoreng oleh sebagian pasukan Bani Israel, yaitu melanggar perintah Thalut dan lari dari medan perang.

II. Beberapa catatan yang menjadi pelajaran dalam kisah ini.
  1. Sebuah kelompok atau masyarakat perlu ada seorang yang memimpin. Ini untuk memudahkan pengaturan. Nabi Saw memerintahkan kita untuk menunjuk salah seorang menjadi pemimpin jika bepergian, walau jumlah kita hanya tiga orang.
  2. Kecerdasan firasat seorang Nabi merupakan bukti bahwa ia sanggup memahami karakter umatnya. Kemampuan firasat seperti ini biasanya dimiliki oleh orang-orang yang memiliki hati bersih, selalu dekat kepada Allah dan ikhlas berbadah kepadanya. Jadi ini merupakan pemberian dari Allah atas segala ibadahnya. Nabi Saw mengatakan: "Takutlah kalian kepada firasat seorang mukmin, karena ia melihat dengan cahaya Allah."
  3. Nama panglima musuh dalam Al Qur'an adalah Jalut, sementara dalam riwayat Israiliyat adalah Goliat. Dalam menentukan mana yang benar ada baiknya kita lebih mengutamakan pendapat Al Qur'an.
  4. Kepemimpinan diwariskan bukan dengan kekerabatan, teman dan hubungan keluarga. Tetapi dengan ilmu dan kekuatan.
  5. Dalam ayat didahulukan kata kekuatan ilmu daripada kekuatan fisik. Itu dimaksudkan kata Imam Ar Razy seorang ahli tafsir, bahwa kekuatan dalam jiwa dan akal lebih utama daripada kekuatan fisik. Sebagian ahli tafsir mengatakan, yang dimaksud dengan Thalut memiliki kekuatan fisik yaitu Thalut memang memiliki fisik paling kuat, tubuh tinggi besar dan wajah yang paling tampan.
  6. Thalut melarang pasukannya meminum air sungai padahal minum adalah sesuatu yang dibolehkan dalam agama. Ini merupakan bentuk pelajaran dari kepemimpinan, bahwa seorang pemimpin boleh memberi pelajaran kepada rakyatnya untuk menguji kepatuhannya

Friday, April 23, 2010

Berkasih Sayang Kerana Allah

Jumaat, 9 Jamadilawal 1431H : Sesungguhnya Allah itu maha Pengasih dan maha Penyayang. Oleh kerana itu Allah amat suka orang yang mempunyai sifat kasih sayang dan kasih sayang itu mestilah kerana Allah semata-mata. Banyak hadis Nabi tentang kasih sayang antaranya seperti berikut :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "إِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ: أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بجَلَالِي؟ الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلِّي"

رواه البخاري (وكذلك مالك)

Maksudnya : Dari Abi Hurairah R.A: Dia telah berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman pada hari Kiamat: “Di manakah mereka yang berkasih-sayang kerana keagungan Ku? Pada hari ini Aku akan lindungi mereka di bawah lindungan Ku pada hari yang tiada perlindungan lain melainkan perlindungan Ku”. (Hadith riwayat Bukhari dan Malik)

PENGAJARAN HADITH:-
  1. Susungguhnya Allah itu maha Pengasih dan Penyayang. Maka Allah suka mereka yang bersifat kasih sayang.
  2. Besar dan hebatnya kelebihan hidup berkasih sayang di antara satu sama kerana Allah semata-mata.
  3. Orang yang sentiasa berkasih sayang kerana mencari keredhaan Allah akan dilindungi oleh Allah pada hari yang tiada boleh memberi pelindungan melainkan Allah.
  4. Kasih sayang, suka, marah dan benci mestilah diasaskan kerana Allah s.w.t. dan kerana mencari ridhaNya.
  5. Orang yang berkasih sayang kerana Allah akan mendapat perlindungan Allah sementara orang yang berkasih sayang kerana dunia, shahwat dan hawa nafsu akan terlepas peluang mendapat perlindungan Allah.
  6. Benci- membenci dan sifat permusuhan bukan merupakan sifat seorang muslim mu’min yang cintakan Allah.
  7. Tiket untuk perlindungan Allah pada hari tu ialah di antaranya berkasih sayang kerana Allah dan bukan kerana yang lain.
  8. Berkasih sayang kerana Allah tidak sama dengan berkasih sayang kerana dunia dan makhluk kerana Allah itu sifatnya kekal dan dunia serta makhluk itu sifatnya sementara.
  9. Suami isteri yang nak berpayung bersama di bawah perlindungan Allah pada Hari Kiamat tu harap betulkan asas kasih sayang mereka di dunia.

Thursday, April 22, 2010

Lima Jenis Sabar

Khamis, 8 Jamadilawal 1431H : SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah. Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama.

Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja'ah), lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu keinginan nafsu Arabnya disebut 'dabtun nafs' dan lawannya 'al-batr'.
Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan. Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud: "Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)
Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:
  1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi. Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.
  2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.
  3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.
  4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan. Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:
    · Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.
    · Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.
    · Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.
  5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan. Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan.

Wednesday, April 21, 2010

Pesanan Kepada Iman

Rabu, 7 Jamadilawal 1431H: Percakapan kepada keimanan perlu dilaku setiap hari, setiap masa, setiap jam, setiap minit dan setiap saat. Kalimah iman ialah kalimah yang besar nilainya di sisi Allah SWT dan hendaklah kita sentiasa menyebut pesanan iman untuk diri kita, keluarga kita, saudara mara kita, sahabat kita dan semua manusia supaya kecintaan kepada keimanan masuk kukuh didalam hati. Antara pesanan iman ialah :


KERANA PERINTAH ALLAH
UNTUK SUKAKAN ALLAH
SAYA BERPESAN PADA DIRI SAYA DAN KEPADA SEMUA MANUSIA

LA ILA HA ILLALLAH…
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
TIADA YANG BERKUASA MELAINKAN ALLAH
TIADA YANG MEMBERI FAEDAH / MUDARAT MELAINKAN ALLAH
TIADA YANG MENGHIDUPKAN / MEMATIKAN MELAINKAN ALLAH
TIADA YANG MEMBERI REZEKI / MAKAN / MINUM MELAINKAN ALLAH
TIADA YANG MEMBERI SIHAT / SAKIT / SEMBUH MELAINKAN ALLAH
TIADA YANG MEMBERI KETENTERAMAN / KETENANGAN / KELAPANGAN / KEGUSARAN MELAINKAN ALLAH
TIADA YANG MEMBERI KITA ZURIAT YANG BAIK MELAINKAN ALLAH
TIADA YANG MENDATANGKAN KEBAIKAN / KEBURUKAN MELAINKAN ALLAH
TIADA YANG MENCIPTA SEGALANYA MELAINKAN ALLAH
TIADA YANG DAPAT MENYELESAIKAN MASALAH MELAINKAN ALLAH
TIADA YANG BOLEH MEMENUHI SEGALA KEPERLUAN / KEHENDAK / KEINGINAN KITA MELAINKAN ALLAH
TIADA YANG MENCUKUPI MELAINKAN ALLAH
TIADA YANG MEMELIHARA KITA MELAINKAN ALLAH
TIADA YANG MENJADIKAN ANAK2 YANG PANDAI / BAIK MELAINKAN ALLAH
TIADA YANG MEMULIAKAN / MENGHINAKAN MELAINKAN ALLAH
TIADA YANG MAHA MERANCANG MELAINKAN ALLAH
TIADA YANG MEMBERI HIDAYAT MELAINKAN ALLAH
TIADA YANG BERI KITA KESENANGAN / KEMEWAHAN MELAINKAN ALLAH
TIADA YANG BUAT KITA GEMBIRA / SEDIH MELAINKAN ALLAH
TIADA YANG ........... SEMUANYA DARIPADA ALLAH

YA ALLAH, ENGKAU MASUKKANLAH KALIMAH INI DI DALAM HATI SAYA
DAN SAMPAIKANLAH "SERUAN" KALIMAH INI PADA SELURUH MANUSIA SELURUH ALAM SEHINGGA HARI KIAMAT

YA ALLAH, NGKO AMPUNILAH DOSA KAMI, ISTERI KAMI, KE2 IBUBAPA KAMI, ANAK2 KAMI, ADIK BERADIK KAMI, KELUARGA KAMI, JIRAN2 KAMI, SAHABAT KAMI, DAN SEMUA ORANG ISLAM SAMADA YANG MASIH HIDUP ATAUPUN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA.

JANGANLAH NGKO JADIKAN KELEMAHAN KAMI, KEJAHILAN KAMI, DOSA KAMI SEBAGAI PENGHALANG HIDAYAT

YA ALLAH, DENGAN KERAHIMANMU PILIHLAH KAMI, KELUARGA KAMI, SEMUA ORANG ISLAM UNTUK BANGUN BUAT KERJA NABI, SUNGGUH2 SEBAGAI MAKSUD HIDUP KAMI

TIDAK ADA YANG MEMBERI HIDAYAT MELAINKAN NGKO, YA ALLAH
MAKA NGKO AMKANLAH HIDAYAT SELURUH ALAM SAMPAI HARI KIAMAT
BERILAH TAUFIK DAN HIDAYAT MU PADA SETIAP ORANG KAFIR UNTUK DAPAT MENGUCAP LA ILA HAILLALLAH MUHAMADARASULULLAH SEBELUM AKHIR KALAM MEREKA

AMEEN

Monday, April 19, 2010

Hadis : Sedekah

Isnin, 5 Jamadilawal 1431H : - Bersedekah adalah amalan yang amat dituntut walaupun dengan sebiji kurma atau dengan hanya senyuman. Niat dan keikhlasan semata-mata mencari keredhaan Allah menjadi setiap amalan termasuk sedekah dicintai Allah,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
" قَالَ اللَّهُ: أَنْفِقْ يَا ابْنَ آدَمَ، أُنْفِقْ عَلَيْكَ ".
(رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya: Dari Abi Hurairah R.A: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Telah berfirman Allah swt: “Infakkanlah (sedekahkan) harta mu wahai anak Adam nescaya akan Aku infakkan (sedekahkan) pula kepada kamu”. (Hadith Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Pengajaran:
  1. Semua yang ada pada kita adalah pianjaman Allah.
  2. Tiada satupun nikmat yang ada pada kita melainkan dari Allah.
  3. Saban hari terdapat malaikat yang sentiasa berdoa: “Ya Allah! Engkau kurniakanlah kepada orang yang bersedekah galang ganti harta yang disedekahkan dan Engkau jadikan bagi orang yang kikir dan bakhil kemusnahan kepada hartanya”.
  4. Bersedekah akan menyuburkan harta.
  5. Harta atau wang yang disedekahkan merupakan pelaburan untuk akhirat.
  6. Harta dan wang yang menjadi milik kita yang kekal abadi ialah apa yang kita sedekahkan dan bukan apa yang kita belanjakan.
  7. Semua harta kita akan kita tinggalkan apabila mati dan akan diwarisi.

Friday, April 16, 2010

Hadis : Berkasih-sayang Kerana Allah

Jumaat; 2 Jamadilawal 1431H : Setiap perbuataan yang ada hubungan dengan Allah akan mendapat kerahmatan daripada Allah.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "إِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ: أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بجَلَالِي؟ الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلِّي"

رواه البخاري (وكذلك مالك)

Terjemahan hadith:

Dari Abi Hurairah R.A: Dia telah berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW:Sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman pada hari Kiamat: “Di manakah mereka yang berkasih-sayang kerana keagungan Ku? Pada hari ini Aku akan lindungi mereka di bawah lindungan Ku pada hari yang tiada perlindungan lain melainkan perlindungan Ku”. (Hadith riwayat Bukhari dan Malik)

PENGAJARAN HADITH:-
  1. Besar dan hebatnya kelebihan hidup berkasih sayang di antara satu sama kerana Allah.
  2. Kasih sayang, suka, marah dan benci mestilah diasaskan kerana Allah s.w.t. dan kerana mencari ridhaNya.
  3. Orang yang berkasih sayang kerana Allah akan mendapat perlindungan Allah sementara orang yang berkasih sayang kerana dunia, shahwat dan hawa nafsu akan terlepas peluang mendapat perlindungan Allah.
  4. Benci- membenci dan sifat permusuhan bukan merupakan sifat seorang muslim mu’min yang cintakan Allah.
  5. Perlindungan syarikat takaful di dunia tu penting tapi kat padang mahsyar tak ada syarikat takaful yang boleh beri perlindungan. Siapa nak perlindungan carilah dari Allah.
  6. Tiket untuk perlindungan Allah pada hari tu ialah di antaranya berkasih sayang kerana Allah dan bukan kerana yang lain.
  7. Berkasih sayang kerana Allah tidak sama dengan berkasih sayang kerana dunia dan makhluk kerana Allah itu sifatnya kekal dan dunia serta makhluk itu sifatnya sementara.
  8. Suami isteri yang nak berpayung bersama di bawah perlindungan Allah pada Hari Kiamat tu harap betulkan asas kasih sayang mereka di dunia.

Thursday, April 15, 2010

Subuh Yang Terakhir

Khamis, 1 Jamadilawal 1431H : Subuh Yang Terakhir - Rabbani

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
Pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila berjauhan barulah merindu di dada
Selagi berkesempatan, ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa, mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerana sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu, bertuahnya kau dilahir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Album : EpikMunsyid : Rabbanihttp://liriknasyid.com

Wednesday, April 14, 2010

Pemimpin - Amanah dan Tanggungjawab.

Rabu, 29 Rabiulakhir 1431H : Firman Allah SWt yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada orang yang berhak kepadanya dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu, sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Melihat."


"Wahai orang-orang yang beriman! taatlah Allah dan taatlah Rasul-Nya dan Ulil Amri di kalangan kamu, kemudian jika kamu bertelingkah tentang sesuatu perkara maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (al-Hadith) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat dan demikian lebih utama bagimu dan lebih baik akibatnya."

Pemerintah menurut Islam bukanlah hanya sekadar memegang teraju pemerintahan dan melaksanakan menurut kemahuan sendiri, melakukan sesuatu dan memerintah dengan sewenang-wenang sahaja tetapi memikul kewajipan yang besar dan tanggungjawab yang berat. Untuk mengetahui sifat dan tanda-tanda sesuatu pemerintahan Islam ialah berpandukan kepada apa yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud:

"Orang-orang yang apabila telah Kami berikan kedudukan yang kukuh di atas muka bumi, mereka mendirikan sembahyang, memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah yang mungkar dan kepada Allah jua akibat segala urusan."

Ayat ini menyatakan perkara-perkara yang mesti dilakukan oleh pemerintahan Islam.

  1. Mendirikan sembahyang. Iaitu melakukan hubungan yang kuat di antara masyarakat Islam dengan Allah SWT.
  2. Memberi zakat. dengannya diberi perhatian kepada masalah ekonomi dan pembahagiannya yang adil.
  3. Menyeru kepada yang makruf. menyebarkan kebaikan dan melakukan islah dalam masyarakat.
  4. Mencegah kemungkaran. memerangi segala bentuk kejahatan. penyelewengan, kezaliman dan maksiat.
  5. Pemerintah yang begitu rupa memerlukan orang yang benar-benar layak, adil dan soleh, mempunyai persediaan ilmu, amal dan peribadi yang mulia.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran supaya kamu mengadili di antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu dan janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah) kerana membela (orang-orang yang khianat)."

Pemerintah Islam bersatu dalam satu perkataan di istilahkan sebagai Ad-Din, cara hidup yang lengkap dan sempurna, seperti firman Allah (mafhumnya):

"...Pada hari ini, Aku (Allah) telah menyempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku terhadap kamu, dan aku reda Islam menjadi ad-Din kamu (cara hidup yang sempurna)..." (Surah al-Maaidah, ayat 3)

Oleh kerana itu, kita umat Islam perlu terima hakikat, Islam adalah agama yang sempurna, termasuk cara berpolitik dan memerintah cara Islam. Maka tiada alasan yang munasabah kepada mereka yang takut kepada wujudnya Negara Islam tulin melainkan orang-orang yang zalim dan fasik.

Pemerintah Islam yang berakhlak mulia dan tunduk kepada Allah SWT mestilah bersedia menerima pandangan, teguran atau nasihat daripada rakyatnya. Kita boleh melihat contoh bagaimana seorang pemimpin mendengar pandangan daripada rakyatnya melalui ucapan Saidina Abu Bakar As-Siddiq setelah dilantik menjadi Khalifah yang pertama.

"…..Saudara-saudara sekalian, saya sudah terpilih untuk memimpin kamu semua, dan saya bukanlah orang yang terbaik diantara kamu sekalian. Kalau saya berlaku baik bantulah saya, kalau anda sekalian melihat saya salah, maka luruskanlah. Kebenaran adalah suatu amanah, dan dusta adalah pengkhianatan. Orang yang lemah diantara kamu adalah kuat dipandangan saya, sesudah haknya saya berikan kepadanya, Insya Allah. Orang yang kuat diantara kamu adalah lemah dipandangan saya , sehingga saya terpaksa menarik kembali hak daripadanya, Insya Allah ! Janganlah ada seseorang dari anda sekalian yang mau meninggalkan jihad.
Apabila sesuatu kaum telah meninggalkan jihad (perjuangan dijalan Allah), maka Allah akan menimpakan kehinaan kepadanya.
Apabila kejahatan sudah meluas pada sesuatu golongan, maka Allah akan menyebarkan bencana kepada mereka. Ikutlah saya selama saya taat kepada perintah Allah dan RasulNya. Tetapi apabila saya melanggar (perintah) Allah dan RasulNya maka tidak wajib anda sekalian mentaati saya. Marilah kita solat, semoga Allah memberi Rahmat kepada anda sekalian."


Begitu juga dengan ucapan Saidina Omar bin al-Khattab, Khalifah yang kedua.

"Siapa yang melihat berlakunya kepadaku penyelewengan maka perbetulkanlah aku."

Ketua Negara mestilah sentiasa membuka dada untuk dibangkang. Perhatikanlah ucapan Omar bin Abdul Aziz, seorang Khalifah yang memerintah selepas zaman Nabi dan zaman para sahabat sebagai bukti kewujudan pemerintahan Islam yang berjaya selepas generasi pertama. Di antaranya beliau berkata yang bermaksud:

"Adapun selepas itu, maka sesungguhnya tiada lagi Nabi selepas Nabi kamu Muhammad SAW dan tiada lagi kitab selepas Kitab (al-Quran) yang diturunkan kepadanya. Ingatlah, sesungguhnya apa yang dihalalkan oleh Allah Azzawajalla tetap halal hingga ke hari kiamat dan apa yang diharamkan oleh Allah tetap haram hingga ke hari kiamat. Ingatlah sesungguhnya tidak harus bagi seseorang itu taat dalam perkara derhakakan Allah Azzawajalla. Ingatlah, sesungguhnya aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu, tetapi Allah telah menjadikan aku orang yang paling berat memikul tugas."

Pemerintah selalunya melantik pegawai untuk mengawasi rakyatnya. Aku melantik kamu untuk mengawasi diriku dan kelakuanku. Jika kamu mendapati aku melakukan kesalahan, bimbinglah aku atau halanglah aku daripada melakukannya.”

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud"

"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang rakyatnya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin. ia akan ditanya tentang rakyatnya, seorang lelaki pemimpin pada ahlinya dan ia akan ditanya tentang rakyatnya, seorang perempuan itu pemimpin di dalam urusan rumah tangga suaminya dan ia ditanya tentang rakyatnya, dan khadam itu menjadi pemimpin urusan harta tuannya dan ia akan ditanya tentang rakyatnya dan seorang anak menjadi pemimpin menggunakan harta ayahnya dan ia ditanya tentang rakyatnya, maka semua kamu adalah pemimpin dan ditanya tentang rakyatnya."

Allah berfirman yang maksudnya:

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia Maha penerima taubat.” (An-Nashr: 1 – 3)

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin al-Khattab r.a., aku mendengar Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu. “- (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Monday, April 12, 2010

Memilih Pemimpin

Isnin, 27 Rabiulakhir 1431H :- Memilih pemimpin negara adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan bernegara. Jika kita memilih pemimpin negara yang jujur, baik, cerdas dan amanah, niscaya rakyatnya akan makmur. Sebaliknya jika pemimpinnya tidak jujur, korup, serta menzalimi rakyatnya, niscaya rakyatnya akan sengsara. Oleh karena itulah Islam memberikan pedoman dalam memilih pemimpin yang baik.

Dalam Al Qur’an, Allah SWT memerintahkan ummat Islam untuk memilih pemimpin yang beriman: Antara Firman Allah : “Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih, (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mu'min. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah. “ (An Nisaa 4:138-139)

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimmpin (mu): sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagiaa yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada oarng-orang yang zalim " (QS. Al-Maidah: 51)"

Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan bapak-bapak dan saudara-saudaramu menjadi pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan. Dan siapa di antara kamu menjadikan mereka menjadi pemimpin, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" (At Taubah:23)
"
Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali (teman atau pelindung)" (An Nisaa:144)
"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir jadi pemimpin, bukan orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, bukanlah dia dari (agama) Allah sedikitpun..." (Ali Imran:28)

Selain beriman, seorang pemimpin juga harus adil: Dari Abu Hurairah ra, ia berkata, bahwasanya Rasulullah saw bersabda: “ada tujuh golongan manusia yang kelak akan memperoleh naungan dari Allah pada hari yang tidak ada lagi naungan kecuali naungan-Nya, (mereka itu ialah):
1. Imam/pemimpin yang adil
2. Pemuda yang terus-menerus hidup dalam beribadah kepada Allah
3. Seorang yang hatinya tertambat di masjid-masjid
4. Dua orang yang bercinta-cintaan karena Allah, berkumpul karena Allah dan berpisah pun karena Allah
5. Seorang pria yang diajak (berbuat serong) oleh seorang wanita kaya dan cantik, lalu ia menjawab “sesungguhnya aku takut kepada Allah”
6. Seorang yang bersedekah dengan satu sedekah dengan amat rahasia, sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya
7. Seorang yang selalu ingat kepada Allah (dzikrullâh) di waktu sendirian, hingga melelehkan air matanya.(HR. Bukhari dan Muslim)

"Hai orang-orang yang beriman! Tegakkanlah keadilan sebagai saksi karena Allah. Dan janganlah rasa benci mendorong kamu berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena itu lebih dekat dengan taqwa…” (Q.s. Al-Maidah 5: 8)

Keadilan yang diserukan al-Qur’an pada dasarnya mencakup keadilan di bidang ekonomi, sosial, dan terlebih lagi, dalam bidang hukum. Seorang pemimpin yang adil, indikasinya adalah selalu menegakkan keutamaan hukum; memandang dan memperlakukan semua manusia sama di depan hukum, tanpa pandang bulu. Hal inilah yang telah diperintahkan al-Qur’an dan dicontohkan oleh Rasulullah ketika bertekad untuk menegakkan hukum (dalam konteks pencurian), walaupun pelakunya adalah puteri beliau sendiri, Fatimah.

Allah berfirman :“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi karena Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau bapak ibu dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya atau miskin, Allah lebih mengetahui kemaslahatan keduanya”. (Qs. An-Nisa; 4: 135)

Disebutkan dalam sebuah kesah, ketika seorang perempuan dari suku Makhzun dipotong tangannya lantaran mencuri, kemudian keluarga perempuan itu meminta Usama bin Zaid supaya memohon kepada Rasulullah SAW untuk membebaskannya, Rasulullah SAW pun marah. Beliau bahkan mengingatkan bahwa, kehancuran masyarakat sebelum kita disebabkan oleh ketidakadilan dalam melaksanakan hukum seperti itu.

Dari Aisyah ra. bahwasanya Rasulullah saw. bersabda: “ Adakah patut engkau memintakan kebebasan dari satu hukuman dari beberapa hukuman (yang diwajibkan) oleh Allah? Kemudian ia berdiri lalu berkhutbah, dan berkata: ‘Hai para manusia! Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu itu rosak/binasa dikeranakan apabila orang-orang yang mulia diantara mereka mencuri, mereka bebaskan. Tetapi, apabila orang yang lemah mencuri, mereka berikan kepadanya hukum’. (HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'i, Abu Daud, Ahmad, Dariini, dan Ibnu Majah)

Sesungguhnya Allah akan melindungi negara yang menegakkan keadilan walaupun ia kafir, dan tidak akan melindungi negara yang dzalim (tiran) walaupun ia muslim”. (Mutiara I dr Ali ibn Abi Thalib)

Pilihlah pemimpin yang jujur:Dari Ma’qil ra. Berkata: saya akan menceritakan kepada engkau hadis yang saya dengar dari Rasulullah saw. Dan saya telah mendengar beliau bersabda: “seseorang yang telah ditugaskan Tuhan untuk memerintah rakyat (pejabat), kalau ia tidak memimpin rakyat dengan jujur, niscaya dia tidak akan memperoleh bau surga”. (HR. Bukhari)

Pilihlah pemimpin yang bersungguh-sungguh dan ikhlas mahu mencegah dan memberantas kemungkaran seperti korupsi, nepotisme, manipulasi, dll: Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa melihat kemungkaran, maka hendaknya ia merubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka hendaknya merubah dengan lisannya, jika tidak mampu, maka dengan hatinya. Dan yang demikian itulah selemah-lemahnya iman”. (HR. Muslim)

Pilih pemimpin yang bisa mempersatukan ummat, bukan yang fanatik terhadap kelompoknya sendiri:Padahal Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menyatakan dalam Al Qur’an : “ … Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian, orang-orang Muslim, dari dahulu … .” (QS. Al Hajj : 78), Dalam menafsirkan ayat di atas, Imam Ibnu Katsir menukil satu hadits yang berbunyi : “Barangsiapa menyeru dengan seruan-seruan jahiliyah maka sesungguhnya dia menyeru ke pintu jahanam.” Berkata seseorang : “Ya Rasulullah, walaupun dia puasa dan shalat?” “Ya, walaupun dia puasa dan shalat, walaupun dia mengaku Muslim. Maka menyerulah kalian dengan seruan yang Allah telah memberikan nama atas kalian, yaitu : Al Muslimin, Al Mukminin, Hamba-Hamba Allah.” (HR. Ahmad jilid 4/130, 202 dan jilid 5/344)

Ada beberapa sifat baik yang harus dimiliki oleh para Nabi, yaitu: Amanah (dapat dipercaya), Siddiq (benar), Fathonah (cerdas/bijaksana), serta tabligh (berkomunikasi dgn baik dgn rakyatnya). Sifat di atas juga harus dimiliki oleh pemimpin yang kita pilih. Pilihlah pemimpin yang amanah, sehingga dia benar-benar berusaha mensejahterakan rakyatnya. Bukan hanya pandai menjual aset negara atau kekayaan Negara untuk kepentingan pribadi dan kelompoknya.Pilih pemimpin yang cerdas, sehingga dia tidak bisa ditipu oleh anak buahnya atau kelompok lain sehingga merugikan negara.

Pemimpin yang cerdas punya visi dan misi yang jelas untuk memajukan rakyatnya. Dalam Islam, kepemimpinan itu penting, sehingga Nabi pernah berkata, “jika kalian berpergian, pilihlah satu orang jadi pemimpin. Jika hanya berdua, maka salah satunya jadi pemimpin.” Sholat wajib pun yang paling baik adalah yang ada pemimpinnya (imam).

Kepentingan memilih pemimpin juga dapat dilihat apabila wafatnya Rasulullah SAW, dimana para sahabat yang agong lagi rapat dengan Rasulullah SAW seperti Abu Bakar ra, Umar ra, Osman ra ,dan sahabat besar yang lain tidak ada semasa urusan pengkebumian baginda kerana memilih Khalifah (pemimpin ) untuk memimpin umat seterusnya.

Thursday, April 8, 2010

YA ALLAH, Jika Aku Jatuh Cinta

Khamis, 23 Rabiulakhir 1431H :

YA ALLAH, jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Untuk mencintai-Mu

YA ALLAH, jika aku jatuh cinta
Jagalah cintaku padanya
Agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

YA ALLAH, jika aku jatuh cinta
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang semu

YA ALLAH, jika aku jatuh cinta
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling dari-Mu

YA ALLAH, sesungguhnya aku bermohon
Pada-mu untuk selalu mencintai-Mu

Wednesday, April 7, 2010

Tangisan Dosa, Jihad Tanda Beriman

Rabu, 22 Rabiulakhir 1431H :- SABDA Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah dan titisan darah yang tumpah dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala, dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefarduan yang difardukan Allah.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Sesungguhnya semua amal tergantung pada niat dan amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan ikhlas adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak ikhlas. Sifat takwa adalah benteng yang menjadikan seseorang itu berasa dekat dengan tuhannya tanpa mengira situasi, sama ada dalam kelompok orang ramai atau bersendirian. Setiap perlakuannya kerana Allah.

Seorang ahli hikmah berkata, “Contoh orang yang beramal dengan riak itu adalah bagaikan orang keluar ke pasar dan mengisi poketnya dengan batu, sehinggakan semua orang yang melihat poketnya berasa kagum dan berkata: Alangkah banyaknya wang orang itu.” Sedangkan sebenarnya dia sama sekali tidak berwang kerana tidak dapat membeli apa-apa dengan batu itu tetapi hanya sekadar mendapat pujian orang semata. Demikian juga orang yang beramal dengan riak, tidak ada pahala di akhirat kelak. Ali bin Abi Talib berkata: “Tanda orang riak itu ada empat iaitu malas jika bersendirian, dan tangkas jika di hadapan orang, dan menambah amalnya jika dipuji, dan menguranginya jika dicela.”

Tanda keikhlasan iman kepada Allah itu antaranya ialah seseorang itu akan menangis kerana menyesali dosa yang dilakukannya dan menangis kerana takutkan seksaan Allah. Dan seseorang itu akan berani berjihad menegakkan agama Allah hingga sanggup menghadapi kecederaan, malah menempuh syahid kerana Allah. Seseorang itu akan sabar dan tekun (khusyuk) menjalankan ketaatan kepada Allah hingga ada kesan lebam di dahi dan anggota badannya

Tuesday, April 6, 2010

Neraka Seburuk-Buruk Kediaman

Selasa, 21 Rabiulakhir 1431H : - DARI segi bahasa Arab, neraka disebut an-nar manakala dalam istilah ilmu teologi disebut tempat menerima azab sengsara daripada Allah yang diberikan kepada orang yang ingkar perintah-Nya. Azab yang akan diterima sangat dahsyat. Kepanasan apinya lebih 70 kali ganda kepanasan api terpanas di dunia.

Setiap orang yang dimasukkan ke dalamnya akan menerima azab yang sangat pedih. Mereka tidaklah diringankan daripada seksaan melainkan terhadap Abu Talib. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya seringan-ringan azab penduduk neraka ialah Abu Talib, dia dibakar menerusi sepasang seliparnya yang menyebabkan otaknya bergelegak." (Hadis riwayat Muslim).
Sebagaimana syurga mempunyai aneka kelebihan dan keindahan, neraka pula mempunyai beraneka keseksaan. Dalam satu riwayat yang diceritakan Saidina Umar al-Khattab: "Telah datang Jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w bukan pada waktu biasa ia datang, Rasulullah lalu berdiri mendapatkan dan berkata: "Hai Jibril, kenapa saya lihat warnamu berubah? Jibril menjawab: Aku diperintahkan Allah untuk menerangkan semburan api neraka. Berkata Rasulullah: Terangkanlah kepadaku keadaan neraka dan perihal Jahanam? Berkata Jibril: "Sesungguhnya Allah memerintah agar api Jahanam dinyalakan selama 1,000 tahun, sehingga warna apinya berubah menjadi merah, lalu diperintahkan menyalakan apinya selama 1,000 tahun lagi, sehingga warna apinya berubah menjadi hitam, hitam yang gelap sehingga tidak bersinar lagi gejolakannya dan tidak padam bakarannya. "Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, kalau dibukakan Jahanam itu sebesar lubang jarum, akan terbakarlah bumi ini serta segala isinya kerana panasnya. "Dan, demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, jika seorang daripada penjaga neraka itu didatangkan ke bumi oleh Allah, akan matilah seluruh manusia di bumi ini kerana keburukan rupa dan kebusukannya. "Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran jika satu lingkaran dari rantai neraka diletakkan di atas sebuah gunung di dunia ini, akan tembuslah gunung itu sampai ke dasar bumi yang paling bawah.Maka, berkata Rasulullah s.a.w: Untunglah ya Jibril...jantungku tidak sampai pecah sehingga aku mati mendengar keteranganmu."

Begitulah dahsyatnya tempat yang akan diduduki orang yang derhaka dan kafir. Dalam keadaan mereka dibakar sebagai kayu api neraka, mereka dihidangkan pula air tembaga yang mendidih, air nanah menjijikkan, air besi, air timah yang menggelegak serta pohon zaqum berduri sebagai minuman serta makanan mereka.Terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis nabi yang menceritakan kengerian neraka.

Antara ayat al-Quran yang boleh kita rujuk ialah ayat 29 surah al-Kahfi, maksudnya: "Katakanlah: Kebenaran itu datang daripada Tuhanmu, sesiapa yang beriman, hendaklah ia beriman dan sesiapa yang kufur, biarlah dia mengingkarinya. Kerana Kami sediakan bagi orang zalim itu api neraka yang meliputi mereka dan jika meminta minuman, mereka diberi minum air seperti tembaga cair yang membakar muka, amatlah buruknya minuman itu dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang."
Dalam surah al-Waqiah, ayat 51-55, menceritakan: "Kemudian sesungguhnya kamu wahai orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat). " Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum. Maka kamu akan memenuhi perut kamu daripada pokok (yang pahit buahnya) itu. Selepas itu kamu akan minum pula daripada air panas yang menggelegak. Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas."

Neraka juga mempunyai pelbagai gelaran dan jenisnya, malah ada ahlinya yang tersendiri akan menghuninya. Menurut al-Quran, neraka itu ada disebut dengan pelbagai nama, seperti Jahanam, Hutamah, Sa'ir, Saqar, Jahim dan Hawiyah. Contohnya dengan nama al-Hutamah, yang dapat dilihat pada surah al-Humazah, maksudnya: "Kecelakaan besar bagi setiap pencaci, pengeji. Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam Al-Hutamah.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia Al-Hutamah itu? (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintah-Nya). Yang naik menjulang ke hati. Sesungguhnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka. (Mereka terikat di situ) pada batang palang yang melintang panjang."

Antara ahli neraka ialah orang yang mendustai hari kiamat, orang mensia-siakan solat dan menurut hawa nafsu semata-mata, penyembah berhala, orang musyrik (orang mempersekutukan sesuatu selain Allah), orang zalim (suka membuat aniaya kepada orang lain) dan orang derhaka kepada perintah Allah (golongan yang ingkar). Begitu juga dengan orang makan harta orang lain secara batil seperti mencuri, merampas dan merompak harta orang atau menggunakan taktik tertentu seperti menipu dan sebagainya untuk mendapatkan hak orang. Mereka ini akan diseksa di neraka.

Monday, April 5, 2010

Kematian dan Amalan

Isnin, 20 Rabiulakhir 1431H :- Apakah dengan kematian, terputus segala amalan? Imam Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Dawud, Ahmad dan Al-Darimi telah meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila manusia mati, terputuslah daripadanya segala amalannya, kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang berdo'a untuknya".

Imam Ahmad, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Jarir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa memulakan jalan yang baik dalam Islam, maka baginya pahalanya dan juga pahala orang yang beramal dengannya selepasnya tanpa dikurangi daripada pahala mereka sedikitpun juga, dan barangsiapa memulakan jalan yang buruk dalam Islam, maka atasnya dosanya dan juga dosa orang yang beramal dengannya tanpa dikurangi daripada dosa mereka sedikit pun juga".

Daripada kedua hadis tersebut kita mengambil kesimpulan bahawa meskipun, dengan datangnya kematian kepada kita, kesempatan untuk beramal telah terputus atau terhenti, tetapi peluang untuk memperoleh pahala amalan tertentu tetap terbuka bagi kita.

Di dalam kedua hadis tersebut, Rasulullah s.a.w. telah menjelaskan kepada kita bidang-bidang pelaburan yang pasti akan menguntungkan kerana pahalanya akan berterusan mengalir selepas kematian kita, iaitu:
Pertama: Sadaqh Jariyah, iaitu sedekah yang pahalanya terus mengalir selama faedah atau manfaat yang disedekahkan itu terus berjalan, seperti menderma atau mewakafkan tanah untuk masjid, surau, madrasah atau lain-lain yang berguna bagi agama dan umat Islam.

Kedua: Menuntut dan mengembangkan ilmu-ilmu yang bermanfaat bagi agama dan umat, menghidupkan majlis-majlis ilmu atau pengajian-pengajian, dan lain-lain usaha yang membantu ke arah perkembangan ilmu pengetahuan yang dituntut oleh agama.

Ketiga: Memperhatikan pendidikan anak-anak agar mereka menjadi anak yang soleh, yang sentiasa berdo'a untuk kedua ibu-bapanya.

Keempat: Setiap amalan yang mendatangkan kebaikan, yang selari atau tidak bercanggah dengan syariat, yang kita mulakan melakukannya semasa hidup kita, kemudian diikuti oleh orang ramai sehingga menjadi adat kebiasaan bagi mereka, maka kita akan mendapat pahala melakukannya dan juga sebanyak pahala orang yang mengikutinya.

Amalan yang hidup untuk yang mati.
Mengenai amalan orang yang hidup, seperti bacaan Al-Qur'an, do'a, sedekah dan lain-lain, untuk orang yang sudah mati, terdapat perbezaan pandangan: Imam Nawawi, di dalam kitabnya Al-Adzkaar, menyatakan bahawa para ulama telah bersepakat bahawa do'a untuk orang-orang yang sudah mati bermanfaat bagi mereka, dan pahalanya sampai kepada mereka bersandarkan kepada firman Allah SWT di dalam surah Al-Hasyr:
"Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdo'a dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, ampunilah dosa kami, dan dosa saudara-saudara kami yang mendahulu kami dalam iman,...".

Dan juga bersandar kepada hadis-hadis yang masyhur, seperti: do'a Rasulullah s.a.w.: "Ya Allah, ampunilah bagi ahli yang hidup dan juga yang mati daripada kami", dan lain-lain.

Mengenai bacaan Al-Qur'an, terdapat perbezaan pandangan:
Yang masyhur daripada mazhab Syafi'ie bahawa pahala bacaan tersebut tidak sampai kepada si mati. Tetapi, sekumpulan sahabat Imam Syafi'e sendiri sependapat dengan Imam Ahmad dan sekumpulan ulama lainnya, yang mengatakan bahawa bacaan tersebut bermanfaat dan sampai pahalanya kepada si mati.

Imam Nawawi r.a. telah menukil riwayat Abi Dawud dan Baihaqi daripada Uthman Bin Affan r.a. bahawa beliau berkata: "Nabi s.a.w., apabila selesai daripada mengebumikan mayat, berdiri di atasnya, kemudian bersabda: Mohonlah keampunan bagi saudaramu, dan mintakan baginya ketabahan, kerana sesungguhnya ia sekarang sedang disoal".

Imam Syafi'ie r.a. dan sahabat-sahabatnya menyatakan bahawa disunatkan membaca sebahagian daripada Al-Qur'an, dan jika mereka mengkhatamkan seluruhnya adalah lebih baik lagi.

Imam Nawawi juga telah menukil riwayat Baihaqi bahawa menurut Ibnu Umar r.a. disunatkan membaca awal dan penghabisan daripada surah Al-Baqarah, selepas pengebumian di atas kubur.
Segolongan kaum muslimin berpendapat bahawa orang mati tidak akan mendapat sebarang faedah daripada amalan orang yang hidup. Mereka berhujjah dengan firman Allah SWT di dalam surah Al-Najm: 39: "Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya".

Dan mereka juga berhujah dengan sabda Nabi s.a.w.: "Apabila manusia mati, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariyah(untuk masjid, surau, madrasah dan lain-lain keperluan kaum muslimin), ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang berdo'a untuknya".

Hasan Al-Saqqaf telah menukil jawaban Imam Abdullah Ibnu al-Siddiq al-Ghamawi di dalam risalahnya, Tawdih al-Bayan Li Wusul Thawab al-Qur'an, yang di antara kandungannya:
"Ayat tersebut (Al-Najm:39) tidak menafikan bolehnya seseorang mengambil manfaat daripada usaha orang lain. Yang dinafikan olehnya adalah pemilikan manfaat tersebut bagi selain yang mengusahakannya. Di antara kedua perkara tersebut terdapat perbezaan yang nyata.

Allah SWT mengkhabarkan bahawa manusia tidak memiliki selain yang diusahakannya. Adapun yang diusahakan oleh orang lain, maka ia adalah milik yang mengusahakannya: jika ia ingin ia boleh memberikannya kepada orang lain, dan jika ia ingin ia boleh mengekalkannya bagi dirinya sendiri. Allah SWT tidak memfirmankan bahawa ia tidak akan mengambil manfaat melainkan dengan apa yang ia usahakan.

Imam Qurtubi berkata: Dikatakan sesungguhnya Allah berfirman; laam al-khafd dalam bahasa Arab bererti memiliki dan mewajibkan, maka makna ayat: Tidak wajib bagi manusia selain yang ia usahakan. Jika orang lain bersedekah kepadanya, maka tidak wajib baginya sesuatu, tetapi Allah Azza Wa Jalla bermurah hati ke atasnya dengan memberikan apa yang tidak wajib baginya, sebagaimana Allah bermurah hati dengan memasukkan kanak-kanak ke dalam Syurga tanpa amal.

Syaikh Abul Abbas, Ahmad Bin Taimiyah berkata: Barangsiapa yang mengiktiqadkan bahawa manusia tidak akan mengambil faedah selain daripada apa yang ia lakukan, maka ia telah menyalahi ijma'. Yang demikian adalah batil dari beberapa segi:

Pertama: Manusia mengambil faedah daripada do'a orang lain, yang bererti mengambil manfaat daripada amalan orang lain.

Kedua: Nabi s.a.w. memberi syafaat kepada ahl al-mawqif (semua manusia yang menunggu penghisaban di Mahsyar) untuk menyegerakan penghisaban, kemudian kepada ahli Syurga untuk memasukkan mereka ke dalam Syurga, kemudian bagi ahl al-kabair (orang-orang yang melakukan dosa besar) untuk mengeluarkan mereka dari neraka.

Ketiga: Para malaikat berdo'a dan memintakan ampunan bagi penduduk bumi.
Keempat: Allah SWT mengeluarkan orang yang belum pernah melakukan sebarang kebaikan dari neraka kerana semata kemurahan dan rahmatNya. Ini bermakna mereka mengambil manfaat daripada selain amalan mereka.

Kelima: Kanak-kanak orang mukmin memasuki Syurga dengan amalan bapa mereka.

Keenam: Dalam surah al-Kahfi, dua anak yatim mengambil manfaat daripada amalan bapa mereka yang soleh.

Ketujuh: Mayat mengambil manfaat dengan sedekah yang dibuat untuknya, dengan nas Al-Sunnah dan ijma'.

Kelapan: Haji wajib gugur tuntutan ke atas mayat dengan haji yang dilakukan oleh Walinya untuknya, dengan nas Al-Sunnah.

Kesembilan: Haji nazar atau puasa nazar gugur tuntutan ke atas mayat dengan dilakukan oleh orang lain.

Kesepuluh: Orang yang berhutang, yang Nabi s.a.w. menolak untuk solat ke atas jenazahnya sehingga dibayarkan hutangnya oleh Abu Qotadah r.a., dan dibayarkan hutang lainnya oleh Ali Bin Abi Talib r.a., mengambil manfaat daripada amalan mereka dan daripada solat Nabi s.a.w., yang juga merupakan amalan orang lain.

Dengan huraian ini jelaslah bahawa berhujah dengan ayat tersebut atas tidak sampainya pahala do'a atau bacaan kepada mayat adalah tidak benar, kerana ayat tersebut tidak menunjukkan yang demikian.

Imam Nawawi berkata: "Sebaiknya, orang yang membaca (Al-Qur'an), selepas selesai membacanya, hendaklah berdo'a: Ya Allah sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada si Fulan, dan juga disunatkan supaya memuji si mati dan menyebut kebaikan-kebaikannya

Oleh Prof Madya Dr Musa Fathullah Harun

Friday, April 2, 2010

Jihad Fisabilillah 4 - Akhir

Jumaat, 17 Rabiulakhir 1431H:- UNTUK APA MUSLIMIN BERPERANG? Pernah datang suatu masa di mana manusia mencela Islam karena wajibnya jihad dan pembenarannya atas perang, sampai terwujudnya apa yang termaktub dalam Al-Qur’an, “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al-Qur’an itu adalah benar. (Fuslihat: 53)

Maka kini mereka mengakui bahwa “mempersiapkan diri untuk perang adalah yang paling menjamin bagi terwujudnya perdamaian”. Allah swt. mewajibkan kepada kaum muslimin bukan sebagai alat pemusnah orang kafir atau sarana bagi kepentingan pribadi, tetapi sebagai perlindungan bagi dakwah dan jaminan bagi perdamaian, selain sebagai media untuk menunaikan misi (risalah) agung yang dipikulkan di pundak kaum muslimin; misi hidayah bagi manusia untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Islam, sebagaimana ia mewajibkan perang, ia juga sangat concern kepada perdamaian. Allah swt. berfirman, “Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah." (Al-Anfal: 61)

Seorang muslim, tatkala ia keluar untuk berjihad, di benaknya ada satu pikiran; berjihad agar kalimah Allah menjadi yang tertinggi. Agamanya pula melarang ia mencampuri niat yang suci ini dengan maksud-maksud lain; demi pangkat, demi ketenaran, demi harta, demi meraup ghanimah, atau demi memenangkan peperangan tanpa peduli kebenaran. Semua itu haram baginya. Yang halal hanyalah satu urusan; mempersembahkan darah dan nyawanya sebagai tebusan bagi aqidahnya dan demi menegakkan hidayah bagi seluruh umat manusia.

Dari Al-Harits bin Muslim bin Al-Harits dari ayahnya berkata, “Rasulullah mengutus kami dalam sebuah pasukan, ketika sampai ditempat penyerbuan, saya pacu kuda tunggangan, sehingga saya bisa mendahului teman-teman saya yang lain. Tiba-tiba saya bertemu dengan penduduk kampung dalam keadaan menangis memelas, saya katakan kepada mereka, ‘ucapkan la ilaha ilallah, niscaya kalian akan dilindungi.’ Kemudian mereka mengucapkannya. Teman-teman banyak yang menyesalkan apa yang telah saya lakukan seraya berkata, ‘kau telah menghalangi kami untuk mendapat ghanimah.’ Ketika kami datang kepada Rasulullah saw, mereka menceritakan kepada beliau apa yang telah saya perbuat. Rasulullah kemudian memanggil saya dan menganggap baik apa yang telah saya lakukan, kemudian beliau bersabda, ‘Ingatlah, sesungguhnya Allah telah mencatat bagimu pahala setiap orang sekian…dan sekian.’ Beliau juga bersabda, ‘Sedangkan aku, maka akan kutulis untukmu wasiat setelahku.’ Maka beliau lakukan dan beliau tanda tangani serta menyerahkan wasiat itu kepadaku.” (HR. Abu Daud)

Dari Syadad bin Al-Hadi ra. bahwasanya ada seorang laki-laki dari suku Badui dan datang beriman kepada Nabi saw. Kemudian dia berkata, “Aku akan hijrah bersamamu” Rasulullah kemudian memberitahukan hal ini kepada sebagian sahabatnya. Dan adalah suatu ketika, selesai perang kaum muslimin mendapat ghanimah, di sana terdapat Rasulullah saw. Maka ia pun (orang tadi) mendapat bagian (dari ghanimah itu). Ia bertanya, “Apa ini?” Rasulullah menjawab, “ini bagianmu” ia berkata, bukan karena ini aku mengikutimu, aku mengikutimu gar aku terkena anak panah ke sini (ia mengisyaratkan ke arah lehernya), maka aku mati dan masuk surga.” Rasulullah bersabda, “Jika kamu jujur kepada Allah (dalam hal ini) maka Allah akan mengabulkannya.” Mereka istirahat sejenak, kemudian menuju sebuah peperangan menghadapi musuh. Maka orang tadi dibawa ke hadapan Rasulullah saw. Dalam keadaan terkena anak panah persis di bagian leher seperti yang ia isyaratkan sebelumnya. Rasulullah bertanya, “Apakah ini orang tadi?” Mereka (para sahabat) menjawab, “Ya” Rasulullah bersama, “ia telah jujur kepada Allah, maka Allah mengabulkannya.” Kemudian ia dikafani dengan jubah Rasulullah saw. kemudian Rasulullah, kemudian Rasulullah menshalatinya. Dan di antara doa yang ada dalam shalat beliau. “Ya Allah ini adalah hamba-Mu, keluar dalam rangka berhijrah di jalan-Mu, maka dia terbunuh dalam keadaan syahid dan aku adalah saksi atas hal itu.” (HR. An-Nasa’i)

Dari Abu Hurairah bahwa seseorang bertanya, “Wahai Rasul Allah ada orang yang menginginkan jihad fi sabilillah, sementara dia menghendaki perhiasan di dunia?” Rasulullah menjawab, “Ia tidak mendapatkan pahala apa-apa.” Pertanyaan itu diulang sampai tiga kali dan setiap kali selalu dijawab oleh Rasulullah, “Ia tidak mendapatkan pahala apa-apa.” (HR. Abu Daud)

Dari Abu Musa berkata, Rasulullah ditanya tentang orang yang berperang karena ingin disebut pemberi, orang yang berperang dalam rangka membela fanatisme dan orang yang berperang karena ‘riya’, manakah di antara mereka itu yang fi sabilillah? Rasulullah menjawab, “Barangsiapa berperang agar kalimat Allah itu tinggi, maka dia fii sabilillah. (HR. Imam yang lima)

Jika Anda membaca sejarah dan perilaku para sahabat di berbagai negeri sampai mereka bisa menaklukkannya, niscaya Anda akan tahu puncak kesucian mereka dari berbagai macam ambisi, hawa nafsu, dan poros pergerakan mereka yang hanya bertumpu pada satu tujuan asas, yakni membimbing makhluk kepada Al-Haq, sampai kalimat Allah tegak. Anda pun akan bisa tahu betapa salahnya tuduhan-tuduhan yang diarahkan kepada mereka, bahwa mereka berjihad tidak lain hanyalah menginginkan dominasi atas bangsa-bangsa, menebarkan feudalism dan ambisi untuk memperoleh keuntungan financial.

KASIH SAYANG DALAM JIHAD ISLAM

Jika jihad dalam Islam memiliki semulia-mulia tujuan, maka sarananya pun adalah seutama-utama sarana.Allah swt. mengharamkan permusuhan. Allah swt. berfirman, “Dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Maidah: 87)

Allah swt. memerintahkan bersikap adil, meskipun kepada musuh. Firman-Nya, “Dan janganlah sekali-kali kebencianmu kepada suatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah karena adil itu dekat kepada taqwa.” (Al-Maidah: 8)

Dan Allah membimbing kaum muslimin menuju kasih sayang yang paripurna. Mereka, ketika berperang tidak melampaui batas, tidak bertindak aniaya, tidak menyiksa tubuh musuh, tidak mencuri, tidak merampok harta, tidak melukai kehormatan, dan tidak membuat derita. Di kala perang, mereka adalah sebaik-baik pasukan perang, dan di kala damai, mereka adalah sebaik-baik pelaku perdamaian.

Dari Buraidah ra. berkata, “Rasulullah saw. jika memerintahkan panglima pasukan perang, ia berwasiat kepadanya secara khusus tentang taqwa kepada Allah, dan kepada orang-orang yang bersamanya tentang kebaikan, kemudian berkata, ‘Berperanglah dengan nama Allah dijalan Allah, perangilah orang yang kafir kepada Allah, perangilah jangan melampaui batas, jangan berkhianat, jangan menyiksa, dan jangan membunuh anak-anak.’” (HR.Muslim)

Dari Abu Hurairah ra. berkata, bersabda Rasulullah saw., “Jika salah seorang dari kalian berperang jauhilah wajah. (HR. Bukhari-Muslim)

Dari Ibnu Mas’ud ra. berkata, bersabda Rasulullah saw., “Pembunuhan yang paling ringan adalah yang dilakukan oleh ahlul iman.” (HR Abu Daud)

Dari Abdullah bin Yazid Al-Anshari ra. berkata, “Rasulullah saw. melarang umatnya merampas dan menyiksa.” (HR. Bukhari)

Demikian juga Rasulullah saw. melarang pembunuhan-dalam perang-terhadap wanita, anak-anak, orang-orang tua, menyiksa orang-orang yang terluka, serta memfitnah para rahib dan orang-orang yang mengasingkan diri dari medan peperangan.

Bagaimana mungkin kita bandingkan jiwa kasih sayang Islam ini dengan jiwa kejam para aggressor yang jahat, yang senantiasa menebarkan ketakutan? Dimana kedudukan undang-undang mereka jika dihadapkan dengan undang-undang ilahi yang integral ini?

Ya Allah. Pandaikan kaum muslimin akan agamanya dan selamatkan dunia dari kegelapan ini untuk menuju cahaya Islam.

YANG TERMASUK JIHAD

Telah sering kita dengar dari kalangan muslimin bahwa memerangi musuh adalah ‘jihad kecil’. Adapun ‘jihad besar’ adalah memerangi hawa nafsu. Banyak yang berdalih dengan sebuah riwayat, ‘kita pulang dari jihad kecil menuju jihad besar.” Para sahabat bertanya, “Apakah jihad besar itu?” Rasulullah saw. menjawab, ‘Jihad terhadap hati atau jihad melawan hawa nafsu.”

Dengan hadits ini, sebagian orang bermaksud memalingkan orang lain dari memahami pentingnya jihad, persiapan untuknya tekad untuk menegakkannya, dan menyiapkan berbagai sarannya. Adapun riwayat hadits di atas sebenarnya bukanlah hadits shahih. Berkata Amirul Mukminin dari hadits Al-Hafidz ibnu Hajar dalam Tasdidul Qaus, “Hadits itu memang sangat masyhur, Namun sebenarnya ia adalah ucapan Ibrahim bin ‘Ablah.”

Berkata Al-Iraqi dalam takhrij hadits-hadits Ihya’Ulumuddin, “Diriwayatkan oleh Baihaqi dengan sanad dha’if dari Jabir. Dan diriwayatkan oleh Khatib dalam tarikhnya dari Jabir, ‘Jika saja hadits ini shahih, maka sama sekali tidak benar jika dipahami sebagai memalingkan orang dari jihad dan persiapan bagi penyelamatan negeri kaum muslimin. Namun artinya adalah kewajiban bagi seseorang untuk memerangi dirinya sehingga bersih lah seluruh amalnya hanya karena Allah. Maka yang demikian itu, ketahuilah.’”

Ada beberapa hal yang termasuk jihad, yakin amar ma’ruf nahi munkar. Telah disebutkan dalam sebuah hadits, “Seagung-agung jihad adalah kata-kata hak yang diucapkan di hadapan penguasa yang jahat.”

Namun semua itu tidak akan menjadikan pelakunya memperoleh syahid kubra (syahid besar) dan mendapat pahala mujahidin, sebagaimana jika ia berperang atau diperangi di jalan Allah.

Thursday, April 1, 2010

Jihad Fisabilillah 3 - Menurut Ahli Fiqih

Khamis, 16 Rabiulakhir 1431H :- HUKUM JIHAD MENURUT PARA AHLI FIQIH.Telah kami sebutkan beberapa ayat dan hadits tentang keutamaan jihad. Kini saya ingin nukil kan untuk sebahagian dari apa yang dikatakan oleh para ahli fiqih dari ulama mazhab hingga ulama kontemporer, tentang hukum jihad dan kewajiban mempersiapkannya. Semua ini dimaksudkan agar kita tahu sejauh mana umat Islam telah menyia-nyiakan hukum agamanya tentang jihad yang telah disepakati oleh seluruh kaum muslimin di setiap masa. Antrananya adalah seperti berikut ini:

1. Penulis buku Majm’ul Anhar fi Syarhi Multaqal Abrar menetapkan hukum-hukum jihad dalam Mazhab Hanafi seraya berkata, “Jihad-dalam pengertian secara bahasa- adalah pengerahan segenap potensi dengan ucapan dan tindakan. Sedangkan menurut syariat, ia bererti memerangi orang kafir dan sebangsanya, dengan memukulnya, merampas hartanya, menghancurkan tempat ibadahnya, dan memusnahkan berhala-berhalanya. Itu dikehendaki sebagai usaha untuk mengukuhkan agama dengan memerangi ahlil harb dan ahluzh zhimmah jika mereka membatalkan janji, dan memerangi kaum murtad yang merupakan sekotor-kotor orang kafir, untuk memutuskan setelah menetapkan. di samping itu, juga memerangi orang-orang yang durjana. “Memulai dari kita” adalah fardhu kifayah. Artinya, wajib bagi kita untuk memulai dalam memerangi mereka setelah sampainya dakwah meskipun dalam memerangi mereka setelah sampainya dakwah meskipun mereka tidak memerangi kita. Imam wajib mengirimkan pasukan ke darul harb setiap tahun sekali (atau dua kali) dan masyarakat wajib membantunya. Jika sebagian dari mereka telah menunaikannya, maka sebagian yang lain gugur kewajibannya. Jika dengan sebagian tersebut ternyata belum mencukupi, maka wajib bagi sebagian yang terdekat dan terdekat berikutnya. Jika tidak mungkin mencukupi kecuali dengan seluruh masyarakat, maka ketika itu ia menjadi fardhu ‘ain sebagaimana shalat. Adapun tentang hukum fardhu nya, Allah swt. berfirman,. “Maka perangilah orang-orang musyrik.” Juga sabda Rasulullah saw., “Jihad itu hukumnya tetap hingga hari kiamat.” Karenanya, jika semua meninggalkannya, semua berdosa. Hingga sabdanya, “Maka apabila musuh dapat menaklukkan salah satu negeri Islam, atau sebagian dari wilayahnya, jadilah ia fardu’ain, kecuali untuk wanita dan budak tanpa izin suami dan majikan. Juga perkecualian untuk anak sampai ia diizinkan oleh orang tuanya dan orang berutang sampai mendapatkan izin dari penghutangnya.”

Dalam buku Al-Bahr disebutkan, “Seorang wanita muslimah yang tertawan di timur wajib bagi masyarakatnya yang di barat untuk melepaskannya, selama ia tidak berada di benteng musuh.”

2. Berkata pengarang buku Bulghatus Salik Liaqrabil Masalik fi Mazhabil Imam Malik, “Jihad di jalan Allah demi meninggikan kalimah-Nya setiap tahun adalah fardhu kifayah; jika sebagian sudah menunaikan, maka sebagian yang lain gugur kewajibannya. Ia menjadi fardu ‘ain (sebagaimana wajibnya shalat dan puasa) dengan penetapan dari Imam dan serangan musuh di tengah kaum. Ia ditetapkan (wajibnya) untuk kaum tersebut dan kemudian kepada masyarakat yang terdekat jika tidak mampu menghadapi. Pada kondisi ini ditetapkan pula untuk wanita dan budak meskipun tidak diizinkan oleh suami dan majikan, juga ditetapkan atas pemilik utang meski dihalang oleh penghutangnya. Ia ditetapkan juga karena nazar. Orang tua hanya boleh menghalangi anaknya dalam fardhu kifayah. Pembebasan tawanan muslim dari tangan ahlul harb, jika ia tidak memiliki harta sebagai tebusannya, adalah fardhu kifayah, meskipun-sebagai penebusnya-harus menghabiskan harta seluruh kaum muslimin.”

3. Dalam matan Al-Manhaj oleh imam Nawawi Asy-syafi’i disebutkan, “Jihad pada masa Rasulullah saw. Adalah fardhu kifayah, dikatakan juga fardhu ‘ain. Adapun masa setelahnya, untuk orang-orang kafir, ada dua keadaan:Pertama, jika mereka berada di negerinya sendiri, jihad hukumnya fardhu kifayah, jika sudah ada dari kaum muslimin yang menunaikan dan mencukupinya, gugurlah kewajiban ini dari yang lain.

Kedua, jika mereka masuk ke negeri kira, maka kewajiban bagi warga Negaranya yang mampu untuk mempertahankannya. Jika kondisi mengharuskan adanya peperangan, wajib bagi yang mampu untuk melakukannya, meskipun mereka kaum fakir miskin, anak, dan penghutang, tanpa meminta izin kepada siapa pun.

4. Dalam buku Al-Mughniy karangan Ibnu Qudamah Al-Hambali disebutkan, “Jihad adalah fardhu kifayah; jika sebagian telah melakukannya maka gugurlah kewajiban bagi yang lain. Dan ditetapkan keputusan selanjutnya dalam tiga keadaan:

Pertama, jika kedua pasukan telah berhadap-hadapan maka haram bagi orang yang hadir ditempat itu untuk lari. Wajib baginya berperang.
Kedua, jika orang-orang kafir masuk dalam suatu negeri, maka diwajibkan kepada warganya untuk mempertahankan dan memeranginya.
Ketiga, jika imam meminta masyarakat untuk maju berperang, maka wajib bagi mereka untuk memenuhi panggilan ini bersamanya. Jihad dilakukan minimal setahun sekali.

Abu Abdullah, yakni Imam Ahmad bin Hanbal berkata, “Saya tidak mengetahui suatu amal yang lebih utama-setelah ibadah-ibadah wajib-kecuali jihad, dan perang di laut itu lebih utama daripada perang di darat.”

Berkata Anas bin Malik ra., “Suatu saat Rasulullah saw. Tertidur lalu bangun dan tertawa. Berkata Ummu Haram, ‘Apa yang membuat engkau tertawa wahai Rasulullah?’ Rasulullah saw. Menjawab, ‘Sekelompok umatku memperlihatkan kepadaku tatkala jihad di jalan Allah. Mereka menaiki kapal laut sebagaimana raja-raja di atas singgasana.’” (Muttafaq ‘alaihi) Di penghujung hadits ini Ummu Haram meminta kepada Nabi saw. Agar mendoakan kepada Allah supaya dirinya termasuk dalam rombongan itu. Rasulullah saw. pun mendoakannya. Pada saat pembebasan kota Cyprus, Ummu Haram ikut di armada laut kaum muslimin. Beliau meninggal dan dimakamkan di sana. Di sana kini ada sebuah masjid dan makam yang dinisbatkan kepadanya (Ummu Haram ra.).

5. Berkata Ibnu Hazm Asz-Dzahiri dalam Al-Muhalla-nya, “Jihad adalah fardhu bagi kaum muslimin. Jika sudah ada sekelompok orang yang memerangi orang di negerinya dan melindungi pertahanan kaum muslimin darinya maka gugurlah kewajiban bagi sebagian yang lain. Jika tidak fardhu tentu Allah saw. tidak berfirman, “Pergilah berperang, baik dalam keadaan ringan maupun berat dan berperanglah dengan harta dan jiwa kalian.” Atau kecuali musuh telah merusak dalam wilayah kaum muslimin maka saat itu setiap orang yang mampu wajib membantu perjuangan, baik diizinkan oleh orang tua maupun tidak. Tentu saja ada perkecualian, jika dengan kepergiannya itu kedua orang tua atau salah satunya menjadi terlantar. Ia tidak boleh meninggalkan orang tuanya dalam keadaan terlantar.

6. Berkata Syaukani dalam buku Sailul Jarar, “Dalil-dalil tentang wajibnya jihad dalam Kitabullah dan Sunnah Rasul sangatlah banyak jika dituliskan di sini. Namun ia tidaklah fardhu kecuali kifayah; jika sudah ada sebagian yang menunaikan maka yang lain telah gugur kewajibannya. Adapun sebelum ada yang menunaikan, ia fardhu ‘ain bagi setiap mukallaf. Demikian juga wajib hukumnya bagi orang yang diminta berangkat jihad oleh imam, ia berangkat, dan ia mendapatkan ketetapan hukum wajib dengannya.

Demikianlah, pengertian bagaimana seluruh ahlul ‘ilmi; bagi para mujahid maupun muqallid-nya, baik ulama salaf maupun khalaf nya, sepakat bahwa jihad adalah fardhu kifayah bagi umat Islam untuk menyebarkan dakwah, dan fardhu ‘ain untuk mempertahankan serangan kaum kuffar. Umat Islam kini, sebagaimana kita tahu, dalam keadaan terhina di hadapan kaum kuffar dan menjadi objek hukum mereka. Tanah air mereka telah diinjak-injak, kehormatan mereka telah dinodai, urusan mereka diatur oleh undang-undang musuh, dan syiar-syiar agama mereka pun terlantar di negeri mereka sendiri. Keadaan serupa ini masih ditambah dengan lemahnya kemampuan mereka menyebarkan dakwahnya. Dengan adanya kenyataan ini, maka wajiblah bagi setiap muslim (dengan wajib ‘ain) untuk mempersiapkan diri dan mengokohkan niat dalam rangka menghadapi jihad sampai datangnya kesempatan untuk itu, kemudian Allah akan menentukan keputusan-Nya untuk kita.

Sebagai pelengkap bagi pembahasan ini barangkali tidak ada buruknya saya sampaikan bahwa kaum muslimin di setiap masa-sebelum masa sekarang, yang penuh kegelapan dan telah padam bara jihad umatnya-tidak pernah meninggalkan jihad; dari para ulama, ahli tasawuf, hingga para pekerjanya. Mereka semua dalam kesiapan penuh untuk berjihad.

Lihatlah Abdullah bin Mubarak, seorang faqih yang zuhud, dia telah mempersembahkan sebagian besar waktunya untuk jihad. Demikian halnya dengan Abdullah Wahid bin Zaid, yang ahli tasawuf dan zuhud. Ada lagi Syaqiq Al-Balkha. Guru besar tasawuf itu berangkat bersama-sama muridnya untuk berjihad. Semak pula sejarah hidup Al Buadrul ‘Aini, pensyarah Shahih Bukhari yang faqih dan ahli hadits; ia jihad setahun, belajar setahun, dan berhaji setahun. Demikian juga dengan Al-Qadhi Asad bin Furat Al-Maliki, ia adalah panglima armada angkatan laut pada masanya. Juga Imam Syafi’i, sangat dikenal dengan kemampuannya “melempar” sepuluh kali tanpa melesat sekalipun”. Demikianlah orang-orang salaf kita, lalu di manakah posisi kita di hadapan sejarah yang agung ini?