Rabu, 17 Rejab 1436H: Dari Sulaiman bin Buraidah r.a., dari bapanya, dari Nabi
saw., bahawa seorang lelaki bertanya kepada beliau tentang waktu-waktu solat. Sabda Rasulullah saw., "Solatlah bersama-sama dengan kami dua hari ini."
Maka
ketika matahari telah gelincir, beliau menyuruh Bilal azan dan qamat untuk solat Zohor.
Kemudian disuruhnya pula Bilal qamat untuk
solat Asar, sedangkan matahari masih tinggi dan
cahayanya masih terang.
Kemudian disuruhnya pula Bilal qamat untuk solat Maghrib, iaitu ketika matahari telah terbenam.
Kemudian disuruhnya pula Bilal qamat untuk solat
Isyak, iaitu ketika mega merah telah hilang.
Kemudian disuruhnya pula Bilal
qamat untuk solat Subuh, iaitu ketika terbit fajar.
Pada hari kedua disuruhnya pula Bilal azan dan qamat untuk solat Zohor agak terlewat dari kelmarin, iaitu sehingga
hawa panas telah agak reda. Setelah panas reda, barulah beliau solat.
Kemudian beliau solat
Asar ketika matahari masih tinggi, tetapi agak terlambat dari kelmarin.
Dan
beliau solat Maghrib sebelum hilang mega merah. Solat Isyak setelah lewat sepertiga malam. Solat Subuh setelah langit agak bercahaya.
Kemudian beliau
bertanya, "Kemanakah orang yang bertanya tentang waktu solat?"
Seorang lelaki menjawab, "Aku, ya, Rasulullah!"
Sabda beliau, "Waktu waktu solat ialah seperti yang
telah anda saksikan itu."
Hadis Sahih Muslim