Jumaat, 19 Safar 1436H: Dari Sa'ad bin Abi Waqqash r.a.. katanya: Pada tahun haji
yang penghabisan, saya sakit, dan Rasulullah saw. datang mengunjungi saya. Aku
bertanya kepada beliau, "Saya merasa sakit saya ini agak mengkhuatirkan. Saya
ada mempunyai kekayaan sedangkan yang akan mewarisinya tidak ada, selain seorang
anak perempuan. Bolehkah saya sedekahkan dua pertiga dari kekayaan saya itu?"
Jawab Nabi, "Tidak boleh!"
Aku bertanya, "Seperdua."
Kemudian beliau bersabda,
"Sepertiga! Sepertiga itu sudah banyak. Sesungguhnya engkau tinggalkan ahli
warismu itu dalam keadaan kaya, lebih baik daripada engkau tinggalkan dia dalam
keadaan miskin, meminta-minta kepada orang lain. Perbelanjaan yang telah engkau
keluarkan semata-mata kerana Allah, sesungguhnya akan diberi pahala oleh Allah,
sehingga belanja yang telah engkau keluarkan untuk isteri mu sekalipun."
Kataku,
"Ya, Rasulullah! Aku telah ketinggalan oleh kawan-kawanku (yang mati syahid)."
Jawab Nabi saw., " Engkau sekali-kali tidak
ketinggalan. Setiap amal soleh yang telah engkau perbuat akan menambah darjat
dan ketinggianmu: Mudah-mudahan umurmu panjang sehingga bermanfaat bagi satu
kaum dan kerugian bagi yang lain. Oh Allah! Teruskanlah sahabat-sahabatku hijrah
dan janganlah dibiarkan mereka surut ke belakang."
Tetapi Rasulullah saw. sangat
menyayangkan seorang yang miskin tak dapat pindah iaitu Saad bin Khaulah. Beliau
saw. menangisinya tatkala mendengar dia meninggal di Mekah."
Hadis Sahih Bukhari.
No comments:
Post a Comment