Jumaat, 2 Rabiulakhir 1436H: Ibnu Abbas r.a. menceritakan: "Nabi saw. berjalan melalui
sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh beliau suara dua
orang sedang diseksa dalam kuburnya.
Maka berkata Nabi saw., "Keduanya diseksa
bukanlah kerana dosa besar."
Kemudian Nabi melanjutkan perkataannya, "Yang
seorang diseksa kerana kencing di tempat terbuka, dan yang seorang lagi kerana
membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan."
Sesudah itu Nabi menyuruh ambil
sebuah pelepah tamar, lalu dipatah dua oleh beliau, dan diletakkannya di atas
kedua kuburan itu masing-masing sepotong. Seseorang bertanya, "Ya, Rasulullah!
Mengapa Anda lakukan itu?"
Jawab Nabi, "Mudah-mudahan
keduanya mendapat keringanan, selama pelepah tamar itu tidak kering."
No comments:
Post a Comment