Jumaat, 8 Jamadilawal 1436H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Ada seorang wanita atau
pemuda hitam bekerja sebagai tukang sapu masjid. Ketika Rasulullah saw. tidak
melihatnya, beliau tanya-tanyakan ke sana-sini. Mereka mengatakan bahawa orang
itu telah meninggal.
Kata Nabi saw., "Kenapa tidak kalian beritahu aku?"
Seolah-olah kata Nabi, mereka menganggap remeh kematian orang itu.
Kata Nabi
selanjutnya, "Tunjukkanlah kepada ku kuburnya." Maka ditunjukkan mereka kepada
beliau kuburnya, lalu beliau solat (ghaib) di atasnya.
Kemudian beliau bersabda:
"Kubur ini sangat gelap bagi penghuninya.
Sesungguhnya Allah 'azza wa jalla akan meneranginya setelah aku solat di
atasnya."
No comments:
Post a Comment