Rabu, 16 Syaaban 1436H: Dari Aisyah r.a. ibu orang-orang beriman (isteri Nabi) bahawa
Rasulullah saw. mengatakan, ketika beliau sedang sakit: "Suruhlah Abu Bakar
solat menjadi Imam bagi orang banyak!"
Aisyah
menjawab: "Sesungguhnya Abu Bakar apabila dia berdiri di tempat engkau (menjadi
Imam), nescaya tidak akan kedengaran suaranya oleh orang banyak kerana
tangisnya. Sebab itu suruhlah Umar solat (menjadi
Imam)."
Beliau berkata sekali lagi: "Suruhlah Abu Bakar supaya solat menjadi Imam bagi orang banyak!"
'Aisyah mengatakan
kepada Hafshah, supaya menyampaikan (kepada Nabi): "Bahawa Abu Bakar apabila
berdiri di tempat engkau jadi Imam), nescaya tidak akan kedengaran suaranya oleh
orang banyak, kerana tangisnya. Sebab itu suruhlah Umar, supaya solat menjadi Imam bagi orang banyak!"
Lalu Hafshah
melaksanakan anjuran Aisyah. Mendengar itu Rasulullah saw. berkata:
"Sesungguhnya kamu serupa dengan perempuan-perempuan (yang menggoda) Yusuf!
Suruh Abu Bakar, supaya dia solat menjadi Imam bagi
orang banyak!"
Hafshah berkata kepada 'Aisyah: "Saya tidak mendapat kebaikan
kerana mengikuti anjuran engkau."
No comments:
Post a Comment