Jumaat, 18 Syaaban 1436H: Dari Abdullah r.a., katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah
saw. solat melebihi atau kurang dari jumlah rakaat
yang semestinya. Setelah beliau memberi salam, ditanyakan orang kepadanya: "Ya,
Rasulullah! Apakah ada perubahan dalam solat?"
Tanya
Nabi saw., "Mengapa begitu tanya anda?"
Jawab mereka, "Anda solat begini, begini, begini."
Lalu beliau menyimpuhkan
kedua kakinya menghadap ke kiblat, kemudian sujud dua kali dan sesudah itu
memberi salam. Kemudian beliau menghadapkan mukanya kepada kami seraya bersabda:
"Jikalau ada suatu perubahan tentang cara solat,
tentu ku beritahukan kepada anda semua. Aku adalah manusia pelupa seperti anda
juga. Kerana itu, apabila aku lupa ingatkan lah aku. Dan apabila kamu ragu dalam
solat tentang jumlah rakaatnya, ambillah yang pasti
(iaitu jumlah yang sedikit), lalu cukupkanlah, kemudian sujudlah dua
kali."
No comments:
Post a Comment