Selasa, 17 Zulkaedah 1436H: Hadis riwayat Abdullah bin Amru bin Ash ra., ia berkata:
Pada haji Wada
Rasulullah saw. pernah berhenti di daerah Mina agar para sahabat dapat bertanya
kepada beliau. Kemudian datanglah seorang lelaki bertanya:
"Wahai Rasulullah!
Tanpa sadar aku telah bercukur sebelum menyembelih kurban."
Beliau menjawab: "Tidak apa-apa, sembelihlah kurbanmu!"
Kemudian datang lagi lelaki lain bertanya: "Wahai Rasulullah! Tanpa sadar aku telah menyembelih kurban sebelum melontar."
Beliau menjawab: "Tidak apa-apa, melontarlah!"
Dia (Abdullah bin Amru bin Ash)
melanjutkan: Setiap kali Rasulullah saw. ditanya tentang suatu perkara yang
didahulukan atau diakhirkan, beliau menjawab: "Tidak apa-apa, kerjakanlah!."
(Hadis Shahih Muslim)
No comments:
Post a Comment