Khamis, 17 Zulkaedah 1438H: Dari Ya'la bin Umayyah, dari bapanya r.a., katanya: "Seorang lelaki
mendatangi Rasulullah saw. di Ja'ranah, ketika beliau sedang umrah.
Janggut dan rambut lelaki itu dicatnya kuning (pakai pacar) dan dia
memakai jubah.
Lalu dia bertanya kepada Rasulullah saw., "Bolehkah aku umrah dalam keadaan dan pakaianku seperti sekarang?"
Jawab Rasulullah saw., "Tanggalkan jubahmu, cuci cat janggut dan
rambutmu. Lalu apa yang diperbuat dalam haji lakukan pula dalam umrah."
Hadis Sahih Muslim
No comments:
Post a Comment