Isnin, 15 Rabiulawal 1439H: Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda : "Apabila
Allah Ta'ala mengasihi seseorang hamba, maka dipanggil-Nya Jibril seraya
berfirman: "Hai, Jibril! Sesungguhnya Aku mengasihi si Fulan. Maka
kasihi pulalah dia."
Lalu Jibril mengasihi orang itu. Kemudian
dia berseru kepada penduduk langit, katanya, "Sesungguhnya Allah Ta'ala
mengasihi si Fulan. Maka kasihi pulalah dia oleh, kalian semuanya!"
Lalu
penduduk langit mengasihi orang itu. Kemudian cinta kasih itu sampai kepada penduduk bumi.
Dan apabila Allah Ta'ala membenci seseorang hamba, maka dipanggil-Nya
Jibril seraya berfirman : "Hai, Jibril! Aku benci kepada si Fulan. Maka
benci pulalah kepadanya!"
Lalu Jibril membenci orang itu. Kemudian dia berseru kepada penduduk langit, katanya: "Sesungguhnya Allah Ta'ala membenci si Fulan. Maka benci pulalah kamu semua kepadanya."
Kata Nabi saw., "Lalu penduduk langit membenci orang itu, sehingga penduduk bumi membencinya pula."
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2265.

No comments:
Post a Comment