Daripada Abu Umamah RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Tiada
sesuatu perkara yang paling disukai oleh Allah melainkan dua titisan dan
dua kesan. Titisan air mata yang menangis kerana takutkan kepada Allah
SWT dan titisan darah yang tumpah pada jalan Allah. Adapun dua kesan
yang Allah sukai adalah kesan pada jalan Allah dan kesan fardhu daripada
kefardhuan Allah SWT." Abu Isa berkata :
"Hadith ini hassan gharib." (Hadith riwayat at-TIrmizi, No. Hadith : 1669
Pengajaran Hadith :
1.Allah SWT amat menyukai akan amalan hamba-Nya yang dilakukan secara
ikhlas semata-mata kerana-Nya dan semakin banyak susah payah yang
dihadapi, maka semakin bertambahlah ganjaran pahala.
2.Antara
amalan yang disukai oleh Allah SWT adalah dua titisan dan dua kesan.
Antara dua titisan itu yang pertama adalah titisan air mata yang takut
kepada Allah SWT terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan dan keduanya
adalah titisan darah yang ditumpahkan demi berjuang untuk jalan Allah
SWT.
3.Dua kesan yang pertamanya adalah kesan luka berjuang untuk
jalan Allah SWT dan kedua adalah kesan dalam melakukan ketaatan kepada
Allah SWT. Semoga kita tergolong dalam golongan tersebut.
Sumber rujukan :
1- Kitab Jami' at-Tarmizi
2- Kitab Tuhfatul Ahwazi Bisyarhi Jami' at-Tirmizi Lil Mubarakfuri
3- Kitab Mirqatul Mafatih Syarh Misykatul Masobih
4- Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi
2- Kitab Tuhfatul Ahwazi Bisyarhi Jami' at-Tirmizi Lil Mubarakfuri
3- Kitab Mirqatul Mafatih Syarh Misykatul Masobih
4- Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi
No comments:
Post a Comment