Jumaat, 21 Ramadhan 1439H: Diceritakan
oleh Abu Salamah r.a., katanya: "Aku datang bertanya kepada Abu Sa'id Al
Khudri,tanyaku: "Tidakkah lebih baik kita pergi ke Nakhl supaya kita
dapat bercakap-cakap di sana?"
Lalu kami pergi ke sana. Aku berkata
kepadanya, "Ceritakanlah kepada ku, apa yang telah tuan dengar dari Nabi
saw. tentang Malam Qadar"
Katanya, "Rasulullah sedang iktikaf sepuluh
hari pertama bulan Ramadhan. Kami pun
iktikaf pula bersama-sama dengan beliau. Maka datanglah malaikat Jibril
mengatakan, "Yang tuan inginkan itu (malam qadar) belum datang."
Nabi
saw. meneruskan lagi iktikaf beliau pada sepuluh hari pertengahan bulan. Kami
pun iktikaf pula bersama-sama dengan beliau. Lalu datang pula malaikat Jibril
mengatakan: "Yang tuan inginkan belum datang. "Keesokan pagi dari malam
kedua puluh bulan Ramadhan, Nabi saw.
berpidato.
Sabda beliau: "Barangsiapa iktikaf bersama-sama dengan ku,
hendaklah diteruskannya, kerana kepada ku telah diperlihatkan Malam Qadar itu,
tetapi aku lupa tanggalnya. Malam qadar itu ialah dalam sepuluh yang
akhir (Ramadhan) di bilangan ganjil.
Saya bermimpi seolah-olah saya sujud di tanah basah." Atap masjid terbuat
dari pelepah kurma. Di langit, kami tidak melihat awan sedikit pun. Tetapi
tidak lama kemudian, datanglah awan gelap dan hujan pun turun dengan lebatnya.
Kami solat bersama-sama dengan Nabi saw. dan kami melihat tanah dan air melekat
di kening dan di puncak hidung Nabi, sesuai benar dengan mimpi beliau. "
No comments:
Post a Comment