Khamis, 25 Zulhijjah 1439H: Dari 'Amir bin Sa'ad, dari bapanya r.a. katanya, "Pada suatu hari
Rasulullah saw. datang dari daerah perbukitan. Ketika beliau sampai di
Masjid Bani Mu'awiyah beliau masuk ke masjid lalu solat dua rakaat. Kami
pun solat pula bersama-sama dengan beliau.
Beliau mendoa kepada
Tuhan panjang sekali. Setelah mendoa beliau berpaling kepada kami lalu
bersabda, "Aku memohon kepada Tuhan ku tiga perkara. Dia memperkenankan
dua perkara dan menolak satu perkara.
Aku memohon kepada Tuhan ku supaya jangan membinasakan ummat ku dengan musim susah yang panjang, maka diperkenankan.
Aku memohon supaya ummat ku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam
(seperti banjir besar yang melanda ummat Nabi Nuh, atau seperti tentera
dan Raja Fir'aun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu
diperkenankan-Nya juga.
Aku memohon supaya ummat ku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan."
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2464.
Aku memohon supaya ummat ku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan."
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2464.
No comments:
Post a Comment