Khamis, 18 Jamadilawal 1440H: Dari' Abdullah bin Buhainah, Al Asdi r.a., iaitu kawan yang telah bersumpah setia dengan Bani Abdul Muththalib, katanya:
"Rasulullah saw. pernah solat Zohor, di mana beliau langsung berdiri, sedangkan seharusnya duduk (tasyahud awal).
Maka ketika solat telah cukup (empat rakaat), beliau sujud dua kali
dengan membaca takbir setiap kali sujud, iaitu ketika duduk sebelum
salam.
Orang banyak ikut pula sujud bersama-sama dengan beliau, iaitu pengganti tasyahud awal yang terlupa."
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0524.
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0524.
No comments:
Post a Comment