Khamis, 27 Jamadilakhir 1440H: Dari Abu Hurairah ra. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang
menolong menghilangkan kesusahan orang mukmin, Allah Taala menghilangkan
pula kesusahannya di hari kiamat kelak.
Siapa yang membantu
memudahkan orang yang dalam kesulitan, Allah memudahkannya pula di dunia
dan akhirat. Allah sentiasa menolong hambanya selama hamba itu mahu
menolong saudaranya.
Siapa berusaha mencari ilmu, Allah memudahkan baginya jalan ke syurga.
Bila suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah (masjid)lalu mereka
membaca Kitabullah dan mempelajarinya sesama mereka, diturunkan kepada
mereka ketenangan dan diselubungi mereka dengan rahmat. Mereka
dikerumuni oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebut dengan bangga
kepada orang-orang yang di dekat-Nya.
Sedangkan orang yang lalai beramal, ia tidak akan dapat mengejar ketinggalannya dengan gelar kebangsawanan nya."
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2322.
Sedangkan orang yang lalai beramal, ia tidak akan dapat mengejar ketinggalannya dengan gelar kebangsawanan nya."
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2322.
No comments:
Post a Comment