Jumaat, 20 Syaában 1440H: Dari Abu Hurairah katanya: "Barangsiapa yang senang memberi belanja dua
orang isteri di jalan Allah Azza wa Jail, maka dia akan diseru kedalam
syurga dari pintu "Nafaqah".
Barangsiapa yang gemar solat, maka dia akan
diseru kedalam syurga lewat pintu "As-Shalah".
Barangsiapa yang gemar
berjihad, maka dia akan diseru kedalam syurga melalui pintu "Al-Jihad".
Dan barangsiapa yang gemar bersedekah, maka dia akan diseru kedalam
syurga lewat pintu "As-Shadaqah".
Dan barangsiapa yang gemar berpuasa,
maka dia akan diseru lewat pintu "Ar-Rayyaan".
Kata Abu Bakar: "Wahai
Rasulullah, bagaimana kalau ada seseorang rajin mengerjakan semua amalan
yang engkau sebutkan tadi, apakah dia akan diseru masuk kedalam syurga
melalui pintu-pintu itu semua?"
Sabda Rasulullah saw: "Ya, aku harap
engkau termasuk salah seorang dari mereka."
No comments:
Post a Comment