Selasa 23 Ramadhan 1440H; Ibnu Abi Umar ceritakan kepada kami, Sufyan
menceritakan kepada kami dari Allah bin Abi Lubabah dan Ashim yang mendengar
Zirr bin Hubaisy berkata: "Barang
siapa melakukan ibadah sesaat setiap malam selama satu tahun, tentu dia
memperoleh Lailatul-Qadar”.
Ubai berkata: "Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa Abu Abdur Rahman sesungguhnya dia
telah mengetahui bahawa Lailatul-Qadar adalah pada sepuluh akhir dari bulan Ramadhan dan sesungguhnya Lailatul-Qadar adalah malam
dua puluh tujuh bulan Ramadhan tetapi dia
menghendaki agar manusia tidak berpegang kepada perkiraan itu kemudian Ubai
bersumpah yang pasti bahawa Lailatul-Qadar adalah. malam dua puluh tujuh bulan Ramadhan".
Ziir berkata kepada Ubai: "Dengan dasar apa kamu berkata demikian hai Abal-Mundair?"
Dia berkata: "Dengan dasar tanda yang diberitahukan Rasulullah SAW kepada kita iaitu
bahawa matahari pada waktu itu terbit tanpa ada cahaya".
Hadis ini adalah hadis Hasan Sahih. Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3409.
No comments:
Post a Comment