Khamis, 25 Safar 1441H: Dari
Abu Qatadah r.a., iaitu sahabat Rasulullah saw., katanya: "Pada suatu
ketika, aku masuk masjid ketika Rasulullah sedang memberikan pengajian
kepada orang ramai. Lalu aku langsung saja duduk di antara mereka".
Maka bersabda Rasulullah saw., "Apa yang menghalangi anda untuk solat dua rakaat sebelum anda duduk?"
Jawab ku, "Ya, Rasulullah! Kerana ku lihat anda sama-sama duduk bersama orang banyak."
Sabda beliau, "Apabila masing-masing kamu masuk masjid, maka jangan duduk sebelum solat lebih dahulu dua rakaat."
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0678.
No comments:
Post a Comment