Rabu, 26 Jamadilawal 1441H: Daripada Abdullah bin ‘Amr R.Anhuma berkata:
رَجَعْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- مِنْ مَكَّةَ إِلَى
الْمَدِينَةِ حَتَّى إِذَا كُنَّا بِمَاءٍ بِالطَّرِيقِ تَعَجَّلَ قَوْمٌ
عِنْدَ الْعَصْرِ فَتَوَضَّئُوا وَهُمْ عِجَالٌ فَانْتَهَيْنَا إِلَيْهِمْ
وَأَعْقَابُهُمْ تَلُوحُ لَمْ يَمَسَّهَا الْمَاءُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ
-صلى الله عليه وسلم- وَيْلٌ لِلأَعْقَابِ مِنَ النَّارِ أَسْبِغُوا
الْوُضُوءَ
Maksudnya: "Kami pulang bersama Rasulullah SAW dari Mekah menuju Madinah.
Di tengah perjalanan, kami tiba di suatu tempat yang terdapat air.
Sebahagian orang tergesa-gesa berwudhuk kerana takut waktu Asar akan
habis.
Ketika kami menghampiri mereka, kami melihat tumit mereka kering, tidak disentuh oleh air.
Lalu Nabi SAW bersabda: “Celakalah tumit-tumit (yang tidak terbasuh
dengan air wudhuk) yang akan terkena api neraka. Sempurnakanlah wudhuk
kamu dengan baik."
No comments:
Post a Comment