Khamis, 2 Jamadilawal 1442H: Diriwayat Imam Muslim dan lain-lain riwayat, bahawa Rasulullah SAW solat fardu Zuhur, dalam satu riwayat solat fardu Asar, sebanyak 2 rakaat lalu Baginda SAW bangkit menuju ke pintu dengan wajahnya yang serius.
Lalu seorang sahabat yang dipanggil Dzul Yadain bertanya kepada Rasulullah SAW:
أَقُصِرَتِ الصَّلَاةُ أَمْ نَسِيتَ
Maksudnya: "Adakah solat telah dipendekkan (oleh Syarak) atau engkau telah lupa ?"
Jawab Rasulullah SAW: "Solat tidak dipendekkan dan aku tidak pula lupa. Baginda SAW lalu bertanya kepada para sahabat yang lain: Apakah benar yang dikatakan Dzul Yadain itu?."
Mereka membenarkannya. Lalu Baginda SAW bangkit dan menyempurnakan baki solat dua rakaat lagi beserta sujud sahwi.
Hadis riwayat Imam Muslim (573) dalam Sahihnya