Khamis, 2 Jamadilawal 1442H: Diriwayat Imam Muslim dan lain-lain riwayat, bahawa Rasulullah SAW solat fardu Zuhur, dalam satu riwayat solat fardu Asar, sebanyak 2 rakaat lalu Baginda SAW bangkit menuju ke pintu dengan wajahnya yang serius.
Lalu seorang sahabat yang dipanggil Dzul Yadain bertanya kepada Rasulullah SAW:
أَقُصِرَتِ الصَّلَاةُ أَمْ نَسِيتَ
Maksudnya: "Adakah solat telah dipendekkan (oleh Syarak) atau engkau telah lupa ?"
Jawab Rasulullah SAW: "Solat tidak dipendekkan dan aku tidak pula lupa. Baginda SAW lalu bertanya kepada para sahabat yang lain: Apakah benar yang dikatakan Dzul Yadain itu?."
Mereka membenarkannya. Lalu Baginda SAW bangkit dan menyempurnakan baki solat dua rakaat lagi beserta sujud sahwi.
Hadis riwayat Imam Muslim (573) dalam Sahihnya






![Image may contain: 1 person, text that says "Bagaimana mendapatkan doa mustajab للفتاوي الكافي 206 Salibus Sumahah Dato' Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyimpulkan: 1. Berdoa dengan Penuh Harap dan Yakin Firman Allah SWT: "Sesungguhnyapa para Nabi sentiasa bersegera dalam melakukan perkara kebaikan. Dan mereka berdoa kepada Kami dalam keadaan penuh harap dan rasa takut." 3. Istiqamah dalam berdoa 2. Memuji Allah Sebelum Berdoa Jelas dalam surah al-Fatihah, terdapat pujian kpd Allah SWT daripada ayat hingga kemudian diikuti ayat dgn permintaan. Sabda Nabi 券: Siapa yang suka Allah terima doanya ketika kesukaran dan kepayahan, hendaklah dia doa pada masa kemewahan kesenangan." [Riwayatal-Tirmizi (3382)] fMufti Persekutuan BAGAIMANA MENDAPATKAN @drzulkifli.albakri www.muftiwp.gov.my"](https://scontent.fkul13-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-0/p526x296/128168025_3392338240863449_3573613075951619484_o.jpg?_nc_cat=109&ccb=2&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=KVAHCIsErjYAX-oOJtR&_nc_ht=scontent.fkul13-1.fna&tp=6&oh=007e1c9cb1208a12331a50ba0b0360eb&oe=5FEA7460)