Sunday, September 29, 2024

Contohi Rasulullah SAW Dalam Berakhlak

Ahad, 25 Rabiul Awal 1446H   |  Contohi Rasulullah SAW Dalam Berakhlak

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خِيَارُكُمْ أَحَاسِنُكُمْ أَخْلَاقًا

Daripada Abdullah bin Amr ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik orang di antara kalian adalah orang yang paling baik akhlaknya di antara kalian." (HR Tirmizi No: 1898) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW di utus untuk menyempurnakan akhlak manusia

Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ

“Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” (HR Ahmad No:8952) Status: Hadis sahih

2.  Sebaik-baik kita ialah yang paling baik akhlaknya

3.  Akhlak yang baik adalah akhlak terpuji yang dicontohi dari Rasulullah SAW

4.  Bersifat terpujilah kita dengan sentiasa memiliki akhlak yang paling baik sama ada dalam beribadat mahupun ketika berhubungan sesama manusia dan makhluk yang 

No comments:

Post a Comment