Isnin, 9 Jamadil Awal 1446H | Tiga Sifat Mendapat Jaminan Syurga
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَا زَعِيمٌ بِبَيْتٍ فِي رَبَضِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْمِرَاءَ وَإِنْ كَانَ مُحِقًّا وَبِبَيْتٍ فِي وَسَطِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْكَذِبَ وَإِنْ كَانَ مَازِحًا وَبِبَيْتٍ فِي أَعْلَى الْجَنَّةِ لِمَنْ حَسَّنَ خُلُقَهُ
Daripada Abu Umamah ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Aku akan menjamin rumah di tepi syurga bagi seseorang yang meninggalkan perdebatan meskipun dia benar. Aku juga menjamin rumah di tengah syurga bagi seseorang yang meninggalkan pendustaan meskipun bersifat gurau, Dan aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi seseorang yang memperelok akhlaknya." (HR Abu Daud No: 4167) Status: Sanad Sahih
Pengajaran:
Rasulullah memberikan jaminan syurga kepada mereka yang memiliki sifat-sifat berikut:
1. Meninggalkan perdebatan walaupun dia dipihak yang benar.
a. Orang yang berdebat @ berbantah-bantahan, akan berusaha mengalahkan lawannya dengan berbagai cara seperti mencela, memperleceh dan menghina lawannya dan menunjukkan keegoan untuk mempertahankan pandangannya.
b. Tidak semua perdebatan dilarang. Contoh yang dibenarkan ketika mempertahankan aqidah. Walaubagaimanapun berdiskusi itu lebih baik.
2. Meninggalkan perbuatan berbohong meskipun bersifat gurauan.
(Islam menuntut kejujuran dalam pertuturan mahupun penulisan)
3. Memperelok akhlaknya.
(Berbudi pekerti mulia ketika berinteraksi dan berhubungan dengan kawan dan lawan)
Milikilah sifat yang Rasulullah SAW memberi jaminan syurga. Orang yang meninggalkan perdebatan, rumahnya ditepi syurga. Orang yang meninggalkan pendustaan, rumahnya ditengah syurga. Orang yang memperelok akhlaknya, rumahnya paling tinggi di syurga.
No comments:
Post a Comment