عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ لَا شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ عَلَى وَلَدِهِ
Daripada Abu Hurairah RA ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Ada tiga jenis doa yang akan dikabulkan yang tidak ada keraguan padanya; doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang bermusafir, dan doa ibu bapa terhadap anaknya." (HR Tirmizi No: 1828) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Muslim dituntut sentiasa berbuat baik dalam pergaulan dan perhubungan dengan anggota masyarakat termasuk kedua ibu bapa.
2. Elakkan hubungan yang buruk hingga menjadi penyebab kita menzalimi orang lain.
3. Tiga golongan doanya mustajab di sisi Allah:
a) Doa dari orang yang dizalimi
b) Doa orang yang sedang bermusafir
c) Doa dua ibu bapa kepada anak
4. Menurut Imam al-Nawawi doa orang yang dizalimi dimustajabkan kerana kezaliman mengundang kemurkaan Allah SWT; justeru doa orang yang teraniaya menjadi sebab Allah menzahirkan keadilan-Nya.
5. Doa orang yang bermusafir dimakbulkan kerana perjalanan yang jauh biasanya disertai dengan kesulitan, keletihan, dan pergantungan yang tinggi kepada Allah SWT. Menurut Ibn Ḥajar, keadaan musafir merupakan antara waktu paling mustajab untuk berdoa kerana hati seseorang ketika itu bersih daripada kesombongan dan lebih tunduk kepada Allah SWT.
6. Kedudukan ibu bapa amat mulia di sisi Allah SWT. Doa mereka, sama ada untuk kebaikan atau keburukan, boleh memberi kesan besar terhadap kehidupan anak. Oleh itu, ibu bapa berhati-hati dalam mendoakan anak. Perbanyakkan doa kebaikan untuk anak-anak.
7. Pastikan kita tidak melakukan sesuatu yang buruk kepada tiga golongan ini sehingga menjadi penyebab mereka berdoa yang buruk untuk kita
Semoga kita mendapat doa yang baik dari orang yang sedang bermusafir. Bagi kedua ibu bapa, pastikan apa yang keluar dari mulut dan yang terlintas dalam doa untuk anak-anak adalah yang baik-baik kerana ia boleh menjadi mustajab. Doa ibubapa memainkan peranan penting dalam membentuk keluarga bahagia.
Bersama membina keluarga bahagia. Kasih Keluarga, Bahagia Bersama
#PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Tiga Golongan Mustajab Doa

No comments:
Post a Comment