Jumaat, 13 Rabiul Akhir 1448H | Doa Agar Hati Tidak Berbolak-balik
عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ يَقُولُا أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ قُلُوبَ بَنِي آدَمَ كُلَّهَا بَيْنَ إِصْبَعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ الرَّحْمَنِ كَقَلْبٍ وَاحِدٍ يُصَرِّفُهُ حَيْثُ يَشَاءُ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
Abdullah bin 'Amru bin Al 'Ash RA berkata; bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya hati semua anak Adam berada di antara dua jari dari sekian jari Allah Yang Maha Pemurah. Allah Subhanahhu wa Ta'ala akan memalingkan hati manusia menurut kehendak-Nya." Kemudian Rasulullah SAW berdoa; 'Ya Allah, Engkau yang memalingkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu! '(HR Muslim No: 4798) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Sesungguhnya al-qalb (hati) itu berasal daripada perkataan ‘taqallub’ yang bermaksud kerap bertukar (berbolak balik). Hati diumpamakan seperti bulu di atas pokok yang berubah-ubah ketika ditiup angin. Ia juga berbolak balik diumpamakan lebih cepat daripada air yang mendidih dalam periuk.
2. Hati manusia berada di bawah kekuasaan Allah. Allah berkuasa penuh memalingkan hati manusia sesuai kehendak-Nya. Imam An-Nawawi menyebutkan: Allah SWT menguasai dan mengatur hati manusia sebagaimana yang Dia kehendaki.
3. Hidayah merupakan anugerah Allah yang perlu disyukuri dan dipelihara. Istiqamah juga merupakan kurniaan Allah, maka kita hendaklah sentiasa memohonnya.
4. Setiap kita perlu memohon pada Allah agar diberi hidayah dan istiqamah berada di atas petunjuk. Antara doa yang diajar oleh Rasulullah SAW:
اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
Ya Allah, Engkau yang memalingkan hati, palingkan hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu.
5. Jika seorang hamba bergantung dan bersandar pada dirinya sendiri, tentu ia akan binasa.
6. Kita hendaklah menyerahkan segala usaha kepada Allah dan janganlah berpaling dari-Nya walaupun sebentar.
7. Hendaklah setiap kita memohon kepada Allah agar terus menerus diteguhkan hati dalam ketaatan dan tidak terjerumus dalam maksiat atau kesesatan.
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)
Friday, September 25, 2026
Thursday, September 24, 2026
Doa Tetapkan Hati
Khamis, 12 Rabiulakhir 1448H | Doa Tetapkan Hati
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ اللَّهُمَّ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ تَخَافُ عَلَيْنَا وَقَدْ آمَنَّا بِكَ وَصَدَّقْنَاكَ بِمَا جِئْتَ بِهِ فَقَالَ إِنَّ الْقُلُوبَ بَيْنَ إِصْبَعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ الرَّحْمَنِ عَزَّ وَجَلَّ يُقَلِّبُهَا وَأَشَارَ الْأَعْمَشُ بِإِصْبَعَيْهِ
Daripada Anas bin Malik RA dia berkata; Rasulullah SAW memperbanyak mengucapkan: "Ya Allah, teguhkan hatiku di atas agama-Mu". Lalu seorang sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, adakah engkau bimbang terhadap kami, sedang kami telah beriman kepadamu dan membenarkanmu terhadap apa yang kamu bawa." Baginda menjawab: "Sesungguhnya hati-hati manusia berada diantara dua jari daripada jari-jari Ar Rahman 'azza wajalla, Dia membolak-balikkannya." Dan Al A'masy mengisyaratkan dengan dua jarinya. (HR Ibnu Majah No: 3824) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap kita memiliki hati yang bila-bila masa boleh berubah (berbolak balik), maka ia perlu sentiasa dipelihara.
2. Hidayah dan istiqamah adalah kurniaan Allah, bukan semata-mata hasil kekuatan manusia.
3. Jangan merasa terlalu yakin dengan iman sendiri. Orang beriman tetap perlu memohon agar Allah memelihara imannya.
4. Lama berada dalam perjuangan bukan jaminan hati tidak akan berubah. Banyak ilmu bukan jaminan hati sentiasa ikhlas. Banyak amal bukan jaminan kita akan terus istiqamah.
5. Rasulullah SAW mengajar kita memohon pertolongan Allah agar diberikan hati yang tetap dan istiqamah. Antaranya dengan membanyakkan doa:
اللَّهُمَّ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
"Ya Allah, teguhkan hatiku diatas agama-Mu"
6. Jagalah faktor yang mempengaruhi hati seperti menjaga solat, tilawah al-Quran, membanyakkan zikir, menghadiri majlis ilmu, pergaulan, bahan bacaan, media yang ditonton dan suasana kehidupan.
7. Banyakkanlah doa agar memiliki hati yang tetap dan istiqamah kerana jika hati itu baik, maka seluruh anggota badan yang lain akan ikut menjadi baik.

Wednesday, September 23, 2026
Adab Berzikir Dan Berdoa
Rabu, 11 Rabiul Akhir 1448H | Adab Berzikir Dan Berdoa
عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ فَجَعَلَ النَّاسُ يَجْهَرُونَ بِالتَّكْبِيرِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّهَا النَّاسُ ارْبَعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِنَّكُمْ لَيْسَ تَدْعُونَ أَصَمَّ وَلَا غَائِبًا إِنَّكُمْ تَدْعُونَ سَمِيعًا قَرِيبًا وَهُوَ مَعَكُمْ قَالَ وَأَنَا خَلْفَهُ وَأَنَا أَقُولُ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ فَقَالَ يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ قَيْسٍ أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى كَنْزٍ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ فَقُلْتُ بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ قُلْ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
Daripada Abu Musa al Ash’ari RA, beliau berkata; "Kami pernah menyertai Rasulullah SAW dalam suatu perjalanan. Tiba-tiba, ada beberapa orang sahabat bertakbir dengan suara keras. Mendengar suara takbir yang keras itu, Rasulullah SAW pun berkata: Wahai manusia, perlahankan suara kalian! Sesungguhnya kamu bukan berdoa kepada Tuhan yang pekak dan bukan pula kepada Tuhan yang jauh. Sesungguhnya kamu berdoa kepada Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat, dan Dia bersama kamu. Abu Musa berkata; 'Pada ketika itu aku berada di belakang Rasulullah SAW aku sedang membaca; 'Laa haula wa laa quwwata ilIa billaah' (Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah). Kemudian Rasulullah SAW bersabda: 'Wahai Abdullah bin Qais, mahukah aku tunjukkan kepadamu satu khazanah daripada khazanah-khazanah syurga?. Aku menjawab; 'Sudah tentu ya Rasulullah.' Rasulullah SAW bersabda: 'Ucapkanlah, Laa haula wala quwwata illaa billaah' (Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah)." (HR Muslim No 4873 Dar Ihya Kutub Arabiyyah) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Berzikir dan berdoa hendaklah dilakukan dengan beradab.
2. Allah SWT ialah Maha Mendengar lagi Maha Dekat. Antara adab berzikir dan berdoa adalah dengan menggunakan suara yang rendah dan perlahan, tidak perlu dengan mengeraskan atau menguatkan suara kerana Allah Maha Mendengar.
3. Kekuatan zikir dan doa bukan terletak pada kuatnya suara, tetapi pada keikhlasan dan pengharapan hati kepada Allah.
4. Barangsiapa yang membaca Hawqalah
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
(Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah)
Akan dikurniakan kepadanya satu daripada perbendaharaan di Syurga.
5. Hawqalah mendidik kita mengakui bahawa kemampuan melakukan ketaatan dan meninggalkan kemaksiatan berlaku dengan taufik dan pertolongan Allah. Ia merupakan pengakuan bahawa manusia tidak mampu mencapai kebaikan atau menghindari keburukan secara bebas daripada bantuan Allah.
6. Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa kalimah hawqalah menunjukkan besarnya pahala yang disediakan bagi orang yang mengucapkannya dan menghayati maknanya. Sebagaimana khazanah dunia ialah sesuatu yang bernilai dan disimpan, pahala kalimah ini merupakan khazanah yang disediakan Allah untuk seseorang di akhirat.
7. Hadis ini mengajar bahawa hakikat doa bukan pada kuatnya suara, tetapi pada dekatnya hati kepada Allah.

Tuesday, September 22, 2026
Doa Yang Utama
Selasa, 10 Rabiulakhir 1448H | Doa Yang Utama
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ دَعْوَةٍ يَدْعُو بِهَا الْعَبْدُ أَفْضَلَ مِنْ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْمُعَافَاةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada doa yang di ucapkan seorang hamba ketika berdoa lebih utama daripada; Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keselamatan dan kesejahteraan didunia dan akhirat." (HR Ibn Majah No 3851 Maktabah Ilmiyyah) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Memohon ‘afiyah merupakan antara doa yang paling utama untuk diamalkan oleh seorang Muslim.
2. ‘Afiyah bukan hanya bermaksud kesihatan tubuh, tetapi merangkumi keselamatan agama, jiwa, keluarga, harta, maruah, dunia dan akhirat.
3. Keselamatan iman lebih penting daripada keselamatan fizikal kerana kehilangan iman membawa kerugian yang jauh lebih besar.
4. Islam tidak mengajar kita meminta bala atau mencari ujian. Kita disuruh meminta keselamatan; apabila ujian datang, barulah kita menghadapinya dengan sabar.
5. Seorang Mukmin hendaklah mempunyai pandangan yang seimbang: bukan hanya meminta kesejahteraan dunia tetapi juga keselamatan akhirat.
6. Doa yang pendek tidak semestinya kecil nilainya. Kadangkala beberapa perkataan mengandungi permintaan yang sangat luas.
7. Nikmat ‘afiyah perlu disyukuri sebelum ia hilang. Kesihatan, keamanan, iman dan keluarga yang baik merupakan nikmat yang sering dianggap biasa.
8. Kita digalakkan mengamalkan doa-doa jami‘ (lafaz yang ringkas tetapi mempunyai makna yang luas) yang diajar Rasulullah SAW kerana lafaznya ringkas tetapi merangkumi keperluan dunia dan akhirat.
9. Antara doa yang utama (afdhal) untuk kita amalkan:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْمُعَافَاةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keselamatan dan kesejahteraan didunia dan akhirat

Doa Mohon Keampunan
Isnin, 9 Rabiulakhir 1448H | Doa Mohon Keampunan
عَنْ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِّمْنِي دُعَاءً أَدْعُو بِهِ فِي صَلَاتِي قَالَ قُلْ اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Daripada Abu Bakr As Siddiq RA bahawa dia berkata kepada Nabi SAW: Ajarkanlah kepadaku suatu doa yang dapat aku baca dalam solatku. Baginda bersabda: Bacalah: Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak, dan tidak ada yang boleh mengampuni dosa selain Engkau, maka ampunilah aku dengan keampunan daripada sisi-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha pengampun lagi Maha Penyayang." (HR Bukhari No 5967 Dar Ibn Kathir) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Berdoa adalah suatu tuntutan kepada kita sebagai hamba yang lemah
2. Seorang Mukmin hendaklah sentiasa mengakui kelemahan dan kekurangan dirinya di hadapan Allah.
3. Jangan merasa aman daripada dosa hanya kerana merasa mempunyai banyak ilmu, ibadah atau amal kebajikan.
4. Antara tempat untuk berdoa ialah ketika sujud (dengan lafaz doa dalam bahasa arab), selepas bacaan tahayat akhir serta berdoa selepas salam.
5. Kita hendaklah memohon maghfirah dan rahmah secara Bersama, keampunan untuk kesalahan dan rahmat untuk memperoleh kebaikan.
6. Antara doa yang diajar oleh Rasulullah SAW untuk dibaca ialah doa memohon keampunan di atas kesilapan dan kesalahan sama ada disedari ataupun tidak:
اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak, dan tidak ada yang boleh mengampuni dosa selain Engkau, maka ampunilah aku dengan keampunan daripada sisi-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha pengampun lagi Maha Penyayang
7. Hadis ini mendidik kita menjauhi ujub. Semakin tinggi kedudukan seseorang di sisi manusia, semakin dia perlu merendahkan diri di hadapan Allah.

Sunday, September 20, 2026
Tidak Berdoa Yang Buruk dan Memutuskan Silaturahim
Ahad, 8 Rabiul Akhir 1448H : Tidak Berdoa Yang Buruk dan Memutuskan Silaturahim
عَنْ جَابِرٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ أَحَدٍ يَدْعُو بِدُعَاءٍ إِلَّا آتَاهُ اللَّهُ مَا سَأَلَ أَوْ كَفَّ عَنْهُ مِنْ السُّوءِ مِثْلَهُ مَا لَمْ يَدْعُ بِإِثْمٍ أَوْ قَطِيعَةِ رَحِمٍ
Daripada Jabir RA ia berkata; saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seseorang berdoa dengan sebuah doa melainkan Allah memberikan kepadanya apa yang ia minta, atau Allah menghindarkan daripadanya keburukan yang sebanding dengannya selama ia tidak berdoa untuk melakukan perbuatan dosa atau memutuskan hubungan silaturahim." (HR Tirmizi No 3381 Dar Kutub Ilmiyyah) Status: Hadis Dihasankan oleh Ibn Hajar dalam Misykatul Masabih
Pengajaran:
1. Doa seorang Mukmin tidak sia-sia. Allah mendengar setiap doa yang dipanjatkan kepada-Nya.
2. Seorang Mukmin hendaklah sentiasa bersangka baik kepada Allah apabila doanya belum kelihatan diperkenankan.
3. Penerimaan doa tidak semestinya bermaksud mendapat tepat seperti yang diminta. Allah mungkin memberikan permintaan kita atau menghindarkan keburukan yang sebanding dengannya dengan dua syarat:
a. Tidak berdoa untuk sesuatu yang berdosa seperti mendoakan yang buruk kepada sesama Muslim
b. Tidak memutuskan hubungan silaturahim dengan kerabat
4. Doa adalah ibadah. Oleh itu, isi doa hendaklah selaras dengan perkara yang diredai Allah. Tidak wajar seseorang berdoa supaya orang yang tidak bersalah ditimpa musibah semata-mata kerana perasaan dengki atau permusuhan peribadi.
5. Tidak dibenarkan berdoa untuk melakukan dosa, kezaliman atau perkara yang diharamkan Allah termasuk bertujuan merosakkan hubungan kekeluargaan.
6. Hadis ini mendidik kita supaya menggabungkan doa, sabar, tawakal dan reda terhadap hikmah Allah.
Marilah kita menjauhi doa keburukan sesama Muslim. Sebaliknya, perbanyakkan doa kebaikan serta eratkan hubungan silaturahim sesama kerabat.

Saturday, September 19, 2026
Satu Pertiga Akhir Malam Yang Istimewa
Sabtu, 7 Rabiul Akhir 1448H | Satu Pertiga Akhir Malam Yang Istimewa
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَتَنَزَّلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tuhan kita Yang Maha Berkat lagi Maha Tinggi turun ke langit dunia (dengan makna yang layak bagi-Nya) pada setiap malam ketika berbaki sepertiga malam yang terakhir, lalu Dia berfirman: ‘Siapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku akan memperkenankan doanya. Siapa yang memohon kepada-Ku, nescaya Aku akan mengurniakannya. Siapakah yang memohon keampunan kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampuninya.’ (HR Bukhari No 5962 Dar Ibn Kathir) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Sepertiga malam terakhir merupakan waktu yang paling utama untuk berdoa dan bermunajat kepada Allah.
2. Satu pertiga malam terakhir (bermula sekitar jam 3 pagi) antara waktu mustajab untuk berdoa:
a. Sesiapa berdoa kepada Allah, akan dikabulkan
b. Sesiapa yang meminta kepada Allah akan diperkenankan
c. Sesiapa yang memohon keampunan akan diampunkan
3. Allah membuka pintu rahmat-Nya setiap malam kepada hamba-hamba yang bangun mengingati-Nya.
4. Istighfar pada waktu sahur merupakan amalan para nabi dan orang-orang soleh.
5. Hadis ini menggalakkan amalan qiyamullail, walaupun hanya dengan beberapa rakaat dan doa yang ikhlas.
6. Rebutlah peluang waktu istimewa yang disediakan setiap hari, satu pertiga akhir malam yang menjadi antara waktu keampunan dan mustajab doa.
7. Imam Ibn Rajab al-Hanbali dalam Lata'if al-Ma'arif menjelaskan bahawa waktu malam ialah saat paling sesuai untuk melahirkan keikhlasan dalam doa kerana ia jauh daripada riak dan gangguan manusia.
8. Manfaatkan sepertiga malam terakhir dengan solat tahajud walaupun dua rakat, tilawah, doa juga perbanyakkan istighfar seperti:
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي
“Aku memohon keampunan daripada Allah dan aku bertaubat kepada-Nya”. “Ya Allah, ampunilah aku dan rahmatilah aku.”

Friday, September 18, 2026
Doa Orang Yang Dizalimi
Jumaat, 6 Rabiulakhir 1448H | Doa Orang Yang Dizalimi
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ مُعَاذًا إِلَى الْيَمَنِ فَقَالَ اتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ
Daripada Ibnu Abbas RA bahawa Nabi SAW mengutus Muaz ke Yaman lalu bersabda: "Takutlah (berhati-hatilah) kamu terhadap doa orang yang dizalimi kerana antara doanya dan Allah tidak ada apa-apa penghalang (hijab)" (HR Bukhari No 2316 Dar Ibn Kathir) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Kezaliman adalah haram dalam apa jua bentuk, sama ada terhadap harta, maruah, tubuh badan atau hak seseorang.
2. Doa orang yang dizalimi sangat mustajab. Nabi SAW menggambarkannya sebagai doa yang tidak mempunyai penghalang dengan Allah.
3. Jangan meremehkan seseorang kerana dia lemah, miskin atau tidak mempunyai kuasa, kerana Allah mendengar pengaduannya.
4. Pemimpin dan pentadbir perlu berhati-hati ketika menguruskan hak dan harta masyarakat. Konteks hadis ini sendiri berkaitan amanah Mu‘az RA di Yaman.
5. Islam menuntut keadilan kepada semua, termasuk terhadap orang yang kita tidak sukai atau berbeza dengan kita. Jangan sesekali kita menyangka, sedikit kezaliman itu wajar ke atas seseorang kerana dia itu fasiq, pelaku maksiat atau dia itu bukan Muslim.
6. Orang yang pernah menzalimi seseorang hendaklah segera bertaubat, memulangkan hak dan memohon maaf sebelum tiba hari perhitungan.
7. Orang yang dizalimi boleh mengadu dan berdoa kepada Allah, tetapi memaafkan apabila membawa maslahat juga merupakan akhlak yang sangat mulia.
8. Tugas dakwah tidak menjamin seseorang itu tidak melakukan kezaliman ke atas orang lain. Contohnya apabila dia mengaibkan nama baik dan maruah seseorang, membuat serangan peribadi yang tidak berasas, menghukum berdasarkan andaian dan spekulasi, membuat penilaian-penilaian yang bersifat bias, tidak objektif dan lain-lain.
9. Hadis ini mendidik kita supaya bukan sahaja takut melakukan dosa yang berkaitan dengan Allah, tetapi juga perlu berhati-hati terhadap hak sesama manusia. Jangan takut hanya kepada orang yang mempunyai kuasa.
Takutlah menzalimi orang yang tidak mempunyai kuasa.

Thursday, September 17, 2026
Doa Ketika Sakit
Khamis, 5 Rabiulakhir 1448H | Doa Ketika Sakit
عَنْ عُثْمَانَ بْنِ أَبِي الْعَاصِ الثَّقَفِيِّ أَنَّهُ شَكَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَعًا يَجِدُهُ فِي جَسَدِهِ مُنْذُ أَسْلَمَ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِي تَأَلَّمَ مِنْ جَسَدِكَ وَقُلْ بِاسْمِ اللَّهِ ثَلَاثًا وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
Daripada Usman bin Abi Al 'Ash Ats Tsaqafi bahawa dia mengadukan kepada Rasulullah SAW kesakitan yang dirasai pada tubuhnya sejak ia masuk Islam. Maka Rasulullah SAW bersabda kepadanya: "Letakkan tanganmu pada bahagian tubuhmu yang sakit, kemudian ucapkan Bismillah tiga kali, sesudah itu baca tujuh kali: Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya dari penyakit yang aku deritai dan yang aku khuatiri. (HR Muslim No 4082 Dar Ihya Kutub Arabiyyah) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap penyakit yang menimpa seseorang perlu diusahakan pengubatannya
2. Rasulullah SAW mengajar kita berdoa memohon kesembuhan dari penyakit.
3. Seseorang boleh melakukan ruqyah syar‘iyyah kepada dirinya sendiri tanpa bergantung kepada individu tertentu.
4. Antara sunnah kepada orang yang sakit ialah meletakkan tangan di bahagian yang sakit sambil membaca:
a. Bismillah 3 kali
b. Doa pelindung 7 kali
أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
“Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya dari penyakit yang aku deritai dan yang aku khuatiri”.
5. Islam mengajar kita berlindung daripada penyakit yang sedang dialami serta keburukan atau perkembangan penyakit yang dikhuatiri.
6. Ruqyah yang paling selamat ialah ruqyah yang berasaskan al-Quran dan doa-doa sahih daripada Rasulullah SAW, bukan jampi yang tidak diketahui maknanya.
7. Berdoa tidak menafikan usaha mendapatkan rawatan perubatan yang sesuai.
8. Hadis ini mendidik seorang Muslim supaya ketika sakit, bukan sahaja tubuh mendapatkan rawatan, bahkan hati turut dihubungkan dengan Allah SWT.
Moga kita dapat mengamalkan doa ini apabila sakit

Wednesday, September 16, 2026
Doa Untuk Pesakit Yang Diziarahi
Rabu, 4 Rabiulakhir 1448H | Doa Untuk Pesakit Yang Diziarahi
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَتَى مَرِيضًا أَوْ أُتِيَ بِهِ قَالَ أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ اشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
Daripada Aisyah RA bahawa apabila Rasulullah SAW menziarahi orang sakit atau ada orang yang sakit datang kepada baginda, baginda akan berdoa: “Hilangkanlah penyakit wahai Tuhan sekalian manusia, Sembuhkanlah kerana Engkaulah Yang Maha Menyembuhkan, tidak ada yang dapat menyembuhkan melainkan kesembuhan dari-Mu, iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan sedikit pun penyakit" (HR Bukhari No 5351 Dar Ibn Kathir) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Menziarahi orang sakit merupakan sunnah Rasulullah SAW dan sebahagian daripada hak persaudaraan sesama Muslim.
2. Apabila kita menziarahi orang sakit atau dibawa kepada kita orang yang sedang sakit, sunat kita membacakan doa sebagai bentuk empati dan pengharapan. Antara doa yang dibacakan kepada pesakit :
أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ اشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
(“Hilangkanlah penyakit wahai Tuhan sekalian manusia, Sembuhkanlah kerana Engkaulah Yang Maha Menyembuhkan, tidak ada yang dapat menyembuhkan melainkan kesembuhan dari-Mu, iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan sedikit pun penyakit")
3. Allah SWT ialah al-Shafi, Yang Maha Menyembuhkan. Kesembuhan hakiki datang daripada-Nya.
4. Islam mengajar keseimbangan antara doa, rawatan dan tawakal. Berdoa tidak bermaksud meninggalkan ikhtiar perubatan.
5. Hadis ini merupakan antara dalil bagi keharusan ruqyah syar‘iyyah menggunakan doa yang diajar Rasulullah SAW.
6. Mendoakan orang sakit ialah manifestasi rahmah dan ukhuwah Islamiah. Kita tidak sekadar bersimpati, tetapi membawa keperluannya kepada Allah melalui doa.
7. Antara adab ketika menziarahi orang sakit ialah dengan memberikan kata-kata yang menenangkan, mendoakan kesembuhan dan menimbulkan harapan kepada rahmat Allah. Nabi SAW juga mengajar doa:
لَا بَأْسَ طَهُورٌ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
“Tidak mengapa, semoga penyakit ini menjadi penyuci (dosa), insya-Allah.” (HR Bukhari no: 5656)
Marilah kita menziarahi sahabat handai, kenalan dan saudara mara yang sakit dan mendoakan mereka.

Tuesday, September 15, 2026
Doa Mohon Perlindungan Semasa Tahiyat Akhir
Selasa, 3 Rabiul Akhir 1448H | Doa Mohon Perlindungan Semasa Tahiyat Akhir
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَعَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ ثُمَّ يَدْعُو لِنَفْسِهِ بِمَا بَدَا لَهُ
Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Jika salah seorang di antara kalian selesai bertasyahud (membaca tahayat akhir semasa solat), maka mintalah perlindungan pada Allah dari empat perkara iaitu dari siksaan neraka Jahannam, siksaan azab kubur, fitnah semasa hidup dan fitnah semasa kematian dan dari kejahatan Al-Masih Ad Dajjal, kemudian hendaklah ia berdoa untuk dirinya sendiri dengan doa apa sahaja yang ia inginkan.” (HR Nasai No: 1293) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Kita disuruh berdoa agar dijauhi dari azab dan ujian semasa hidup, kejahatan dajjal, di saat kematian, azab kubur serta azab neraka dan semoga selamat di dunia dan juga di akhirat
2. Antara tempat yang disunatkan berdoa ialah semasa selesai bacaan tahiyat akhir dan sebelum memberi salam.
3. Antara lafaz doa semasa selesai bacaan tahiyat akhir:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْعُو وَيَقُولُ:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW berdoa:
Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari siksa kubur dan dari siksa api neraka dan dari fitnah kehidupan dan kematian dan dari fitnah Al Masih Dajjal. (HR Bukhari No: 1288 Dar Ibn Kathir) Status: Hadis Sahih
4. Selepas membaca doa yang diajar Nabi SAW, seseorang boleh menambahkan doa kebaikan yang diperlukan sebelum memberi salam antaranya:
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami daripada azab neraka.”
5. Islam mendidik kita supaya memikirkan keselamatan secara menyeluruh, keselamatan di dunia, saat kematian, alam barzakh dan akhirat.
Ayuh kita amalkan doa ini agar sentiasa terhindar dari fitnah semasa hidup, fitnah dajjal, fitnah ketika mati, siksa kubur serta siksa neraka jahanam.
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah

Sunday, September 13, 2026
Doa Jauhi Empat Perkara
Ahad, 1 Rabiul Akhir 1448H | Doa Jauhi Empat Perkara
عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ: "اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا"
Daripada Zayd bin Arqam, bahawa Nabi SAW selalu berdoa: Ya Allah, sesungguhnya saya memohon perlindungan dengan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, daripada hati yang tidak khusyuk, daripada jiwa yang tidak berasa puas, dan daripada doa yang tidak diperkenankan. (HR Muslim: No 2722) Status: Hadis Sahih.
Pengajaran:
1. Seorang Muslim perlu memperbanyakkan doa untuk memperoleh kebaikan
2. Antara doa yang diajar oleh Rasulullah SAW ialah memohon agar dijauhi dari empat perkara:
a. Ilmu yang tidak bermanfaat
b. Hati yang tidak khusyuk
c. Jiwa yang tidak pernah puas
d. Doa yang tidak diperkenankan
3. Kita hendaklah mencari ilmu yang bermanfaat, ilmu yang menghasilkan amal dan rasa takut kepada Allah. Semakin tinggi ilmu seseorang, sewajarnya semakin baik akhlak dan ketakwaannya.
4. Khusyuk hati perlu dipelihara. Hati yang khusyuk ialah hati yang tunduk, lembut dan takut kepada Allah. Ia mudah menerima nasihat, tersentuh apabila membaca al-Quran dan menyedari kebesaran Allah. Hati yang tidak khusyuk boleh mendengar ayat Allah dan nasihat berkali-kali tetapi tidak memberi kesan kepada dirinya. Hati yang keras merupakan penyakit rohani yang serius.
5. Jiwa yang tidak pernah puas akhirnya mudah melahirkan tamak, hasad, persaingan tidak sihat dan kecintaan berlebihan terhadap dunia. Sifat tamak perlu dilawan dengan qanaah dan syukur. Kekayaan sebenar bukan banyaknya harta, tetapi rasa cukup dalam jiwa.
6. Kita perlu menjaga sebab-sebab penerimaan doa, termasuk keikhlasan, halal dalam kehidupan dan kesungguhan kembali kepada Allah.
7. Hadis ini mengajar bahawa seorang Mukmin perlu sentiasa melakukan muhasabah terhadap ilmu, hati, nafsu dan doanya.
8. Marilah kita perbanyakkan doa agar sentiasa memiliki ilmu bermanfaat, hati yang khusyuk, jiwa yang puas dan doa yang diperkenankan.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ،
وَمِنْ دَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا

Saturday, September 12, 2026
Enggan Berdoa Dimurkai Allah
Sabtu, 30 Rabiul Awal 1448H | Enggan Berdoa Dimurkai Allah
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَمْ يَدْعُ اللَّهَ سُبْحَانَهُ غَضِبَ عَلَيْهِ
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang tidak berdoa kepada Allah, maka Allah akan murka kepadanya." (HR Ibn Majah No: 3827 Maktabah Ilmiyyah) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Berdoa kepada Allah adalah ibadah dan manifestasi kehambaan kepada Allah.
2. Allah SWT menyukai hamba yang berdoa dan meminta kepada-Nya.
3. Keengganan meminta dan berdoa kepada Allah menunjukkan sifat kesombongan.
4. Doa menunjukkan pengakuan bahawa manusia faqir dan sentiasa berhajat kepada Allah.
5. Doa memperlihatkan kemuncak ketundukan dan kebergantungan seorang hamba kepada Allah. Orang yang meminta mengakui kelemahan dirinya dan kekuasaan Tuhannya.
6. Seorang mukmin hendaklah berdoa dengan tawaduk, yakin dan bersangka baik kepada Allah.
7. Allah murka kepada mereka yang sengaja tidak berdoa.
8. Jangan hanya berdoa kerana kita mempunyai masalah. Berdoalah kerana kita sentiasa mempunyai Tuhan yang Maha Mendengar, sedangkan kita sentiasa merupakan hamba yang berhajat kepada-Nya.

Friday, September 11, 2026
Allah Mengabulkan Doa Hamba
Jumaat, 29 Rabiul Awal 1448H | Allah Mengabulkan Doa Hamba
عَنْ سَلْمَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ رَبَّكُمْ تَبَارَكَ وَتَعَالَى حَيِيٌّ كَرِيمٌ يَسْتَحْيِي مِنْ عَبْدِهِ إِذَا رَفَعَ يَدَيْهِ إِلَيْهِ أَنْ يَرُدَّهُمَا صِفْرًا
Daripada Salman al-Farisi RA, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Tuhan kamu mempunyai sifat Maha Pemalu dan Maha Mulia. Allah malu sekiranya hambanya mengangkat tangan berdoa kepada-Nya lalu Dia membiarkan hambanya pulang dengan kekosongan.” (HR Abu Daud No:1488 Maktabah Asriyyah) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Allah SWT bersifat Maha Pemurah dan Maha Mengasihani hamba-Nya.
2. Setiap Muslim dituntut sentiasa berdoa kepada Allah dalam apa jua keadaan.
3. Allah akan sentiasa mengabulkan setiap doa dan permohonan hambaNya
4. Allah tidak akan menghampakan permintaan dan permohonan hambaNya
Firman Allah :
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur (enggan) beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina. (Surah Ghafir : 60)
5. Mengangkat kedua tangan merupakan antara adab dan Sunnah ketika berdoa. Menadah tangan menggambarkan kefakiran, kerendahan dan kebergantungan seorang hamba kepada Allah.
6. Mengangkat tangan hendaklah disertai dengan kehadiran hati, keikhlasan, tawaduk dan keyakinan kepada Allah.
7. Jangan berputus asa atau tergesa-gesa apabila doa belum kelihatan diperkenankan.
8. Ayuh kita sentiasa berdoa kepada Allah, jangan sekali-kali kita menjadi orang yang sombong kerana tidak mahu berdoa.

Thursday, September 10, 2026
Yakin Doa Diperkenan
Khamis, 28 Rabiul Awal 1448H | Yakin Doa Diperkenan
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْقُلُوبُ أَوْعِيَةٌ وَبَعْضُهَا أَوْعَى مِنْ بَعْضٍ فَإِذَا سَأَلْتُمْ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ أَيُّهَا النَّاسُ فَاسْأَلُوهُ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالْإِجَابَةِ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَجِيبُ لِعَبْدٍ دَعَاهُ عَنْ ظَهْرِ قَلْبٍ غَافِلٍ
Daripada Abdullah bin 'Amru RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Hati itu adalah ibarat sebuah bejana (bekas), dan sebahagiannya lebih mampu menampung daripada sebahagian yang lain. Maka apabila kamu memohon kepada Allah 'azza wajalla, wahai manusia, maka mohonlah kepada-Nya dengan keyakinan bahawa permohonan itu akan diperkenankan. Sesungguhnya Allah tidak akan mengabulkan doa seorang hamba yang berdoa kepada-Nya dari hati yang lalai." (HR Ahmad No 6617 Dar Ihya Turath Arabiy) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Hati merupakan pusat penting dalam ibadah dan doa.
2. Orang yang berdoa, perlu memiliki keyakinan bahawa doanya akan diperkenankan.
3. Doa hendaklah disertai kehadiran hati. Ibn Qayyim mengumpamakan doa seperti senjata. Keberkesanan senjata bukan bergantung kepada senjata semata-mata, tetapi juga kepada kekuatan orang yang menggunakannya serta ketiadaan penghalang.
4. Allah tidak mengabulkan doa dari pemilik hati yang tidak yakin serta lalai
5. Apabila berdoa, bersungguh-sungguhlah berdoa dan yakin bahawa doa kita akan diperkenankan Allah.
6. Al-Mubarakfuri ketika menghuraikan hadis ini mengaitkannya dengan keyakinan terhadap kemurahan Allah serta tidak berdoa dalam keadaan ragu terhadap kekuasaan dan kemurahan-Nya.
7. Memahami makna doa membantu membina khusyuk dan penghayatan.

Wednesday, September 9, 2026
Orang Yang Dikabulkan Doa
Rabu, 27 Rabiul Awal 1448H | Orang Yang Dikabulkan Doa
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَسْتَجِيبَ اللَّهُ لَهُ عِنْدَ الشَّدَائِدِ وَالْكَرْبِ فَلْيُكْثِرْ الدُّعَاءَ فِي الرَّخَاءِ
Daripada Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang suka agar Allah memperkenankan doanya ketika menghadapi kesusahan dan kesempitan, maka hendaknya dia memperbanyakkan berdoa ketika berada dalam keadaan senang dan lapang." (HR Tirmizi No: 3382 Dar Kutub Ilmiyyah) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Doa hendaklah menjadi amalan sepanjang masa, bukan hanya ketika ditimpa musibah.
2. Seorang mukmin hendaklah memperbanyakkan doa ketika sihat, senang, aman dan lapang.
3. Hubungan yang kukuh dengan Allah ketika senang menjadi antara sebab mendapat pertolongan Allah ketika kesusahan.
4. Allah mengabulkan doa seseorang yang berdoa ketika ia berada dalam kesusahan dan kesempitan hasil dari amalannya yang sentiasa berdoa ketika lapang.
5. Al-Mubarakfuri ketika menghuraikan hadis ini dalam Tuhfat al-Ahwadhi menjelaskan bahawa memperbanyakkan doa ketika lapang merupakan antara sebab doa diperkenankan ketika kesusahan. Hal ini kerana ia menunjukkan keikhlasan dan kesinambungan hubungan seseorang dengan Allah.
6. Orang beriman bukanlah orang yang hanya mencari Allah ketika hidup menjadi sukar, tetapi orang yang sentiasa bersama Allah ketika susah mahupun senang.

Tuesday, September 8, 2026
Tiga Golongan Mustajab Doa
Selasa, 26 Rabiul Awal 1448H | Tiga Golongan Mustajab Doa
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ يُسْتَجَابُ لَهُنَّ لَا شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tiga jenis doa yang akan diperkenankan dan tidak ada keraguan padanya, iaitu; doa orang yang di zalimi, doa orang yang sedang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya." (Ibn Majah No: 3862 Maktabah Ilmiyyah) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Berdoa adalah ibadah.
2. Ada tiga kelompok manusia yang jika ia berdoa, doanya mustajab dan dimakbulkan:
a. Doa orang yang dizalimi. Ibn Hajar ketika mensyarahkan hadis ini menjelaskan bahawa doa orang yang dizalimi mendapat perhatian khusus kerana dia berada dalam keadaan terdesak, lemah dan menyerahkan urusannya kepada Allah.
b. Doa orang yang bermusafir. Imam Munawi ketika mensyarahkan hadis mengaitkan kelebihan doa musafir dengan keadaan seseorang yang jauh daripada keselesaan biasa dan lebih merasakan keperluannya kepada perlindungan Allah.
c. Doa kedua ibu bapa untuk anaknya. Ibu bapa mempunyai hubungan yang sangat istimewa dengan anak. Doa mereka lahir daripada kasih sayang, pengorbanan dan keikhlasan.
3. Jangan memandang rendah orang yang dizalimi kerana mungkin dia tidak mempunyai kuasa di dunia, tetapi doanya sampai kepada Allah tanpa hijab.
4. Orang yang bermusafir dianjurkan memperbanyakkan doa, bukan membiarkan waktu perjalanan berlalu tanpa zikir kepada Allah.
5. Bagi ibu bapa perbanyakkanlah berdoa kebaikan untuk anak-anak. Elakkan dari mengeluarkan perkataan dan kalimah buruk untuk anak. Mungkin juga ia akan menjadi doa dan dimustajabkan.
6. Doa yang lahir daripada hati yang benar-benar merasakan kebergantungan kepada Allah mempunyai kedudukan yang sangat besar.
7. Ingatlah pesanan ini:
Jangan menzalimi kerana orang yang dizalimi mempunyai doa.
Jangan sia-siakan perjalanan, kerana musafir mempunyai doa.
Jangan sia-siakan amanah keibubapaan, kerana ibu bapa mempunyai doa.

Monday, September 7, 2026
Doa Yang Mustajab
Isnin, 25 Rabiul Awal 1448H | Doa Yang Mustajab
عَنْ أُمِّ الدَّرْدَاءِ، قَالَتْ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لِأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ
Daripada Umm al-Darda’ RA, beliau berkata: Nabi SAW telah bersabda: 'Doa seorang muslim untuk saudaranya sesama muslim tanpa diketahui olehnya adalah mustajab. Di sisi Muslim yang berdoa terdapat malaikat yang telah diutus menjaganya. Setiap kali ia mendoakan untuk kebaikan bagi saudaranya, maka malaikat yang diutus tersebut akan mengucapkan Amin (semoga Allah mengabulkan) dan bagi kamu juga akan mendapatkan seperti itu.' (HR Muslim No: 4914 Dar Ihya Kutub Arabiyyah) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Mendoakan saudara Muslim tanpa pengetahuannya merupakan amalan yang sangat besar kelebihannya.
2. Doa seorang Muslim untuk saudara Muslim yang lain tanpa diketahui oleh yang didoakan, nescaya akan dikabulkan Allah.
3. Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menjelaskan bahawa doa secara tersembunyi mempunyai kelebihan kerana ia lebih menunjukkan keikhlasan.
4. Orang yang berdoa untuk saudara Muslim yang lain, akan ada malaikat yang mengaminkan doa tersebut dan Malaikat akan mendoakan kebaikan yang sama untuk dirinya.
5. Kebaikan yang kita inginkan untuk saudara kita akhirnya kembali menjadi kebaikan untuk diri kita sendiri.
6. Ukhuwah Islamiah bukan hanya hubungan sosial, tetapi termasuk saling mendoakan ketika berjauhan.
7. Kita dianjurkan mendoakan kebaikan agama dan dunia untuk saudara kita — keampunan, hidayah, kesihatan, keberkatan, rezeki dan keselamatan.
Mari kita doakan sahabat Muslim kita. Lagi banyak doa kita, sebanyak itu jugalah Malaikat mendoakan kita.

Sunday, September 6, 2026
Doa Kebaikan Dunia dan Akhirat
Ahad, 24 Rabiul Awal 1448H | Doa Kebaikan Dunia dan Akhirat
عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ، وَهُوَ ابْنُ صُهَيْبٍ قَالَ سَأَلَ قَتَادَةُ أَنَسًا أَىُّ دَعْوَةٍ كَانَ يَدْعُو بِهَا النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَكْثَرَ قَالَ كَانَ أَكْثَرُ دَعْوَةٍ يَدْعُو بِهَا يَقُولُ " اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ " . قَالَ وَكَانَ أَنَسٌ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَدْعُوَ بِدَعْوَةٍ دَعَا بِهَا فَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَدْعُوَ بِدُعَاءٍ دَعَا بِهَا فِيهِ
Daripada ‘Abdul ‘Aziz bin Suhaib, beliau berkata: Qatadah pernah bertanya kepada Anas bin Malik RA: “Apakah doa yang paling banyak dibaca oleh Nabi SAW?” Anas menjawab: “Doa yang paling banyak dibaca oleh Baginda SAW ialah: اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ “Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia, dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami daripada azab neraka.”
‘Abdul ‘Aziz berkata: “Anas RA pula, apabila beliau hendak berdoa dengan sesuatu doa, beliau akan membaca doa ini. Dan apabila beliau hendak berdoa dengan beberapa doa yang lain, beliau akan memasukkan doa ini bersama-sama dalam doanya.” (HR Muslim No: 4855 Dar Ihya Kutub Arabiyyah) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Berdoa adalah antara tuntutan seorang Mukmin
2. Antara doa yang sering dibaca oleh Rasulullah SAW untuk kita ikuti:
اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia, dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami daripada azab neraka
3. Kebaikan dunia merangkumi segala nikmat yang membantu manusia hidup dalam iman, ketaatan dan kesejahteraan.
4. Kebaikan akhirat merangkumi keampunan, keselamatan, keredaan Allah dan syurga.
5. Memohon perlindungan daripada neraka juga bererti berusaha menjauhi segala sebab yang membawa kepadanya
6. Anas seorang sahabat Rasulullah SAW sentiasa akan membaca doa ini walaupun dia membaca doa yang lain. Marilah kita berdoa dengan doa ini agar dikurniakan kebaikan di dunia dan di akhirat.

Saturday, September 5, 2026
Membanyakkan Berselawat Dalam Berdoa
Sabtu, 23 Rabiul Awal 1448H | Membanyakkan Berselawat Dalam Berdoa
عَنْ الطُّفَيْلِ بْنِ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا ذَهَبَ ثُلُثَا اللَّيْلِ قَامَ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ اذْكُرُوا اللَّهَ اذْكُرُوا اللَّهَ جَاءَتْ الرَّاجِفَةُ تَتْبَعُهَا الرَّادِفَةُ جَاءَ الْمَوْتُ بِمَا فِيهِ جَاءَ الْمَوْتُ بِمَا فِيهِ قَالَ أُبَيٌّ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أُكْثِرُ الصَّلَاةَ عَلَيْكَ فَكَمْ أَجْعَلُ لَكَ مِنْ صَلَاتِي فَقَالَ مَا شِئْتَ قَالَ قُلْتُ الرُّبُعَ قَالَ مَا شِئْتَ فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ قُلْتُ النِّصْفَ قَالَ مَا شِئْتَ فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ قَالَ قُلْتُ فَالثُّلُثَيْنِ قَالَ مَا شِئْتَ فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ قُلْتُ أَجْعَلُ لَكَ صَلَاتِي كُلَّهَا قَالَ إِذًا تُكْفَى هَمَّكَ وَيُغْفَرُ لَكَ ذَنْبُكَ
Daripada Al-Thufail bin Ubai bin Ka'ab dari ayahnya Ubai bin Ka’ab RA berkata bahawa Rasulullah SAW, apabila berlalu dua pertiga malam, Baginda bangun lalu bersabda: "Wahai sekalian manusia, ingatlah Allah!, ingatlah Allah!. Telah datang tiupan sangkakala pertama yang diikuti oleh tiupan berikutnya. Telah datang kematian dengan segala kedahsyatannya. Telah datang kematian dengan segala kedahsyatannya.” Berkata Ubai: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku ingin membanyakkan berselawat kepadamu. Dari itu, berapa banyakkah dari doaku perlu aku jadikan untuk berselawat kepadamu?” Rasulullah SAW menjawab: Terserah kepadamu.” Aku pun berkata: “Adakah satu perempat darinya?” Rasulullah SAW menjawab: “Terserah kepadamu, tetapi sekiranya kamu menambah, itu lebih baik bagimu.” Aku berkata: “Adakah separuh daripadanya?” Rasulullah SAW menjawab: “Terserah kepadamu, tetapi sekiranya kamu menambah, itu lebih baik bagimu Aku berkata: “Adakah dua pertiga?” Rasulullah SAW menjawab: “Terserah kepadamu, tetapi sekiranya kamu menambah, itu lebih baik bagimu.” Aku pun berkata: “Aku jadikan semua doaku berselawat keatas mu.” Baginda pun bersabda: “Sekiranya begitu, akan dicukupkan semua keinginanmu dan diampuni semua dosamu.” (HR Tirmizi No 2457 Dar Kutub Ilmiyyah) Status: Sahih dalam Sahih Targhib
Pengajaran:
1. Sahabat-sahabat Rasulullah SAW adalah contoh untuk diikuti.
2. Mengingati kematian dan hari akhirat mendorong seseorang memperbanyakkan amal soleh.
3. Memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW merupakan amalan yang sangat besar keutamaannya. Ubai bin Kaab antara sahabat yang banyak berselawat antaranya sewaktu berdoa.
4. Antara adab mukmin ketika berdoa ialah menyertakan selawat ke atas Nabi SAW di samping doa yang dipinta. Selawat dibaca dipembukaan doa dan ditutup juga dengan selawat.
5. Selawat yang sebenar hendaklah membuahkan kecintaan, ketaatan dan ittiba‘ kepada Rasulullah SAW. Banyak bilangan selawat ketika berdoa tidak dihadkan, jika banyak ia lebih baik.
6. Selawat merupakan antara sebab mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT. Mukmin yang menjadikan keseluruhan dari doanya dengan ucapan selawat, nescaya Allah akan mencukupkan semua keinginannya dan diampunkan segala dosa (dosa kecil).

Friday, September 4, 2026
Mulakan Doa Dengan Pujian Dan Selawat
Jumaat, 22 Rabiul Awal 1448H | Mulakan Doa Dengan Pujian Dan Selawat
عَنْ فَضَالَةَ بْنِ عُبَيْدٍ قَالَ بَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَاعِدٌ إِذْ دَخَلَ رَجُلٌ فَصَلَّى فَقَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجِلْتَ أَيُّهَا الْمُصَلِّي إِذَا صَلَّيْتَ فَقَعَدْتَ فَاحْمَدْ اللَّهَ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ وَصَلِّ عَلَيَّ ثُمَّ ادْعُهُ قَالَ ثُمَّ صَلَّى رَجُلٌ آخَرُ بَعْدَ ذَلِكَ فَحَمِدَ اللَّهَ وَصَلَّى عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّهَا الْمُصَلِّي ادْعُ تُجَبْ
Daripada Fadhalah bin 'Ubaid RA, ia berkata; ketika Rasulullah SAW sedang duduk bersama kami (di masjid), tiba-tiba seseorang masuk dan melakukan solat. Kemudian dia berdoa; Ya Allah, ampunilah aku dan rahmatilah aku. Kemudian baginda bersabda: "Engkau telah tergesa-gesa wahai orang yang melakukan solat. Apabila engkau selesai solat lalu duduk, maka pujilah Allah dengan pujian yang layak bagi-Nya, dan berselawatlah kepadaku, kemudian berdoalah kepada-Nya!" Kemudian terdapat orang lelaki lain bersolat selepas itu, lalu dia memuji Allah, dan berselawat kepada Nabi SAW. Maka Nabi SAW bersabda: "Wahai orang yang bersolat, berdoalah, nescaya akan dikabulkan doamu!" (HR Tirmizi No: 3476 Dar Kutub Ilmiyyah) Status: Hadis Sahih.
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW mendidik umat tentang adab berdoa. Berdoa jangan tergesa-gesa serta jagalah adab dan tertib berdoa.
2. Apabila berdoa, hendaklah dimulakan dengan pujian kepada Allah (ucapan Alhamdulillah) dan diikuti dengan selawat ke atas Nabi baru diikuti dengan doa permohonan.
3. Antara tempat dan waktu yang baik berdoa ialah selepas menunaikan solat.
4. Orang yang solat kemudian berdoa dengan memulakan pujian kepada Allah dan diikuti dengan berselawat dan doa, nescaya doanya akan dikabulkan.
5. Al-Mubarakfuri mensyarahkan hadis ini dalam Tuhfat al-Ahwadhi, mengaitkannya dengan kepentingan mendahulukan pujian kepada Allah dan selawat sebelum doa sebagai antara adab dan sebab yang membawa kepada penerimaan doa.
6. Jagalah adab berdoa, dimulakan dengan pujian kepada Allah, berselawat ke atas nabi kemudian barulah berdoa meminta apa yang diinginkan. Doa ditutupi dengan selawat dan diakhiri dengan pujian kepada Allah.

Thursday, September 3, 2026
Enam Larangan
Khamis, 21 Rabiul Awal 1448H | Enam Larangan
عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوقَ الْأُمَّهَاتِ وَوَأْدَ الْبَنَاتِ وَمَنَعَ وَهَاتِ وَكَرِهَ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ
Daripada Al-Mughirah bin Syu'bah berkata; Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mengharamkan atas kalian durhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, meminta-minta tetapi enggan memberi (menunaikan kewajipan), Allah membenci orang yang banyak bercakap perkara yang sia-sia (mempercayai setiap khabar angin serta menyebarkan), banyak bertanya (yang tidak berfaedah) dan menyia-nyiakan harta (boros atau membazir)". (HR Bukhari No: 2231) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
Rasulullah SAW melarang setiap Muslim daripada melakukan perkara berikut:
1. Mendurhakai ibu. Berbakti kepada ibu adalah satu kewajipan.
2. Menanam anak perempuan hidup-hidup. Anak adalah amanah Allah yang mesti dipelihara, dididik, dan dimuliakan.
3. Larangan meminta tetapi enggan memberi. Ia bermaksud suka meminta hak daripada orang lain tetapi enggan menunaikan kewajipan. Perbuatan ini dikeji kerana menzahirkan sifat tamak dan tidak bertanggungjawab.
4. Larangan bercakap perkara sia-sia iaitu bercakap tanpa manfaat, berdebat atau bertengkar tanpa tujuan yang baik, menyebarkan khabar angin, atau suka memanjangkan cerita. Ibnu Hajar menjelaskan sebagai sifat orang yang suka menukilkan cerita tanpa menyemak kesahihannya dan boleh membawa kepada fitnah dan permusuhan dalam masyarakat.
5. Banyak bertanya yang tidak berfaedah atau bertujuan untuk menguji atau mengadu domba.
6. Boros terhadap harta (tidak berjimat). Harta adalah amanah Allah. Membazir atau menggunakannya tanpa tujuan yang baik adalah perbuatan yang dimurkai, kerana harta seharusnya digunakan untuk manfaat diri, keluarga, masyarakat dan agama.
Marilah kita menjadi Muslim yang baik dengan taat kepada kedua ibu dan bapa, mengasihi anak-anak dengan diberikan didikan dan asuhan, menunaikan kewajipan sebelum menuntut hak, memastikan setiap yang dibicarakan dan disebarkan adalah benar dan bermanfaat bukan sia-sia atau fitnah, kurangkan bertanya yang bukan ikhlas untuk mendapatkan maklumat dan berjimat dalam membelanjakan harta.

Wednesday, September 2, 2026
Mengumpat, Gosip Perbuatan Tercela
Rabu, 20 Rabiul Awal 1448H | Mengumpat, Gosip Perbuatan Tercela
عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ قِيلَ أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ قَالَ إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدْ اغْتَبْتَهُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ فَقَدْ بَهَتَّهُ
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bertanya: "Tahukah kamu, apakah ghibah (mengumpat) itu?" Para sahabat menjawab; Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Iaitu engkau menyebut sesuatu mengenai saudara kamu dengan perkara yang tidak disukainya." Baginda ditanya lagi, "Bagaimana pendapatmu jika apa yang ada pada saudaraku sesuai dengan yang aku katakan?" Baginda menjawab: "Jika apa yang engkau katakan itu memang benar-benar ada padanya maka engkau telah berbuat ghibah (mengumpat), namun jika tidak benar, maka engkau telah memfitnah (tuduhan dusta) terhadapnya." (HR Muslim No: 4690) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Perbuatan ghibah atau mengumpat atau gossip adalah berdosa.
2. Ghibah atau mengumpat adalah menceritakan sesuatu yang buruk, aib atau kelemahan yang ada pada diri orang lain. Sesuatu yang diceritakan mengenai orang lain itu mungkin berkaitan tubuh badan seseorang, agamanya, dunia, diri, akhlak, harta, anak, orang tua, isteri, pembantu, pakaian, cara jalan, gerak-gerik, wajah atau segala hal yang berkaitan dengannya.
3. Imam al-Ghazali mengatakan ghibah itu bermaksud: ‘…engkau menyebut sesuatu mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya, sekiranya sampai perkara itu kepadanya, sama ada kekurangan pada tubuh badannya, keturunan, akhlak, perbuatan, perkataan, agama, atau dunianya hatta pakaian, rumah atau haiwannya..’. (Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din, 3/143, Beirut : Dar al-Ma’rifah)
4. Ghibah atau Mengumpat atau Gossip boleh berlaku melalui lisan, sindiran, tulisan, gambar atau melalui bahasa isyarat.
5. Walaupun yang diperkatakan itu betul pada orang tersebut, ia adalah ghibah atau mengumpat yang diharamkan. Jika yang dibicarakan itu tidak benar, maka ia adalah fitnah.
6. Dunia sosial hari ini mudah terdedah dengan mengumpat dan fitnah melalui media sosial sama ada melalui FB, Twitter, Whatsapp, Telegram dan sebagainya. Bila di post atau ditularkan, akhirnya ia mengundang komen dan umpatan netizen walaupun ia betul atau boleh menjadi fitnah jika tidak benar.
7. Kesan buruk ghibah boleh menghancurkan silaturahim dan menimbulkan permusuhan dalam Masyarakat disamping menghilangkan pahala amalan solehnya kerana berpindah kepada orang yang diumpat pada hari kiamat.
Berhati-hatilah dalam pertuturan, penulisan dan perbuatan daripada perkara yang tidak benar, palsu, mencela, mengumpat, atau memfitnah.

Tuesday, September 1, 2026
Makan Daging Saudara SeIslam
Selasa, 19 Rabiul Awal 1448H | Makan Daging Saudara SeIslam
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْن مَسْعُودٍ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ: كُنَّا جُلُوسًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَامَ رَجُلٌ فَوَقَعَ فِيهِ رَجُلٌ مِنْ بَعْدِهِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "تَخَلَّلْ" قَالَ: وَمَا أَتَخَلَّلُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَكَلْتُ لَحْمًا قَالَ: "إِنَّكَ أَكَلْتَ لَحْمَ أَخِيكَ
Daripada Abdullah ibn Mas’ud RA beliau berkata : Kami sedang duduk di sisi Nabi SAW, kemudian bangunlah seorang lelaki meninggalkan majlis. Selepas ia pergi, seorang lelaki lain memperkatakan keaibannya (mengumpatnya). Maka Nabi SAW bersabda: “Keluarkanlah ia (baki-baki makanan) dari celah-celah gigimu!”. Lelaki itu bertanya: Mengapa aku perlu membersihkan celah gigiku, wahai Rasulullah? Aku tidak makan daging!. Baginda bersabda: “Sesungguhnya engkau telah memakan daging saudaramu.” (HR Thabarani No: 13145) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Dalam kehidupan ini, setiap orang tidak terlepas dari kekurangan dan kesilapan. Namun kita dilarang menceritakan kekurangan dan aib orang lain.
2. Orang yang menceritakan aib orang lain atau mengumpat, diumpamakan seperti memakan daging saudara Islam yang lain.
3. Nabi SAW menggambarkan perbuatan mengumpat sebagai memakan daging saudara sendiri. Ia adalah satu perumpamaan yang sangat keras untuk menunjukkan betapa jijik dan besar dosanya. Firman Allah:
يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٞۖ وَ لَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًاۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمۡ أَن يَأۡكُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتٗا فَكَرِهۡتُمُوهُۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٞ رَّحِيمٞ ١٢
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (al-Hujurat: 12)
4. Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan; mengumpat adalah haram secara ijma’ dan tidak dikecualikan suatu apa pun dari itu melainkan terdapat maslahah (kebaikan) pada mengumpat lebih kuat daripada mafsadahnya (kerosakan) (Ahmad Syakir, ‘Umdat al-Tafsir, 3/359)
5. Media sosial hendaklah digunakan untuk menyebarkan kebaikan, bukan menjadi medan mengumpat dan membuka aib orang. Antara contohnya:
a) Menghantar mesej keburukan seseorang dalam WhatsApp;
b) Membuat hantaran atau memberi komen menghina di media sosial seperti FB;
c) Berkongsi video yang memalukan orang lain;
d) Bergosip dalam group sosial;
e) Memperlekehkan rakan dalam kumpulan sembang.
6. Muslim hendaklah menjadikan lidahnya sebagai alat untuk berzikir, menyebarkan kebaikan, bukan untuk menjatuhkan maruah orang lain. Sebagaimana kita berasa jijik memakan daging manusia, demikian jugalah kita sepatutnya merasa jijik terhadap amalan mengumpat, kerana kedua-duanya digambarkan oleh syariat sebagai sesuatu yang sangat hina di sisi Allah SWT.
7. Hadis ini menegaskan bahawa dosa lidah boleh menjadi sebab manusia terjerumus ke dalam neraka, walaupun dosa itu kelihatan kecil di mata manusia namun ia merupakan dosa yang besar. Bersamalah kita menjaga hubungan dalam hidup bermasyarakat. Elakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh merosakkan hubungan ukhuwah sesama kita.

Monday, August 31, 2026
Golongan Penghuni Syurga
Isnin, 18 Rabiul Awal 1448H | Golongan Penghuni Syurga
عن عياض بن حمار المجاشعي رضي الله عنه عن النبي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال : وَأَهْلُ الْجَنَّةِ ثَلَاثَةٌ ذُو سُلْطَانٍ مُقْسِطٌ مُتَصَدِّقٌ مُوَفَّقٌ وَرَجُلٌ رَحِيمٌ رَقِيقُ الْقَلْبِ لِكُلِّ ذِي قُرْبَى وَمُسْلِمٍ وَعَفِيفٌ مُتَعَفِّفٌ ذُو عِيَالٍ
Daripada Iyadh bin Himar al-Mujasyai RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Penghuni syurga itu terdiri daripada tiga golongan; iaitu penguasa atau pemerintah yang berlaku adil, suka bersedekah dan diberi taufik oleh Allah, seorang yang penyayang dan lembut hatinya kepada setiap kerabat dan sesama muslim, dan seorang yang menjaga kehormatan dirinya, menjauhkan diri daripada meminta-minta” (HR Muslim No: 5109) Status: Hadis Sahih
Pengajaran
Antara golongan yang akan menjadi penghuni Syurga ialah:
1. Pertama: Pemerintah atau pemimpin yang adil, sentiasa pemurah dan suka bersedekah serta mendapat taufik Allah dalam menjalankan tanggungjawab.
2. Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa pemerintah yang adil adalah tonggak utama masyarakat. Keadilannya bukan sahaja menjaga hak rakyat, malah dengan sifat pemurahnya dia menggunakan kekuasaan dan harta untuk kemaslahatan umat. Taufik Allah adalah syarat terpenting untuk dia istiqamah dalam keadilan dan kebaikan.
3. Kedua: Orang yang penyayang dan lemah lembut kepada setiap kerabat dan sesama muslim yang lain. Ibn Hajar menjelaskan bahawa sifat penyayang ini meliputi keluarga terdekat serta masyarakat Muslim secara umum. Ia tidak mementingkan diri, tetapi prihatin dengan kesusahan orang lain, membantu, dan memaafkan.
4. Ketiga: Orang yang menjaga kehormatan diri iaitu orang yang hidup dalam kesusahan tetapi tetap menjaga maruah, tidak meminta-minta kepada orang lain, serta berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki menyara ahli keluarganya. Ulama menyatakan bahawa orang sebegini mendapat kedudukan tinggi di sisi Allah kerana kesabarannya.
5. Islam memberi peluang kepada setiap lapisan Masyarakat, sama ada pemimpin, orang berkemampuan, mahupun orang miskin untuk mencapai syurga melalui jalan kebaikan masing-masing.
6. Seorang Muslim hendaklah berusaha menjadi insan yang adil apabila memimpin, penyayang apabila bergaul, dan bermaruah ketika menghadapi kesusahan, kerana sifat-sifat inilah yang menjadi antara jalan menuju syurga yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Sebagai warganegara, sama ada kita seorang pemimpin mahupun pengikut, berusahalah memiliki sifat adil, pemurah, penyayang, lemah lembut serta menjadi pemberi bukan peminta.

Sunday, August 30, 2026
Mukmin Yang Terpelihara
Ahad, 17 Rabiul Awal 1448H | Mukmin Yang Terpelihara
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمْ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمْ الْمَلَائِكَةُ وَذَكَرَهُمْ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW telah bersabda: 'Barang siapa membebaskan seorang mukmin dari satu kesusahan dunia, maka Allah akan membebaskannya dari satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa memberi kemudahan kepada orang yang berada dalam kesulitan, maka Allah akan memberikan kemudahan di dunia dan akhirat. Barang siapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan sentiasa menolong hamba-Nya selama hamba tersebut menolong saudaranya sesama muslim. Barang siapa menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. Tidaklah sekelompok orang berkumpul di suatu masjid (rumah Allah) untuk membaca Al-Quran dan mempelajarinya, melainkan akan diturunkan kepada mereka ketenangan, mereka diliputi rahmat, dan dikelilingi para malaikat, serta Allah akan menyebut-nyebut mereka pada malaikat-malaikat yang berada di sisi-Nya. Barang siapa yang ketinggalan amalnya (kurang), maka keturunannya tidak akan dapat meninggikannya (menambah amalnya).' (HR Muslim No: 4867) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Mukmin yang membebaskan mukmin lain dari satu kesusahan di dunia, nescaya Allah akan membebaskannya dari satu kesusahan pada hari kiamat.
2. Mukmin yang memberi kemudahan kepada orang yang berada dalam kesulitan semasa di dunia, nescaya Allah akan memberikan kemudahan kepadanya di dunia dan akhirat.
3. Ibn Rajab al-Hanbali menyatakan kemudahan yang diberikan kepada orang lain menjadi sebab Allah memudahkan urusan seseorang dalam kehidupan dunia dan juga ketika melalui hisab di akhirat.
4. Mukmin yang menutupi aib seorang muslim semasa di dunia, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Ibn Hajar menjelaskan: menutup keaiban peribadinya, bukan menyembunyikan jenayah, kezaliman atau penipuan yang boleh memudaratkan orang ramai.
5. Allah akan menolong sesiapa yang menolong saudara muslim yang lain.
6. Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan ke syurga baginya.
7. Orang yang berkumpul di masjid untuk membaca juga mempelajari Al-Quran, Allah akan mengurniakan ketenangan hati, diseliputi rahmat, dan dikelilingi para malaikat, serta Allah akan menyebut-nyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya.
8. Barang siapa yang kurang amalnya semasa di dunia, maka keturunannya tidak akan dapat menambah amalnya. (Amal kita seperti solat, puasa, zakat, tilawah al-Quran adalah tanggung jawab kita).
9. Kebahagiaan seorang Mukmin bukan hanya terletak pada ibadah peribadinya, tetapi juga menjadi sebab kesenangan, kemudahan dan kebahagiaan orang lain. Masyarakat yang diredai Allah SWT ialah yang saling membantu, saling memaafkan, saling belajar, dan berlumba-lumba melakukan kebajikan.

Saturday, August 29, 2026
Rasulullah SAW Pembawa Rahmat
Sabtu, 16 Rabiul Awal 1448H | Rasulullah SAW Pembawa Rahmat
عَنْ أَبِي صَالِحٍ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُنَادِيهِمْ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ, إِنَّمَا أَنَا رَحْمَةٌ مُهْدَاةٌ.
Daripada Abu Soleh RA, beliau berkata: "Adalah Nabi SAW (pada suatu hari) menyeru para sahabat: "Wahai sekalian manusia! (Ketahuilah) Bahawa sesungguhnya aku ini adalah rahmat yang dihadiahkan (oleh Allah SWT kepada seluruh alam)." (Hadis riwayat Ad-Darimi, No: 15, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, No: 98, beliau berkata: " Hadis ini adalah sahih dengan mengikuti syarat-syarat yang telah digariskan oleh Imam al-Bukhari & Muslim).
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW diutus membawa rahmat untuk seluruh alam.
Firman Allah:
وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا رَحۡمَةٗ لِّلۡعَٰلَمِينَ ١٠٧
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (al-Anbiya:107).
2. “Rahmat yang dihadiahkan” mengikut Imam al-Munawi dalam Faidh al-Qadir bermaksud: kewujudan Nabi SAW sebagai hadiah besar dari Allah yang menyelamatkan manusia daripada kegelapan jahiliah dan menuju cahaya hidayah.
3. Menurut Ibnu Abbas, Allah mengutus Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat bagi seluruh manusia, baik mukmin mahupun kafir. Rahmat bagi orang mukmin iaitu Allah memberinya petunjuk dengan sebab diutusnya Rasulullah. Baginda penyebab memasukkan orang-orang beriman ke dalam syurga dengan iman dan amal mereka terhadap perintah Allah. Sedangkan rahmat bagi orang kafir, berupa tidak disegerakannya bencana seperti yang menimpa umat-umat terdahulu yang mengingkari perintah Allah.
4. Rahmat adalah kasih sayang. Nabi SAW diutuskan semata-mata untuk membawa risalah ketauhidan, iaitu dengan mengeluarkan manusia daripada lembah penghambaan sesama manusia kepada semata-mata menyembah Allah SWT, Tuhan Yang Esa. Risalah tauhid ini disampaikan dengan penuh rahmat melalui jalan dakwah iaitu mengajak manusia beriman kepada Allah SWT. Tatkala manusia itu beriman maka alam pun akan mendapat manfaat diatas keimanan tersebut. Itulah rahmat dan hadiah yang besar daripada Allah SWT kepada seluruh alam.
5. Ibn Qayyim menyatakan bahawa rahmat itu adalah kasih sayang iaitu sifat memberikan manfaat kepada orang lain juga sifat bersusah payah demi memberikan kemudahan kepada orang lain atau makhluk alam juga menjauhkannya daripada bencana.
6. Hadis ini menegaskan bahawa Rasulullah SAW ialah "rahmat yang dihadiahkan" oleh Allah SWT kepada seluruh manusia. Menurut Ibn Kathir juga Imam al-Ghazali, rahmat Baginda bukan sekadar kelembutan peribadi, bahkan merangkumi seluruh risalah Islam yang membawa petunjuk, keadilan, akhlak mulia dan kesejahteraan kepada manusia.
7. Orang yang mengikuti Rasulullah SAW akan berusaha menjadi "rahmat" kepada orang lain melalui tutur kata yang baik, keadilan dalam tindakan, kasih sayang terhadap keluarga, penghormatan kepada sesama manusia, belas ihsan terhadap haiwan dan tanggungjawab memelihara alam sekitar. Inilah antara manifestasi sebenar mencontohi akhlak Rasulullah SAW sebagai rahmatan lil 'alamin.
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Friday, August 28, 2026
Rasulullah SAW Contoh Akhlak Terbaik
Jumaat, 15 Rabiul Awal 1448H | Rasulullah SAW Contoh Akhlak Terbaik
حَدَّثَنِي أَبُو عَبْدِ اللَّهِ الْجَدَلِيُّ قَالَ قُلْتُ لِعَائِشَةَ كَيْفَ كَانَ خُلُقُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أَهْلِهِ قَالَتْ كَانَ أَحْسَنَ النَّاسِ خُلُقًا لَمْ يَكُنْ فَاحِشًا وَلَا مُتَفَحِّشًا وَلَا سَخَّابًا بِالْأَسْوَاقِ وَلَا يُجْزِئُ بِالسَّيِّئَةِ مِثْلَهَا وَلَكِنْ يَعْفُو وَيَصْفَحُ
Telah menceritakan kepadaku Abu Abdullah Al Jadali dia berkata; Saya bertanya kepada Aisyah; "Bagaimanakah akhlak Rasulullah SAW terhadap keluarganya." Aisyah berkata; "Baginda adalah orang yang paling baik akhlaknya. Baginda tidak pernah berbuat keji, tidak bercakap dengan kata-kata yang kotor, tidak meninggikan suara atau bertengkar di pasar. Baginda tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan yang sama (yang diperlakukan kepadanya), akan tetapi baginda seorang yang pemaaf dan berlapang dada." (HR Ahmad No: 24797) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW adalah orang yang paling baik akhlak terhadap keluarga dan orang lain. Kelembutan dan kasih sayang dalam keluarga adalah asas keharmonian rumah tangga.
2. Rasulullah SAW tidak pernah melakukan perbuatan buruk dan keji seperti perbuatan kasar kepada orang lain.
3. Rasulullah SAW tidak bercakap dengan kata-kata yang kotor, bertengkar serta tidak terjerit-jerit di pasar (shoping kompleks) atau di mana sahaja.
4. Al-Qadi Iyad menjelaskan bahawa sifat ini menunjukkan kewibawaan Rasulullah SAW. Baginda tidak mencari perhatian dengan suara yang kuat atau pertengkaran, sebaliknya dihormati kerana akhlak dan kebijaksanaan Baginda.
5. Antara akhlak terpuji Rasulullah SAW ialah tidak pernah membalas dengan kejahatan yang sama (yang diperlakukan kepadanya).
6. Rasulullah SAW adalah seorang yang pemaaf dan berlapang dada terhadap orang lain. Imam al-Nawawi dalam Sharh Sahih Muslim menegaskan bahawa sifat Baginda ini menunjukkan keutamaan memberi maaf kerana ia lebih membawa kepada kasih sayang dan keberkatan.
7. Ibn Rajab menjelaskan bahawa sifat memaafkan Rasulullah SAW bukan kerana kelemahan, tetapi kerana kekuatan jiwa. Baginda memaafkan apabila hak peribadi Baginda dizalimi, namun apabila hukum Allah dicabuli, Baginda tetap tegas menegakkan keadilan.
8. Hadis ini mengajar bahawa ukuran sebenar kemuliaan akhlak bukanlah bagaimana seseorang berinteraksi dengan orang luar, tetapi bagaimana dia melayan ahli keluarganya, pekerjanya dan orang yang berada di bawah tanggungannya. Rasulullah SAW membuktikan bahawa kelembutan bukan tanda kelemahan, bahkan ia adalah kekuatan yang mampu membina keluarga yang bahagia, masyarakat yang harmoni dan umat yang saling menghormati.
9. Berusahalah kita mencontohi Rasulullah SAW dengan tidak mengeluarkan kata-kata kotor, terjerit-jerit dimana sahaja kita berada termasuk dalam bentuk tulisan di media sosial. Jadilah kita orang yang pemaaf.

Thursday, August 27, 2026
Contohi Akhlak Rasulullah
14 Rabiul Awal 1448H | Contohi Akhlak Rasulullah
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: خَدَمْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ سِنِينَ وَاللهِ مَا قَالَ لِي: أُفًّا قَطُّ وَلَا قَالَ لِي لِشَيْءٍ: لِمَ فَعَلْتَ كَذَا وَهَلَّا فَعَلْتَ كَذَا
Daripada Anas bin Malik RA berkata : Aku telah berkhidmat kepada Rasulullah SAW selama 10 tahun, Demi Allah, Baginda SAW tidak pernah berkata kepadaku “Uff!” (perasaan tak puas hati) dan Baginda tidak pernah berkata kepadaku mengenai sesuatu yang aku lakukan: Mengapa awak buat begini ? dan tidak juga terhadap sesuatu yang aku tidak lakukan: Mengapa kamu tidak melakukannya?' (HR Muslim No: 2309) Status: Hadis Sahih.
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW memiliki akhlak yang sangat terpuji. Tutur katanya sangat lembut dan penuh hikmah kepada sesiapa sahaja walaupun terhadap hamba.
2. Kalimah “Uff!” adalah ucapan atau suara yang menunjukkan perasaan tak puas hati, rasa tidak hormat dan menyakitkan hati atau mengherdik. Mungkin bagi kita adalah kata-kata seperti: “ah !! , Ish !! Hoi !! Hey!! Bodo!! Bengong!! dan sebagainya.
3. Tutur kata merupakan antara penyebab utama seseorang itu mendapat dosa kerana terlalu mudah untuk menyebut perkataan yang tidak baik atau diterjemah dalam bentuk tulisan di media sosial. Menjaga tutur kata juga adalah tanda orang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat.
4. Rasulullah SAW tidak pernah berkata perkataan kasar, mencela atau mengherdik kepada sahabat juga pekerja. Baginda juga tidak memarahi, menghina orang yang berkhidmat dengannya.
5. Perkataan “uff” atau “ah!” adalah kalimah ringan yang menunjukkan rasa tidak puas hati, namun Nabi SAW tidak pernah mengucapkannya kepada Anas. Ia mengajar kita agar mengelakkan perlian atau cercaan walaupun ringan kerana ia boleh menyakitkan hati dan mematahkan semangat orang lain.
6. Mengikut Ibn Hajar, lafaz "uff" merupakan bentuk ucapan atau reaksi buruk yang paling ringan. Jika yang ringan pun tidak pernah diucapkan oleh Rasulullah SAW, maka apatah lagi kata-kata yang lebih kasar.
7. Kelembutan Nabi SAW adalah bentuk tarbiyah terbaik. Dengan kelembutan, Baginda menanam rasa cinta dan hormat dalam hati para sahabat sehingga mereka lebih terdorong untuk taat.
8. Hadis ini membuktikan bahawa kelembutan, kesabaran dan penghormatan terhadap maruah manusia merupakan asas Pendidikan. Kasih sayang bukan tanda kelemahan, bahkan ia adalah kekuatan yang mampu membentuk insan, mengubah hati dan melahirkan generasi yang mencintai kebaikan.
9. Marilah kita membuktikan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan menjadikan Rasul sebagai contoh terbaik dalam kehidupan kita. Antaranya menjaga tutur kata dengan tidak mengeluarkan kata-kata yang buruk termasuk dalam penulisan. Firman Allah:
لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا ٢١
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) (al-Ahzab: 21).

Wednesday, August 26, 2026
Gigit Sunnah Rasulullah SAW Dengan Gigi Geraham
Rabu, 13 Rabiul Awal 1448H | Gigit Sunnah Rasulullah SAW Dengan Gigi Geraham
عَنْ الْعِرْبَاضِ بْنِ سَارِيَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَامَ فِينَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ، فَوَعَظَنَا مَوْعِظَةً بَلِيغَةً، وَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوبُ، وَذَرَفَتْ مِنْهَا الْعُيُونُ، فَقُلْنَا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، كَأَنَّهَا مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ، فَأَوْصِنَا. قَالَ: أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ، وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ، وَإِنْ تَأَمَّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ حَبَشِيٌّ، فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلَافًا كَثِيرًا، فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ، تَمَسَّكُوا بِهَا، وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ، وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ، فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ
Daripada Al-'Irbadh bin Sariyah RA berkata; "Pada suatu hari Rasulullah SAW berdiri di tengah-tengah kami. Baginda menyampaikan nasihat yang sangat menyentuh hati sehingga hati kami berasa gemetar, dan airmata berlinangan. Lalu kami berkata; "Wahai Rasulullah, seolah-olah ini adalah nasihat seorang yang hendak berpisah dengan kami. Maka wasiatkanlah sesuatu kepada kami”. Baginda bersabda: "Aku berwasiat kepada kamu supaya bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat (kepada pemimpin) meskipun pemimpin itu seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya sesiapa antara kamu yang masih hidup selepas aku akan melihat banyak perselisihan. Maka hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah para khalifah yang mendapat petunjuk (khulafa ar-rasyidin). Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham kamu (berpeganglah dengan sangat kuat). Dan jauhilah (bid’ah) perkara-perkara baharu (dalam urusan agama), kerana setiap bid'ah itu adalah kesesatan”. (HR Ibnu Majah No: 42) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Menurut Imam al-Nawawi, hadis ini menjadi asas dalam menjaga agama, kerana mengandungi tuntutan takwa, ketaatan, berpegang kepada sunnah dan larangan bid‘ah.
2. Ibn Rajab al-Hanbali menjelaskan bahawa takwa adalah asas bagi keselamatan dunia dan akhirat. Taqwa kepada Allah, iaitu melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
3. Hendaklah kita bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat kepada pemimpin yang benar dan hak, meskipun kepada seorang hamba Habsyi. Ibn Hajar menyebut bahawa ketaatan kepada pemimpin ini penting untuk mengelakkan perpecahan dan kekacauan dalam masyarakat.
4. Sepeninggalan Rasulullah SAW, akan berlaku banyak perselisihan. Sebagai orang beriman, kita mesti berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah SAW dan khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk (perumpamaan menggigit dengan gigi geraham lebih kuat dan mantap).
5. Berpegang teguh dengan sunnah ialah teguh dan berterusan mengikuti dan mencontohi semua jalan hidup, pemikiran, amalan dan tunjuk ajar Rasulullah SAW dalam segenap lapangan hidup. Jadilah seperti Saidina Abu Bakar Ash Shiddiq RA yang menyatakan:
لَسْتُ تَارِكًا شَيْئًا كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يَعْمَلُ بِهِ إِلَّا عَمِلْتُ بِهِ إِنِّي أَخْشَى إِنْ تَرَكْتُ شَيْئًا مِنْ أَمْرِهِ أَنْ أَزِيْغَ
“Tidaklah aku biarkan satupun yang Rasulullah SAW amalkan kecuali aku mengamalkannya kerana aku takut jika meninggalkannya sedikit saja, aku akan menyimpang.”
6. Jangan terlibat dengan perkara bid’ah yang dikeji dengan menambah atau mengurangkan dalam hal agama yang tiada dalil syarak. Imam al-Syafi‘i menjelaskan bahawa bid‘ah yang tercela ialah yang menyalahi al-Quran, Sunnah, ijmak atau athar sahabat.
Hadis ini mengandungi wasiat penting Rasulullah SAW agar setiap Muslim bertakwa kepada Allah, taat kepada pemimpin, berpegang teguh dengan sunnah Baginda dan sunnah khulafa’ ar-rasyidin, serta menjauhi perkara-perkara baru yang tidak ada asas dalam agama.

Tuesday, August 25, 2026
Al-Quran dan Sunnah Panduan Hidup Diredhai
Selasa, 12 Rabiul Awal 1448H | Al-Quran dan Sunnah Panduan Hidup Diredhai
عَنْ مَالِك أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
Daripada Malik RA, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan tersesat selamanya selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah Nabi-Nya (hadis) " (Muwatta’ Malik No: 1661 Dar Ihya Ulum Arabiyyah) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW meninggalkan pusaka yang amat berharga untuk diwarisi oleh orang beriman agar sentiasa berada di dalam petunjuk dan hidayah Allah.
2. Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW merupakan dua pusaka yang wajib di amalkan dan dijadikan panduan dalam kehidupan ini. Menurut Imam al-Syafi‘i dalam al-Risalah menyebutkan: kedua-duanya tidak boleh dipisahkan kerana Sunnah adalah penjelasan dan pentafsir kepada ayat-ayat al-Quran.
3. Al-Qurtubi dalam tafsirnya menjelaskan bahawa siapa yang berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah akan terpelihara daripada kesesatan akidah, ibadah, muamalah dan akhlak.
4. “Berpegang teguh” ialah mengikuti, memahami, dan mengamalkan kedua-duanya, bukan sekadar membaca atau menghafal.
5. Al-Quran adalah kitab hidayah dan panduan untuk kehidupan. Berusahalah mempelajari, membaca, memahami dan melaksanakan tuntutan al-Quran.
عن جابر عن النبي صلى الله عليه وسلم قال اَلقُرْءَانُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ وَمَاحِلٌ مُصَدَّقٌ مَن جَعَلَهُ أَمَامَهُ قَادَهُ إِلَى الْجَنَّةِ وَمَن جَعَلَهُ خَلْفَ ظَهْرِهِ سَاقَطَهُ إِلَى النَّارِ
Daripada Jabir RA dari Nabi SAW bersabda: Al-Quran adalah pemberi syafaat (yang mana) syafaatnya akan diterima dan sebagai penghujah (yang mana) hujahnya disokong. Barangsiapa meletakkan al-Quran di hadapannya maka al-Quran akan memandunya ke syurga dan barangsiapa yang meletakkan al-Quran di belakangnya maka al-Quran akan mencampakkannya ke neraka” (HR Ibn Hibban No: 124) Status: Hadis Sahih
6. Sunnah adalah penjelas bagi al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah SAW. Al-Sunnah adalah jalan, tingkah laku, amalan, pembawaan atau cara hidup Rasulullah SAW sama ada melalui percakapan, perbuatan mahupun perakuan.
7. Menerusi sunnah, orang beriman dapat memahami asas ibadah yang diterangkan dalam al-Quran serta dalam bidang-bidang lain yang diperlihatkan oleh Rasulullah SAW seperti muamalah, jinayat, akhlak, pentadbiran dan lain-lain.
Al-Quran dan Sunnah wajib menjadi rujukan utama dalam setiap urusan agama dan kehidupan Muslim. Sesiapa yang menjadikan kedua-duanya panduan hidup akan mendapat hidayah dan tidak akan tersesat. Umat Islam wajib kembali kepada al-Quran dan Sunnah dalam menangani segala isu kehidupan, sama ada dalam aspek ibadah, akhlak, sosial, ekonomi mahupun politik.
Marilah kita memastikan dua pusaka ini kita pelajari, fahami dan mengamalkannya sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Monday, August 24, 2026
Keutamaan Orang Berselawat
Isnin, 11 Rabiul Awal 1448H | Keutamaan Orang Berselawat
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن مَسْعُودٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُ النَّاسِ عَلَيَّ صَلاةً
Daripada Abdullah Bin Masud RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang paling hampir denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat ke atas ku. (HR Tirmizi No: 484) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW adalah amalan yang dituntut.
2. Mukmin yang paling hampir (kedudukan yang paling mulia) di sisi Rasulullah SAW pada hari kiamat termasuk memperoleh syafaat baginda adalah yang paling banyak berselawat.
3. Menurut al-Mubarakfuri dalam Tuhfah al-Ahwazi, kelebihan ini diberikan kerana banyak berselawat menunjukkan rasa cinta, penghormatan dan penghargaan yang mendalam kepada junjungan Nabi SAW.
4. Al-Sindi menegaskan bahawa orang yang paling dekat dengan Rasulullah SAW di akhirat adalah mereka yang paling banyak berselawat, kerana selawat itu menjadi sebab untuk memperoleh syafaat Baginda. Kedekatan ini bukan hanya secara fizikal, tetapi juga dalam bentuk kemuliaan, rahmat dan syafaat di sisi Allah.
5. Imam al-Nawawi menyatakan bahawa selawat bukan sahaja membawa kedudukan tinggi di akhirat, malah di dunia ia menjadi sebab turunnya rahmat, keberkatan hidup, dan dihapuskan dosa-dosa kecil.
6. Orang yang berselawat keatas Nabi SAW, para malaikat juga akan berselawat keatasnya. Sufyan As-Sauri mengatakan bahawa selawat dari para malaikat adalah permohonan ampun baginya. ‘Amir Bin Rabi’ah meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:
ما مِنْ عبدٍ يُصَلِّي علَيَّ إلَّا صَلَّتْ عليه الملائكةُ ما دامَ يُصَلِّي علَيَّ فلْيُقِلَّ العبدُ مِنْ ذلِكَ أوْ لِيُكْثِرْ
Tidaklah seseorang hamba berselawat kepadaku melainkan para malaikat sentiasa berselawat untuknya sebanyak mana dia berselawat kepadaku. Maka berselawatlah sama ada sedikit atau banyak. (at-Thabrani, al-Mu’jam al-Ausath, 2/182, no. 1654. Ahmad, 24/457, no. 15689)
Rabiul Awal, bulan yang mengingatkan kita kepada kelahiran Nabi Muhammad SAW. Banyakkan selawat, moga Malaikat memohonkan keampunan buat kita.

Sunday, August 23, 2026
Ganjaran Berselawat
Ahad, 10 Rabiul Awal 1448H | Ganjaran Berselawat
عَن أَبِي هُرَيرَةَ رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: مَنْ صَلَّى عَلَيَّ وَاحِدَةً، صَلَّى الله عَلَيْهِ عَشْرًا
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sebanyak sepuluh kali." (HR Muslim No: 408) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan antara amalan yang paling mudah tetapi paling besar ganjarannya.
2. Allah SWT membalas satu selawat dengan sepuluh selawat bermaksud Allah memuji, memuliakan dan merahmati hamba-Nya.
3. Berselawat ke atas Nabi merupakan tanda kecintaan dan penghormatan kepada Rasulullah SAW.
4. Orang yang banyak berselawat akan lahir dalam dirinya kecintaan kepada Rasulullah SAW dan akan sentiasa berada dalam lingkungan rahmat serta kasih sayang Allah SWT.
5. Selawat hendaklah disertai dengan usaha menghidupkan sunnah dan mencontohi akhlak Rasulullah SAW.
6. Muslim yang ingin meraih kasih sayang Allah hendaklah menjadikan selawat sebagai amalan harian yang berterusan. Semakin banyak seseorang berselawat, semakin besar bahagiannya daripada rahmat Allah SWT, di samping semakin kukuh kecintaannya kepada Rasulullah SAW dan semakin kuat keinginannya untuk menghidupkan sunnah Baginda dalam kehidupan.

Saturday, August 22, 2026
Majlis Tanpa Zikir dan Selawat
Sabtu, 9 Rabiul Awal 1448H | Majlis Tanpa Zikir dan Selawat
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا جَلَسَ قَوْمٌ مَّجْلِسًا لَمْ يَذْكُرُوا فِيهِ اللَّهَ وَلَمْ يُصَلُّوا عَلَى نَبِيِّهِ إِلَّا كَانَ عَلَيْهِمْ تِرَّةٌ، فَإِن شَاءَ عَذَّبَهُمْ، وَإِن شَاءَ غَفَرَ لَهُمْ
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah suatu kaum duduk dalam satu majlis, lalu mereka tidak mengingati Allah di dalamnya dan tidak berselawat ke atas Nabi mereka, melainkan majlis itu menjadi penyesalan (kerugian) bagi mereka. Jika Allah menghendaki, Dia akan mengazab mereka, dan jika Dia menghendaki, Dia akan mengampunkan mereka. (HR Tirmizi No: 3380) Status: Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Zikir kepada Allah dan selawat keatas Nabi perlu menjadi budaya dalam kehidupan harian. Rugilah sesiapa yang berada di dalam sesuatu majlis atau program namun mengabaikan untuk berzikir dan berselawat.
2. Menghidupkan sebarang majlis dengan zikir boleh dimulakan dengan basmalah disertai dengan doa dan selawat.
3. Menurut al-Qari, hadis ini menunjukkan bahawa berzikir kepada Allah dan berselawat ke atas Nabi SAW adalah adab utama dalam sesuatu majlis. Jika tidak dilakukan, ia bukan hanya menyebabkan kehilangan pahala dan keberkatan, tetapi boleh mengundang dosa.
4. Allah boleh menghukum atau mengampuni atas kelalaian kita bergantung kepada sebab-sebab tertentu (seperti kejahilan atau taubat selepas itu).
5. Sekadar berzikir dengan nama Allah atau berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dalam sesuatu majlis boleh menjadikannya diberkati, dan menyelamatkan kita daripada perkara dosa dan maksiat yang menjadi penyebab kerugian akhirat.
6. Ibn Hajar menyatakan bahawa berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan antara amalan yang paling mudah tetapi paling besar ganjarannya. Ia menjadi sebab turunnya rahmat Allah dan tanda kecintaan seorang mukmin kepada Rasulullah SAW.
7. Al-Mubarakfuri menjelaskan bahawa majlis yang kosong daripada mengingati Allah akan menjadi sebab penyesalan pada Hari Kiamat kerana peluang memperoleh pahala telah disia-siakan.
8. Hadis ini menunjukkan bahawa setiap majlis sama ada rasmi atau tidak, ilmiah atau santai, seharusnya disulami dengan menyebut nama Allah dan berselawat seperti dimulakan dengan membaca surah al-fatihah dan ditutup dengan membaca tasbih kafarah.

Friday, August 21, 2026
Selawat Ibrahimi
Jumaat, 8 Rabiul Awal 1448H | Selawat Ibrahimi
عَنْ كَعْبِ بْنِ عُجْرَة قَالَ: لَمَّا نَزَلَتْ: {إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا} . قَالَ: قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ عَلِمْنَا السَّلَامَ فَكَيْفَ الصَّلَاةُ عَلَيْكَ "قُولُوا: اللَّهُمَّ صِلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ. إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ". وَكَانَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي لَيْلَى يَقُولُ: وَعَلَيْنَا مَعَهُمْ.
Daripada Ka'b ibnu Ujrah RA berkata, bahawa ketika diturunkan Firman Allah SWT: Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (Surah al-Ahzab: 56) Lalu kami bertanya: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui bagaimana cara mengucapkan salam penghormatan kepadamu, tetapi bagaimanakah caranya mengucapkan selawat untukmu?". Rasulullah SAW menjawab: Ucapkanlah: "Ya Allah, limpahkanlah selawat buat Muhammad dan keluarganya, sebagaimana telah Engkau limpahkan selawat buat Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Dan limpahkanlah barakah buat Muhammad dan keluarganya sebagaimana telah Engkau limpahkan berkah buat Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.” Dan perawi Abdur Rahman ibnu Abu Laila mengatakan, "Dan semoga dilimpahkan (Rahmat) juga kepada kami bersama dengan mereka." (HR Bukhari No: 2497) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW adalah suatu yang dituntut kepada setiap Mukmin.
2. Menurut Abul Aliyah, yang dimaksudkan selawat dari Allah ialah pujian-Nya kepada Nabi SAW. Selawat dari para malaikat ialah doa daripada para Malaikat untuk Nabi SAW.
3. Sufyan As-Sauri mengatakan bahawa selawat dari Allah adalah rahmat-Nya, dan selawat dari para malaikat adalah permohonan ampun bagi yang bersangkutan.
4. Al-Qurtubi menafsirkan bahawa perintah berselawat dalam al-Quran bukan hanya satu ibadah sunat, bahkan merupakan tanda penghormatan tertinggi kepada Nabi SAW. Selawat kepada Nabi SAW adalah salah satu ibadah yang mendatangkan syafaat daripada baginda di akhirat kelak.
5. Rasulullah SAW mengajarkan cara berselawat ke atas baginda. Selawat yang afdhal adalah selawat yang dibaca semasa tahiyat akhir setiap solat (Mustika Hadis 1/259) atau dipanggil Selawat Ibrahimi:
اللَّهُمَّ صِلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ. إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
6. Muslim dituntut berselawat setiap kali menyebut, mendengar atau menulis nama Nabi Muhammad SAW, ganti namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW. Antaranya dengan lafaz:
– صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ
Atau
– عَلَيْهِ الصّلاَةُ وَالسَّلاَمُ
7. Ibn Rajab menjelaskan: memperbanyakkan selawat akan menambahkan kecintaan kepada Rasulullah SAW; menghidupkan sunnah; membersihkan hati daripada kelalaian; menguatkan hubungan rohani; dan menjadi sebab memperoleh rahmat Allah SWT.
8. Berselawat untuk Nabi SAW menjadi sebab turunnya rahmat Allah dan memperoleh syafaat Nabi. Rabiul Awal, bulan yang mengingatkan kita kepada kelahiran Nabi Muhammad SAW. Jom banyakkan selawat sebagai satu daripada cara mencintai Nabi kita.

Thursday, August 20, 2026
Kemanisan Iman
Khamis, 7 Rabiul Awal 1448H | Kemanisan Iman
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Daripada Anas bin Malik RA daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya, maka dia akan merasai kemanisan iman: (1) Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada segala yang lain. (2) Dia mencintai seseorang, hanya kerana Allah. (3) Dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci dicampakkan kedalam api neraka"(HR Bukhari No: 16) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa halawatul iman (kemanisan iman) ialah kenikmatan rohani yang dirasai oleh hati sehingga seseorang berasa tenang ketika beribadah; reda dengan ketentuan Allah; gembira melakukan ketaatan; dan sanggup bersabar menghadapi ujian demi agama.
2. Tiga perkara jika dimiliki akan menjadikan seseorang mendapat kemanisan iman:
a) Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari segala-galanya di dunia. Tanda cinta tersebut ialah seseorang sentiasa mendahulukan perintah Allah dan sunnah Rasulullah SAW apabila berlaku pertembungan dengan kehendak hawa nafsu.
b) Mencintai dan menyayangi seseorang hanya kerana Allah bukan kerana pangkat mahupun kedudukan.
c) Tidak suka kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya dengan hidayah, sebagaimana ia tidak mahu untuk dicampakkan ke dalam api neraka.
3. Mencintai Rasulullah SAW mewajibkan adanya penghormatan, ketundukan dan mengikuti serta mencontohi apa yang dilakukan oleh baginda (mengagungkan sunnahnya).
Allah berfirman:
قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِي يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ ٣١
“Katakanlah: ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’” [Ali ‘Imran: 31]
Ibnu Katsir ketika menafsirkan ayat ini menyatakan: “Ayat ini adalah pemutus hukum bagi setiap orang yang mengaku mencintai Allah namun tidak mahu menempuh jalan yang dilalui Rasulullah SAW, maka orang itu dusta dalam pengakuannya sehinggalah ia mengikuti syariat dan agama yang dibawa Rasulullah SAW dalam semua ucapan dan perbuatannya.”
4. Di antara tanda cinta kepada Rasulullah SAW adalah dengan mengamalkan Sunnahnya, menghidupkan, dan mengajak kaum Muslimin untuk mengamalkannya, serta berjuang membela As-Sunnah dari orang-orang yang mengingkari As-Sunnah dan melecehkannya. Termasuk cinta kepada Nabi SAW adalah menolak dan mengingkari semua bentuk bid’ah yang menyesatkan.
5. Mencintai seseorang adalah semata-mata kerana Allah. Ibnul Qayyim al-Jauziyyah berkata: “Setiap kecintaan dan pengagungan kepada manusia hanya dibolehkan dalam rangka mengikuti kecintaan dan pengagungan kepada Allah. Mencintai dan mengagungkan Rasulullah SAW adalah penyempurnaan kecintaan dan pengagungan kepada Allah”.
6. Tiga tanda utama seseorang merasai kemanisan iman: cinta yang mendalam kepada Allah dan Rasul-Nya, kasih sayang sesama mukmin kerana Allah, dan kebencian terhadap kekufuran. Kemanisan iman hanya dapat dirasai apabila iman dihiasi dengan ketaatan, keikhlasan, dan kesetiaan kepada ajaran Islam.