Rabu, 1 Jamadil Akhir 1448H | Sedekah Mengikut Keutamaan
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَصَدَّقُوا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ عِنْدِي دِينَارٌ قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى نَفْسِكَ قَالَ عِنْدِي آخَرُ قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى زَوْجَتِكَ قَالَ عِنْدِي آخَرُ قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى وَلَدِكَ قَالَ عِنْدِي آخَرُ قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى خَادِمِكَ قَالَ عِنْدِي آخَرُ قَالَ أَنْتَ أَبْصَرُ
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bersedekahlah kalian", lalu seorang lelaki berkata Wahai Rasulullah aku hanya memiliki satu dinar, baginda menjawab: "Bersedekahlah dengannya untuk dirimu sendiri". Lelaki itu berkata: Aku mempunyai satu dinar lagi”. Baginda bersabda: "Bersedekahlah kepada isterimu". Lelaki itu berkata: Aku mempunyai satu dinar lagi”. Baginda bersabda: "Bersedekahlah kepada anakmu, " Lelaki itu berkata: Aku memiliki satu dinar lagi”. Baginda bersabda: "Bersedekahlah kepada pembantumu". Lelaki itu berkata: Aku memiliki satu dinar lagi”. Baginda bersabda: "Engkau lebih tahu siapa yang berhak engkau beri." (HR Nasai No: 2488) Status: Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW menganjurkan agar kita bersedekah jika memiliki harta. Setiap yang dibelanjakan kepada orang lain, ia akan mendapat pahala sedekah.
2. Jika kita memiliki harta atau wang ringgit, belanjakanlah untuk keperluan mengikut keutamaan dengan panduan tertib menurut syariat:
i. Untuk diri sendiri dengan menunaikan hak tubuh badan seperti makanan, minum, pakaian dan keperluan lain yang wajib.
ii. Untuk isteri (keperluan isteri yang menjadi tanggungjawab suami yang wajib berbentuk nafkah seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain).
iii. Untuk anak (keperluan anak-anak seperti makan minum, pelajaran dan lain-lain).
iv. Untuk pembantu, pekerja atau sesiapa yang berada dibawah tanggungannya.
v. Mereka yang dirasakan layak dan berhak mengikut keutamaan.
3. Menurut Imam al-Nawawi, sedekah kepada diri sendiri bermaksud menggunakan harta untuk memenuhi keperluan hidup yang halal, seperti makan, pakaian, tempat tinggal, dan kesihatan. Ia juga bertujuan menjauhkan diri daripada meminta-minta dan bergantung kepada orang lain.
4. Sedekah yang paling utama ialah yang memberi manfaat paling besar, bermula dengan tanggungan terdekat yang wajib dipelihara. Dengan itu, sedekah yang baik bukan sekadar banyak, tetapi strategik dan penuh hikmah.
5. Sedekah yang baik bukanlah sedekah yang menyebabkan diri serta ahli keluarga sendiri berada dalam kesusahan akibat pengabaian nafkah wajib.
6. Tanggungjawab terhadap keluarga tidak boleh diabaikan. Rasulullah SAW bersabda:
كَفَى بِالْمَرْءِ إِثْمًا أَنْ يُضَيِّعَ مَنْ يَقُوتُ
Maksudnya: “Cukuplah seseorang itu mendapat dosa apabila dia mengabaikan orang yang berada di bawah tanggungannya untuk diberikan nafkah.” (Riwayat Abu Daud)
Ayuh bersedekah mengikut keutamaan kepada yang berhak dan bukan hanya kepada orang miskin tetapi termasuk nafkah dan keperluan keluarga.
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)
Wednesday, November 11, 2026
Tuesday, November 10, 2026
Setiap Pemimpin Akan Dipertanggungjawabkan
Selasa, 30 Jamadil Awal 1448H | Setiap Pemimpin Akan Dipertanggungjawabkan
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالْأَمِيرُ رَاعٍ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
Daripada Ibnu Umar RA, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: "Setiap kamu adalah pemimpin. Setiap kamu akan diminta bertanggungjawab terhadap orang yang berada dibawah jagaan kamu. Seorang ketua adalah pemimpin. Seorang suami adalah pemimpin terhadap ahli keluarganya. Seorang wanita adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap rumah suaminya dan anak-anaknya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang berada di bawah jagaan kamu." (HR Bukhari No: 4801) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap kita adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan setiap yang berada di bawah kepimpinan kita.
2. Kepimpinan adalah amanah, bukan keistimewaan. Kepimpinan menuntut seseorang menjaga kebajikan, melaksanakan keadilan, memberikan bimbingan dan memelihara hak mereka yang berada di bawah tanggungjawabnya.
3. Seorang ketua sama ada sebagai pemimpin Negara, negeri, daerah, organisasi, jabatan, unit termasuk keluarga, besar atau kecil tetap akan dipertanggungjawabkan kepimpinan dibawahnya..
4. Sebagai suami akan ditanya kepimpinannya terhadap isteri, anak-anak serta yang berada di bawah tanggungjawabnya. Tidak cukup sekadar menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal. Beliau juga bertanggungjawab memberikan pendidikan agama, membentuk akhlak dan memastikan anak-anak membesar dalam persekitaran yang baik.
5. Sebagai isteri ada tanggungjawab dalam rumahtangga, sama ada terhadap suami mahupun anak-anak.
6. Suami dan isteri mempunyai tanggungjawab kepimpinan bersama dalam rumah tangga. Dalam membina keluarga bahagia, suami dan isteri sewajarnya saling bekerjasama berperanan memimpin dan mencorakkan rumahtangga.
7. Setiap Muslim mesti menunaikan amanah kepimpinan dengan penuh ihsan sama ada sebagai pemerintah, ketua keluarga, guru, atau ibu bapa. Setiap kepimpinan akan dinilai bukan pada pangkat, tetapi pada amanah dan keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab.
8. Kepimpinan yang baik memerlukan kejujuran, keadilan, kasih sayang, kebijaksanaan dan kesungguhan menunaikan tanggungjawab. Laksanakanlah amanah tanggungjawab yang ada dengan sebaik mungkin kerana ianya akan dipertanggungjawabkan.
Bersama membina keluarga bahagia. KASIH Keluarga, Jiwa Negara. Bulan Keluarga Kebangsaan 2026.

Monday, November 9, 2026
Mukmin Paling Sempurna Iman
Isnin, 29 Jamadil Awal 1448H | Mukmin Paling Sempurna Iman
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُهُمْ خِيَارُهُمْ لِنِسَائِهِمْ
Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya, dan yang terbaik di antara mereka adalah yang paling baik terhadap isteri-isteri mereka." (HR Ahmad No: 7095) Status: Hadis Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Kesempurnaan iman seseorang diukur melalui akhlak dan budi pekertinya.
2. Orang yang memiliki Iman yang sempurna ialah orang yang berjaya menggabungkan kekuatan iman dengan akhlak mulia iaitu lemah lembut, sabar, berlapang dada, memaafkan, serta menjauhi sifat kasar dan sombong.
3. Kemuliaan akhlak seseorang lelaki paling jelas dilihat pada sikap terhadap isterinya. Ibn Hajar al-‘Asqalani menjelaskan bahawa kebaikan lelaki kepada isteri termasuklah:
· bertutur dengan lembut,
· menafkahkan dengan ihsan,
· bersabar dengan kelemahan isteri,
· menzahirkan kasih sayang serta penghormatan.
4. Kebaikan sebenar bermula dalam rumah tangga. Seorang yang baik kepada isterinya menunjukkan kekuatan iman, keperibadian, dan kepimpinan rohani dalam keluarga.
5. Seorang suami yang baik bukan hanya mampu memimpin keluarga, tetapi juga mampu mewujudkan suasana kasih sayang, keselamatan dan ketenteraman dalam rumah tangga. Bergaul dengan cara yang baik menurut syarak, termasuk layanan yang sopan, keadilan, pemberian nafkah, penghormatan dan penjagaan hak pasangan.
6. Akhlak baik terhadap wanita adalah tanda kemuliaan dan keimanan. Islam menolak kezaliman, kekasaran, dan penghinaan terhadap wanita dalam apa jua bentuk.
7. Berakhlak baik, berlemah lembut dan penyayang terhadap ahli keluarga termasuk dalam kesempurnaan iman. Hadis Nabi SAW:
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ أَكْمَلِ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَأَلْطَفُهُمْ بِأَهْلِهِ
Daripada Aisyah dia berkata, Rasulullah SAW bersabda; "Sesungguhnya termasuk orang yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya, dan paling lembut terhadap keluarganya." (HR Tirmizi No: 2537)
8. Kasih sayang, empati dan penghargaan merupakan unsur penting dalam membina keluarga yang sejahtera. Keluarga yang dibina atas nilai kasih sayang dan keadilan berpotensi menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang lebih harmoni.
Sunday, November 8, 2026
Jadilah Orang Yang Paling Baik Pada Ahli Keluarga
Ahad, 28 Jamadil Awal 1448H | Jadilah Orang Yang Paling Baik Pada Ahli Keluarga
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي وَإِذَا مَاتَ صَاحِبُكُمْ فَدَعُوهُ
Daripada Aisyah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik terhadap ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku. Apabila sahabat kamu meninggal dunia maka biarkanlah dia (jangan kamu membicarakan keburukannya)." (HR Tirmidzi No: 3830) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Perkahwinan bertujuan untuk mewujudkan rumah tangga dan ahli keluarga yang bahagia.
2. Bagi mewujudkan kebahagiaan dalam berumah tangga, kita perlu berlaku baik terhadap ahli keluarga antaranya dengan saling memenuhi hak dan tanggungjawab sebagai suami dan isteri, bapa dan ibu serta anak.
3. Sebaik-baik kita adalah orang yang paling baik pergaulannya, serta penyayang terhadap ahli keluarganya. Kasih sayang dalam keluarga perlu dizahirkan melalui tindakan, bukan sekadar ungkapan.
4. Syeikh Muhammad bin Abd al-Rahman al-Mubarakfuri ketika mensyarahkan hadis ini beliau berkata: (Iaitu berbuat baik) kepada kaum keluarganya dan juga mereka yang mempunyai hubungan silaturahim dengannya. Menurut pendapat lain: kepada isterinya dan juga kaum kerabatnya. Rujuk Tuhfat al-Ahwazi, Al-Mubarakfuri (10/269).
5. Bertimbang rasa, bertolak ansur dan saling menyayangi antara pasangan dan anak-anak merupakan antara faktor yang menjamin keharmonian rumahtangga.
6. Contohilah Rasulullah SAW dalam berbuat baik dan memberi layanan kepada ahli keluarganya kerana Rasulullah SAW paling baik layanan terhadap isteri dan anak-anaknya.
7. Islam melarang umatnya mengungkit atau menceritakan keburukan orang yang telah meninggal dunia kerana ia termasuk dalam perbuatan ghibah (mengumpat) yang diharamkan, melainkan untuk tujuan syarak seperti pengajaran atau penjelasan hukum.
8. Hadis ini mengajar kepentingan menjaga hubungan sosial, menghormati maruah orang lain dan tidak menyebarkan keburukan tanpa alasan yang dibenarkan.
Saturday, November 7, 2026
Dua Kalimah Yang Ringan Di Lidah, Berat Di Timbangan
Sabtu, 27 Jamadil Awal 1448H | Dua Kalimah Yang Ringan Di Lidah, Berat Di Timbangan
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ثَقِيلَتَانِ فِي الْمِيزَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: 'Dua kalimah yang ringan diucapkan oleh lidah tetapi berat pada timbangan amalan dan sangat dicintai oleh Allah Yang Maha Pemurah iaitu:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Maha Suci Allah dengan segala pujian-Nya dan Maha Suci Allah Yang Maha Agung." (HR Muslim No: 4860) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Sebagai Muslim, kita dituntut memperbanyak zikir untuk memperingati Allah.
2. Setiap Muslim mempunyai peluang memperoleh pahala yang besar tanpa mengira kedudukan, kekayaan atau kemampuan fizikal.
3. Dua kalimah tasbih yang ringan diucapkan oleh lidah tetapi berat timbangan amalan di akhirat dan sangat dicintai oleh Allah iaitu:

4. Seorang Muslim seharusnya tidak hanya berusaha mendapatkan ganjaran pahala, tetapi turut menjadikan kecintaan Allah SWT sebagai matlamat utama dalam beribadah.
5. Zikir yang sempurna bukan sekadar menyebut kalimah dengan lidah, tetapi turut melibatkan penghayatan hati terhadap makna yang diucapkan.
6. Jadikan zikir sebagai amalan harian, bukan hanya dilakukan ketika menghadapi kesusahan, kesedihan atau masalah kehidupan.
7. Zikir hendaklah melahirkan kesan terhadap kehidupan. Lidah yang sentiasa bertasbih seharusnya terpelihara daripada mengumpat, mencaci dan memfitnah. Hati yang sentiasa memuji Allah pula sepatutnya semakin jauh daripada sifat sombong, hasad dengki dan tidak bersyukur.

Friday, November 6, 2026
Kelebihan Zikir dan Ganjaran Pahala Besar
Jumaat, 26 Jamadil Awal 1448H | Kelebihan Zikir dan Ganjaran Pahala Besar
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ وَكُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ وَكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنْ الشَّيْطَانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِيَ وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ أَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلَّا أَحَدٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ وَمَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ حُطَّتْ خَطَايَاهُ وَلَوْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: "Barang siapa yang mengucapkan:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
(Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa. Tidak ada sekutu bagi-Nya, Dialah yang memiliki alam semesta dan segala puji hanya bagi-Nya. Allah adalah Maha Kuasa atas segaIa sesuatu) sebanyak seratus kali dalam sehari, maka orang tersebut akan mendapat pahala sama seperti memerdekakan 10 orang hamba, dicatat 100 kebaikan untuknya, dihapus 100 keburukan untuknya. Zikir tersebut menjadi pelindung baginya daripada gangguan syaitan pada hari itu sehingga petang. Tidak ada orang lain yang melebihi pahalanya, kecuali orang yang membaca lebih banyak daripada itu. Barang siapa membaca:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ
(Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya) sebanyak 100 kali dalam sehari, maka dosanya akan dihapus, meskipun sebanyak buih di lautan." (HR Muslim No:4857) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Zikir ukan sekadar ungkapan di bibir, tetapi sepatutnya mengukuhkan keyakinan bahawa seluruh kehidupan manusia berada di bawah kekuasaan Allah SWT.
2. Zikir kalimah tauhid yang dimulakan dengan pengakuan pengabdian kepada Allah antaranya lafaz:

Mereka yang membaca 100 kali akan memperoleh:
a) Pahala seperti orang yang memerdekakan 10 orang hamba
b) Dicatat 100 kebaikan untuknya
c) Dihapus 100 keburukan untuknya.
d) Terpelihara dari gangguan syaitan sehingga petang hari
3. Jangan memandang ringan amalan yang mudah kerana nilainya di sisi Allah mungkin sangat besar.
4. Menurut Ibn al-Qayyim di dalam al-Wabil al-Sayyib, antara manfaat zikir ini:
a. Mengusir dan melemahkan pengaruh syaitan.
b. Mendatangkan ketenangan hati.
c. Menguatkan hubungan seorang hamba dengan Allah SWT.
d. Membantu seseorang menjauhi kelalaian dan maksiat.
5. Zikir merupakan antara sebab pengampunan dosa, namun tidak boleh dijadikan alasan untuk terus melakukan maksiat atau mengabaikan kewajipan bertaubat.
6. Hadis ini memperlihatkan betapa luasnya rahmat Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya. Dengan amalan yang mudah, Allah menjanjikan ganjaran yang besar, penghapusan dosa serta perlindungan daripada syaitan.

Thursday, November 5, 2026
Tahmid dan Tasbih Memenuhi Bumi dan Langit
Khamis, 25 Jamadil Awal 1448H | Tahmid dan Tasbih Memenuhi Bumi dan Langit
عَنْ أَبِي مَالِكٍ الْأَشْعَرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الطُّهُورُ شَطْرُ الْإِيمَانِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ تَمْلَأُ الْمِيزَانَ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ تَمْلَآَنِ أَوْ تَمْلَأُ مَا بَيْنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالصَّلَاةُ نُورٌ وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ كُلُّ النَّاسِ يَغْدُو فَبَايِعٌ نَفْسَهُ فَمُعْتِقُهَا أَوْ مُوبِقُهَا
Daripada Abu Malik al-Asy'ari RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bersuci itu separuh daripada iman. Ucapan Alhamdulillah memenuhi timbangan. Ucapan Subhanallah dan Alhamdulillah keduanya memenuhi, atau salah satunya memenuhi ruang apa yang ada antara langit dan bumi. Solat adalah Cahaya. Sedekah adalah bukti. Sabar adalah sinaran. Al-Quran adalah hujah untukmu (atas amal kebaikanmu) atau hujah terhadapmu (amal keburukanmu). Setiap manusia keluar pada waktu pagi, lalu dia menjual dirinya; sama ada dia membebaskan dirinya atau membinasakannya. (HR Muslim No: 328) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Islam menggabungkan kebersihan zahir dan penyucian rohani. Taharah menjadi asas kepada ibadah seorang Muslim.
2. Sebagai Muslim, perlu memastikan kebersihan hati dari sifat curang, dengki dan segala penyakit hati serta bersih tubuh badan kerana kebersihan separuh daripada iman.
3. Kalimah Alhamdulillah dan Subhanallah jika disebut dan beramal dengannya akan mendapat ganjaran pahala sepenuh bumi dan langit.
4. Solat akan menjadi cahaya yang akan menjadi penerang hidup serta cahaya yang akan melepaskannya daripada siksaan neraka.
5. Sedekah sama ada yang wajib (zakat) mahupun yang sunat akan menjadi bukti kejujuran iman. Kesanggupan melepaskan harta kerana Allah menunjukkan bahawa akhirat lebih dicintai daripada dunia.
6. Kesabaran adalah sinar yang menjadi penyuluh jalan atau menjadi pemudah mengharungi perjalanan hidup.
7. Al-Quran adalah hujah atau bukti kuat menolong dan memberi syafaat kepada pembaca dan pengamalnya pada hari kiamat. Jangan sampai al-Quran yang kita baca menjadi hujah terhadap kita kerana kita mengetahui ajarannya tetapi tidak mengamalkannya.
8. Setiap hari merupakan modal baharu daripada Allah. Umur, masa, tenaga dan kemampuan yang kita gunakan hari ini menentukan sama ada kita sedang membebaskan atau membinasakan diri.
9. Setiap Muslim perlu berusaha memperbaiki dirinya dan menjadi manusia paling taat.

Wednesday, November 4, 2026
Zikir Yang Mengampunkan Dosa Sebanyak Buih Dilaut
Rabu, 24 Jamadil Awal 1448H | Zikir Yang Mengampunkan Dosa Sebanyak Buih Dilaut
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَتْلِكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ
Daripada Abu Hurairah RA daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda: "Barang siapa bertasbih kepada Allah selepas solat sebanyak tiga puluh tiga kali, bertahmid kepada Allah tiga puluh tiga kali, dan bertakbir kepada Allah tiga puluh tiga kali, hingga semuanya berjumlah sembilan puluh sembilan, dan kemudian menyempurnakan yang keseratus dengan membaca Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku walahul walahul hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadiir (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah semata-mata, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu), nescaya akan diampunkan dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan." (HR Muslim No: 939) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Zikir selepas solat fardu ialah Sunnah yang sangat besar kelebihannya. Ia wajar dipelihara secara istiqamah, bukan hanya sekali-sekala.
2. Antara amalan yang digalakkan selepas solat fardhu ialah membaca Tasbih (Subhaanallah) sebanyak 33 kali, Tahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan Takbir (Allahu Akbar) sebanyak 33 kali.
3. Bagi menjadikan ianya sempurna, zikir terakhir (ke 100) dibaca
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
4. Sesiapa yang menyempurnakan zikir di atas dengan ikhlas, dosanya akan diampunkan walaupun sebanyak buih di lautan (dosa kecil).
5. Zikir ini merupakan salah satu bentuk kesyukuran atas nikmat solat dan kehidupan. Zikir ini juga berfungsi untuk membersihkan hati dan memperkukuh hubungan dengan Allah.
6. Selepas solat bukan masa untuk tergesa-gesa. Beberapa minit yang digunakan untuk berzikir boleh membawa ganjaran yang amat besar.
7. Luasnya Rahmat Allah ke atas hamba-hambanya. Amalan yang amat mudah dan ringan untuk dilakukan, tetapi mempunyai ganjaran yang sangat besar. Berusahalah untuk istiqamah dengan zikir selepas solat fardhu, semoga ia menjadi penghapus dosa.
telegram.me/hadisharian_ikram
Tuesday, November 3, 2026
Zikir Yang Sangat Besar Nilainya
Selasa, 23 Jamadil Awal 1448H | Zikir Yang Sangat Besar Nilainya
عَنْ جُوَيْرِيَةَ بِنْتِ الْحَارِثِ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ مِنْ عِنْدِهَا بُكْرَةً حِينَ صَلَّى الصُّبْحَ، وَهِيَ فِي مَسْجِدِهَا، ثُمَّ رَجَعَ بَعْدَ أَنْ أَضْحَى، وَهِيَ جَالِسَةٌ، فَقَالَ: مَا زِلْتِ عَلَى الْحَالِ الَّتِي فَارَقْتُكِ عَلَيْهَا؟ قَالَتْ: نَعَمْ. قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَقَدْ قُلْتُ بَعْدَكِ أَرْبَعَ كَلِمَاتٍ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، لَوْ وُزِنَتْ بِمَا قُلْتِ مُنْذُ الْيَوْمِ لَوَزَنَتْهُنَّ: سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ، عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ، وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Daripada Juwairiyah binti al-Harith, Ummul Mukminin RA, bahawa Nabi SAW keluar dari rumahnya pada awal pagi ketika dia (Juwairiyah) sedang menunaikan solat Subuh di tempat solat dalam rumahnya. Kemudian Baginda kembali setelah masuk waktu Dhuha, dan mendapati Juwairiyah masih duduk di tempat solatnya. Baginda bertanya: “Adakah engkau masih dalam keadaan yang sama seperti ketika aku meninggalkanmu tadi?” Juwairiyah menjawab: “Ya.” Lalu Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya selepas meninggalkanmu tadi, aku telah mengucapkan empat kalimah sebanyak tiga kali. Sekiranya kalimah-kalimah itu ditimbang dengan segala zikir yang telah engkau ucapkan sejak pagi tadi, maka kalimah-kalimah yang aku sebut itu akan mengatasi kalimah-kalimah yang engkau sebut., iaitu: (‘Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, sebanyak jumlah makhluk ciptaan-Nya, sebanyak yang diredai oleh-Nya, seberat ‘Arasy-Nya dan sebanyak tinta bagi kalimah-kalimah-Nya).’” (HR Muslim, no: 2726) Status Hadis Sahih
Pengajaran
1. Zikir mempunyai timbangan di sisi Allah. Ada lafaz yang ringkas tetapi sangat berat nilai dan ganjarannya.
2. Utamakan zikir yang ma’thur daripada Rasulullah SAW. Lafaz yang diajar Baginda mempunyai kelebihan dan makna yang tersendiri.
3. Kualiti ibadah bukan hanya diukur dengan tempoh. Zikir yang singkat tetapi luas makna dan penuh penghayatan boleh mempunyai kelebihan yang sangat besar.
4. Antara zikir yang diajar oleh Nabi SAW untuk di baca walaupun hanya sebanyak tiga kali namun ganjarannya dapat menandingi sebahagian daripada zikir yang dibaca daripada waktu subuh sehingga waktu Dhuha:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ، عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ، وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
(Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, sebanyak jumlah makhluk ciptaan-Nya, sebanyak yang diredai oleh-Nya, seberat ‘Arasy-Nya dan sebanyak tinta bagi kalimah-kalimah-Nya).
5. Memahami makna zikir membantu penghayatan. Kita bukan sekadar menyebut perkataan, tetapi menyedari kebesaran Allah yang tidak mampu dihitung manusia.
6. Nabi SAW mengajarkan Juwairiyah RA suatu bentuk zikir pada waktu pagi yang lebih padat, luas maknanya, walaupun ringan amalannya tetapi besar timbangannya.
7. Allah membuka ruang ibadah kepada semua orang. Orang yang sibuk dengan pekerjaan dan tanggungjawab harian juga boleh memperoleh ganjaran besar melalui zikir yang ringkas.

Monday, November 2, 2026
Tasbih, Tahmid dan Takbir Sebelum Tidur
Isnin, 22 Jamadil Awal 1448H | Tasbih, Tahmid dan Takbir Sebelum Tidur
حَدَّثَنَا عَلِيٌّ أَنَّ فَاطِمَةَ عَلَيْهَا السَّلَام شَكَتْ مَا تَلْقَى مِنْ أَثَرِ الرَّحَا فَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَبْيٌ فَانْطَلَقَتْ فَلَمْ تَجِدْهُ فَوَجَدَتْ عَائِشَةَ فَأَخْبَرَتْهَا فَلَمَّا جَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَتْهُ عَائِشَةُ بِمَجِيءِ فَاطِمَةَ فَجَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَيْنَا وَقَدْ أَخَذْنَا مَضَاجِعَنَا فَذَهَبْتُ لِأَقُومَ فَقَالَ عَلَى مَكَانِكُمَا فَقَعَدَ بَيْنَنَا حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَ قَدَمَيْهِ عَلَى صَدْرِي وَقَالَ أَلَا أُعَلِّمُكُمَا خَيْرًا مِمَّا سَأَلْتُمَانِي إِذَا أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا تُكَبِّرَا أَرْبَعًا وَثَلَاثِينَ وَتُسَبِّحَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَتَحْمَدَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ
Telah bercerita kepada kami Ali RA bahawa Fatimah AS mengadu tentang kesan dan kepayahan yang dialaminya akibat menggunakan batu pengisar. Tidak lama kemudian dibawa kepada Nabi SAW beberapa tawanan perang sebagai ghanimah. Fatimah pergi menemui Baginda SAW untuk memohon seorang pembantu. Namun beliau tidak menemui Baginda, lalu bertemu Aisyah RA dan memberitahunya tentang perkara tersebut. Apabila Nabi SAW pulang, Aisyah RA memberitahu Baginda tentang kedatangan Fatimah. Lalu Nabi SAW datang menemui kami ketika kami telah berada di tempat tidur. Aku hendak bangun, tetapi Baginda bersabda: "Tetaplah di tempat kalian". Lalu baginda duduk di antara kami hingga aku rasakan pada dadaku kaki baginda yang dingin lalu baginda bersabda: "Mahukah kalian berdua aku ajarkan perkara yang lebih baik dari yang kalian minta?. Apabila kamu berdua telah berada di tempat tidur, bertakbirlah tiga puluh empat kali, bertasbihlah tiga puluh tiga kali dan bertahmidlah tiga puluh tiga kali. Sesungguhnya ia lebih baik bagi kalian berdua daripada seorang pembantu".(HR Bukhari No: 3429) Status : Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Sebagai manusia kita mengharapkan bantuan orang lain bagi menyempurnakan pekerjaan seperti Fatimah mengharapkan dapat pembantu yang akan membantu kerja-kerja rumahnya.
2. Zikir sebelum tidur merupakan Sunnah yang sangat besar nilainya. Tasbih Fatimah (tasbih 33, tahmid 33 dan takbir 34) wajar dijadikan rutin harian seorang Muslim.
3. Tasbih, tahmid dan takbir yang dilafazkan oleh seseorang sebelum tidur sebanyak 100 kali (tasbih 33, tahmid 33 dan takbir 34) lebih baik dari memiliki pembantu (hamba).
4. Zikir kepada Allah memberikan kekuatan hati, ketenangan jiwa dan pertolongan dalam menghadapi kepayahan.
5. Kekuatan rohani membantu menghadapi kepenatan fizikal. Rasulullah SAW membimbing Fatimah RA kepada zikrullah ketika beliau memerlukan bantuan menghadapi beban kehidupan.
6. Ibu bapa perlu mendidik anak dengan kasih sayang. Cara Rasulullah SAW mendekati Fatimah (anaknya) dan Ali (menantunya) menunjukkan kelembutan seorang ayah dan pendidik.
7. Suami isteri digalakkan membina kehidupan berasaskan zikrullah. Nabi SAW mengajarkan zikir ini kepada Ali dan Fatimah bersama-sama, bukan kepada Fatimah seorang sahaja.

Sunday, November 1, 2026
Tasbih, Tahmid dan Takbir Selepas Solat
Ahad, 21 Jamadil Awal 1448H | Tasbih, Tahmid dan Takbir Selepas Solat
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَهَذَا حَدِيثُ قُتَيْبَةَ أَنَّ فُقَرَاءَ الْمُهَاجِرِينَ أَتَوْا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُورِ بِالدَّرَجَاتِ الْعُلَى وَالنَّعِيمِ الْمُقِيمِ فَقَالَ وَمَا ذَاكَ قَالُوا يُصَلُّونَ كَمَا نُصَلِّي وَيَصُومُونَ كَمَا نَصُومُ وَيَتَصَدَّقُونَ وَلَا نَتَصَدَّقُ وَيُعْتِقُونَ وَلَا نُعْتِقُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفَلَا أُعَلِّمُكُمْ شَيْئًا تُدْرِكُونَ بِهِ مَنْ سَبَقَكُمْ وَتَسْبِقُونَ بِهِ مَنْ بَعْدَكُمْ وَلَا يَكُونُ أَحَدٌ أَفْضَلَ مِنْكُمْ إِلَّا مَنْ صَنَعَ مِثْلَ مَا صَنَعْتُمْ قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ تُسَبِّحُونَ وَتُكَبِّرُونَ وَتَحْمَدُونَ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ مَرَّةً
Daripada Abu Hurairah RA dan ini adalah hadis yang diriwayatkan Qutaibah: Bahawa golongan fakir daripada Muhajirin datang menemui Rasulullah SAW sambil berkata; "Orang-orang kaya telah memborong amal kebaikan derajat yang tinggi dan kenikmatan yang kekal (disisi Allah)." Rasulullah SAW bertanya: "Apa maksud kamu?" Mereka menjawab: "Orang-orang kaya solat sebagaimana kami solat, dan mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, namun mereka bersedekah sedangkan kami tidak dapat melakukannya, mereka boleh memerdekakan tawanan sedangkan kami tidak dapat melakukannya." Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku ajarkan kepada kalian sesuatu yang dengannya kalian boleh menyaingi orang-orang yang mendahului kebaikan kalian, dan kalian boleh mendahului kebaikan orang-orang sesudah kalian, dan tidak ada seorang pun yang lebih utama daripada kalian kecuali orang yang melakukan seperti yang kalian lakukan?" Mereka menjawab; "Mahu wahai Rasulullah?" Baginda bersabda: "Kalian bertasbih, bertakbir, dan bertahmid setiap selesai solat sebanyak tiga puluh tiga kali. (HR Muslim No: 936) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Para sahabat sangat bercita-cita mengejar akhirat. Mereka bersedih bukan kerana kurang harta, tetapi kerana bimbang kurang peluang memperoleh pahala.
2. Setiap Muslim berpeluang melakukan pelbagai amalan kebaikan dengan kelebihan yang ada padanya.
3. Berlumba-lumba dalam kebaikan ialah sifat terpuji. Melihat orang lain banyak beramal sepatutnya mendorong kita meningkatkan amal, bukan menjatuhkan mereka.
4. Muslim yang berkemampuan dari segi harta, di samping dapat melaksanakan ibadat solat, puasa, zakat mahupun haji, malah mereka boleh menggunakan kelebihan harta untuk bersedekah, berwakaf dan sebagainya.
5. Kemiskinan bukan penghalang mencapai darjat tinggi di sisi Allah. Allah menyediakan pelbagai pintu ibadah yang tidak bergantung kepada kemampuan kewangan.
6. Allah menganugerahkan kelebihan kepada Muslim yang bertasbih, bertakbir, dan bertahmid setiap selesai solat sebanyak tiga puluh tiga kali setiap satu, melebihi kedudukan dan kelebihan orang kaya.
7. Bagi yang tidak memiliki harta untuk bersedekah, jadikanlah tasbih, tahmid dan takbir yang dibaca sebagai amal sedekah.
8. Ibadah yang mudah jangan dipandang kecil. Zikir hanya mengambil masa beberapa minit, tetapi Nabi SAW mengaitkannya dengan peluang mengejar darjat orang yang mendahului dalam amal.
9. Jangan tinggalkan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada mereka yang bertasbih, bertakbir, dan bertahmid setiap kali selesai solat sebanyak tiga puluh tiga kali setiap satu.

Saturday, October 31, 2026
Penghulu Istighfar
Sabtu, 20 Jamadil Awal 1448H | Penghulu Istighfar
عَنْ شَدَّادُ بْنُ أَوْسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ قَالَ وَمَنْ قَالَهَا مِنْ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَمَنْ قَالَهَا مِنْ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ
Daripada Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW; Baginda bersabda: " Penghulu istighfar ialah engkau mengucapkan: ‘Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Engkau telah menciptakanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku tetap berpegang pada perjanjian dan janji-Mu sekadar yang aku mampu. Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan apa yang telah aku lakukan. Aku mengakui segala nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku. Maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau.’ Baginda bersabda lagi: Sesiapa yang mengucapkannya pada waktu siang dengan penuh keyakinan terhadapnya, kemudian dia meninggal dunia pada hari itu sebelum petang, maka dia termasuk dalam kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam dengan penuh keyakinan terhadapnya, kemudian dia meninggal dunia sebelum pagi, maka dia termasuk dalam kalangan ahli syurga.’” (HR Bukhari No: 6306) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap Muslim tidak terkecuali dari melakukan kesalahan dan kesilapan
2. Kita disuruh sentiasa beristighfar agar diampunkan segala dosa
3. Antara lafaz istighfar yang paling baik dan dipanggil penghulu istighfar:
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
(‘Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Engkau telah menciptakanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku tetap berpegang pada perjanjian dan janji-Mu sekadar yang aku mampu. Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan apa yang telah aku lakukan. Aku mengakui segala nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku. Maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau’).
4. Dinamakan penghulu istighfar kerana doa ini menghimpunkan secara sangat lengkap unsur tauhid, ubudiyyah, pengakuan terhadap nikmat Allah, pengakuan terhadap dosa, taubat, pergantungan kepada Allah dan permohonan keampunan.
5. Mukmin yang mengucapkan penghulu istighfar di atas pada waktu pagi atau petang dengan keyakinan terhadap kandungannya, kemudian ia meninggal dunia, maka ia akan masuk syurga.
6. Penghulu istighfar bukan sekadar meminta dosa diampunkan, tetapi mendidik manusia mengenal Allah, mengenal dirinya, mensyukuri nikmat dan berani mengakui kesalahannya.

Friday, October 30, 2026
Istighfar Mengampunkan Dosa
Jumaat, 19 Jamadil Awal 1448H | Istighfar Mengampunkan Dosa
عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ قَالَ: أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي لَا إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ، وَأَتُوبُ إِلَيْهِ، غُفِرَتْ ذُنُوبُهُ، وَإِنْ كَانَ قَدْ فَرَّ مِنَ الزَّحْفِ
Daripada Abdullah bin Mas‘ud RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mengucapkan: Aku memohon keampunan daripada Allah, yang tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri (serta mentadbir seluruh makhluk), dan aku bertaubat kepada-Nya, nescaya diampunkan dosa-dosanya, sekalipun dia pernah melarikan diri dari medan peperangan.” (HR Abu Daud no: 1517) Status” Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Jangan berputus asa daripada keampunan Allah. Walaupun seseorang pernah melakukan dosa besar, pintu taubat tetap terbuka.
2. Antara ucapan istighfar memohon keampunan kepada Allah, yang barang siapa mengucapkannya, dosanya akan diampunkan walaupun dosa besar kerana melarikan diri daripada peperangan iaitu:
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي لَا إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ، وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
3. Istighfar perlu disertai taubat. Lidah menyebut astaghfirullah, hati menyesal, dan anggota berusaha meninggalkan maksiat.
4. Tauhid menjadi asas kepada taubat. Lafaz لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ mengingatkan bahawa hanya Allah yang mempunyai kuasa mutlak mengampunkan dosa.
5. Mengenali nama dan sifat Allah menguatkan pengharapan. Menyebut الْحَيُّ الْقَيُّومُ membina keyakinan bahawa kita memohon kepada Tuhan Yang Maha Sempurna.
6. Dosa besar yang dilakukan, tidak menutup pintu untuk bertaubat kepada Allah. Penyebutan dosa melarikan diri dari medan perang memberi gambaran betapa besarnya keluasan rahmat dan keampunan Allah.
7. Istighfar bukan lesen untuk mengulangi dosa. Seseorang tidak boleh sengaja melakukan maksiat dengan alasan “nanti aku beristighfar”.
8. Taubat yang benar menuntut seseorang meninggalkan dosa, menyesalinya dan berazam tidak mengulanginya. Jika dosa itu melibatkan hak manusia, hak tersebut juga perlu diselesaikan.
9. Mukmin perlu hidup antara rasa takut dan berharap. Takut terhadap dosa mendorong kita bertaubat; berharap kepada rahmat Allah menghalang kita daripada berputus asa.

Thursday, October 29, 2026
Kalimah Zikir Yang Lebih Baik Dari Seisi Dunia
Khamis, 18 Jamadil Awal 1448H | Kalimah Zikir Yang Lebih Baik Dari Seisi Dunia
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَأَنْ أَقُولَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِمَّا طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya aku mengucapkan: ‘Subhanallah (Maha Suci Allah), Alhamdulillah (segala puji bagi Allah), La ilaha illallah (tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah), dan Allahu Akbar (Allah Maha Besar)’ lebih aku cintai daripada segala sesuatu yang disinari oleh matahari.” (HR Muslim No: 4861) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Berzikir, bertasbih dan bertahmid bagi mengingati Allah adalah amalan terpuji seorang Muslim
2. Empat kalimah Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illallah dan Allahu Akbar mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dalam Islam. Rasulullah SAW mencintai Muslim yang membaca:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
“Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah, dan Allah Maha Besar”
3. Al-Munawi menjelaskan maksud “lebih dicintai daripada sesuatu yang terkena sinar matahari” adalah empat kalimah zikir diatas lebih baik daripada dunia dan seisinya.
4. Kalimah Subhanallah mendidik kita menyucikan Allah daripada segala kekurangan.
5. Kalimah Alhamdulillah membentuk jiwa yang sentiasa bersyukur.
6. Kalimah La ilaha illallah memperkukuh tauhid dan pengabdian hanya kepada Allah. Ia menuntut supaya doa, tawakal, takut, berharap dan seluruh ibadah kita ditujukan kepada Allah SWT.
7. Kalimah Allahu Akbar mengingatkan bahawa Allah lebih besar daripada segala urusan dunia.
عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدَبٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَحَبُّ الْكَلاَمِ إِلَى اللَّهِ أَرْبَعٌ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ. لاَ يَضُرُّكَ بَأَيِّهِنَّ بَدَأْتَ
Daripada Samrah bin Jundab, Rasulullah SAW bersabda: "Ada empat ucapan yang paling di sukai Allah SWT; 1) Subhanallah, 2) Al Hamdulillah, 3) Laa ilaaha illallah, 4) Allahu Akbar. Tidak mengapa bagimu dengan mana-mana daripada kalimah tersebut kamu memulai. (HR Muslim No: 2137)

Wednesday, October 28, 2026
Kelebihan Tasbih
Rabu, 17 Jamadil Awal 1448H | Kelebihan Tasbih
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَالَ حِينَ يُصْبِحُ وَحِينَ يُمْسِي سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ مِائَةَ مَرَّةٍ لَمْ يَأْتِ أَحَدٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلَّا أَحَدٌ قَالَ مِثْلَ مَا قَالَ أَوْ زَادَ عَلَيْهِ
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; "Rasulullah SAW bersabda: 'Sesiapa yang pada waktu pagi dan petang, membaca; “‘Subhanallahi wa bihamdihi” (Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya) sebanyak seratus kali, maka pada hari kiamat tidak ada seorang pun yang datang membawa amalan yang lebih utama daripada apa yang dibawanya (melebihi pahalanya) kecuali seseorang yang pernah mengucapkan bacaan seperti itu atau lebih dari itu.' (HR Muslim No: 4858) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap Muslim perlu sentiasa berzikir kepada Allah.
2. Zikir adalah salah satu bentuk ibadah yang sangat mudah dilakukan tetapi mempunyai ganjaran yang amat besar.
3. Antara lafaz zikir yang digalakkan pada waktu pagi dan petang:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ
4. Mukmin yang berzikir dengan zikir di atas sebanyak 100 kali pagi dan petang, akan datang pada Hari Kiamat dengan amal yang besar. Tidak ada yang dapat melebihi ganjaran mereka kecuali orang yang berzikir lebih banyak.
5. Meskipun zikir ini merupakan amalan ringan yang tidak memerlukan tenaga atau masa yang banyak, kesannya sangat berat di timbangan amal di akhirat.
6. Zikir yang sempurna bukan sekadar diucapkan dengan lidah, tetapi dihayati dengan hati.
7. Tasbih mendidik kita mengagungkan kesempurnaan Allah, manakala tahmid mendidik kita mensyukuri segala nikmat-Nya.
8. Islam menekankan pentingnya permulaan hari (pagi) dan penutup hari (petang) dengan kebaikan berzikir.

Tuesday, October 27, 2026
Elakkan Meratapi Jenazah
Selasa, 16 JamadilAwal 1448H | Elakkan Meratapi Jenazah
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ ضَرَبَ الْخُدُودَ وَشَقَّ الْجُيُوبَ وَدَعَا بِدَعْوَى الْجَاهِلِيَّةِ
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: "Bukan daripada kalangan kami orang yang menampar-nampar pipi, mengoyak-ngoyakkan pakaian dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (meratapi kematian) ". (HR Bukhari No: 3258) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap Muslim perlu memiliki adab dan akhlak dalam setiap keadaan termasuk ketika melalui musibah seperti kematian orang yang disayang.
2. Perbuatan menampar muka, mencederakan diri atau mengoyakkan pakaian kerana meratapi kematian adalah dilarang.
3. Menangis dan bersedih kerana kehilangan orang yang disayangi tidak bercanggah dengan kesabaran. Namun bersabar dan reda diatas pemergian orang yang disayang dengan mengawal tindakan dan ucapan adalah dituntut.
4. Apabila menerima musibah seperti berita kematian, hendaklah diisi dengan istirja‘ (إنا لله وإنا إليه راجعون) doa, istighfar dan pengharapan kepada Allah.
5. Rasulullah SAW mengajar doa:
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. Ya Allah, berilah pahala kepadaku dalam musibahku dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik daripadanya.”
6. Seorang Mukmin melihat kematian sebagai perpisahan sementara sebelum kehidupan akhirat, bukan pengakhiran segala-galanya.
7. Elakkan diri dengan amalan jahiliah dengan meratapi jenazah apabila berlaku kematian orang yang disayang.

Monday, October 26, 2026
Doakan Yang Baik Untuk Jenazah
Isnin, 15 Jamadil Awal 1448H | Doakan Yang Baik Untuk Jenazah
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا حَضَرْتُمْ الْمَرِيضَ أَوْ الْمَيِّتَ فَقُولُوا خَيْرًا فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ قَالَتْ فَلَمَّا مَاتَ أَبُو سَلَمَةَ أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أَبَا سَلَمَةَ قَدْ مَاتَ قَالَ قُولِي اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَلَهُ وَأَعْقِبْنِي مِنْهُ عُقْبَى حَسَنَةً قَالَتْ فَقُلْتُ فَأَعْقَبَنِي اللَّهُ مَنْ هُوَ خَيْرٌ لِي مِنْهُ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Daripada Ummu Salamah RA ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu berada di sisi orang sakit atau orang yang meninggal dunia, maka ucapkanlah perkara yang baik, kerana sesungguhnya para malaikat mengaminkan apa yang kamu ucapkan." Ummu Salamah berkata; Apabila Abu Salamah meninggal dunia, aku datang menemui Nabi SAW dan berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya Abu Salamah telah meninggal dunia." Maka baginda pun bersabda: "Ucapkanlah, 'ALLAHUMMAGHFIR LII WA LAHU WA`A'QIBNII MINHU UQBAA HASANAH (Ya Allah, ampunilah aku dan ampunilah dia. Dan gantikanlah untukku selepas kehilangannya dengan pengganti yang baik)'". Ummu Salamah RA berkata: Lalu aku pun mengucapkannya, sehingga Allah menggantikan untukku seseorang yang lebih baik bagiku darinya, iaitu Muhammad SAW. (HR Muslim No: 1527) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Ketika menziarahi orang sakit atau berada di sisi orang yang meninggal dunia, hendaklah kita berkata yang baik dan memperbanyakkan doa.
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ (156)
Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun". (al-Baqarah: 156)
2. Para malaikat mengaminkan ucapan dan doa yang baik pada saat tersebut.
3. Bagi mereka yang kematian pasangan, ucapkan dan doakan yang baik untuk si mati. Antara doa yang diajar oleh Rasulullah SAW :
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَلَهُ وَأَعْقِبْنِي مِنْهُ عُقْبَى حَسَنَةً
(Ya Allah, ampunilah aku dan ampunilah dia. Gantikanlah untukku selepas kehilangannya dengan pengganti yang baik)
4. Islam mengiktiraf kesedihan sebagai fitrah manusia, tetapi melarang ucapan yang mempertikaikan ketentuan Allah.
5. Orang yang ditimpa kehilangan hendaklah bersabar serta berdoa untuk dirinya agar diberikan kekuatan, keampunan dan penggantian yang baik.
6. Ketika berhadapan kematian, lidah seorang Mukmin hendaklah dipenuhi doa, istighfar dan kalimah yang baik, bukan ratapan dan kata-kata putus asa.
7. Menurut Ibn Qayyim al-Jawziyyah, antara tanda kekuatan iman ketika menghadapi musibah ialah seseorang mengembalikan urusannya kepada Allah, mengharapkan pahala dan meyakini bahawa pilihan Allah akhirnya lebih baik untuk hamba-Nya.

Sunday, October 25, 2026
Mukmin Paling Utama dan Bijaksana
Ahad, 14 Jamadil Awal 1448H | Mukmin Paling Utama dan Bijaksana
عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَهُ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَفْضَلُ قَالَ أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا قَالَ فَأَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْيَسُ قَالَ أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا أُولَئِكَ الْأَكْيَاسُ
Daripada Ibnu Umar RA bahawa dia berkata; Aku pernah bersama Rasulullah SAW, kemudian datang seorang laki-laki Ansar, lalu mengucapkan salam kepada Nabi SAW dan bertanya; "Wahai Rasulullah, siapakah orang mukmin yang paling utama?" Baginda menjawab: "Orang yang paling baik akhlaknya." Lelaki itu bertanya lagi; "Siapakah orang mukmin yang paling cerdik?" Baginda menjawab: "Orang yang paling banyak mengingati kematian, dan yang paling baik persediaannya selepas kematian. Mereka itulah orang yang benar-benar cerdik." (HR Ibnu Majah No: 4249) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Kemuliaan seorang Mukmin sangat berkait dengan keindahan akhlaknya.
2. Akhlak yang baik merupakan tanda kesempurnaan dan kematangan iman. Mukmin yang utama ialah yang paling baik akhlaknya
3. Kecerdikan menurut Islam bukan hanya kecerdasan intelektual, tetapi kebijaksanaan menyediakan bekalan untuk akhirat. Mukmin yang cerdik ialah yang paling banyak mengingati kematian dan bersedia menghadapinya.
4. Mengingati kematian bukan untuk melemahkan semangat hidup, tetapi untuk menjadikan kehidupan lebih bermakna dan bertanggungjawab.
5. Mengingati mati hendaklah menghasilkan tindakan berupa taubat, ibadah, amal soleh dan penyelesaian hak sesama manusia.
6. Mengingati mati membantu melembutkan hati, mengurangkan kecintaan melampau kepada dunia dan mendorong seseorang melakukan persediaan untuk akhirat.
7. Orang yang sedar bahawa dirinya akan menghadap Allah akan lebih berhati-hati terhadap dosa dan kezaliman.
8. Dunia hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyediakan bekalan akhirat, bukan dianggap sebagai destinasi terakhir.
9. Orang yang benar-benar cerdik ialah orang yang memikirkan bukan sahaja bagaimana dia mahu hidup, tetapi bagaimana dia mahu mengakhiri kehidupan dan dalam keadaan bagaimana dia mahu bertemu Allah SWT.
Saturday, October 24, 2026
Pelihara Silaturahim
Sabtu, 13 Jamadil Awal 1448H | Pelihara Silaturahim
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
Daripada Anas bin Malik RA berkata; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang suka agar dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menyambung hubungan silaturahim". (HR Bukhari No: 1925) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Menyambung silaturahim merupakan ibadah dan tuntutan penting dalam Islam.
2. Silaturahim menjadi salah satu sebab Allah melapangkan dan memberkati rezeki.
3. Silaturahim menjadi sebab dipanjangkan atau diberkati umur.
4. Keberkatan umur bermaksud usia dipenuhi ketaatan, manfaat dan amal yang berpanjangan.
5. Silaturahim bukan sekadar membalas layanan baik orang lain; tahap yang lebih tinggi ialah tetap menyambung hubungan walaupun pihak lain memutuskannya.
6. Islam sangat keras melarang perbuatan memutuskan silaturahim.
7. Menjaga hubungan keluarga merupakan sebahagian daripada tanda iman dan akhlak seorang Muslim.
8. Jika kita menginginkan rezeki yang berkat dan usia yang bermanfaat, jagalah hubungan dengan Allah dan jangan abaikan hubungan dengan keluarga.
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohorPERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Friday, October 23, 2026
Adab dan Doa Menziarahi Kubur
Jumaat, 12 Rabiul Awal 1448H | Adab dan Doa Menziarahi Kubur
عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ بُرَيْدَةَ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُعَلِّمُهُمْ إِذَا خَرَجُوا إِلَى الْمَقَابِرِ فَكَانَ قَائِلُهُمْ يَقُولُ - فِي رِوَايَةِ أَبِي بَكْرٍ - السَّلاَمُ عَلَى أَهْلِ الدِّيَارِ - وَفِي رِوَايَةِ زُهَيْرٍ - السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ لَلَاحِقُونَ أَسْأَلُ اللَّهَ لَنَا وَلَكُمْ الْعَافِيَةَ.
Daripada Sulaiman bin Buraidah, daripada bapanya, Buraidah bin al-Husaib RA, beliau berkata: “Rasulullah SAW mengajar mereka apabila mereka keluar menuju ke tanah perkuburan. Dalam riwayat Abu Bakr (bin Abi Syaibah), seseorang daripada mereka mengucapkan: ‘Salam sejahtera ke atas penghuni tempat ini.’ Dan dalam riwayat Zuhair: ‘Salam sejahtera ke atas kamu, wahai penghuni tempat ini daripada kalangan orang-orang Mukmin dan Muslim. Sesungguhnya kami, insya-Allah, pasti akan menyusuli kamu. Aku memohon kepada Allah kesejahteraan (‘afiyah) untuk kami dan untuk kamu.’” (HR Muslim No: 975) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Menziarahi perkuburan merupakan amalan yang disyariatkan dan mempunyai adab yang diajar Rasulullah SAW.
2. Disunatkan memberi salam ketika menziarahi perkuburan Islam serta mendoakan penghuni kubur, antaranya dengan ucapan:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ لَلَاحِقُونَ أَسْأَلُ اللَّهَ لَنَا وَلَكُمْ الْعَافِيَةَ
3. Ziarah kubur mengingatkan manusia bahawa kematian adalah suatu kepastian.
4. Seorang Muslim hendaklah sentiasa mempersiapkan diri untuk bertemu Allah dengan iman dan amal soleh.
5. Orang yang telah meninggal dunia memerlukan doa daripada mereka yang masih hidup.
6. Memohon ‘afiyah (kesejahteraan) merupakan doa yang sangat luas kerana merangkumi keselamatan dunia, alam barzakh dan akhirat.
7. Ziarah kubur hendaklah memperkuat tauhid: salam diberikan kepada penghuni kubur, tetapi doa dan permohonan ditujukan kepada Allah SWT.
8. Kubur mendidik manusia supaya tidak terlalu terikat dengan kemegahan dunia kerana akhirnya semua manusia akan menuju destinasi yang sama.

Thursday, October 22, 2026
Syafaat Melalui Solat Jenazah 40 Orang
Khamis, 12 Jamadil Awal 1448H | Syafaat Melalui Solat Jenazah 40 Orang
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما: أَنَّهُ مَاتَ ابْنٌ لَهُ بِقُدَيْدٍ أَوْ بِعُسْفَانَ، فَقَالَ: يَا كُرَيْبُ، انْظُرْ مَا اجْتَمَعَ لَهُ مِنَ النَّاسِ. قَالَ: فَخَرَجْتُ، فَإِذَا نَاسٌ قَدِ اجْتَمَعُوا لَهُ، فَأَخْبَرْتُهُ. فَقَالَ: تَقُولُ هُمْ أَرْبَعُونَ؟ قُلْتُ: نَعَمْ. قَالَ: أَخْرِجُوهُ، فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: مَا مِنْ رَجُلٍ مُسْلِمٍ يَمُوتُ، فَيَقُومُ عَلَى جَنَازَتِهِ أَرْبَعُونَ رَجُلًا، لَا يُشْرِكُونَ بِاللَّهِ شَيْئًا، إِلَّا شَفَّعَهُمُ اللَّهُ فِيهِ.
Daripada Abdullah bin Abbas RA, bahawa seorang anaknya meninggal dunia di Qudaid atau Usfan. Lalu beliau berkata kepada Kuraib: "Wahai Kuraib, lihatlah berapa ramai orang yang telah berkumpul untuk solat jenazahnya." Kuraib berkata: Aku pun keluar dan mendapati orang ramai telah berkumpul. Lalu aku memberitahunya. Beliau (Ibn Abbas) bertanya: "Adakah mereka berjumlah empat puluh orang?" Aku menjawab: "Ya." Lalu beliau berkata: "Bawalah jenazah itu keluar, kerana sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 'Tidaklah seorang Muslim meninggal dunia, lalu empat puluh orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu apa pun berdiri menunaikan solat jenazahnya, melainkan Allah menerima syafaat mereka untuknya.'" (HR Muslim No: 1577) Status: Sahih
Pengajaran:
1. Solat jenazah dan doa orang beriman memiliki nilai yang besar kepada jenazah yang disembahyangkan kerana ia boleh menjadi syafaat. Menurut Imam al-Nawawi, maksud syafaat dalam hadis ini ialah Allah menerima doa dan permohonan keampunan yang dipanjatkan oleh mereka yang menunaikan solat jenazah.
2. Menurut Ibn Hajar, bilangan empat puluh bukan bertujuan mengehadkan rahmat Allah kepada bilangan tertentu. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa apabila sejumlah orang beriman yang ikhlas berkumpul dan mendoakan si mati, doa tersebut mempunyai kedudukan yang sangat tinggi di sisi Allah.
3. Ibnu Batthal dalam Syarah al-Bukhari menjelaskan, yang menyebabkan si mati mendapatkan syafaat adalah kerana salah seorang dari empat puluh orang yang solat ke atas jenazah itu, ketika mendoakan jenazah tersebut, doanya dimakbulkan Allah. Semakin ramai yang mendoakan kebaikan bagi jenazah tersebut maka semakin besar kemungkinan akan mendapatkan syafaat.
4. Hadis ini menunjukkan bahawa doa dari orang yang Ikhlas, beriman dan tidak syirik, mampu menjadi sebab keampunan kepada jenazah. Maka, bergaullah dengan orang soleh semasa hidup, kerana mereka boleh memberi manfaat kepada kita walaupun selepas kita meninggal.
5. Orang yang tidak mensyirikkan Allah memiliki kedudukan yang tinggi di sisi Allah, sehingga doa mereka untuk orang lain akan diterima Allah.
6. Islam menjadikan pengurusan jenazah dan solat jenazah sebagai tanggungjawab fardhu kifayah. Umat Islam perlu saling membantu dan mendoakan orang Islam lain yang meninggal dunia antaranya solatkan jenazah mereka, bukan hanya ahli keluarga si mati.
7. Hadis ini menegaskan bahawa solat jenazah merupakan ibadah yang sarat dengan rahmat dan syafaat. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa apabila empat puluh orang Muslim yang tidak mensyirikkan Allah SWT menunaikan solat jenazah dan mendoakan si mati, Allah menerima doa mereka sebagai syafaat untuknya.

Wednesday, October 21, 2026
Ganjaran Solat dan Mengiringi Jenazah
Rabu, 10 Jamadil Awal 1448H | Ganjaran Solat dan Mengiringi Jenazah
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ اتَّبَعَ جَنَازَةَ مُسْلِمٍ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا وَكَانَ مَعَهُ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا وَيَفْرُغَ مِنْ دَفْنِهَا فَإِنَّه يَرْجِعُ مِنْ الْأَجْرِ بِقِيرَاطَيْنِ كُلُّ قِيرَاطٍ مِثْلُ أُحُدٍ وَمَنْ صَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ رَجَعَ قَبْلَ أَنْ تُدْفَنَ فَإِنَّهُ يَرْجِعُ بِقِيرَاطٍ
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa mengiringi jenazah seorang muslim, dengan penuh keimanan dan mengharapkan balasan pahala daripada Allah, lalu dia terus bersamanya sehingga disolatkan jenazah dan selesai pengebumiannya, maka dia pulang dengan membawa pahala sebanyak dua qirat, setiap satu qirat setara dengan gunung Uhud (satu pahala yang besar). Dan barang siapa yang menyembahyangkan jenazah itu kemudian pulang sebelum dikebumikan maka dia pulang membawa pahala sebanyak satu qirat". (HR Bukhari No: 45) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Menyembahyangkan jenazah dan mengiringi sehingga dikebumikan merupakan sebahagian daripada tuntutan iman. Iman melahirkan kepedulian kepada saudara seagama ketika hidup mahupun setelah meninggal dunia.
2. Keikhlasan merupakan asas penerimaan dan kesempurnaan pahala amal. Hadir ke pengebumian hendaklah kerana iman dan ikhlas, bukan sekadar adat atau mahu dilihat orang.
3. Orang yang solat jenazah kerana iman dan keikhlasan mengharap ganjaran Allah, akan mendapat ganjaran pahala satu qirat iaitu seumpama gunung Uhud (ganjaran pahala yang besar).
4. Orang yang solat dan mengiringi jenazah sehingga selesai pengebumian kerana iman dan keikhlasan, akan mendapat ganjaran yang lebih besar iaitu dua qirat (pahala seumpama dua gunung Uhud).
5. Jangan terlalu cepat meninggalkan pengebumian tanpa keperluan. Jika keadaan mengizinkan, hadis ini mendorong kita untuk terus bersama sehingga selesai pengebumian.
6. Menghadiri jenazah merupakan manifestasi ukhuwah. Persaudaraan Islam bukan hanya ketika makan bersama, bermesyuarat atau bergembira bersama, tetapi juga ketika saudara kita meninggalkan dunia.
7. Mengiringi jenazah melembutkan hati dan mengingatkan kematian. Hari ini kita mengiringi orang lain; suatu hari nanti orang lain pula akan mengiringi kita.
8. Hadis ini menunjukkan keluasan rahmat dan kemurahan Allah. Allah memberikan ganjaran yang sangat besar bagi amalan yang dilakukan dengan ikhlas.
9. Hadis ini mendidik kita supaya memanfaatkan peluang amal. Kadang-kadang peluang memperoleh pahala besar berada dalam perkara yang kelihatan sederhana tetapi kita abaikan.

Tuesday, October 20, 2026
Berwasiat Suatu Keperluan
Selasa, 9 Jamadil Awal 1448H | Berwasiat Suatu Keperluan
عَنْ سَعْدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَيْهِ يَعُودُهُ وَهُوَ مَرِيضٌ وَهُوَ بِمَكَّةَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ خَشِيتُ أَنْ أَمُوتَ بِالْأَرْضِ الَّتِي هَاجَرْتُ مِنْهَا كَمَا مَاتَ سَعْدُ ابْنُ خَوْلَةَ فَادْعُ اللَّهَ أَنْ يَشْفِيَنِي قَالَ اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ لِي مَالًا كَثِيرًا وَلَيْسَ لِي وَارِثٌ إِلَّا ابْنَةً أَفَأُوصِي بِمَالِي كُلِّهِ قَالَ لَا قَالَ أَفَأُوصِي بِثُلُثَيْهِ قَالَ لَا قَالَ أَفَأُوصِي بِنِصْفِهِ قَالَ لَا قَالَ أَفَأُوصِي بِالثُّلُثِ قَالَ الثُّلُثُ وَالثُّلُثُ كَثِيرٌ إِنَّ نَفَقَتَكَ مِنْ مَالِكَ لَكَ صَدَقَةٌ وَإِنَّ نَفَقَتَكَ عَلَى عِيَالِكَ لَكَ صَدَقَةٌ وَإِنَّ نَفَقَتَكَ عَلَى أَهْلِكَ لَكَ صَدَقَةٌ وَإِنَّكَ أَنْ تَدَعَ أَهْلَكَ بِعَيْشٍ أَوْ قَالَ بِخَيْرٍ خَيْرٌ مِنْ أَنْ تَدَعَهُمْ يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ
Daripada Saad RA, bahawa Rasulullah SAW datang menziarahinya ketika dia sedang sakit di Makkah. Kemudian Saad berkata; "Wahai Rasulullah, aku bimbang akan meninggal dunia di bumi yang telah aku berhijrah daripadanya, sebagaimana Saad bin Khaulah meninggal dunia. Maka berdoalah kepada Allah supaya menyembuhkan aku." Baginda berdoa: "ALLAHUMMA ASYFI SA'DAN, ALLAHUMMA ASYFI SA'DAN, ALLAHUMMA ASYFI SA'DAN (Ya Allah sembuhkanlah Saad, ya Allah sembuhkanlah Saad, ya Allah sembuhkanlah Saad) " kemudian Saad berkata; "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku memiliki harta yang banyak dan aku tidak mempunyai waris kecuali seorang anak Perempuan. Bolehkah aku mewaisatkan seluruh hartaku untuknya?" Baginda menjawab; "Tidak" Saad bertanya lagi; "Atau aku wasiatkan dua pertiganya?" Baginda menjawab; "Tidak" Saad bertanya lagi; "Atau aku wasiatkan separuh?" Baginda menjawab; "Tidak" Saad bertanya lagi; "Atau aku wasiatkan sepertiganya?" Rasulullah SAW menjawab; "Ya, sepertiga, dan sepertiga itu sudah banyak. Sesungguhnya nafkah yang engkau keluarkan daripada hartamu adalah sedekah bagimu. Nafkahmu kepada anak-anakmu adalah sedekah bagimu. Nafkahmu kepada keluargamu adalah sedekah bagimu. Dan sesungguhnya engkau meninggalkan keluargamu dalam keadaan berkecukupan adalah lebih baik daripada engkau meninggalkan mereka meminta-minta kepada manusia.” (HR Ahmad No: 1363) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Menziarahi orang sakit ialah sunnah Rasulullah SAW. Ziarah menunjukkan kasih sayang dan kepedulian terhadap saudara yang sedang diuji.
2. Kita dianjurkan ketika menziarahi orang yang sakit, mendoakan kesembuhan. Antara doa mudah (dengan disebut namanya dihujung doa itu);
اللَّهُمَّ اشْفِ
3. Antara adab dan tuntutan kepada orang yang sakit ialah membuat wasiat.
4. Wasiat harta hendaklah dibuat mengikut ketetapan syarak iaitu tidak melebihi sepertiga.
5. Dua pertiga daripada harta yang dimiliki boleh ditinggalkan sebagai harta faraid kepada ahli keluarga.
6. Nafkah kepada keluarga boleh menjadi sedekah dan ibadah. Sesuatu yang kelihatan seperti urusan rutin keluarga boleh mendapat pahala apabila dilakukan dengan niat kerana Allah.
7. Menjaga kebajikan waris merupakan suatu kebaikan. Meninggalkan harta yang mencukupi kepada ahli keluarga yang ditinggalkan adalah lebih baik agar mereka tidak bergantung kepada pemberian orang lain atau menjadi peminta sedekah.
8. Islam mahu kita meninggalkan keluarga dalam keadaan bermaruah. Perancangan kewangan, nafkah, harta pusaka dan wasiat bukan sekadar urusan dunia, tetapi sebahagian daripada amanah agama.

Monday, October 19, 2026
Menunaikan Tanggungjawab Muslim
Isnin, 8 Jamadil Awal 1448H | Menunaikan Tanggungjawab Muslim
عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِسَبْعٍ بِعِيَادَةِ الْمَرِيضِ وَاتِّبَاعِ الْجَنَائِزِ وَتَشْمِيتِ الْعَاطِسِ وَنَصْرِ الضَّعِيفِ وَعَوْنِ الْمَظْلُومِ وَإِفْشَاءِ السَّلَامِ وَإِبْرَارِ الْمُقْسِمِ وَنَهَى عَنْ الشُّرْبِ فِي الْفِضَّةِ وَنَهَانَا عَنْ تَخَتُّمِ الذَّهَبِ وَعَنْ رُكُوبِ الْمَيَاثِرِ وَعَنْ لُبْسِ الْحَرِيرِ وَالدِّيبَاجِ وَالْقَسِّيِّ وَالْإِسْتَبْرَقِ
Daripada Al Barra` bin 'Azib RA dia berkata; Rasulullah SAW memerintahkan kami dengan tujuh perkara iaitu; menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, mendoakan orang yang bersin, menolong yang lemah, membantu orang yang dizalimi, menyebarkan salam dan menunaikan sumpah orang yang bersumpah. Baginda juga melarang minum dari bekas yang dibuat dari perak, memakai cincin emas, menaiki sekedup yang ditutupi dengan kain sutera (alas pelana mewah), memakai sutera, dibaj, Qasiy dan Istabraq (jenis kain sutera)." (HR Bukhari No: 5766) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Islam membina masyarakat yang saling peduli, bukan masyarakat individualistik.
2. Ukhuwah mesti diterjemahkan kepada tindakan. Antaranya:
a. Menziarahi orang sakit
b. Mengiringi jenazah
c. Mendoakan orang yang bersin
d. Menolong orang yang lemah
e. Menolong orang yang dizalimi
f. Menyebarkan salam
g. Menunaikan sumpah atau janji
3. Islam menjaga hubungan manusia dari perkara kecil hingga perkara besar, daripada mendoakan orang yang bersin dan memberi salam, hinggalah membela orang yang dizalimi.
4. Islam menolak budaya kemewahan yang melampaui batas. Seorang mukmin tidak sepatutnya mengukur kemuliaan melalui pakaian, perhiasan dan kemewahan. Antaranya, setiap lelaki Muslim dilarang;
a. Minum dari bekas yang dibuat dari perak
b. Memakai cincin emas
c. Menaiki kenderaan yang ditutupi dengan kain sutera
d. Memakai pakaian yang diperbuat daripada sutera
5. Akhlak Islam mempunyai dua dimensi: melakukan perkara yang membawa maslahat dan meninggalkan perkara yang ditegah Allah.
6. Iman mempunyai dimensi sosial. Kesolehan seseorang bukan hanya terlihat pada banyaknya ibadah peribadi, tetapi juga pada sejauh mana kewujudannya memberi manfaat kepada manusia.
7. Ukhuwah bukan sekadar kita bersama ketika senang. Ukhuwah yang sebenar terserlah apabila kita hadir ketika saudara kita sakit, lemah, dizalimi dan memerlukan pertolongan

Sunday, October 18, 2026
Mukmin Perlu Prihatin Kepada Masyarakat
Ahad, 7 Jamadil Awal 1448H | Mukmin Perlu Prihatin Kepada Masyarakat
عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فُكُّوا الْعَانِيَ يَعْنِي الْأَسِيرَ وَأَطْعِمُوا الْجَائِعَ وَعُودُوا الْمَرِيضَ
Daripada Abu Wa'il dari Abu Musa RA beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Bebaskanlah orang yang ditawan, berilah makan kepada orang yang kelaparan dan ziarahlah orang yang sakit".(HR Bukhari No: 2819) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Islam mendidik umatnya supaya prihatin terhadap kesusahan orang lain.
2. Membantu membebaskan orang daripada kesempitan dan penderitaan merupakan manifestasi ukhuwah dan rahmah sesama manusia.
3. Memberi makan kepada orang yang lapar ialah amalan kebajikan yang sangat dituntut. Keprihatinan bukan sekadar rasa simpati, tetapi perlu diterjemahkan kepada tindakan.
4. Menziarahi orang sakit merupakan hak ukhuwah. Ziarah dapat menggembirakan pesakit, menguatkan semangatnya serta menunjukkan bahawa dia tidak dilupakan.
5. Islam mengambil berat keperluan manusia secara menyeluruh — kebebasan, keperluan fizikal dan sokongan ketika berada dalam kelemahan.
6. Ukhuwah yang sebenar terserlah ketika saudara kita dalam kesusahan. Nilai persaudaraan bukan hanya ketika senang, tetapi lebih bermakna ketika kita hadir membantu pada saat diperlukan.

Saturday, October 17, 2026
Ziarah Persakit dan Iringi Jenazah
Sabtu, 6 Jamadil Awal 1448H | Ziarah Pesakit dan Iringi Jenazah
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عُودُوا الْمَرْضَى وَاتَّبِعُوا الْجَنَائِزَ تُذَكِّرُكُمْ الْآخِرَةَ
Daripada Abu Sa'id Al-Khudri RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Ziarahilah orang-orang yang sakit dan iringilah jenazah, kerana hal itu akan mengingatkan kamu kepada akhirat." (HR Ahmad No: 11020) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Menziarahi orang sakit merupakan tuntutan syariat dan manifestasi ukhuwah. Ia memberikan sokongan emosi, doa dan kekuatan kepada pesakit.
2. Mengiringi jenazah merupakan hak persaudaraan serta tanggungjawab sebagai Muslim yang hidup bermasyarakat.
3. Ziarah orang sakit bukan hanya bermanfaat kepada pesakit. Ia mendidik penziarah supaya menghargai nikmat kesihatan.
4. Jenazah merupakan peringatan paling nyata tentang kefanaan dunia. Kedudukan, kekayaan dan kemasyhuran akhirnya ditinggalkan.
5. Menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah ke kubur bukan hanya mengingatkan kita tentang sakit, kematian serta akhirat malah boleh mendidik hati dan mendorong melakukan amal soleh.
6. Sakit mengingatkan bahawa kekuatan manusia akan berakhir, manakala jenazah mengingatkan bahawa kehidupan dunia sendiri akan berakhir. Mengingati akhirat akan menimbulkan keinsafan untuk bersegera melakukan amal soleh dan meninggalkan maksiat.

Friday, October 16, 2026
Mukmin Yang Dikagumi
Jumaat, 5 Jamadil Awal 1448H | Mukmin Yang Dikagumi
عَنْ صُهَيْبٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
Daripada Shuhaib RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh mengkagumkan urusan seorang mukmin, sesungguhnya semua urusannya adalah baik baginya. Keadaan seperti itu tidak terdapat pada sesiapapun kecuali hanya orang yang beriman. Jika dia mendapat kebaikan, dia bersyukur, maka itu merupakan kebaikan baginya. Jika dia ditimpa keburukan kemudian dia bersabar, maka itu juga merupakan kebaikan baginya.” (HR Muslim No: 5318) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Mukmin yang dikagumi ialah yang sentiasa redha setiap yang berlaku keatas dirinya.
2. Imam al-Nawawi ketika menghuraikan hadis ini menjelaskan bahawa seorang Mukmin memperoleh kebaikan dalam kedua-dua keadaan: apabila menerima nikmat dia bersyukur, dan apabila ditimpa kesusahan dia bersabar.
3. Mukmin yang dikagumi ialah yang sentiasa bersyukur diatas setiap kebaikan atau nikmat yang diperolehi. Syukur itu diperlihatkan pada lima perkara:
a. Tunduk dan merendah kepada Allah, zat yang disyukuri
b. Cinta kepada Allah
c. Mengakui bahawa nikmat itu adalah pemberian Allah
d. Memuji Allah dengan lisan dan perbuatan atas limpahan nikmat tersebut
e. Tidak memanfaatkannya dalam perkara yang dibenci Allah.
4. Mukmin yang dikagumi itu ialah apabila mendapat keburukan atau musibah, dia bersabar dan redha.
5. Ibnu Qayyim menyatakan: sabar merupakan setengah dari keimanan dan setengahnya lagi adalah syukur.
6. Mengkagumkan sifat mukmin kerana dalam kesenangan dia menemui jalan kepada Allah melalui syukur, dan dalam kesusahan dia tetap menemui jalan kepada Allah melalui sabar.

Thursday, October 15, 2026
Musibah Penghapus Dosa
Khamis, 4 Jamadil Awal 1448H | .Musibah Penghapus Dosa
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ وَأَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُمَا سَمِعَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ وَصَبٍ وَلَا نَصَبٍ وَلَا سَقَمٍ وَلَا حَزَنٍ حَتَّى الْهَمِّ يُهَمُّهُ إِلَّا كُفِّرَ بِهِ مِنْ سَيِّئَاتِهِ
Daripada Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah RA bahawasanya kedua-duanya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang Mukmin ditimpa penyakit yang berpanjangan, keletihan, kesakitan, kesedihan, bahkan keresahan yang merunsingkannya, melainkan dengannya dihapuskan sebahagian daripada dosa-dosanya. (HR Muslim No: 4670) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Musibah berbentuk penyakit, keletihan, kesedihan dan keresahan yang dilalui oleh seseorang adalah ujian daripada Allah untuk hambanya.
2. Setiap Mukmin hendaklah bersangka baik kepada Allah ketika ditimpa ujian seperti sakit, letih, sedih juga gelisah.
3. Setiap ujian berbentuk penyakit, keletihan, kesusahan, kesedihan dan keresahan yang menimpa mukmin, akan menjadi penghapus dosa-dosanya.
4. Sabar menghadapi setiap ujian juga musibah akan menambah nilai kehidupan. Musibah menjadi kaffarah (penghapus dosa), sementara sabar dan redha membawa ganjaran pahala dan peningkatan darjat.
5. Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa hadis ini menunjukkan segala jenis kesakitan dan musibah yang menimpa seorang Muslim menjadi sebab penghapusan dosa, termasuk perkara yang kecil.
6. Ujian sepatutnya mendekatkan seseorang kepada Allah. Gunakan waktu sakit untuk memperbanyakkan doa, istighfar, zikir dan muhasabah mengikut kemampuan.

Wednesday, October 14, 2026
Berziarah Mendapat Doa Para Malaikat
Rabu, 3 Jamadil Awal 1448H | Berziarah Mendapat Doa Para Malaikat
عن علي بن أبي طالب قال: قال رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَعُودُ مُسْلِمًا غُدْوَةً إِلَّا صَلَّى عَلَيْهِ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُمْسِيَ وَإِنْ عَادَهُ عَشِيَّةً إِلَّا صَلَّى عَلَيْهِ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُصْبِحَ وَكَانَ لَهُ خَرِيفٌ فِي الْجَنَّةِ
Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang Muslim menziarahi seorang Muslim yang sakit pada waktu pagi, melainkan tujuh puluh ribu malaikat mendoakannya sehingga petang. Jika dia menziarahinya pada waktu petang, tujuh puluh ribu malaikat mendoakannya sehingga pagi. Dan baginya satu kharīf (buah-buahan yang dipetik) di dalam syurga.” (HR Tirmizi No: 891) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Antara hikmah dituntut saling berziarah adalah untuk mengeratkan lagi ikatan persaudaraan sesama muslim.
2. Menziarahi orang sakit merupakan sunnah yang mempunyai ganjaran sangat besar.
3. Orang yang menziarahi saudaranya yang sakit akan didoakan oleh 70,000 malaikat.
4. Jika ia menziarahi sebelah pagi, para malaikat akan mendoakan kebaikan dan keampunan padanya hingga ke petang. Jika ia menziarahi sebelah petang, para malaikat akan mendoakan kebaikan dan keampunan untuknya sehingga pagi keesokan harinya.
5. Orang yang menziarahi dijanjikan ganjaran syurga. Ungkapan خَرِيفٌ فِي الْجَنَّةِ menggambarkan hasil dan buah-buahan syurga yang disediakan kepadanya sebagai ganjaran.
6. Menziarahi orang sakit menghimpunkan pelbagai nilai antaranya mengeratkan ukhuwah, menyuburkan kasih sayang, mengambil berat, memberi sokongan, mengembirakan hati serta mendoakan.

Tuesday, October 13, 2026
Ganjaran Ziarah Orang Sakit
Selasa, 2 Jamadilawal 1448H | Ganjaran Ziarah Orang Sakit
عن أبو هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مَنْ عَادَ مَرِيضًا ، نَادَى مُنَادٍ مِنَ السَّمَاءِ : طِبْتَ ، وَطَابَ مَمْشَاكَ ، وَتَبَوَّأْتَ مِنَ الْجَنَّةِ مَنْزِلاً
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang menziarahi orang sakit, maka ada penyeru (malaikat) dari langit menyerunya: ‘Semoga engkau memperoleh kebaikan, baiklah perjalananmu, dan semoga engkau mendapat suatu tempat tinggal di dalam syurga.’” (HR Tirmizi No: 2008) Status Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Menziarahi orang sakit merupakan sunnah yang sangat dituntut dan termasuk hak persaudaraan sesama Muslim.
2. Ziarah orang sakit mempunyai ganjaran dunia dan akhirat. Penziarah didoakan Malaikat dengan kebaikan dan diberikan khabar gembira tentang syurga.
3. Perjalanan untuk menziarahi orang sakit juga bernilai ibadah dan mendapat keberkatan dengan didoakan kebaikan oleh Malaikat.
4. Islam membina masyarakat yang saling mengambil berat. Seorang Mukmin tidak membiarkan saudaranya menghadapi sakit dan kesusahan bersendirian. Ziarah menguatkan ukhuwah. Beberapa minit bersama pesakit mungkin kelihatan kecil bagi kita, tetapi besar nilainya di sisi Allah SWT.
5. Ukhuwah tidak hanya dibuktikan ketika semuanya berada dalam keadaan senang. Nilainya lebih terasa apabila seorang sahabat sedang lemah, sakit dan memerlukan sokongan. Ada kalanya pesakit tidak memerlukan hadiah yang mahal; kehadiran sahabat sudah cukup untuk membuatkannya merasakan bahawa dia masih diingati.
6. Doa merupakan hadiah terbaik kepada orang sakit. Selain membawa buah tangan, bawalah juga doa dan kata-kata yang memberikan harapan.
7. Jagalah adab ketika menziarahi pesakit antaranya, tidak ziarah terlalu lama, tidak terlalu banyak bertanya, berikan harapan serta doakan pesakit.

Monday, October 12, 2026
Munajat Hujan Turun, Hilangkan Jerebu
Isnin, 1 Jamadilawal 1448H | Munajat Hujan Turun, Hilangkan Jerebu
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عنه أَنَّ رَجُلاً دَخَلَ الْمَسْجِدَ يَوْمَ جُمُعَةٍ مِنْ بَابٍ كَانَ نَحْوَ دَارِ الْقَضَاءِ , وَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَائِمٌ يَخْطُبُ , فَاسْتَقْبَلَ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَائِمًا , ثُمَّ قَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ , هَلَكَتِ الأَمْوَالُ , وَانْقَطَعَتِ السُّبُلُ فَادْعُ اللَّهَ تَعَالَى يُغِثْنَا , قَالَ : فَرَفَعَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَدَيْهِ ثُمَّ قَالَ : اللَّهُمَّ أَغِثْنَا , اللَّهُمَّ أَغِثْنَا , اللَّهُمَّ أَغِثْنَا. قَالَ أَنَسٌ : فَلا وَاَللَّهِ مَا نَرَى فِي السَّمَاءِ مِنْ سَحَابٍ وَلا قَزَعَةٍ , وَمَا بَيْنَنَا وَبَيْنَ سَلْعٍ مِنْ بَيْتٍ وَلا دَارٍ . قَالَ : فَطَلَعَتْ مِنْ وَرَائِهِ سَحَابَةٌ مِثْلُ التُّرْسِ . فَلَمَّا تَوَسَّطَتِ السَّمَاءَ انْتَشَرَتْ ثُمَّ أَمْطَرَتْ , قَالَ : فَلا وَاَللَّهِ مَا رَأَيْنَا الشَّمْسَ سَبْتًا .
Daripada Anas bin Malik RA, Seorang lelaki memasuki masjid pada hari Jumaat melalui pintu yang bertentangan dengan Dar al-Qadha. Ketika itu Rasulullah SAW sedang berdiri menyampaikan khutbah. Lelaki itu berdiri menghadap Rasulullah SAW lalu berkata: ‘Wahai Rasulullah, harta benda telah binasa dan jalan-jalan telah terputus (perhubungan) (banyak orang kelaparan dan kehausan). Mohonlah kepada Allah agar menurunkan hujan!’. Anas berkata: Lalu Rasulullah SAW mengangkat kedua-dua tangannya dan mengucapkan: “اللَّهُمَّ أَغِثْنَا , اللَّهُمَّ أَغِثْنَا , اللَّهُمَّ أَغِثْنَا” (Ya Allah, bantulah kami dengan menurunkan hujan. Ya Allah, bantulah kami dengan menurunkan hujan. Ya Allah, bantulah kami dengan menurunkan hujan.). Anas berkata: ‘Demi Allah, sebelum itu kami tidak melihat sedikit pun awan tebal mahupun yang nipis. Awan-awan juga tidak ada di antara tempat kami, di bukit, rumah-rumah atau satu bangunan pun”. Anas berkata, “Tetapi tiba-tiba dari arah bukit tampaklah awan bagaikan sebuah perisai. Ketika sudah berarak sampai ke tengah langit, awan pun berpisah dan hujan pun turun”. Anas melanjutkan, “Demi Allah, sungguh kami tidak melihat matahari selama tujuh hari (ini kerana banyaknya hujan).” (HR Bukhari No:1014) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap musibah yang berlaku adalah salah satu ujian dari Allah yang mungkin akibat kecuaian manusia bertujuan untuk menguji kesabaran kita.
2. Seorang Muslim tidak boleh bersikap tidak peduli terhadap penderitaan masyarakat. Masalah kekurangan air, makanan dan sumber kehidupan memerlukan doa serta tindakan yang bertanggungjawab. Islam mengajar kita untuk berdoa memohon kepada Allah agar dipulihkan dari sebarang musibah dan keburukan.
3. Bencana jerebu yang melanda Negara pada waktu ini dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tinggi dikebanyakan kawasan memberi kesan buruk kepada kesihatan. Jerebu boleh dikurangkan melalui penurunan hujan yang lebat.
4. Rasulullah SAW mengajar kita berdoa dengan mengangkat kedua tangannya dan mengucapkan: “اللَّهُمَّ أَغِثْنَا , اللَّهُمَّ أَغِثْنَا , اللَّهُمَّ أَغِثْنَا” (Ya Allah, bantulah kami dengan menurunkan hujan. Ya Allah, bantulah kami dengan menurunkan hujan. Ya Allah, bantulah kami dengan menurunkan hujan).
5. Kita boleh melaksanakan solat sunat istisqa untuk minta turun hujan. Marilah kita bermunajat kepada Allah agar diturunkan hujan yang berperanan bukan semata-mata membersih bumi, tetapi dengan turunnya hujan, maka udara yang berada di sekeliling kita juga dibersihkan oleh hujan tersebut. Moga jerebu akan hilang, cuaca dan udara akan menjadi bersih dan baik serta memberi kelegaan kepada kita dalam mengharungi kehidupan dengan lebih tenang dan teratur.
“اللَّهُمَّ أَغِثْنَا , اللَّهُمَّ أَغِثْنَا , اللَّهُمَّ أَغِثْنَا”
(Ya Allah, bantulah kami dengan menurunkan hujan. Ya Allah, bantulah kami dengan menurunkan hujan. Ya Allah, bantulah kami dengan menurunkan hujan)

Sunday, October 11, 2026
Wanita Ahli Syurga
Ahad, 29 Rabiulakhir 1448H | Wanita Ahli Syurga
عَنْ عِمْرَانَ أَبِي بَكْرٍ قَالَ حَدَّثَنِي عَطَاءُ بْنُ أَبِي رَبَاحٍ قَالَ قَالَ لِي ابْنُ عَبَّاسٍ أَلَا أُرِيكَ امْرَأَةً مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ قُلْتُ بَلَى قَالَ هَذِهِ الْمَرْأَةُ السَّوْدَاءُ أَتَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ إِنِّي أُصْرَعُ وَإِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِي قَالَ إِنْ شِئْتِ صَبَرْتِ وَلَكِ الْجَنَّةُ وَإِنْ شِئْتِ دَعَوْتُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَكِ فَقَالَتْ أَصْبِرُ فَقَالَتْ إِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِي أَنْ لَا أَتَكَشَّفَ فَدَعَا لَهَا
Daripada Imran bin Abu Bakar, beliau berkata; telah menceritakan kepadaku 'Atha` bin Abu Rabah dia berkata bahawa Ibnu Abbas pernah berkata kepadaku; "Mahukah aku tunjukkan kepadamu seorang wanita ahli syurga?" Aku menjawab; "Tentu." Beliau berkata; "Wanita berkulit hitam ini. Dia pernah menemui Nabi SAW lalu berkata; "Sesungguhnya aku mengalami sawan dan ketika sawan, auratku sering terbuka (sehingga) dilihat orang (ketika penyakit itu datang), maka berdoalah kepada Allah untukku." Baginda bersabda: “Jika engkau mahu, engkau boleh bersabar dan bagimu syurga; dan jika engkau mahu, aku akan berdoa kepada Allah supaya Dia memberikan kesihatan kepadamu.”Wanita itu lalu berkata; "Baiklah aku akan bersabar." Wanita itu berkata lagi; "Namun berdoalah kepada Allah agar (auratku) tidak tersingkap Ketika diserang sawan." Maka baginda mendoakan untuknya." (HR Bukhari No: 5220) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap penyakit itu datang daripada Allah. Sabar menghadapi penyakit mempunyai ganjaran yang sangat besar.
2. Berusaha dan berikhtiar merawat penyakit juga dituntut, di samping berdoa untuk kesembuhan.
3. Bersabar dan reda terhadap ujian penyakit dengan tidak mengeluh dan marah terhadap takdir Allah. Tahan lisan dari mengeluh, marah, atau ucapan lain yang menunjukkan tidak menerima takdir Allah.
4. Berdoa agar Allah memelihara diri sepanjang kita menghadapi kesakitan tersebut.
5. Menjaga aurat dan maruah sangat penting. Wanita tersebut sanggup bersabar dengan penyakit tetapi tetap meminta agar auratnya tidak tersingkap.
6. Perkara yang berlaku di luar kawalan tidak sama dengan perbuatan yang disengajakan. Tersingkapnya aurat ketika sawan bukanlah sesuatu yang dilakukan secara sengaja dan ia tidak berdosa.
7. Orang yang bersabar dan reda menghadapi ujian penyakit, dijanjikan sebagai calon ahli syurga seperti wanita diatas.
8. Kita tidak memilih penyakit, tetapi apabila ia datang kita boleh memilih cara menghadapinya: berubat semampunya, berdoa bersungguh-sungguh, menjaga maruah, terus melakukan ketaatan yang termampu dan bersabar terhadap perkara yang tidak dapat kita ubah.

Saturday, October 10, 2026
Kelebihan Bertahmid dan Memuji Allah Ketika Pesakit Diziarahi
Sabtu, 28 Rabiul Akhir 1448H | Kelebihan Bertahmid dan Memuji Allah Ketika Pesakit Diziarahi
عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ بَعَثَ اللَّهُ تَعَالَى إِلَيْهِ مَلَكَيْنِ فَقَالَ انْظُرَا مَاذَا يَقُولُ لِعُوَّادِهِ فَإِنْ هُوَ إِذَا جَاءُوهُ حَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ رَفَعَا ذَلِكَ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَهُوَ أَعْلَمُ فَيَقُولُ لِعَبْدِي عَلَيَّ إِنْ تَوَفَّيْتُهُ أَنْ أُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ وَإِنْ أَنَا شَفَيْتُهُ أَنْ أُبْدِلَ لَهُ لَحْمًا خَيْرًا مِنْ لَحْمِهِ وَدَمًا خَيْرًا مِنْ دَمِهِ وَأَنْ أُكَفِّرَ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ
Daripada 'Atha bin Yasar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seorang hamba jatuh sakit, Allah SWT mengutus kepadanya dua Malaikat seraya berfirman; “Perhatikanlah apa yang dikatakannya kepada orang-orang yang menziarahinya. Jika ketika mereka datang menziarahinya dia memuji Allah dan menyanjung-Nya, kedua-dua malaikat itu mengangkat perkara tersebut kepada Allah ‘Azza wa Jalla, sedangkan Dia (Allah) lebih mengetahui. Lalu Allah berfirman: ‘Menjadi ketetapan-Ku terhadap hamba-Ku, jika Aku mematikannya, Aku akan memasukkannya ke dalam syurga; dan jika Aku menyembuhkannya, Aku akan menggantikan baginya daging yang lebih baik daripada dagingnya dan darah yang lebih baik daripada darahnya serta Aku akan menghapuskan dosa-dosanya.’" (HR Malik No: 1475) Status: Hadis Hasan lighairihi.
Pengajaran:
1. Sakit merupakan ujian terhadap tubuh, hati dan lidah. Cara seseorang berbicara ketika sakit boleh mencerminkan hubungannya dengan Allah.
2. Seorang Mukmin dianjurkan memuji Allah dalam semua keadaan. Syukur bukan hanya ketika mendapat nikmat yang menyenangkan, termasuklah ketika sakit.
3. Ketika orang yang sakit diziarahi, ucapkanlah zikir memuji Allah bukan keluhan atau kesakitan. Antaranya kalimah:
الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
“Segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan.”
4. Mengadu sakit tidak sama dengan mencela ketentuan Allah. Pesakit boleh menjelaskan kesakitannya untuk mendapatkan bantuan dan rawatan.
5. Jagalah lidah ketika sakit. Elakkan kata-kata seperti mempertikaikan keadilan Allah atau berputus asa daripada rahmat-Nya. Sakit akan menjadi penebus dosa.
6. Bagi penziarah, doakan pesakit dan ucapkan kata-kata semangat dan kesabaran untuk pesakit.
7. Pesakit yang sabar dan reda malah mengucapkan tahmid dan pujian kepada Allah terhadap apa yang dilalui (bukan keluhan), jika ia dimatikan, Allah akan menggantikan dengan syurga. Jika disembuhkan, Allah akan menggantikan darah yang lebih baik, daging baru yang tumbuh lebih baik di samping dikurniakan keampunan dosa.

Friday, October 9, 2026
Pahala Berterusan Walaupun Sakit dan Musafir
Jumaat, 27 Rabiul Akhir 1448H | Pahala Berterusan Walaupun Sakit dan Musafir
أَبَا بُرْدَةَ بْنَ أَبِي مُوسَى وَاصْطَحَبَ هُوَ وَيَزِيدُ بْنُ أَبِي كَبْشَةَ فِي سَفَرٍ وَكَانَ يَزِيدُ يَصُومُ فَقَالَ لَهُ أَبُو بُرْدَةَ سَمِعْتُ أَبَا مُوسَى مِرَارًا يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا
Abu Burdah bin Abu Musa pernah bermusafir Bersama Yazid bin Abu Kabsyah. Pada waktu itu Yazid berpuasa Ketika dalam perjalanan. Abu Burdah berkata kepadanya; Saya telah mendengar Abu Musa berkali-kali berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seorang hamba sakit atau bermusafir, maka dicatat baginya pahala kebaikan seperti amalan yang biasa dilakukannya ketika ia bermukim dan dalam keadaan sihat." (HR Ahmad No: 18848) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Laksanakan amal ibadah setiap masa khususnya ketika kita sihat dan bermukim
2. Istiqamah sangat bernilai. Amalan yang dilakukan secara konsisten ketika sihat menjadi “aset” seseorang apabila dia tidak lagi mampu melakukannya.
3. Orang yang sakit, walaupun tidak dapat mengerjakan amal soleh seperti mana ketika dia sihat, dia akan tetap mendapat ganjaran pahala jika semasa dia sihat, dia melaksanakan amal tersebut. (contohnya semasa dia sihat, setiap magrib dia ke masjid dan mendengar kuliah – waktu dia sakit, tidak dapat menghadirinya – Malaikat tetap mencatat ganjaran pahala seolah-olah dia hadir)
4. Allah juga memberi ganjaran yang sama kepada orang yang bermusafir. Contohnya amalan puasa sunat yang dilakukan semasa tidak bermusafir. Ketika dia bermusafir, dia tidak berpuasa. Dia turut mendapat pahala puasa tersebut.
5. Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika menghuraikan hadis ini dalam Fath al-Bari menjelaskan bahawa orang yang mempunyai kebiasaan melakukan sesuatu ketaatan, kemudian terhalang kerana suatu keuzuran, diberikan pahala seperti kebiasaannya.
6. Hadis ini menjelaskan satu prinsip dalam beramal iaitu bina simpanan amal ketika sihat dan berkelapangan. Moga Allah memberikan ganjaran yang sama walaupun kita tidak dapat laksanakan semasa kita sakit dan bermusafir.

Thursday, October 8, 2026
Demam Mengampunkan Dosa
Khamis, 26 Rabiul Akhir 1448H | Demam Mengampunkan Dosa
عَنْ جَابِرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَى أُمِّ السَّائِبِ أَوْ أُمِّ الْمُسَيَّبِ فَقَالَ مَا لَكِ يَا أُمَّ السَّائِبِ أَوْ يَا أُمَّ الْمُسَيَّبِ تُزَفْزِفِينَ قَالَتْ الْحُمَّى لَا بَارَكَ اللَّهُ فِيهَا فَقَالَ لَا تَسُبِّي الْحُمَّى فَإِنَّهَا تُذْهِبُ خَطَايَا بَنِي آدَمَ كَمَا يُذْهِبُ الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ
Daripada Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW datang menemui Ummu Saib atau Ummu Musayyab, lalu baginda bertanya: "Sakit apa kamu sampai menggigil begitu?" Jawab Ummu Saib; "Demam! Semoga Allah tidak memberkatinya." Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu menyalahkan penyakit, kerana sesungguhnya penyakit itu dapat menghapuskan dosa-dosa anak Adam, sebagaimana alat peniup atau penyala api tukang besi membersihkan karat daripada besi." (HR Muslim No: 4672) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Menziarahi orang sakit merupakan sunnah Rasulullah SAW. Baginda sendiri mendatangi dan bertanya keadaan orang yang sakit.
2. Setiap Muslim yang diuji dengan sebarang penyakit seperti demam, perlu bersabar dan reda di atas penyakit yang dihadapi.
3. Janganlah menyalahkan penyakit atau merunggut dengan penyakit yang dihidapi.
4. Ujian penyakit seperti demam ke atas anak Adam akan menjadi penghapus dosa-dosanya seperti kir (sejenis bahan) membersihkan karat besi.
5. Mengadu sakit tidak bercanggah dengan sifat sabar. Yang ditegah ialah mencela dan menunjukkan sikap tidak reda terhadap ketentuan Allah. Seseorang boleh memberitahu doktor dan keluarganya tentang kesakitan yang dialami.
6. Orang yang menziarahi pesakit hendaklah membina harapan. Jangan menakut-nakutkan pesakit dengan cerita kematian atau pengalaman buruk orang lain.
7. Penyakit boleh menjadi medan tarbiah. Ia mengajar manusia tentang kelemahan dirinya, nilai kesihatan, kebergantungan kepada Allah dan hakikat kehidupan dunia.

Subscribe to:
Posts (Atom)