Khamis, 1 Jamadilakhir 1442H; Daripada Ibn ‘Umar r.’anhuma katanya: ‘Umar r.’anhu telah memperoleh sebidang tanah di Khaibar, dan beliau mendatangi Nabi SAW dan meminta nasihat Baginda SAW berkenaanya.
Dia berkata “Wahai Rasulullah SAW, aku memperoleh sebidang tanah di Khaibar yang tidak pernah aku peroleh harta sebaiknya sebelum ini. Menurut kamu, apa yang aku harus lakukakan dengannya?”
Rasulullah SAW bersabda: “Jika kamu mahu, kamu boleh mewakafkannya dan sedeqahkan hasilnya“.
Maka ‘Umar pun mewakafkannya dengan syarat ia tidak dijual atau dihadiahkan kepada sesiapa, dan tidak juga diwariskan. Hasilnya akan disedeqahkan kepada orang miskin, kaum kerabat, untuk membebaskan hamba, membantu jihad di jalan Allah SWT, membantu para musafir dan tetamu.
Dan tidak mengapa sekiranya penjaganya memakan sedikit dari hasilnya sekadar menurut keperluan, atau memberi makan kepada orang lain tanpa menyimpannya untuk masa hadapan.
(Hadith Riwayat al-Bukhari: 2586; Muslim: 1633)
No comments:
Post a Comment