Thursday, January 14, 2021

Wakaf

 

Khamis, 1 Jamadilakhir 1442H; Daripada Ibn ‘Umar r.’anhuma katanya: ‘Umar r.’anhu telah memperoleh sebidang tanah di Khaibar, dan beliau mendatangi Nabi SAW dan meminta nasihat Baginda SAW berkenaanya.

Dia berkata “Wahai Rasulullah SAW, aku memperoleh sebidang tanah di Khaibar yang tidak pernah aku peroleh harta sebaiknya sebelum ini. Menurut kamu, apa yang aku harus lakukakan dengannya?” 
 
Rasulullah SAW bersabda: “Jika kamu mahu, kamu boleh mewakafkannya dan sedeqahkan hasilnya“.
 
Maka ‘Umar pun mewakafkannya dengan syarat ia tidak dijual atau dihadiahkan kepada sesiapa, dan tidak juga diwariskan. Hasilnya akan disedeqahkan kepada orang miskin, kaum kerabat, untuk membebaskan hamba, membantu jihad di jalan Allah SWT, membantu para musafir dan tetamu. 
 
Dan tidak mengapa sekiranya penjaganya memakan sedikit dari hasilnya sekadar menurut keperluan, atau memberi makan kepada orang lain tanpa menyimpannya untuk masa hadapan.
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari: 2586; Muslim: 1633)
 Image may contain: ‎1 person, ‎text that says "‎WAKAF Wakaf tenaga manusia للفتاوي الكافي 203 al-Fatwa SUDUT BAHASA Bermaksud berhenti, atau diam. SUDUT ISTILAH SYARA': CHARITYH Apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan. Konsep wakaf tenaga manusia yang kita kenali sekarang sebagai 'kesukarelawanan' Bakri Sulibus Samahah Zulkifli Mohamad menyimpulkan Wakaf tidak harus dihadkan kepada perkara-perkara ainiyyah sahaja, bahkan harus juga meliputi tenaga kerja dan kemahiran manusia, selaras dengan perkembangan semasa demi kemaslahatan umat Islam." fMuft Persekutuan SUMBER: AL- @drzulkifi.albakri WAKAF TENAGA MANUSIA Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan www.muftiwp.gov.my‎"‎‎

No comments: