Selasa, 9 Safar 1444H: Jangan Ambil Yang Bukan Hak
عَنْ أَبِي حُمَيْدٍ السَّاعِدِيِّ
قَالَ اسْتَعْمَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
رَجُلًا مِنْ الْأَسْدِ يُقَالُ لَهُ ابْنُ اللُّتْبِيَّةِ قَالَ عَمْرٌو
وَابْنُ أَبِي عُمَرَ عَلَى الصَّدَقَةِ فَلَمَّا قَدِمَ قَالَ هَذَا
لَكُمْ وَهَذَا لِي أُهْدِيَ لِي قَالَ فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى الْمِنْبَرِ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى
عَلَيْهِ وَقَالَ مَا بَالُ عَامِلٍ أَبْعَثُهُ فَيَقُولُ هَذَا لَكُمْ
وَهَذَا أُهْدِيَ لِي أَفَلَا قَعَدَ فِي بَيْتِ أَبِيهِ أَوْ فِي بَيْتِ
أُمِّهِ حَتَّى يَنْظُرَ أَيُهْدَى إِلَيْهِ أَمْ لَا وَالَّذِي نَفْسُ
مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَا يَنَالُ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنْهَا شَيْئًا إِلَّا
جَاءَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَحْمِلُهُ عَلَى عُنُقِهِ بَعِيرٌ لَهُ
رُغَاءٌ أَوْ بَقَرَةٌ لَهَا خُوَارٌ أَوْ شَاةٌ تَيْعِرُ ثُمَّ رَفَعَ
يَدَيْهِ حَتَّى رَأَيْنَا عُفْرَتَيْ إِبْطَيْهِ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ
هَلْ بَلَّغْتُ مَرَّتَيْنِ
Daripada Abu Humaid As Sa'idi dia
berkata, "Rasulullah SAW mengambil seorang lelaki dari suku Al-Asad
bernama Ibnu Luthbiyah sebagai pekerja. Amru dan Ibnu Abu 'Umar berkata
(Nabi SAW mengupah lelaki tersebut) untuk mengumpulkan harta zakat.
Ketika lelaki tersebut menyerahkan zakat yang dikutip, dia berkata,
"Zakat ini kuserahkan kepada kamu (Rasulullah), dan ini pemberian orang
kepadaku."
Abu Humaid berkata, "Rasulullah SAW lalu berkhutbah di atas mimbar, setelah baginda memuji-muji Allah, baginda menyatakan: "Adakah patut seorang petugas yang aku tugaskan untuk mengurus suatu tugas, dia berkata, 'Ini untuk kamu, dan ini hadiah orang kepadaku!.' Mengapa dia tidak duduk saja di rumah ibu bapanya menunggu orang menghantarkan hadiah kepadanya? “Demi (Allah), yang jiwaku berada di tanganNya. Tidaklah seseorang mengambil sesuatu daripadanya (harta), melainkan dia akan datang pada hari Kiamat membawa di lehernya. Jika (yang diambil) seekor unta, maka (unta itu) bersuara. Jika (yang diambil) seekor lembu, maka (lembu itu pun) bersuara. Atau jika (yang diambil) seekor kambing, maka (kambing itu pun) bersuara."
Kemudian baginda mengangkat kedua tangannya sehingga kami melihat putih kedua ketiaknya, kemudian baginda bersabda: "Ya Allah, telah aku sampaikan." Baginda mengatakannya dua kali."
(HR Muslim No: 3413) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1.
Setiap pekerja yang diupah melakukan suatu pekerjaan, menjadi
kewajipan kepadanya melaksanakan pekerjaan tersebut dengan
sebaik-baiknya.
2. Pekerja yang amanah dan jujur hanya akan mengambil upah yang diberi dan tidak sekali-kali mengkhianatinya.
3. Sesiapa yang mengambil yang lain daripada upah yang dibayar yang bukan haknya akan dipersoal di hari kiamat.
4.
Menerima sebarang bentuk hadiah lebih-lebih lagi daripada orang yang
berurusan dengan bidang kerjanya adalah dilarang kerana dibimbangi ada
tujuan lain.
5. Rasulullah SAW juga mengingatkan bahawa setiap harta kita akan dipersoal dari mana sumbernya dan kemana dibelanjakan:
لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ …… وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ
Tidak
berganjak dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga dia ditanya
….. tentang hartanya dari mana diperolehi dan kemana dibelanjakan” (HR
Tirmizi No: 2341).
No comments:
Post a Comment