Jumaat, 3 Jamadil Akhir 1448H | Jangan Jadi Orang Celaka
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَنْ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا ثُمَّ لَمْ يَدْخُلْ الْجَنَّةَ
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata bahawa Nabi SAW bersabda: "Celaka dia! Celaka dia! Celaka dia!" lalu para sahabat bertanya; "Siapakah orang yang celaka, wahai Rasulullah?" Jawab Nabi SAW: "Barang siapa yang sempat bersama kedua ibu bapanya ketika mereka sudah tua (dalam usia lanjut), atau salah seorang dari keduanya, tetapi dia tidak berusaha masuk syurga (dengan berusaha berbakti kepadanya dengan sebaik-baiknya)." (HR Muslim No: 4628) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Jangan jadikan kita orang yang celaka dan dimurkai Allah.
2. Orang yang celaka adalah mereka yang masih ada ibu atau bapa yang sudah lanjut usia tetapi tidak berusaha berbakti kepada mereka. Betapa berat dosa anak yang mengabaikan ibu bapa, khususnya ketika mereka telah mencapai usia tua.
3. Berbakti kepada ibu bapa adalah jalan menuju syurga. Peluang untuk menyantuni, menjaga dan berkhidmat kepada ibu bapa, terutamanya ketika mereka tua, adalah peluang keemasan untuk memperoleh reda Allah SWT.
4. Kedua ibu bapa ketika sudah tua mungkin mengalami kelemahan fizikal, kemerosotan kesihatan, kesukaran bergerak dan kebergantungan kepada bantuan anak-anak. Mereka amat memerlukan layanan, bantuan, dan kasih sayang anak-anak.
5. Menurut al-Nawawi, berbuat baik kepada ibu bapa merangkumi layanan yang baik, pemberian nafkah apabila diperlukan serta pelbagai bentuk kebajikan yang mampu dilaksanakan oleh anak-anak.
6. Celaka dan rugilah anak-anak yang tidak sanggup berbakti, menyantuni, menjaga kedua ibu bapa dan bersabar melayani keduanya. Ada yang menghantar kerumah orang tua dan dibiarkan ibu bapanya tanpa diziarahi.
7. Ibn Ḥajar menegaskan bahawa hadis ini mengandungi peringatan keras bahawa berbakti kepada ibu bapa merupakan antara sebab utama seseorang dimasukkan ke dalam syurga, manakala derhaka kepada mereka menjadi punca kebinasaan dan kemurkaan Allah SWT.
8. Bagi yang masih ada ibu atau bapa yang sudah tua, rebutlah peluang berbakti dan berbuat baik kepada mereka dengan segala daya upaya.
9. Daripada Abu Darda’ RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
الوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الجَنَّةِ، فَإِنْ شِئْتَ فَأَضِعْ ذَلِكَ البَابَ أَوْ احْفَظْهُ
“Ibubapa (orang tua) merupakan pintu tengah syurga (paling utama), Jika kamu mahu sia-siakanlah pintu itu atau peliharalah ia”. (HR Tirmizi No:1900)
10. Syeikh al-Mubarakfuri ketika mensyarahkan hadis ini berkata bahawa kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. Barangsiapa yang mentaati orang tua maka dia telah mentaati Allah dan barangsiapa yang memurkai mereka sesungguhnya mereka dimurkai Allah. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 21,23/6]
Al-Asr! Demi Masa !...........
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)
Friday, November 13, 2026
Thursday, November 12, 2026
Pemberian Pada Anak Menjadi Pelindung Neraka
Khamis, 2 Jamadil Akhir 1448H | Pemberian Pada Anak Menjadi Pelindung Neraka
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ دَخَلَتْ امْرَأَةٌ مَعَهَا ابْنَتَانِ لَهَا تَسْأَلُ فَلَمْ تَجِدْ عِنْدِي شَيْئًا غَيْرَ تَمْرَةٍ فَأَعْطَيْتُهَا إِيَّاهَا فَقَسَمَتْهَا بَيْنَ ابْنَتَيْهَا وَلَمْ تَأْكُلْ مِنْهَا ثُمَّ قَامَتْ فَخَرَجَتْ فَدَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْنَا فَأَخْبَرْتُهُ فَقَالَ مَنْ ابْتُلِيَ مِنْ هَذِهِ الْبَنَاتِ بِشَيْءٍ كُنَّ لَهُ سِتْرًا مِنْ النَّارِ
Daripada ‘Aisyah RA berkata; Telah datang seorang wanita bersama dua puterinya menemuiku untuk meminta sesuatu namun aku tidak mempunyai apa-apa selain sebiji kurma lalu aku berikan kepadanya. Lalu wanita itu membahagi kurma itu menjadi dua bahagian yang diberikannya untuk kedua puterinya sedangkan dia sendiri tidak memakannya sedikitpun. Kemudian wanita itu berdiri untuk segera beredar. Ketika itulah Nabi SAW datang kepada kami, lalu aku menceritakan perkara tersebut kepada baginda. Lalu Baginda bersabda: “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada kehadiran anak-anak perempuannya (lalu dia berbuat baik kepada mereka), maka mereka akan menjadi pelindung baginya daripada api neraka”. (HR Bukhari No: 1329) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Hadis ini menggambarkan kisah yang sangat menyentuh hati tentang kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu terhadap dua orang anak perempuannya.
2. Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menyediakan keperluan ahli keluarga khususnya anak-anak, termasuk penyediaan makanan, pakaian tempat tinggal, pendidikan dan sebagainya.
3. Ibu bapa yang soleh akan mendahulukan keperluan anak-anaknya walaupun terpaksa mengikat perut.
4. Ibu bapa yang bersusah payah memberikan sesuatu makanan atau menyediakan keperluan seperti pembiayaan pembelajaran dan lain-lain kepada anaknya, akan menjadi saham melindunginya dari api neraka.
5. Anak perempuan bukan beban, tetapi rahmat dan antara jalan bagi ibu bapa untuk ke syurga.
6. Menurut Imam al-Nawawi, mendidik anak perempuan memerlukan kesabaran, perhatian, dan pengorbanan, terutama dalam konteks masyarakat Arab pada zaman itu yang memandang rendah kedudukan anak perempuan. Oleh itu, sesiapa yang bersabar, mendidik, dan mengasihi anak perempuannya dengan baik, maka anak-anak itu akan menjadi pelindung daripada api neraka.
7. Islam memuliakan peranan wanita dan ibu sebagai pendidik generasi dan sumber kasih sayang. Seorang ibu yang sabar, mengasihi, dan berkorban untuk anak-anaknya, akan mendapat perlindungan daripada api neraka.

Wednesday, November 11, 2026
Sedekah Mengikut Keutamaan
Rabu, 1 Jamadil Akhir 1448H | Sedekah Mengikut Keutamaan
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَصَدَّقُوا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ عِنْدِي دِينَارٌ قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى نَفْسِكَ قَالَ عِنْدِي آخَرُ قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى زَوْجَتِكَ قَالَ عِنْدِي آخَرُ قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى وَلَدِكَ قَالَ عِنْدِي آخَرُ قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى خَادِمِكَ قَالَ عِنْدِي آخَرُ قَالَ أَنْتَ أَبْصَرُ
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bersedekahlah kalian", lalu seorang lelaki berkata Wahai Rasulullah aku hanya memiliki satu dinar, baginda menjawab: "Bersedekahlah dengannya untuk dirimu sendiri". Lelaki itu berkata: Aku mempunyai satu dinar lagi”. Baginda bersabda: "Bersedekahlah kepada isterimu". Lelaki itu berkata: Aku mempunyai satu dinar lagi”. Baginda bersabda: "Bersedekahlah kepada anakmu, " Lelaki itu berkata: Aku memiliki satu dinar lagi”. Baginda bersabda: "Bersedekahlah kepada pembantumu". Lelaki itu berkata: Aku memiliki satu dinar lagi”. Baginda bersabda: "Engkau lebih tahu siapa yang berhak engkau beri." (HR Nasai No: 2488) Status: Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW menganjurkan agar kita bersedekah jika memiliki harta. Setiap yang dibelanjakan kepada orang lain, ia akan mendapat pahala sedekah.
2. Jika kita memiliki harta atau wang ringgit, belanjakanlah untuk keperluan mengikut keutamaan dengan panduan tertib menurut syariat:
i. Untuk diri sendiri dengan menunaikan hak tubuh badan seperti makanan, minum, pakaian dan keperluan lain yang wajib.
ii. Untuk isteri (keperluan isteri yang menjadi tanggungjawab suami yang wajib berbentuk nafkah seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain).
iii. Untuk anak (keperluan anak-anak seperti makan minum, pelajaran dan lain-lain).
iv. Untuk pembantu, pekerja atau sesiapa yang berada dibawah tanggungannya.
v. Mereka yang dirasakan layak dan berhak mengikut keutamaan.
3. Menurut Imam al-Nawawi, sedekah kepada diri sendiri bermaksud menggunakan harta untuk memenuhi keperluan hidup yang halal, seperti makan, pakaian, tempat tinggal, dan kesihatan. Ia juga bertujuan menjauhkan diri daripada meminta-minta dan bergantung kepada orang lain.
4. Sedekah yang paling utama ialah yang memberi manfaat paling besar, bermula dengan tanggungan terdekat yang wajib dipelihara. Dengan itu, sedekah yang baik bukan sekadar banyak, tetapi strategik dan penuh hikmah.
5. Sedekah yang baik bukanlah sedekah yang menyebabkan diri serta ahli keluarga sendiri berada dalam kesusahan akibat pengabaian nafkah wajib.
6. Tanggungjawab terhadap keluarga tidak boleh diabaikan. Rasulullah SAW bersabda:
كَفَى بِالْمَرْءِ إِثْمًا أَنْ يُضَيِّعَ مَنْ يَقُوتُ
Maksudnya: “Cukuplah seseorang itu mendapat dosa apabila dia mengabaikan orang yang berada di bawah tanggungannya untuk diberikan nafkah.” (Riwayat Abu Daud)
Ayuh bersedekah mengikut keutamaan kepada yang berhak dan bukan hanya kepada orang miskin tetapi termasuk nafkah dan keperluan keluarga.

Tuesday, November 10, 2026
Setiap Pemimpin Akan Dipertanggungjawabkan
Selasa, 30 Jamadil Awal 1448H | Setiap Pemimpin Akan Dipertanggungjawabkan
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالْأَمِيرُ رَاعٍ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
Daripada Ibnu Umar RA, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: "Setiap kamu adalah pemimpin. Setiap kamu akan diminta bertanggungjawab terhadap orang yang berada dibawah jagaan kamu. Seorang ketua adalah pemimpin. Seorang suami adalah pemimpin terhadap ahli keluarganya. Seorang wanita adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap rumah suaminya dan anak-anaknya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang berada di bawah jagaan kamu." (HR Bukhari No: 4801) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap kita adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan setiap yang berada di bawah kepimpinan kita.
2. Kepimpinan adalah amanah, bukan keistimewaan. Kepimpinan menuntut seseorang menjaga kebajikan, melaksanakan keadilan, memberikan bimbingan dan memelihara hak mereka yang berada di bawah tanggungjawabnya.
3. Seorang ketua sama ada sebagai pemimpin Negara, negeri, daerah, organisasi, jabatan, unit termasuk keluarga, besar atau kecil tetap akan dipertanggungjawabkan kepimpinan dibawahnya..
4. Sebagai suami akan ditanya kepimpinannya terhadap isteri, anak-anak serta yang berada di bawah tanggungjawabnya. Tidak cukup sekadar menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal. Beliau juga bertanggungjawab memberikan pendidikan agama, membentuk akhlak dan memastikan anak-anak membesar dalam persekitaran yang baik.
5. Sebagai isteri ada tanggungjawab dalam rumahtangga, sama ada terhadap suami mahupun anak-anak.
6. Suami dan isteri mempunyai tanggungjawab kepimpinan bersama dalam rumah tangga. Dalam membina keluarga bahagia, suami dan isteri sewajarnya saling bekerjasama berperanan memimpin dan mencorakkan rumahtangga.
7. Setiap Muslim mesti menunaikan amanah kepimpinan dengan penuh ihsan sama ada sebagai pemerintah, ketua keluarga, guru, atau ibu bapa. Setiap kepimpinan akan dinilai bukan pada pangkat, tetapi pada amanah dan keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab.
8. Kepimpinan yang baik memerlukan kejujuran, keadilan, kasih sayang, kebijaksanaan dan kesungguhan menunaikan tanggungjawab. Laksanakanlah amanah tanggungjawab yang ada dengan sebaik mungkin kerana ianya akan dipertanggungjawabkan.
Bersama membina keluarga bahagia. KASIH Keluarga, Jiwa Negara. Bulan Keluarga Kebangsaan 2026.

Monday, November 9, 2026
Mukmin Paling Sempurna Iman
Isnin, 29 Jamadil Awal 1448H | Mukmin Paling Sempurna Iman
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُهُمْ خِيَارُهُمْ لِنِسَائِهِمْ
Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya, dan yang terbaik di antara mereka adalah yang paling baik terhadap isteri-isteri mereka." (HR Ahmad No: 7095) Status: Hadis Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Kesempurnaan iman seseorang diukur melalui akhlak dan budi pekertinya.
2. Orang yang memiliki Iman yang sempurna ialah orang yang berjaya menggabungkan kekuatan iman dengan akhlak mulia iaitu lemah lembut, sabar, berlapang dada, memaafkan, serta menjauhi sifat kasar dan sombong.
3. Kemuliaan akhlak seseorang lelaki paling jelas dilihat pada sikap terhadap isterinya. Ibn Hajar al-‘Asqalani menjelaskan bahawa kebaikan lelaki kepada isteri termasuklah:
· bertutur dengan lembut,
· menafkahkan dengan ihsan,
· bersabar dengan kelemahan isteri,
· menzahirkan kasih sayang serta penghormatan.
4. Kebaikan sebenar bermula dalam rumah tangga. Seorang yang baik kepada isterinya menunjukkan kekuatan iman, keperibadian, dan kepimpinan rohani dalam keluarga.
5. Seorang suami yang baik bukan hanya mampu memimpin keluarga, tetapi juga mampu mewujudkan suasana kasih sayang, keselamatan dan ketenteraman dalam rumah tangga. Bergaul dengan cara yang baik menurut syarak, termasuk layanan yang sopan, keadilan, pemberian nafkah, penghormatan dan penjagaan hak pasangan.
6. Akhlak baik terhadap wanita adalah tanda kemuliaan dan keimanan. Islam menolak kezaliman, kekasaran, dan penghinaan terhadap wanita dalam apa jua bentuk.
7. Berakhlak baik, berlemah lembut dan penyayang terhadap ahli keluarga termasuk dalam kesempurnaan iman. Hadis Nabi SAW:
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ أَكْمَلِ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَأَلْطَفُهُمْ بِأَهْلِهِ
Daripada Aisyah dia berkata, Rasulullah SAW bersabda; "Sesungguhnya termasuk orang yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya, dan paling lembut terhadap keluarganya." (HR Tirmizi No: 2537)
8. Kasih sayang, empati dan penghargaan merupakan unsur penting dalam membina keluarga yang sejahtera. Keluarga yang dibina atas nilai kasih sayang dan keadilan berpotensi menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang lebih harmoni.
Sunday, November 8, 2026
Jadilah Orang Yang Paling Baik Pada Ahli Keluarga
Ahad, 28 Jamadil Awal 1448H | Jadilah Orang Yang Paling Baik Pada Ahli Keluarga
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي وَإِذَا مَاتَ صَاحِبُكُمْ فَدَعُوهُ
Daripada Aisyah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik terhadap ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku. Apabila sahabat kamu meninggal dunia maka biarkanlah dia (jangan kamu membicarakan keburukannya)." (HR Tirmidzi No: 3830) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Perkahwinan bertujuan untuk mewujudkan rumah tangga dan ahli keluarga yang bahagia.
2. Bagi mewujudkan kebahagiaan dalam berumah tangga, kita perlu berlaku baik terhadap ahli keluarga antaranya dengan saling memenuhi hak dan tanggungjawab sebagai suami dan isteri, bapa dan ibu serta anak.
3. Sebaik-baik kita adalah orang yang paling baik pergaulannya, serta penyayang terhadap ahli keluarganya. Kasih sayang dalam keluarga perlu dizahirkan melalui tindakan, bukan sekadar ungkapan.
4. Syeikh Muhammad bin Abd al-Rahman al-Mubarakfuri ketika mensyarahkan hadis ini beliau berkata: (Iaitu berbuat baik) kepada kaum keluarganya dan juga mereka yang mempunyai hubungan silaturahim dengannya. Menurut pendapat lain: kepada isterinya dan juga kaum kerabatnya. Rujuk Tuhfat al-Ahwazi, Al-Mubarakfuri (10/269).
5. Bertimbang rasa, bertolak ansur dan saling menyayangi antara pasangan dan anak-anak merupakan antara faktor yang menjamin keharmonian rumahtangga.
6. Contohilah Rasulullah SAW dalam berbuat baik dan memberi layanan kepada ahli keluarganya kerana Rasulullah SAW paling baik layanan terhadap isteri dan anak-anaknya.
7. Islam melarang umatnya mengungkit atau menceritakan keburukan orang yang telah meninggal dunia kerana ia termasuk dalam perbuatan ghibah (mengumpat) yang diharamkan, melainkan untuk tujuan syarak seperti pengajaran atau penjelasan hukum.
8. Hadis ini mengajar kepentingan menjaga hubungan sosial, menghormati maruah orang lain dan tidak menyebarkan keburukan tanpa alasan yang dibenarkan.
Saturday, November 7, 2026
Dua Kalimah Yang Ringan Di Lidah, Berat Di Timbangan
Sabtu, 27 Jamadil Awal 1448H | Dua Kalimah Yang Ringan Di Lidah, Berat Di Timbangan
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ثَقِيلَتَانِ فِي الْمِيزَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: 'Dua kalimah yang ringan diucapkan oleh lidah tetapi berat pada timbangan amalan dan sangat dicintai oleh Allah Yang Maha Pemurah iaitu:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Maha Suci Allah dengan segala pujian-Nya dan Maha Suci Allah Yang Maha Agung." (HR Muslim No: 4860) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Sebagai Muslim, kita dituntut memperbanyak zikir untuk memperingati Allah.
2. Setiap Muslim mempunyai peluang memperoleh pahala yang besar tanpa mengira kedudukan, kekayaan atau kemampuan fizikal.
3. Dua kalimah tasbih yang ringan diucapkan oleh lidah tetapi berat timbangan amalan di akhirat dan sangat dicintai oleh Allah iaitu:

4. Seorang Muslim seharusnya tidak hanya berusaha mendapatkan ganjaran pahala, tetapi turut menjadikan kecintaan Allah SWT sebagai matlamat utama dalam beribadah.
5. Zikir yang sempurna bukan sekadar menyebut kalimah dengan lidah, tetapi turut melibatkan penghayatan hati terhadap makna yang diucapkan.
6. Jadikan zikir sebagai amalan harian, bukan hanya dilakukan ketika menghadapi kesusahan, kesedihan atau masalah kehidupan.
7. Zikir hendaklah melahirkan kesan terhadap kehidupan. Lidah yang sentiasa bertasbih seharusnya terpelihara daripada mengumpat, mencaci dan memfitnah. Hati yang sentiasa memuji Allah pula sepatutnya semakin jauh daripada sifat sombong, hasad dengki dan tidak bersyukur.

Subscribe to:
Posts (Atom)