Tuesday, April 14, 2020

Percikan Air Kencing

Selasa, 20 Syaaban 1441H: Diriwayatakan daripada Abu Hurairah. Beliau berkata :

أَنَّ خَوْلَةَ بِنْتَ يَسَارٍ أَتَتِ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَتْ : يَا رَسُولَ اللهِ إِنَّهُ لَيْسَ لِي إِلاَّ ثَوْبٌ وَاحِدٌ وَأَنَا أَحِيضُ فِيهِ فَكَيْفَ أَصْنَعُ ؟ قَالَ : إِذَا طَهُرْتِ فَاغْسِلِيهِ ، ثُمَّ صَلِّي فِيهِ . فَقَالَتْ : فَإِنْ لَمْ يَخْرُجِ الدَّمُ ؟ قَالَ : يَكْفِيكِ غَسْلُ الدَّمِ وَلاَ يَضُرُّكِ أَثَرُه
 
Maksudnya : “Khaulah Binti Yasar datang bertemu dengan Nabi SAW. Beliau berkata: "Wahai Rasulullah aku tiada pakaian melainkan satu helai sahaja dan ada kesan haid pada pakaian tersebut. Bagaimana perlu aku lakukan?,"

Baginda SAW menjawab : "Jika engkau telah suci, bersihkanlah pakaian tersebut kemudian solatlah menggunakan pakaian itu."

Khaulah berkata lagi : "Jika tiada darah yang keluar?."

Nabi SAW menjawab: "Cukuplah sekadar basuh darah haid dan kesannya tidak memudaratkan engkau (boleh digunakan untuk solat dan sebagainya).”

Riwayat Abu Daud (365)

No comments: