Thursday, January 30, 2020

Mandi Wajib

Khamis, 5 Jamdilakhir 1441H: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, beliau RA berkata:

أُقِيْمَتِ الصَّلاَةُ وَ عُدِّلَتِ الصُّفُوْفُ قِيَامًا فَخَرَجَ إِلَيْنَا رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم فَلَمَّا قَامَ فىِ مُصَلاَّهُ ذَكَرَ أَنَّهُ جُنُبٌ فَقَالَ لَنَا: مَكَانَكُمْ ثُمَّ رَجَعَ فَاغْتَسَلَ ثُمَّ خَرَجَ إِلَيْنَا وَ رَأْسُهُ يَقْطُرُ فَكَبَّرَ فَصَلَّيْنَا مَعَهُ

Maksudnya: Apabila telah diiqamatkan solat dan saf telah diluruskan, lalu keluarlah Rasulullah SAW kepada kami. Pada ketika Baginda SAW berdiri di tempat solat, Baginda SAW teringat bahawa Baginda SAW berada dalam keadaan berjunub. 

Lalu Rasulullah SAW bersabda kepada kami, “Tetaplah di tempat kalian.” 

Kemudian Baginda SAW kembali dan mandi, selepas itu Baginda SAW keluar kepada kami dengan kepala Baginda SAW yang mulia masih menitis air. Lalu Baginda SAW mengangkat takbir dan kami pun bersolat bersamanya.

Hadith riwayat al-Bukhari (275) dan al-Muslim (605)

No comments: