Thursday, January 16, 2020

Roh Orang Mati Akan Pulang?

Diriwayat daripada Jabir RA:

قَالَ لِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " يَا جَابِرُ، أَمَا عَلِمْتَ أَنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ أَحْيَا أَبَاكَ، فَقَالَ لَهُ: تَمَنَّ عَلَيَّ، فَقَالَ: أُرَدُّ إِلَى الدُّنْيَا، فَأُقْتَلُ مَرَّةً أُخْرَى، فَقَالَ: إِنِّي قَضَيْتُ، أَنَّهُمْ إِلَيْهَا لَا يُرْجَعُونَ

Maksudnya: Telah berkata kepadaku Rasulullah ﷺ: "Wahai Jabir! Adakah kamu tidak mengetahui bahawa Allah ‘azza wa jal telah menghidupkan ayahmu dan berfirman kepadanya: “Mohonlah kepada-Ku”. 

Lantas ayahmu berkata: “Kembalikanlah diriku ke dunia hingga aku terbunuh (dalam jihad fi sabilillah) sekali lagi."

Maka Allah berfirman: “Aku telah memutuskan bahawa nereka (yang telah mati) tidak akan kembali lagi ke dunia.”

Riwayat Ahmad (14881). Komentar Syeikh Syu’aib al-Arnout: Sanad-sanadnya hasan.

No comments: