Isnin, 23 Jamadil Akhir 1444H: Mukmin Yang Kuat Lebih Dicintai Allah
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُؤْمِنُ
الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ
وَفِي كُلٍّ خَيْرٌ احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ
وَلَا تَعْجَزْ وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ
كَانَ كَذَا وَكَذَا وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ
فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; "Rasulullah SAW bersabda: 'Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah SWT daripada Mukmin yang lemah. Pada masing-masing memang terdapat kebaikan. Bersemangatlah melakukan hal yang bermanfaat untukmu dan mintalah pertolongan kepada Allah, serta janganlah engkau merasa malas (menjadi orang yang lemah). Apabila kamu tertimpa suatu musibah, maka janganlah kamu mengatakan; 'Seandainya tadi aku berbuat begini dan begitu, nescaya tidak akan menjadi begini dan begitu'. Tetapi katakanlah; 'lni sudah takdir Allah dan apa yang dikehendaki-Nya pasti akan dilaksanakan-Nya. Dan jauhilah olehmu dari ucapan 'Seandainya' (kalau), kerana sesungguhnya ungkapan 'Seandainya' (kalau) membuka peluang masuknya syaitan "
(HR Muslim No: 4816) Status:
Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah SWT daripada Mukmin yang lemah.
2.
Mukmin yang kuat dan dicintai Allah adalah yang kuat imannya dan mampu
melaksanakan kewajiban dan menyempurnakan tanggungjawabnya.
3.
Mukmin yang lemah tidak melaksanakan kewajiban dan enggan meninggalkan
yang haram. Orang seperti inilah yang memiliki kekurangan dan tidak
disukai Allah
4. Kedua-dua mukmin ini sama-sama memiliki
kebaikan. Mukmin yang lemah imannya, masih tetap memiliki kebaikan dan
dia tentu saja lebih baik daripada orang kafir. Namun mukmin yang kuat
imannya tentu saja lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah.
5.
Rasulullah SAW memerintahkan agar bersemangat dan bersungguh-sungguh
serta mohonlah pertolongan kepada Allah dalam melakukan perkara yang
bermanfaat sama ada yang berkaitan dengan agama mahupun dunia untuk
menjadi mukmin yang lebih baik dan lebih dicintai Allah.
6. Jangan bersikap malas dan tidak bersungguh dalam melakukan perkara bermanfaat kerana ia menjadi sumber kegagalan.
7.
Jika berlaku sesuatu yang kurang menyenangkan, redhalah di atas
ketetapan taqdir dengan hati yang tenang sehingga bertambahlah iman.
8. Jauhilah berkata "kalau" atau "seandainya" kerana ia akan membuka peluang hasutan syaitan.
No comments:
Post a Comment