Jumaat, 20 Jamadil Akhir 1444H: Anggota Wuduk Bercahaya Di Hari Kiamat
عَنْ نُعَيْمٍ الْمُجْمِرِ
قَالَ رَقِيتُ مَعَ أَبِي هُرَيْرَةَ عَلَى ظَهْرِ الْمَسْجِدِ فَتَوَضَّأَ
فَقَالَ إِنِّي سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ إِنَّ أُمَّتِي يُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ غُرًّا
مُحَجَّلِينَ مِنْ آثَارِ الْوُضُوءِ فَمَنْ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ
يُطِيلَ غُرَّتَهُ فَلْيَفْعَلْ
Daripada Nu'aim bin Al Mujmir
berkata, "Aku ke masjid bersama Abu Hurairah, lalu dia berwuduk dan
berkata, "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya umatku akan
dihadirkan pada hari kiamat dengan wajah berseri-seri kerana sisa air
wuduk, barangsiapa di antara kalian mampu memperpanjang cahayanya
hendaklah ia lakukan (lebihkan kawasan basuhan anggota wuduk)."
(HR
Bukhari No: 133) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Antara amalan yang digalakkan kepada setiap Muslim ialah sentiasa berwuduk.
2.
Mereka yang berwuduk, di hari kiamat akan dibangkitkan dengan wajah
yang berseri-seri kesan daripada air wuduk semasa di dunia dahulu.
3.
Sunat melebihkan tempat basuhan anggota wuduk kerana di akhirat nanti
kita akan dibangkitkan dengan anggota wuduk yang bercahaya. Lagi luas
kawasan yang terkena air wuduk, lagi banyak kawasan yang bercahaya.
No comments:
Post a Comment