Isnin, 15 Syawal 1446H | Jauhi Perbuatan Keji Agar Rahmat Allah Tidak Dicabut
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُنْزَعُ الرَّحْمَةُ إِلَّا مِنْ شَقِيٍّ
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, "Rahmat Allah (kasih sayang) tidak akan dicabut kecuali daripada orang yang celaka (berbuat keji)." (Sunan Tirmizi No: 1923) Dar Kutub Ilmiyyah. Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Allah menganugerahkan rahmatnya yang maha luas meliputi kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki, peluang keampunan serta kurniaan-Nya.
2. Allah akan mencabut rahmatnya (kasih sayang-Nya) daripada seseorang yang melakukan perbuatan keji dan berterusan dalam kejahatan. Allah jauhkan ia daripada hidayah dan keampunan.
3. Perbuatan keji termasuk segala perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang lain, akan menghilangkan perasaan kasih sayang kepada orang lain dan akan menjadi penyebab kepada perbuatan yang memutuskan hubungan ukhuwah dan silaturahim.
4. Salman al-Farisi menyatakan: Jika Rahmat Allah (sifat kasih sayang) dicabut bermakna sebahagian dari iman orang tersebut juga akan dicabut maka jika sudah demikian maka dia tidak akan menemui Allah melainkan dalam keadaan telah menjadi syaitan yang dilaknat dan suka melaknat.
Hadis ini mengingatkan kita tentang betapa pentingnya rahmat Allah dalam kehidupan. Rahmat-Nya mencakup segala sesuatu, tetapi kita perlu berusaha untuk tidak menjadi keras hati dan menjauhkan diri daripada-Nya. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk menjadi individu yang lebih baik, sentiasa bertaubat, dan tidak berputus asa dalam mencari rahmat Allah. Pupuklah sifat terpuji jauhi sifat ego dan keras hati dalam kehidupan ini. Moga Rahmah Allah akan sentiasa melimpahi kita.
No comments:
Post a Comment