Friday, November 22, 2019

Balasan Kebaikan

Jumaat, 25 Rabiulawal 1441H: Daripada Abu Mas'ud 'Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya."

(Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Matan hadith :
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
]صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893[

Pengajaran Hadith :
1.Antara keutamaan dakwah ke jalan Allah SWT ialah menunjukkan kebaikan kepada orang lain sama ada untuk kebaikan di dunia atau di akhirat dan pelakunya akan mendapat ganjaran pahala.
2.Amalan menunjukkan kepada kebaikan merupakan amalan yang boleh dirasai oleh orang lain dan lebih besar manfaatnya berbanding amalan yang manfaatnya hanya terbatas untuk diri sendiri.
3.Amalan kebaikan yang boleh ditunjukkan merangkumi perbuatan, percakapan dan penulisan. Inilah kelebihan dan anugerah besar daripada Allah SWT yang Maha Pemurah Lagi Maha Besar Kurniaan-Nya.

No comments: