Jumaat, 15 Zulhijjah 1443H: Jangan Berbuat Zalim Dan Bakhil
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ
النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِيَّاكُمْ وَالظُّلْمَ
فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
وَإِيَّاكُمْ وَالْفُحْشَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفُحْشَ
وَالتَّفَحُّشَ وَإِيَّاكُمْ وَالشُّحَّ فَإِنَّهُ دَعَا مَنْ قَبْلَكُمْ
فَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ وَسَفَكُوا دِمَاءَهُمْ وَقَطَّعُوا
أَرْحَامَهُمْ
Daripada Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kalian berbuat zalim, kerana kezaliman akan menjadi kegelapan pada hari kiamat di sisi Allah, janganlah berbuat keji kerana Allah tidak suka kekejian dan perbutan keji, janganlah berbuat kikir, kerana itu yang menyebabkan kerosakan orang-orang sebelum kalian, sehingga mereka menghalalkan kehormatan, menumpahkan darah dan memutus hubungan silaturahim mereka."
(HR Ahmad No: 9202) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.Muslim dilarang melakukan kezaliman kepada dirinya dan orang lain.
2.Perbuatan
zalim ialah tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Contohnya mencuri,
meninggalkan solat, mencela orang lain. Perbuatan ini adalah maksiat
dan dosa. Kezaliman yang paling besar adalah perbuatan syirik yang tidak
diampunkan oleh Allah.
3.Allah tidak suka kepada orang yang melakukan perbuatan keji atau buruk
4.Muslim juga dilarang bersifat kikir atau bakhil. Bakhil adalah buah dan akibat dari kecintaan kepada dunia.
5.Orang
yang bakhil akan berusaha memiliki harta dengan apa juga cara asalkan
mereka dapat dan memiliki tanpa mengira dengan cara yang halal atau
haram, sanggup menumpahkan darah dan memutus hubungan silaturahim.
Jauhilah sifat zalim, keji dan bakhil.
No comments:
Post a Comment