Khamis, 7 Zulhijjah 1443H: Puasa Sunat Arafah
عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي
أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ
وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ أَهْلُ الْعِلْمِ صِيَامَ يَوْمِ عَرَفَةَ
إِلَّا بِعَرَفَة
Daripada Abu Qatadah bahawasanya Rasulullah SAW
bersabda: "Puasa hari 'Arafah -saya berharap dari Allah- dapat
menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya."
Para ulama mensunnahkan puasa 'Arafah kecuali jika berada di 'Arafah."
(Sunan Tirmizi No: 680) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.Disunahkan berpuasa pada hari Arafah (9hb Zulhijjah) bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji
2.Orang yang berpuasa pada hari Arafah akan mendapat ganjaran keampunan setahun sebelum dan setahun selepas
3.Ganjaran puasa sunat Arafah seolah-olah berpuasa selama dua tahun.
عَنْ
أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ كَلِمَةً تُشْبِهُ عَدْلَ ذَلِكَ قَالَ صَوْمُ عَرَفَةَ بِصَوْمِ
سَنَتَيْنِ وَصَوْمُ عَاشُورَاءَ بِصَوْمِ سَنَة
Daripada Abu Qatadah bahawa Nabi SAW mengucapkan kata-kata yang mirip dengan kesamaannya, ia berkata; Puasa 'Arafah seperti puasa dua tahun dan puasa 'Asyura` sama seperti puasa setahun.
(Musnad Ahmad No: 21568)
4.Rasulullah
SAW dan para sahabat tidak menunaikan puasa Arafah ketika melaksanakan
ibadah Haji, namun boleh sahaja untuk berpuasa.
سُئِلَ ابْنُ
عُمَرَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ بِعَرَفَةَ فَقَالَ حَجَجْتُ مَعَ
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ
أَبِي بَكْرٍ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُمَرَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ
عُثْمَانَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَأَنَا لَا أَصُومُهُ وَلَا آمُرُ بِهِ وَلَا
أَنْهَى عَنْهُ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ وَقَدْ رُوِيَ
هَذَا الْحَدِيثُ أَيْضًا عَنْ ابْنِ أَبِي نَجِيحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ
رَجُلٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ وَأَبُو نَجِيحٍ اسْمُهُ يَسَارٌ وَقَدْ سَمِعَ
مِنْ ابْنِ عُمَر
Ibnu Umar RA ditanya tentang puasa Arafah di
'Arafah, dia menjawab, saya pernah melaksanakan haji bersama Nabi SAW
dan dia tidak puasa di Arafah, saya juga pernah haji bersama Abu Bakar
beliau juga tidak puasa 'Arafah, pernah juga bersama Umar dan dia tidak
berpuasa, demikian halnya bersama 'Utsman, beliau juga tidak berpuasa
dan saya tidak berpuasa juga tidak menyuruh orang lain untuk berpuasa
dan tidak juga melarangnya.
(HR Tirmizi No: 682) Status: Isnad Sahih
No comments:
Post a Comment