Rabu, 12hb Jamadil Awal 1444H: Tuntutan Berkasih Sayang Sesama Mukmin
عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ
بَشِيرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ
مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ
الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى
Daripada An Nu'man bin Bisyir
dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang-orang mukmin
dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan menyayangi bagaikan satu
tubuh. Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh
tubuhnya akan ikut terjaga (tidak boleh tidur) dan panas (turut
merasakan sakitnya) '
(HR Muslim No: 4685) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.Orang mukmin sesama mukmin adalah bersaudara.
2.Perumpamaan
berkasih sayang sesama Mukmin seperti satu tubuh badan. Jika ada
anggota badan yang sakit, anggota lain juga turut menanggung kesakitan.
3.Persaudaraan
dalam Islam menuntut nilai kebersamaan iaitu saling memerlukan dalam
apa jua keadaan. Saat bergembira akan dinikmati bersama begitu juga saat
berduka tetap akan bersama mengharungi kesusahan serta keperitannya.
Sebagai mukmin, menjadi kewajipan kita untuk saling tolong menolong di
antara satu sama lain. Apatah lagi jika mereka memerlukan bantuan.
4.Hak-hak
yang lahir daripada persaudaraan diwajibkan kerana iman. Wajib
memberikan komitmen terhadap hak mukmin yang lain sama seperti wajibnya
menunaikan solat, puasa, zakat dan haji
5.Wajib memelihara hak sesama mukmin dengan tidak menyakiti, menzalimi, mengumpat, memfitnah dan membiarkannya dalam kesusahan.
6.Kejayaan
Rasulullah SAW dalam peristiwa Hijrah membina Negara Madinah yang
makmur dan harmoni apabila baginda berjaya mempersaudarakan kaum Ansar
dan Muhajirin untuk sama-sama bertolong bantu membangunkan Negara Islam
Madinah.
7.Bagi membangunkan Negara Malaysia tercinta ini,
marilah kita tunaikan hak persaudaraan yang wajib dengan sentiasa
berkasih sayang sesama mukmin dan bertolong bantu membina Masyarakat
Yang Utuh, Negara Yang Teguh. Jika memelihara solat, puasa, zakat dan
haji itu wajib, menunaikan hak persaudaraan ini juga wajib.
No comments:
Post a Comment