Ahad, 7 Rabiulakhir 1445H: Jangan Biarkan Mukmin Direndahkan
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَنْ أُذِلَّ عِنْدَهُ مُؤْمِنٌ فَلَمْ يَنْصُرْهُ وَهُوَ قَادِرٌ عَلَى أَنْ يَنْصُرَهُ أَذَلَّهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى رُءُوسِ الْخَلَائِقِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Daripada Abu Umamah bin Sahal bin Hunaif dari bapaknya dari Nabi SAW baginda bersabda: "Barangsiapa yang di sampingnya ada seorang Mukmin yang direndahkan, lalu dia tidak menolongnya padahal dia mampu, nescaya Allah Azzawajalla akan merendahkannya di hadapan semua makhluk pada Hari Kiamat" (HR Ahmad No: 15416) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap Muslim dituntut memelihara hak persaudaraan dengan memiliki sifat berkasih sayang dan bersaling bantu dalam perkara kebenaran.
2. Jika saudara Islam kita dizalimi, dianiaya atau diperlakukan dengan sesuatu yang buruk maka menjadi tanggungjawab kita untuk membantu dan mempertahankannya.
3. Mukmin yang membiarkan saudaranya direndahkan sedangkan dia mampu untuk menolongnya, di akhirat nanti dia akan direndahkan di hadapan semua makhluk.
4. Saudara Muslim kita di Palestin sedang dianiaya dengan di bom rumah kediaman dan harta mereka termasuk hospital, pembunuhan beramai-ramai sedang dilakukan. Sehingga 20 Okt (semalam) seramai lebih 4000 telah syahid dan lebih 13,000 cedera akibat dibom. Adakah kita akan membiarkan sahaja tanpa apa-apa tindakan dari kita?
Ayuh kita mempertahankan saudara yang dianiaya dan dizalimi di Palestin dengan turut sama bersolidariti, mendoakan kesejahteraan dan keselamatan dan menghulurkan bantuan termasuk wang ringgit. Salurkan sumbangan anda melalui MyCARE, dengan klik link di bawah: http://mycare.qrd.by/palestinjhr
No comments:
Post a Comment