Sunday, January 7, 2024

Belajar Kerana Habuan Dunia

Ahad, 25 Jamadilakhir 1445H  | Belajar Kerana Habuan Dunia

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَعَلَّمَ عِلْمًا مِمَّا يُبْتَغَى بِهِ وَجْهُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ لَا يَتَعَلَّمُهُ إِلَّا لِيُصِيبَ بِهِ عَرَضًا مِنْ الدُّنْيَا لَمْ يَجِدْ عَرْفَ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَعْنِي رِيحَهَا

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa mempelajari suatu ilmu yang seharusnya kerana Allah Azza Wa Jalla, namun ia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dari dunia, maka dia tidak akan mendapat bau Syurga pada Hari Kiamat." (HR Abu Daud No: 3179) Status: Hadis  Sahih

Pengajaran:

1.  Belajar merupakan suatu tuntutan setiap Muslim

2.  Mempelajari ilmu mesti bermatlamat mencari keredaan Allah

3.  Orang yang belajar semata-mata untuk tujuan dunia seperti hanya untuk keperluan pangkat dan kedudukan, dia tidak akan memasuki Syurga.


No comments: