Rabu, 16 Safar 1446H | Mukmin Prihatin Kepada Jiran
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالَّذِي يَشْبَعُ وَجَارُهُ جَائِعٌ.
Daripada Ibnu Abas RA dari Nabi SAW: Tidak termasuk orang mukmin, orang yang kenyang sementara tetangganya kelaparan (HR Thobrani No: 12579) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.Antara bukti keimanan seseorang adalah memiliki sifat prihatin terhadap kesusahan jiran tetangga.
2.Tidak sempurna iman seseorang yang tidur dalam kekenyangan sedangkan ada jiran tetangga yang kelaparan.
3.Jadilah kita orang yang sentiasa berusaha menyantuni dan berbuat baik pada jiran. Jangan kita sahaja bergembira sedangkan ada jiran kita yang dibiarkan kelaparan dan kesusahan.
Sebagai warganegara yang prihatin dan bertanggungjawab, berusahalah mengenali jiran tetangga sama ada yang jauh mahupun yang dekat. Dalam kitab “Mughni al-Muhtaj”, jiran bermaksud orang yang tinggal berdekatan dengan rumah atau tinggal setempat, sekampung atau setaman sama ada dari arah kiri, kanan, hadapan atau belakang sehingga 40 buah rumah dari setiap arah.Berkenal mesralah dengan mereka dan jalinkanlah ukhuwah. Ringankan tulang membantu mana yang memerlukan bantuan.
No comments:
Post a Comment