Friday, July 27, 2012

Adab Berbuka Puasa

Jumaat, 7 Ramadhan 1433H: Daripada Sahl bin Sa`ad bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Daripada Anas katanya: “Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.” (Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan)

Firman Allah s.w.t. maksudnya: ”Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.”(Surah al-`Araf:31).

Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut: “Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.” (Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan).

Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.” (Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur’ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).

Thursday, July 26, 2012

Puasa Bagi Yang Musafir

Khamis, 6 Ramadhan 1433H: Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Sesungguhnya Hamzah bin 'Amru dan Al Aslami, keduanya pernah bertanya kepada Nabi saw. katanya: "Mesti jugakah aku puasa dalam perjalanan?"
 
Padahal biasanya dia rajin berpuasa.
 
Jawab Nabi saw., "Jika engkau mahu puasa, puasalah! Jika tidak, berbukalah!"

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0963.

Wednesday, July 25, 2012

Membuat Kebajikan di Bulan Ramadhan

Rabu, 5 Ramadhan 1433H: Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya : "Rasulullah saw. adalah orang yang paling pemurah berbuat kebajikan, terutama di bulan Ramadhan. Kerana setiap tahun Jibril tetap menemui beliau tiap-tiap malam, hingga habis Ramadhan Rasulullah saw. memperdengarkan bacaan Quran kepadanya (dan Jibril menyemak). Di hari-hari Jibril mendatanginya, beliau tambah giat berbuat kebajikan melebihi angin lalu."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2137.

Tuesday, July 24, 2012

Solat Rasulullah Di Bulan Ramadhan

Selasa, 4 Ramadhan 1433H: Dari Abu Salamah bin Abdurrahman r.a., ia bertanya kepada 'Aisyah r.a. tentang bagaimana caranya Nabi saw. solat pada bulan Ramadhan.
 
Jawab 'Aisyah, "Rasulullah tidak pernah menambah solatnya di bulan Ramadhan dan tidak pula di bulan lainnya, atas sebelas rakaat. Mula-mula beliau solat empat rakaat, tetapi janganlah ditanya tentang kebagusan panjangnya solat beliau itu. Kemudian beliau solat empat rakaat lagi, dan janganlah ditanya pula bagaimana bagus dan lamanya. Kemudian beliau solat tiga rakaat.
 
Kata 'Aisyah, aku bertanya kepada Rasulullah, "Ya, Rasulullah! Apakah Tuan tidur sebelum solat Witir?"
 
Jawab Nabi saw., "Wahai, 'Aisyah! Hanya mata ku saja yang tidur, tetapi hatiku tidak."
 
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0604.

Monday, July 23, 2012

Solat, Azan & Puasa

Isnin, 3 Ramadhan 1433H: Dari Ibnu Abi Lailaa, dari Muadz bin Jabal R.A. dia berkata: Penyelenggaraan solat telah mengalami tiga kali perubahan, demikian pula puasa....... sebagaimana hadis sebelumnya. Kemudian Muadz berkata: Cara penyelenggaraan solat yang ketiga, bahawasanya ketika Rasulullah S.A.W. datang ke Madinah, beliau mengerjakan solat menghadap Baitul Maqdis selama tiga belas bulan. Lalu Allah menurunkan ayat ini: "Kami sering kali melihat tengadah wajahmu ke langit. Lalu Kami palingkan Kami kepada Kiblat yang kamu senangi. Justeru palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. Dan di manapun kamu berada, palingkanlah wajah kamu ke arahnya." Al Baqarah, ayat 144.
 
Maka Allah Ta'ala memalingkan beliau ke Kaabah. Sempurnalah hadis Ibnul Mutsanni perawi hadis ini. Dan Nashr bin Muhajir perawi hadis ini pula menyebutkan nama orang yang bermimpi azan katanya: Maka seorang laki-laki datang kepada Abdullah bin Zaid, iaitu seorang laki-laki dari golongan Ansar. Dalam hadisnya itu dia berkata: "Lalu laki-laki itu menghadap kiblat mengucapkan: "Allaahu Akbar, Allaahu Akbar. Asyhadu an laa ilaaha illallaah, Asyhadu an laa ilaaha illallaah. Asyhadu anna Muhammadar Rasuulullaah, Asyhadu anna Muhammadar Ra-suulullaah. Hayya 'Alash shalaah, Dua kali. Hayya 'alal falaah. Dua kali. Allaahu Akbar, Allaahu Akbar. Laa ilaaha illallaah". Setelah itu dia berhenti sebentar, lalu berdiri mengucapkan seperti sebelumnya. Hanya saja dia menambah setelah mengucapkan "Hayya 'alal falaah" dengan ucapan "Qad qaa-matish shalaah, qad qaamatish shalaah". Kata Muadz bin Jabal: Maka Rasulullah S.A.W. bersabda: "Ajarkanlah kalimat azan itu kepada Bilal". Maka Bi lal menyerukan azan dengan kalimat-kalimat itu".
 
Selanjutnya Nashr bin Muhajir perawi hadis ini menyebutkan tentang perubahan-perubahan hal puasa, katanya: Muadz bin Jabal berkata bahawasanya Rasulullah S.A.W. memang biasa mengerjakan puasa tiga hari setiap bulan dan pada hari Asyura (10 Muharram). Kemudian Allah menurunkan ayat: "Telah diwajibkan atas kamu puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa. iaitu pada hari-hari yang tertentu. Maka siapa di antara kamu yang sakit, atau dalam perjalanan (lalu dia tidak berpuasa), wajiblah baginya berpuasa sebanyak bilangan hari-hari yang tidak berpuasa itu, pada hari-hari yang lain. Dan bagi orang-orang yang tidak kuat berpuasa, wajiblah mereka membayar fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin". Surah Al Baqarah ayat 183 - 184.
 
Sebab itu, maka seseorang yang suka berpuasa, berpuasalah dia; dan seseorang yang tidak suka berpuasa, hanya suka memberi makan seorang miskin setiap harinya, berarti telah memadainya (sah). Inilah salah satu keadaan puasa'. Lalu Allah Ta'ala menurunkan Al Quran: "Bulan Ramadhan, yang di dalamnya telah diturunkan Al Quran, adalah suatu petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan yang terdiri dari petunjuk (kepada kebenaran) dan pembeza (dari yang hak dan batil). Barang siapa di antara kamu mendapatkan bulan (Ramadhan) itu, maka berpuasalah pada bulan itu. Dan barang siapa dalam keadaan sakit atau dalam perjalanan, wajiblah baginya berpuasa sebanyak bilangan hari-hari yang tidak puasa itu, pada hari-hari yang lain". Surat Al Baqarah ayat 185.
 
Maka tetaplah hukum puasa itu diwajibkan atas orang yang mendapatkan bulan Ramadhan itu, sedangkan musafir wajib mengkadainya. Tetap pulalah hukum wajib memberi makan orang miskin atas orang tua lanjut usia, baik laki-laki atau perempuan yang tidak mampu berpuasa. (Ini juga salah satu dari hal puasa). Dan datang pula Shirmah, sedangkan dia sehari penuh bekerja.....*. * Kelanjutan hadis ini sebagaimana riwayat Ahmad adalah sebagaimana berikut ini: "........ Kemudian bahawa seorang laki-laki Ansar bernama Shirmah, bekerja penuh sehari sampai petang, sedangkan dia berpuasa. Kemudian dia pulang kepada keluarga-nya. Setelah solat Isya' dia tidur, sedangkan dia belum makan dan belum minum sampai pagi, dan berpuasa lagi. Katanya: Maka terlihatlah oleh Rasulullah S.A.W., bahawa Shirmah benar-benar dalam keadaan bersusah payah (sebab sejak kemarinnya dia tidak makan dan tidak minum).
 
Bersabdalah Rasulullah S.A.W.: "Mengapa aku lihat kamu sangat payah sekali?" Kata Shirmah: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya telah bekerja sejak semalam. Lalu saya pulang ke rumah pada waktunya, kemudian saya berbaring lalu tidur sampai pagi, pada waktu saya harus berpuasa".
 
Kata Muadz: "Umar R.A. juga pernah tidak tahan membendung syahwatnya sehingga (semalam) dia bersetubuh dengan isterinya setelah tidur. Sebab itu dia pergi mengadap Nabi S.A.W. melaporkan peristiwa yang menimpa dirinya itu kepada beliau. Maka Allah menurunkan ayat At Quran: "Telah dihalalkan bagimu di malam puasa mengumpuli isteri-isteri kamu. Mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pakaian bagi mereka. Allah benar-benar mengetahui bahawa kamu tidak tahan menguasai nafsumu, kerana itu Allah menerima taubatmu dan memaafkan kamu. Lalu sekarang ini kumpulilah mereka, dan ikutilah ketetapan Allah untukmu. Makanlah dan minumlah, sehingga jelas bagi kamu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai malam". Al Baqarah, 187.
 
Hadis Sunan Abu-Daud Jilid 1. Hadis Nombor 0477.

Friday, July 20, 2012

Penentuan Ramadhan & Syawal

Jumaat 30 Sya'ban 1433H: Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya Nabi saw. bersabda mengenai Ramadhan, sabdanya:
 
"Janganlah kamu puasa sebelum melihat bulan (terbit) dan janganlah berbuka sebelum melihatnya (terbit kembali). Jika bulan itu tertutup dari pandanganmu, maka hitunglah (jumlah harinya tiga puluh hari)."


Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1041.

Thursday, July 19, 2012

Puasa Sunat Sebelum Ramadhan

Khamis, 29 Sya'ban 1433H: Dari Abu Salamah dari Ibnu Abbas katanya: "Telah bersabda Rasulullah saw:

"Jangan ada salah seorang dari kamu mendahului berpuasa di bulan Ramadhan sehari atau dua hari, terkecuali bagi seorang yang telah terbiasa berpuasa diluar Ramadhan, maka dia boleh melakukan puasa sunat sebelum masuk Ramadhan".
 ( Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2140)

Wednesday, July 18, 2012

Iktikaf di Bulan Ramadhan

Rabu, 28 Sya'ban 1433H: Diceritakan oleh Abu Salamah r.a., katanya: "Aku datang bertanya kepada Abu Sa'id Al Khudri, tanyaku: "Tidakkah lebih baik kita pergi ke Nakhl supaya kita dapat bercakap-cakap di sana?" Lalu kami pergi ke sana.
 
Aku berkata kepadanya, "Ceritakanlah kepada ku, apa yang telah tuan dengar dari Nabi saw. tentang Malam Qadar"
 
Katanya, "Rasulullah sedang iktikaf sepuluh hari pertama bulan Ramadhan. Kami pun iktikaf pula bersama-sama dengan beliau. Maka datanglah malaikat Jibril mengatakan, "Yang tuan inginkan itu (malam qadar) belum datang."
 
Nabi saw. meneruskan lagi iktikaf beliau pada sepuluh hari pertengahan bulan. Kami pun iktikaf pula bersama-sama dengan beliau. Lalu datang pula malaikat Jibril mengatakan: "Yang tuan inginkan belum datang. "
 
Keesokan pagi dari malam kedua puluh bulan Ramadhan, Nabi saw. berpidato. Sabda beliau: "Barangsiapa iktikaf bersama-sama dengan ku, hendaklah diteruskannya, kerana kepada ku telah diperlihatkan Malam Qadar itu, tetapi aku lupa tanggalnya. Malam qadar itu ialah dalam sepuluh yang akhir (Ramadhan) di bilangan ganjil. Saya bermimpi seolah-olah saya sujud di tanah basah."
 
Atap masjid terbuat dari pelepah kurma. Di langit, kami tidak melihat awan sedikit pun. Tetapi tidak lama kemudian, datanglah awan gelap dan hujan pun turun dengan lebatnya. Kami solat bersama-sama dengan Nabi saw. dan kami melihat tanah dan air melekat di kening dan di puncak hidung Nabi, sesuai benar dengan mimpi beliau. "
 
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0446.

Tuesday, July 17, 2012

Kelonggaran Berpuasa

Selasa, 27 Sya'ban 1433H: Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Kami pernah pergi berperang bersama-sama Rasulullah saw. dalam bulan Ramadhan. Sebagian kami ada yang puasa dan sebahagian lagi tidak puasa.
 
Orang yang puasa tidak keberatan terhadap orang yang tidak puasa, dan sebaliknya orang yang tidak puasa tidak keberatan terhadap yang puasa.
 
Mereka berpendapat, siapa yang kuat puasa sebaiknyalah dia puasa, dan siapa yang tidak kuat sebaiknyalah dia berbuka."


Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1087.

Monday, July 16, 2012

Puasa Sunat Sya'ban

Isnin, 26 Sya'ban 1433H: Muhammad bin Isma'il menceritakan kepada kami, Musa bin Isma'il memberitahukan kepada kami, sedekah bin Musa memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Tsabit dari Anas dunana ia berkata:
 
 "Nabi s.a.w. ditanya: "Puasa apakah yang lebih utama sesudah (puasa) Ramadhan?"
 
Beliau menjawab: "(Puasa) Sya'ban kerana mengagungkan bulan Ramadhan".
 
la bertanya lagi: "Sedekah apakah yang paling utama?"
 
Beliau menjawab: "Sedekah pada bulan Ramadhan".
 
Abu 'Isa berkata: "Hadis ini adalah hadis gharib. Sedangkan sedekah bin Musa menurut ahli hadis tidaklah sekuat itu."
 
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0657.

Friday, July 13, 2012

Ramadhan Al Mubarak

Jumaat, 23 Sya'ban 1433H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila tiba bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit, dikunci pintu neraka dan dibelenggu semua syaitan. " (Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0933.)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Bila Ramadhan telah datang, maka dibukakan pintu syurga, dikunci pintu neraka, dan dibelenggu semua syaitan." (Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1039.)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang menegakkan solat di bulan Ramadhan kerana iman dan ikhlas, diampuni (Allah) dosanya yang telah lalu” (Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0031.)

Thursday, July 12, 2012

Puasa Sunat Setiap Hari? Apa kata Rasulullah...

Khamis, 22 Sya'ban 1433H: Dari 'Abdullah bin 'Amru bin 'Ash r.a., katanya dia dilaporkan orang kepada Rasulullah saw. bahawa dia pernah berkata: "Sesungguhnya aku akan solat sepanjang malam dan puasa setiap hari selama hidupku."
 
Lalu Rasulullah saw. bertanya kepada ku, "Betulkah engkau berkata demikian?"
 
Jawab ku, "Benar, ya Rasulullah!"
 
Maka bersabda Rasulullah saw., "Engkau tidak akan sanggup melakukannya. Puasalah satu hari, esok jangan. Tidurlah lebih dahulu sebelum solat malam, sesudah itu baru bangun. Dan puasalah tiga hari dalam sebulan, kerana tiap-tiap satu kebajikan akan diberi ganjaran sepuluh ganda, dan itulah contoh puasa sepanjang masa."
 
Jawab Abdullah, "Sesungguhnya aku sanggup lebih dari itu."
 
Jawab Rasulullah saw., "Kalau begitu puasalah satu hari, berbuka dua hari."
 
Kata Abdullah, "Aku sanggup lebih dari itu, ya Rasulullah!"
 
Jawab Rasulullah saw., "Puasalah satu hari, berbuka satu hari. Yang demikian itu adalah puasa Nabi Daud 'alaihissalam. Dan itulah puasa yang paling seimbang."
 
Kata Abdullah, "Aku sanggup lebih dari itu."
 
Jawab Rasulullah saw., "Tidak ada lagi yang lebih utama dari itu."
 
Setelah Abdullah berumur lanjut, dia berkata: "Kalaulah ku terima puasa tiga hari seperti yang dianjurkan Rasulullah saw. kepada ku, tentulah akan lebih ku sukai daripada keluarga dan hartaku."
 
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1127.

Wednesday, July 11, 2012

Fadhilat Puasa

Rabu, 21 Sya'ban 1433H:  Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Allah 'Azza wa Jalla berfirman: "Setiap amal anak Adam teruntuk baginya kecuali puasa; puasa itu adalah untukku dan aku akan memberinya pahala.
 
Puasa itu ialah perisai. Apabila kamu puasa janganlah kamu rosak puasamu itu dengan sanggama, dan jangan menghina orang.
 
Apabila kamu yang dihina atau dipukul orang, maka katakanlah: "Aku puasa."
 
Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang puasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada bau kasturi.
 
Dan bagi orang puasa ada dua kegembiraan. Apabila dia berbuka dia gembira dengan bukaannya dan apabila dia menemui Tuhannya (meninggal) dia gembira dengan puasanya."


Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1117.

Monday, July 9, 2012

Solat Sunat

Isnin, 19 Sya'aban 1433H: Dari 'Abdullah bin Syaqiq r.a. katanya: "Aku bertanya kepada 'Aisyah r.a., tentang solat sunat rawatib yang pernah dikerjakan Rasulullah saw.
 
Katanya, "Beliau solat di rumahku empat rakaat sebelum Zohor, kemudian beliau pergi ke masjid mengimami solat orang ramai. Sesudah itu beliau pulang, lalu solat pula di rumahku dua rakaat.
 
Kemudian beliau pergi mengimami solat , Maghrib orang ramai, sesudah itu beliau pulang, lalu solat di rumah dua rakaat.
 
Kemudian beliau pergi mengimami solat Isyak. Sesudah itu beliau pulang, lalu solat di rumah dua rakaat.
 
Dan biasanya beliau sentiasa solat tengah malam sembilan rakaat, termasuk di dalamnya sunat witir.
 
Kadang-kadang beliau solat sepanjang malam dengan berdiri dan kadang-kadang duduk.
 
Apabila beliau membaca sambil berdiri, maka dia rukuk dan sujud sambil berdiri pula.
 
Apabila beliau membaca sambil duduk, maka dia rukuk dan sujud sambil duduk pula.
 
Dan kalau fajar sudah terbit, beliau solat pula dua rakaat (sunat fajar)."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0702.

Friday, July 6, 2012

Berpegang Teguh Pada Agama Allah

Jumaat, 16 Sya'aban 1433H: Dari Musa bin Thalhah, dari bapanya r.a., katanya: "Aku berjalan bersama-sama Rasulullah saw., maka di tengah jalan kami bertemu dengan sekelompok orang sedang di atas pohon kurma. Beliau bertanya, "Apa yang sedang kalian perbuat?"
Jawab mereka, "Kami sedang mencangkuk pohon kurma."
Kata Rasulullah saw., "Menurut dugaanku, pekerjaan itu tidak ada gunanya."
Lalu mereka hentikan pekerjaan mereka. Tetapi kemudian dikhabarkan orang kepada beliau bahawa pekerjaan mereka itu berhasil baik.
Maka bersabda Rasulullah saw., "Jika pekerjaan itu ternyata bermanfaat bagi mereka, teruskanlah! Aku hanya menduga-duga. Maka janganlah diambil peduli duga-dugaan itu.
Tetapi jika aku berbicara mengenai Agama Allah, maka pegang teguhlah itu, kerana aku sekali-kali tidak akan berdusta terhadap Allah."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2175.

Thursday, July 5, 2012

Puasa Sunat Bulan Sya'ban

Khamis, 15 Sya'ban 1433H : Qutaibah menceritakan kepada kami, 'Abdul 'Aziz bin Muhammad memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Al-A'la bin 'Abdur Rahman dari ayahnya dari Abu Hurairah di mana ia berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila setengah dari bulan Sya'ban masih tersisa maka janganlah kamu sekalian berpuasa."
 
Abu 'Isa berkata: "Hadis Abu Hurairah itu adalah hadis hasan sahih yang tidak kami ketahui kecuali dari riwayat ini dalam lafal yang seperti ini." Menurut sebahagian ulama', yang dimaksudkan dengan hadis ini ialah seseorang yang tidak biasa berpuasa kemudian dalam sisa bulan Sya'ban yang tinggal sedikit itu dia berpuasa untuk menyambut bulan Ramadan.
 
Diriwayatkan dari Abu Hurairah dari Nabi s.a.w. seperti hadis tersebut di atas; iaitu hadis yang menyebutkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bererti: "Janganlah kamu sekalian mendahului bulan Ramadan dengan puasa kecuali bila memang puasa itu bertepatan dengan puasa yang biasa dilakukan oleh salah seorang di antara kamu sekalian."
 
Yang ditunjukkan dalm hadis ini ialah tidak disukai sengaja berpuasa kerana menyambut bulan Ramadan."

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 0735

Wednesday, July 4, 2012

Nisfu Sya'ban

Rabu, 14 Sya'ban 1433H: Mewartakan kepada kami Al-Hasan bin 'Ali Al-Khallal: mewartakan kepada kami 'Abdur Razzaq: memberitahukan kepada kami Ibnu Abu Sabrah, dari Ibrahim bin Muhammad, dari Mu'awiyah bin 'Abdullah bin Ja'far, dari ayahnya, dari 'Ali bin Abu Thalib, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: "Apabila tiba malam pertengahan bulan Sya'ban, maka solatlah pada malam harinya dan berpuasa pada siang harinya. Karena sesungguhnya Allah turun ke langit bumi sesudah matahari tenggelam di pertengahan di bulan itu.
 
Kemudian Dia berfirman: "Tiadakah orang yang minta rezki kepada-Ku, sehingga aku memberinya rezki? Tiadakah orang yang tertimpa bala', lalu berdoa kepadaKu, sehingga Aku menyelamatkannya Tiadakah orang yang minta ini? Tiadakah orang yang minta itu?" Sehingga terbit fajar."
 
Dalam Az-Zawa-id: Isnadnya daif, kerana daifnya Ibnu Abu Sabrah. Sedangkan namanya adalah Abu Bakar bin 'Abdullah bin Muhammad bin Abu Sabrah. Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Ma'in berkata tentang dia: Membuat hadis palsu.
 
Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1388.

Monday, July 2, 2012

Disukai Allah Amal Tetap Walaupun Sedikit

Isnin, 12 Syaban 1433H: Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. tidak pernah puasa sunat tiap bulan dalam setahun, lebih banyak daripada puasanya di bulan Sya'aban. Beliau bersabda, "Beramallah kamu sesuai dengan kemampuanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah bosan (memberi pahala) sehingga kamu sendiri yang bosan beramal. Sedangkan amal yang paling disukai Allah ialah amal yang dilakukan secara tetap walaupun sedikit."


Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1126.

Wednesday, June 27, 2012

Puasa Sunat Bulan Syaaban

Rabu, 7 Syaaban 1433H: Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. pernah puasa sehingga kami katakan beliau tidak berbuka. Dan beliau pernah berbuka sehingga kami katakan beliau tidak puasa. Belum pernah saya melihat Rasulullah saw. mencukupkan puasa sebulan selain bulan Ramadhan. Dan saya tidak melihat beliau berpuasa (sunat) lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0977.

Monday, June 18, 2012

Isra' Dan Mikraj

Isinn, 28 Rejab 1433H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Ketika aku sedang berada di Hijir, orang-orang Quraisy bertanya kepada ku tentang peristiwa Isra'dan Mikraj.
 
Antara lain mereka menanyakan data-data tentang Baitul Makdis. Aku sangat merasa kesulitan, kerana aku tidak dapat menerangkannya dengan baik. Lalu Allah memperlihatkan masjid itu kepada ku dengan jelas, sehingga aku dapat menjawab segala pertanyaan mereka dengan tepat.
 
Aku teringat pula ketika aku berada diantara para nabi. Ketika itu Nabi Musa a.s. sedang solat. Dia seorang lelaki yang gagah perkasa, bagai kebanyakan lelaki Syanuah. Begitu pula Isa Ibnu Maryam sedang solat. Dia kelihatan mirip dengan Urwah bin Mas'ud Ats Tsaqafi. Ibrahim juga solat. Dia lebih mirip dengan sahabatmu ini-yakni diri dari Nabi saw. sendiri. Ketika waktu solat tiba, akulah yang mengimami mereka.
 
Setelah selesai solat, lantas ada yang berkata, "Ya, Muhammad! Ini adalah malaikat penjaga neraka. Ucapkanlah salam kepadanya." Aku menoleh kepadanya. Tetapi dia telah mendahului ku mengucapkan salam." Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0142.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Pada malam terjadinya Isra' dan Mikraj, di Baitul Maqdis (Illiya) beliau disuruhi dua gelas minuman masing-masing berisi khamar dan susu. Setelah beliau meneliti kedua gelas itu. Maka beliau ambil gelas berisi susu.
 
Kata Jibril, "Segala puji bagi Allah yang menunjuki Anda memilih yang suci. Seandainya Anda mengambil khamar, nescaya sesatlah umatmu." Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1933.


Friday, June 15, 2012

Kepentingan Dakwah

Jumaat, 25 Rejab 1433H:  Diceritakan oleh Abu Hurairah, "Orang mengatakan, Abu Hurairah paling banyak meriwayatkan hadis.""Kalau tidaklah kerana dua ayat dalam Quran, nescaya saya tidak akan meriwayatkan hadis." Kemudian dia membaca ayat: "Sesungguhnya mereka yang menyembunyikan keterangan dan pimpinan yang Kami turunkan sesudah kami jelaskan kepada manusia dalam Kitab, mereka itu dikutuk oleh Allah dan oleh orang-orang yang turut mengutuk. Kecuali mereka yang taubat, mengadakan perbaikan, dan menjelaskan kembali keterangan-keterangan Allah; maka taubat mereka itu akan Kuterima; Aku Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (S. Al Baqarah 2: 159 - 160).
Lalu Abu Hurairah meneruskan, "Saudara-saudara kita Para Muhajirin sibuk dengan perniagaan mereka di pasar-pasar, dan saudara-saudara kita kaum Ansar sibuk dengan urusan harta kekayaan mereka masing-masing. Tetapi saya selalu mengikuti Rasulullah ke mana-mana; di samping saya dapat memenuhi keperluan perut saya, saya pun dapat menghadiri ceramah-ceramah (pengajian-pengajian) Nabi yang mereka tidak dapat hadir, serta menghafal apa yang mereka tidak dapat hafal."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0084.

Monday, June 11, 2012

Hujan Rahmat Allah

Isnin, 21 Rejab 1433: Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Pada suatu ketika di masa Nabi saw. pernah turun hujan. Maka bersabda Nabi saw., "Sebahagian manusia ada yang bangun pagi dalam keadaan syukur, iaitu orang-orang yang mengatakan, "Hujan ini rahmat Allah."
 
Dan ada pula yang kafir, iaitu mereka yang berkata, "Hujan ini kerana bintang ini dan itu."
 
Kata Ibnu 'Abbas, "Lalu diturunkan Allah ayat berikut: "Aku bersumpah dengan tempat turunnya bintang-bintang... sampai kepada ayat: "Sedangkan kebohongan kamu jadikan rezeki bagi kamu."(Al Waqi'ah: 75-82)
 
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0059.

Wednesday, May 30, 2012

Salam

Rabu, 8 Rejab 1433H: Dari Jabir r.a.. katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. mengutus ku untuk suatu keperluan, lalu saya pergi. Setelah selesai melaksanakan tugas itu, maka aku datang kembali kepada beliau. Lantas aku mengucapkan salam, tetapi beliau tidak menjawab. Oleh kerana itu timbul dugaan di hatiku, Allah sajalah Yang Maha Tahu. Aku berkata kepada diri ku, "Barangkali Rasulullah saw. marah kepada ku kerana aku datang terlambat. Kemudian aku memberi salam kembali, namun beliau tidak menjawab juga. Prasangka di hatiku bertambah dari semula. Kemudian aku memberi salam lagi, lalu beliau menjawab salamku itu.
 
Sabda beliau, "Aku terhalang menjawab salammu, kerana aku sedang solat." Waktu itu beliau solat di atas kenderaan, tidak menghadap kiblat."


Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0639.

Friday, May 25, 2012

Berlindung Dengan Allah Dari Seksa Kubur

 
Jumaat, 4 Rejab 1433H: Diceritakan dari 'Aisyah r.a., isteri Nabi saw., bahawa seorang perempuan Yahudi datang kepadanya menanyakan sesuatu; Kemudian perempuan Yahudi itu berkata kepadanya, "Semoga Allah melindungi mu dari seksa kubur." kerana itu 'Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah saw., "Apakah manusia akan diseksa dalam kubur mereka?"
 
Jawab Rasulullah saw., "Berlindunglah dengan Allah dari seksa kubur itu!"
 
Pada suatu pagi Rasulullah pergi berkenderaan. Tiba-tiba terjadi gerhana matahari. kerana itu, waktu dhuha (sebelum tengah hari) beliau telah kembali. Beliau berjalan melalui kamar-kamar (isteri beliau). Kemudian beliau berdiri hendak solat dan berdiri pulalah orang di belakang beliau. Rasulullah saw. berdiri lama, kemudian beliau rukuk lama, kemudian beliau bangkit lalu berdiri lama, tetapi tidak selama berdiri yang mula-mula, kemudian rukuk lama, tetapi tidak selama ruku yang pertama, kemudian beliau bangkit lalu sujud, kemudian beliau berdiri lama tetapi tidak selama yang mula-mula, kemudian beliau rukuk lama tetapi tidak selama rukuk yang mula-mula, kemudian berdiri lama tetapi tidak selama berdiri yang mula-mula, kemudian rukuk lama tetapi tidak selama rukuk yang mula-mula, kemudian beliau bangkit lalu sujud dan menyudahi solat beliau. Sesudah itu beliau bersabdakan apa yang diperintahkan Allah; dan memerintahkan orang banyak supaya berlindung dari seksa kubur."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0551.

Thursday, May 24, 2012

Sabar Dalam Berdoa

Khamis,3 Rejab 1433H: Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw. bersabda: "Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba, selama doa itu tidak mengandung dosa, atau memutus silaturrahim dan selama tidak minta cepat-cepat diperkenankan."
 
Lalu beliau ditanya orang, "Apa maksudnya minta cepat-cepat?"
 
Jawab beliau, "Umpamanya seorang berkata dalam doanya, Aku telah mendoa, Aku telah mendoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu dia putus asa dan berhenti mendoa
 
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2355.

Wednesday, May 23, 2012

Suami Isteri Saling Tuduh Menuduh

Rabu, 2 Rejab 1433H: Dari Sahal bin Sa'ad As Sa'idi r.a., katanya, 'Uwaimir Al 'Ajlani datang kepada 'Ashim bin 'Adi Al Anshari, lalu dia bertanya: "Bagaimana pendapat anda hai 'Ashim, seandainya seorang lelaki mendapati isterinya berbuat serong dengan lelaki lain, bolehkah dia membunuh lelaki itu?
 
Kalau si suami itu membunuh, mungkin pula dia akan terbunuh; apa yang barus dilakukan si suami itu? Tolonglah tanyakan masalah itu kepada Rasulullah saw., hai 'Ashim!"
 
Lalu 'Ashim menanyakannya kepada Rasulullah saw. Tetapi beliau benci mendengar pertanyaan seperti itu, bahkan beliau mencelanya, sehingga 'Ashim merasa kurang senang terhadap celaan beliau itu, Ketika 'Ashim pulang kembali, 'Uwaimir tiba pula di rumah 'Ashim, lalu dia bertanya, "Hai, 'Asrum! Bagaimana sabda Rasulullah saw. kepadamu?"
 
Jawab 'Ashim kepada 'Uwaimir, "Hal itu tidak mendatangkan kebaikan bagi ku. Rasulullah saw. benci mendengar pertanyaanku."
 
Kata 'Uwaimir, "Demi Allah! Aku tidak akan berhenti sebelum masalah itu ku tanyakan langsung kepada Rasulullah saw." Lalu 'Uwaimir pergi menemui Rasulullah saw. Didapatinya beliau sedang (mengadakan dakwah) di tengah-tengah orang ramai. Kata 'Uwaimir, "Ya, Rasulullah! Bagaimana pendapat Anda jika seorang suami mendapati isterinya berbuat serong dengan lelaki lain; bolehkah dia membunuh lelaki itu, sedangkan dia mungkin pula terbunuh. Apa yang harus diperbuatnya?"
 
Jawab Rasulullah saw., "Memang, telah turun ayat mengenai kes isteri mu itu. Jemputlah dia dan bawa ke sini." Di tengah-tengah orang banyak, di hadapan Rasulullah saw., kedua-duanya saling menuduh dan mengutuk. Setelah keduanya selesai saling tuduh dan mengutuk, maka berkata 'Uwaimir, "Jika aku masih tetap bersama dia, bererti aku memfitnahnya." Kerana itu 'Uwaimir menceraikan isterinya tiga kali (talak tiga), sebelum disuruh Rasulullah saw."
 
Kata Ibnu Syihab, "Begitulah caranya menyelesaikan kes suami isteri yang saling tuduh."


Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1437.

Monday, May 21, 2012

Kisah Dua Mu'adz

Isnin, 29 Jamadilakhir 1433H: Dari 'Abdurrahman Ibnu 'Auf r.a., katanya: "Ketika aku berada dalam barisan perang Badar, aku menengok ke kanan dan ke kiriku, kiranya aku berdiri di antara dua pemuda Ansar yang kedua-duanya masih berusia muda. Rasa hatiku, inginlah aku supaya tetap berada di antara keduanya. Seorang di antaranya mengedipkan mata kepada ku seraya bertanya, "Pakcik! Kenalkah Pakcik dengan Abu Jahil?"

Jawab ku, "Kenal, apa keperluan mu kepadanya kemenakan?"

Jawab anak muda, " Aku mendengar khabar, dia tukang maki Rasulullah saw. Seandainya aku melihatnya, maka aku tak akan berpisah dengannya sebelum salah satu di antara kami mati lebih dahulu."

Kata Ibnu 'Auf, "Aku takjub mendengar ucapan pemuda itu. Lalu mengedip pula yang seorang lagi kepada ku, seraya berkata seperti ucapan temannya. Tidak lama antaranya, aku melihat Abu Jahil bergerak dengan tangkasnya di tengah-tengah orang banyak. Aku berkata kepada kedua pemuda itu, "Tidakkah kalian lihat dia? Teman kalian yang kalian tanyakan itu?"

Keduanya segera mengejar Abu Jahil, lalu mereka penggal dengan pedang mereka sehingga Abu Jahil tewas oleh keduanya. Kemudian mereka kembali kepada Rasulullah saw., lalu mereka ceritakan kepada beliau bahawa mereka berdua telah menewaskan Abu Jahil.

Beliau bertanya, "Siapa di antara kalian berdua yang membunuhnya?"

Masing-maSing menjawab, "Aku membunuhnya."

Tanya beliau, "Apakah pedang kalian sudah dibersihkan?"

Jawab mereka, "Belum!" Rasulullah melihat pedang keduanya, lalu beliau bersabda, "Ya, benar! Kalian berdua telah menewaskannya. Beliau memutuskan, supaya perlengkapan Abu Jahil diberikan kepada mereka berdua sebagai rampasan perang bagi mereka, kerana menewaskan pemiliknya." (Kedua pemuda itu ialah: Mu'adz bin' Amr bin Jamuh, dan Mu'adz bin Afra').

Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1733.

Friday, May 18, 2012

Bencana Fitnah

Jumaat, 26 Jamadilakhir 1433H : Dari Hudzaifah r.a., katanya: "Pada suatu hari kami berada bersama-sama 'Umar bin Khaththab, lalu dia bertanya:
"Siapakah di antara Anda semua yang pernah mendengar Rasulullah saw. membicarakan perihal fitnah (bencana"?")
Jawab hadirin, "Kami pernah mendengar."
Kata 'Umar, "Barangkali yang Anda maksudkan, bencana yang terjadi dalam keluarga atau tetangga seseorang." Jawab mereka,
"Ya, benar!"
Kata 'Umar, "Bencana yang demikian dapat dihapus dengan solat, puasa dan sedekah. Tetapi siapa di antara Anda sekalian yang pernah mendengar Nabi saw. berbicara mengenai bencana besar yang terjadi seperti gelombang laut?"
Kata Hudzaifah, "Orang banyak diam saja. Kerana itu aku berkata: "Aku pernah dengar!"
Kata 'Umar, "Bagus, silakan bicara!"
Kata Hudzaifah, "Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Fitnah membentang dalam lubuk hati manusia sedikit demi sedikit bagaikan tenunan sehelai tikar. Hati yang menerimanya akan mendapat berbintik hitam, sedangkan hati yang menolak fitnah itu akan tetap putih cemerlang selama langit dan bumi masih ada. Hati yang telah kena bercak hitam, lama-lama akan menjadi sangat hitam bagaikan belanga tertelungkup. Dia tidak lagi mengenal baik dan buruk, tetapi hanya mengikuti kehendak hawa nafsunya semata-mata."
Kata Hudzaifah melanjutkan, "Antara Anda dengan berkecamuknya bencana besar itu terdapat sebuah pintu yang terkunci rapat, namun dikhuatirkan pintu itu akan dipecahkan orang."
Tanya Umar, "Akan dipecahkan orang? Bagaimanakah kiranya kalau pintu itu dibuka saja, barangkali dapat ditutup kembali dengan baik."
Kata Hudzaifah, "Pintu itu ialah seorang pemimpin utama yang kemudian tewas dibunuh orang. Dan hadis ini bukanlah sekadar cerita dongeng belaka. "

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0117.


Thursday, May 17, 2012

Penduduk Syurga Yang Terakhir

Khamis, 25 Jamadilakhir 1433H: Dari Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Aku tahu penduduk neraka yang terakhir keluar dari neraka, dan penduduk syurga yang terakhir masuk syurga. Yaitu orang yang keluar dari neraka sambil merangkak.
 
Allah Ta'ala berfirman kepadanya, "Pergilah dan masuklah ke syurga!" Lalu dia pergi ke syurga. Tetapi terbayang kepadanya syurga telah penuh. Kerana itu dia kembali kepada Tuhan dan berkata, "Ya, Tuhan ku! Ku dapati syurga telah penuh."
 
Firman Allah swt., "Pergilah dan masuklah ke syurga!" Dia pun pergi ke syurga. Sementara itu terbayang pula kepadanya syurga telah penuh. Kerana itu dia kembali pula kepada Tuhannya seraya berkata, "Ya, Tuhan ku. Ku dapati syurga telah penuh."
 
Allah berfirman pula kepadanya, "Pergilah, dan masuklah ke syurga!" Kemudian dia pergi. Tetapi tetap terbayang olehnya syurga telah penuh. Maka dia kembali lagi seraya berkata, "Ya, Tuhan ku! Ku dapati syurga telah penuh."
 
Allah berfirman kembali, "Pergilah, dan masuklah ke syurga. Untukmu tersedia tempat sepuluh kali luas dunia." Kata orang itu, "Apakah Engkau tidak mengolok-olokku? Engkau adalah Maha Raja." Kata Abdullah menambahkan, "Aku melihat Rasulullah saw. tertawa, sehingga kelihatan gigi beliau." Beliau bersabda, "Dikatakan kepada ku, itulah tempat penduduk syurga yang paling rendah,"


Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0151.

Wednesday, May 16, 2012

Amalan yang disukai Allah

Rabu, 24 Jamadilakhir 1433: Dari Abu Hurairah ra. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang menolong menghilangkan kesusahan orang mukmin, Allah Taala menghilangkan pula kesusahannya di hari kiamat kelak.
 
Siapa yang membantu memudahkan orang yang dalam kesulitan, Allah memudahkannya pula di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong hambanya selama hamba itu mahu menolong saudaranya.
 
Siapa berusaha mencari ilmu, Allah memudahkan baginya jalan ke syurga. Bila suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah (masjid) lalu mereka membaca Kitabullah dan mempelajarinya sesama mereka, diturunkan kepada mereka ketenangan dan diselubungi mereka dengan rahmat. Mereka dikerumuni oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebut dengan bangga kepada orang-orang yang di dekat-Nya.
 
Sedangkan orang yang lalai beramal, ia tidak akan dapat mengejar ketinggalannya dengan gelar kebangsawanan nya."


Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2322.

Tuesday, May 15, 2012

Buatlah Sesuatu Kerana Allah

Selasa, 23 Jamadilakhir 1433H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Pada hari kiamat kelak Allah Azza wa Jalla berfirman: Hai anak Adam! Aku sakit, mengapa tidak engkau kunjungi Aku?"
 
Jawab anak Adam, "Wahai Tuhan ku. Bagaimana mungkin aku mengunjungi Engkau padahal Engkau Tuhan semesta alam?"
 
Firman Allah Ta'ala, "Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba Ku si Fulan sakit, mengapa kamu tidak mengunjunginya? Apakah kamu tidak tahu seandainya kamu kunjungi dia, kamu akan mendapati Ku di sisinya?"
 
"Hai, anak Adam! Aku minta makan kepada mu, mengapa kamu tidak memberi Ku makan?"
 
Jawab anak Adam, "Wahai Tuhan. Bagaimana mungkin aku memberi Engkau makan, padahal Engkau Tuhan semesta alam?"
 
Firman Allah Ta'ala, "Apakah kamu tidak tahu, bahawa hamba Ku si Fulan minta makan kepada mu tetapi kamu tidak memberinya makan. Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu memberinya makan nescaya engkau mendapatkannya di sisi Ku?"
 
"Hai, anak Adam! Aku minta minum kepada mu, mengapa kamu tidak memberi Ku minum?"
 
Jawab anak Adam, "Wahai Tuhan, bagaimana mungkin aku memberi Engkau minum, padahal Engkau Tuhan semesta alam?" Firman Allah Ta'ala, "Hamba Ku si Fulan minta minum kepada mu, tetapi kamu tidak memberinya minum. Ketahuilah, seandainya kamu memberinya minum, nescaya kamu mendapatkannya di sisi Ku."


Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2201.

Friday, May 11, 2012

Jumaat Hari Berkumpul Umat Muhammad SAW

Jumaat,19 Jamadilakhir 1433H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Kita (umat Muhammad), adalah yang terakhir (datang ke dunia), tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu dari kita, sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu, yang Allah telah tunjukkan kepada kita, iaitu hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Esok (Sabtu) untuk kaum Yahudi, dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0807

Dari Hudzaifah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Allah swt. menyesatkan orang-orang yang sebelum kita tentang hari berkumpul (Jumaat, atau hari besar). Bagi orang Yahudi jatuhnya pada hari Sabtu, dan bagi orang Nasrani jatuhnya pada hari Ahad. Lalu Allah tunjuki kita, iaitu pada hari Jumaat. Kerana itu terjadilah beturut-turut tiga hari berkumpul (hari besar), iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad. Hari kiamat kelak, mereka pun mengikuti kita juga. Kita yang terakhir ke dunia, tetapi kita yang lebih dahulu diadili sebelum umat-umat yang lain-lain."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0808

Thursday, May 10, 2012

Nafsu Yang Tidak Pernah Cukup

Khamis, 18 Jamadilakhir 1433H: Dari Anas r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Andai kata manusia itu telah mempunyai harta benda sebanyak dua lembah, mereka masih ingin untuk mendapatkan satu lembah lagi. Tidak ada yang dapat mengisi perutnya sampai penuh melainkan hanya tanah (maut). Dan Allah menerima taubat orang yang taubat kepada-Nya." ( Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1009.)

Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: Saya dengar Rasulullah saw. bersabda: "Seandainya seorang anak Adam (manusia) mempunyai harta sepenuh dua lembah, tentulah ia meminta agar diberi harta selembah lagi. Rongga batang tubuh anak Adam itu hanya dapat dipenuhi (dipuaskan) dengan tanah. Setelah itu Tuhan memberi taubat kepada siapa yang taubat." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1739.)

Wednesday, May 9, 2012

Menyembunyi Keterangan AlQuran

Rabu, 17 Jamadilakhir 1433H: Diceritakan oleh Abu Hurairah, "Orang mengatakan, Abu Hurairah paling banyak meriwayatkan hadis.""Kalau tidaklah kerana dua ayat dalam Quran, nescaya saya tidak akan meriwayatkan hadis."
 
Kemudian dia membaca ayat: "Sesungguhnya mereka yang menyembunyikan keterangan dan pimpinan yang Kami turunkan sesudah kami jelaskan kepada manusia dalam Kitab, mereka itu dikutuk oleh Allah dan oleh orang-orang yang turut mengutuk. Kecuali mereka yang taubat, mengadakan perbaikan, dan menjelaskan kembali keterangan-keterangan Allah; maka taubat mereka itu akan Ku terima; Aku Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (S. Al Baqarah 2: 159 - 160).
 
Lalu Abu Hurairah meneruskan, "Saudara-saudara kita Para Muhajirin sibuk dengan perniagaan mereka di pasar-pasar, dan saudara-saudara kita kaum Ansar sibuk dengan urusan harta kekayaan mereka masing-masing. Tetapi saya selalu mengikuti Rasulullah ke mana-mana; di samping saya dapat memenuhi keperluan perut saya, saya pun dapat menghadiri ceramah-ceramah (pengajian-pengajian) Nabi yang mereka tidak dapat hadir, serta menghafal apa yang mereka tidak dapat hafal."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0084

Friday, May 4, 2012

Cerita Aisyah Semasa Rasulullah SAW Sakit.

Jumaat, 12 Jamadilakhir 1433H: Dari 'Ubaidillah bin Abdullah r.a., katanya dia datang ke rumah Aisyah hendak bertanya. "Dapatkah ibu menceritakan kepada ku tentang sakit Rasulullah saw"?" katanya.
Jawab 'Aisyah, "Baiklah! Ketika sakit Rasulullah saw. bertambah berat, beliau bertanya, "Sudah solatkah orang ramai?" Jawab kami, "Belum!" Mereka menunggu Anda, ya Rasulullah."
Sabda beliau, "Tolong sediakan air untukku di ember!" Setelah kami sediakan, maka beliau pun mandi. Kemudian beliau berusaha sedapat-dapatnya hendak pergi solat (berjemaah), tetapi tiba-tiba beliau jatuh pengsan. Setelah siuman beliau bertanya, "Sudah solatlah orang ramai?"
Jawab kami, "Belum! Mereka menunggu Anda, ya Rasulullah."
Lalu beliau bersabda, "Tolong sediakan untukku air di ember" Setelah kami sediakan, beliau pun mandi, dan sesudah itu beliau berusaha sedapat-dapatnya hendak pergi solat, tetapi tiba-tiba beliau pengsan lagi. Setelah siuman dia bertanya pula, "Sudah solatkah orang ramai?"
Jawab kami, "Belum! Mereka menunggu Anda, ya Rasulullah."
Sabda beliau, "Tolong sediakan untukku air di ember!" Setelah kami sediakan, maka beliau pun mandi, kemudian beliau berusaha sedapat-dapatnya hendak pergi solat, tetapi beliau pengsan lagi. Setelah siuman beliau bertanya pula, "Sudah solatkah orang ramai?"
Jawab kami, "Belum! Mereka menunggu Anda, ya Rasulullah'"
Kata 'Aisyah, "Ketika itu jemaah tetap diam di masjid menunggu Rasulullah saw. hendak solat 'Isya. Kemudian Rasulullah menyuruh seseorang kepada Abu Bakar, supaya menyuruhnya mengimami solat orang ramai.
Jawab Abu Bakar, dia seorang yang lemah lembut. "Hai, 'Umar! Andalah yang lebih patut menjadi imam!" Kata 'Aisyah, "Akhirnya Abu Bakarlah yang mengimami mereka solat, sehingga beberapa hari lamanya. Kemudian, setelah sakit Rasulullah saw. beransur ringan, beliau pergi solat Zohor di papah oleh dua orang lelaki, salah seorang di antaranya ialah 'Abbas, Ketika beliau tiba, ternyata Abu Bakar telah mulai solat mengimami orang ramai. Tatkala Abu Bakar menyadari bahawa Rasulullah datang, dia berusaha hendak mundur dan memberi kesempatan kepada Nabi menjadi imam. Tetapi Nabi saw. memberi isyarat kepadanya agar tetap berada di tempat dan jangan mundur.
Sementara itu Nabi berkata kepada kedua orang yang memapah beliau, "Dudukkan aku di samping Abu Bakar!" Lalu keduanya mendudukkan beliau disamping Abu Bakar. Abu Bakar solat sambil berdiri mengikuti solat Rasulullah saw., sedangkan orang ramai solat mengikuti Abu Bakar, padahal Nabi sendiri solat sambil duduk.
Kata 'Ubaidillah, "Kemudian aku datang ke rumah 'Abdullah bin 'Abbas lalu kataku kepadanya, "Apakah anda belum tahu hadis yang diriwayatkan 'Aisyah tentang sakit Rasulullah saw"?"
Jawab 'Abdullah, "Ceritakanlah!" Lalu kuceritakan hadis itu kepadanya, tetapi dia tidak membantah apa-apa selain katanya, "Apakah 'Aisyah tidak menyebutkan kepada mu orang yang satu lagi?" Jawab ku, "Tidak'" Kata 'Abdullah bin 'Abbas, "Orang itu ialah 'Ali!"
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0370.

Thursday, May 3, 2012

Pengajaran Dari Allah & Rasul

Khamis, 11 Jamadilakhir 1433H:Dari 'Iyadh bin Himar Al Mujasyi'iy r.a. katanya: "Pada suatu hari Rasulullah saw. bersabda dalam khutbah sebagai berikut:

"Ketahuilah! Sesungguhnya Tuhan ku memerintahkan kepada ku supaya mengajarkan kepada kamu sekalian apa-apa yang belum kamu ketahui. Iaitu pengajaran yang diajarkan Allah kepada ku hari ini.

Firman Allah: Setiap harta yang Aku (Allah) berikan kepada seseorang hamba adalah halal. Dan sesungguhnya Aku telah menciptakan hamba-hamba-Ku semuanya berada dalam agama yang lurus. Tetapi mereka kemudian didatangi oleh syaitan-syaitan lalu syaitan membelokkan mereka dari agama mereka dan mengharamkan apa-apa yang telah Ku halalkan bagi mereka, dan menyuruh mereka supaya mempersekutukan-Ku dengan sesuatu yang tidak diberi kekuasaan apa-apa. Sesungguhnya Allah mengawasi penduduk bumi dengan kemarahan, baik bangsa Arab maupun bangsa Ajam, kecuali sisa-sisa Ahli Kitab.

Firman Allah Ta'ala, "Sesungguhnya Aku mengutus engkau untuk mengujimu dan menguji orang lain dengan engkau. Aku turunkan kepada mu Kitab yang tidak hilang kena air, yang dapat engkau baca di waktu tidur dan bangun. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada ku supaya membangkitkan kemarahan orang-orang Quraisy." Jawab ku, "Ya, Tuhan ku! Nanti mereka pecah kepala ku dan mereka tinggalkan seperti (pecahan) roti."

Firman Allah, "Usir mereka seperti mereka mengusirmu. Perangi mereka, nanti Kami bantu kamu memerangi mereka. Keluarkan segala dana, nanti Kami beri dana engkau. Kirim pasukan tentera, nanti Kami kirim pula tentera membantumu lima kali lipat. Perangilah olehmu bersama-sama orang yang taat kepada mu, mereka yang durhaka kepada mu.

Firman Allah Ta'ala, "Penduduk syurga ada tiga macam:
(1) Penguasa yang adil, pemurah, dan bertindak sesuai dengan hukum.
(2) Orang yang berhati pengasih dan berhati lembut terhadap karib kerabat dan kaum muslimin.
(3) Orang daif yang tidak terkendalikan otaknya, mereka di samping kamu hanyalah ikut-ikutan, mereka tidak mahu berkeluarga dan tidak menghendaki kekayaan.

Penduduk neraka ada lima macam:
(1) Orang daif yang tidak mempergunakan otaknya, mereka hanya menjadi pengikut, tidak berusaha mencari nafkah untuk diri dan keluarganya.
(2) Pengkhianat yang tidak tahu malu, sampai hal-hal kecil dikhianatinya juga.
(3) Orang yang pagi petang berusaha hendak menipumu, tentang keluargamu, dan harta mu, (4) Orang bakhil atau pendusta.
(5) Orang yang bermulut kotor (orang yang berperangai buruk dan suka menggunjing).

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2442

Thursday, April 26, 2012

Sedekah Yang DiTerima Allah

Khamis, 4 Jamadilakhir 1433H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Tidak seorang pun yang menyedekahkan hartanya yang halal - di mana Allah memang tidak menerima melainkan hanya yang halal - melainkan Allah menerimanya dengan kanan-Nya (dengan baik), walaupun sedekahnya itu hanya sebutir kurma. Maka kurma itu akan bertambah besar di tangan Allah Yang Maha Pengasih, sehingga menjadi lebih besar daripada sebuah gunung.
 
Demikianlah Allah memelihara sedekahmu, sebagaimana halnya kamu memelihara anak kambing dan anak unta (yang semakin lama semakin besar)."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0969.

Tuesday, April 24, 2012

Madinah

Selasa, 2 Jamadilakhir 1433H: Dari 'Aisyah r.a.. katanya: "Ketika Rasulullah saw. tiba di Madinah, Abu Bakar dan Bilal terkena demam panas. Ketika Abu Bakar sedang naik panasnya, ia berkata: "Pagi-pagi, setiap orang (santai) dengan keluarganya, padahal maut mencekam lebih dekat dari tali terompahnya."

Bilal apabila turun panasnya, dengan suara keras dia berkata: "Wahai kiranya ingatanku dapatkah kiranya aku bermalam agak semalam, Di sebuah lembah, dikelilingi pohon izkhir dan jalil, Dapatkah aku sampai pada suatu hari ke air Majannah, dan dapat jelas bagi ku bukit Syamah dan Thafil." Selanjutnya ia berdoa: "Wahai Allah! Ku tukilah kiranya Syaibah bin Rabiah, 'Utbah bin Rabiah dan Umayyah bin Khalaf, sebagaimana mereka mengusir kami dari negeri kami ke negeri penyakit."

Kemudian Nabi saw. berdoa: "Wahai, Allah! Berilah kami kecintaan terhadap Madinah sebagaimana kami mencintai Mekah atau lebih dari itu. Wahai, Allah! Berilah kiranya keberkatan bagi kami pada gantang dan cupak kami. Jadikanlah Madinah ini sihat untuk kami dan pindahkanlah penyakitnya ke Juhfah."

Kata 'Aisyah, "Ketika kami tiba di Madinah, kota itu merupakan bumi Allah tempat wabak penyakit."

Kata 'Aisyah meneruskan, "Sungainya yang mengalir, airnya keruh (kerana mengandungi kuman-kuman penyakit)."
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0927.

Monday, April 23, 2012

Kenikmatan Syurga & Keseksaan Neraka


Isnin, 1 Jamadilakhir 1433H : Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Kelak di akhirat, penduduk neraka yang hidup serba nikmat di dunia, dia akan dibenamkan ke dalam api kemudian di tanya, "Hai anak Adam! Adakah kamu menerima kebaikan dan merasa kenikmatan?" Jawabnya, "Tidak, demi Allah, ya Tuhan!" Kemudian dihadapkan pula penduduk syurga yang hidup di dunia serba susah. Dia dimasukkan ke syurga kemudian ditanya, "Adakah kamu mengalami kesengsaraan dan merasai kesusahan?" Jawabnya, "Tidak, demi Allah, ya Tuhan! Aku tidak mengalami sengsara dan tidak merasa susah." Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2402
  
 

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda bahawa Allah Ta'ala telah berfirman: "Ku sediakan bagi hamba-hamba-Ku yang soleh segala kenikmatan yang belum pernah dilihat mata, belum pernah didengar telinga, bahkan belum pernah tergambar dalam hati sanubari manusia. Sesuai dengan firman Allah Ta'ala di dalam Kitab-Nya yang mulia, "Tidak seorang pun yang mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka (iaitu segala macam kenikmatan) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. " (As Sajdah, 32: 17) Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2419.

Friday, April 20, 2012

Antara Larangan Rasulullah SAW

Jumaat, 28 Jamadilawal 1433H: Dari Jabir r.a. katanya: "Rasulullah saw. melarang makan dengan tangan kiri, berjalan dengan terompah sebelah, berpakaian seperti karung (tanpa tangan dan tanpa baju dalam), dan duduk mencangkung (duduk dengan meninggikan lutut) dengan pakaian selapis (tanpa celana dalam) sehingga aurat terbuka."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1986.

Thursday, April 19, 2012

Kematian - Allah Redha atau Benci

Khamis, 19 Jamadilawal 1433H: Dari 'Ubadah bin as-Shamit, dari Nabi saw., beliau bersabda: "Siapa yang cinta untuk bertemu dengan Allah, maka Allah juga cinta untuk menemuinya." Siapa yang benci untuk bertemu dengan Allah, maka Allah juga benci untuk bertemu dengannya."

Lalu 'Aisyah atau salah seorang isteri Nabi yang lain berkata: "Kami memang benci untuk mati."

Nabi berkata: "Bukan begitu! Tetapi seorang yang beriman, kalau kematian telah datang kepadanya, maka ia diberi berita gembira dengan keredhaan dan kemurahan Tuhan. Maka tidak ada yang lebih disenanginya selain dari apa yang di depannya (akan diperolehnya). Kerana itu, ia cinta untuk menemui Allah dan Allah cinta pula untuk bertemu dengannya. Sedangkan orang yang kafir kalau telah didatangi kematian, maka ia diberi berita tentang seksaan dan hukuman Allah. Kerana itu tidak ada yang lebih dibencinya dari apa yang di depannya (akan ditanggungkannya). Ia benci bertemu dengan Allah, dan Allah benci pula bertemu dengannya."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1748.

Tuesday, April 10, 2012

Seksa Kubur

Selasa, 18 Jamadilawal 1433H: Dari Zaid bin Tsabit r.a. katanya: "Ketika Nabi saw. berada di sebidang kebun Bani Najjar mengenderai keldai, kami ada bersama-sama beliau. Tiba-tiba keldai itu membelok sehingga beliau hampir jatuh. Kiranya di sana terdapat empat atau enam kubur.

Tanya beliau, "Siapakah di antara kalian yang tahu, kubur-kubur ini milik siapa?" Seorang lelaki berkata: "Aku!"

Tanya Nabi saw., "Bila mereka meninggal?" Jawab, "Mereka mati dalam syirik."

Sabda Rasulullah saw., "Mereka sedang diseksa dalam kubur. Seandainya aku tidak khuatir yang kamu semua akan takut menguburkan mayat, akan ku mohon kepada Allah Ta'ala supaya Dia memperdengarkan kepada mu sekalian bagaimana dahsyatnya seksa kubur seperti yang terdengar olehku."

Kemudian beliau hadapkan mukanya kepada kami seraya bersabda, "Berlindunglah kamu dengan Allah dari seksa neraka!" Kata para sahabat, "Kami berlindung dengan Allah dari seksa neraka."

Sabda beliau, "Berlindunglah kamu semua dengan Allah dari seksa kubur!" Kata para sahabat, "Kami berlindung dengan Allah dari seksa kubur."

Sabda beliau, "Berlindunglah kamu semua dengan Allah dari fitnah, baik yang nyata mahupun yang tersembunyi." Kata para sahabat, "Kami berlindung dengan Allah dari fitnah, baik yang nyata mahupun yang tersembunyi."

Sabda beliau, "Berlindunglah kamu semua dari fitnah (bencana) Dajjal!" Kata para sahabat, "Kami berlindung dengan Allah dari fitnah Dajjal."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2444.

2 Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Dua orang wanita tua bangsa Yahudi datang ke rumahku, lalu keduanya berkata: "Sesungguhnya ahli kubur itu diseksa dalam kuburnya."

Aku mendustakan ucapan mereka dan tidak mahu mengiakannya. Setelah mereka keluar, Rasulullah saw. datang. Lalu ku ceritakan kepada beliau kedatangan wanita tua Yahudi itu serta ucapan mereka yang mengatakan bahawa ahli kubur diseksa dalam kubur mereka.

Jawab Rasulullah saw., "Mereka benar! Memang ahli kubur itu diseksa, sehingga seksaan mereka itu terdengar oleh binatang ternak."

Kata 'Aisyah, "Semenjak itu, ku lihat beliau sentiasa berlindung dengan Allah dan seksa kubur dalam solat."

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0543.

Monday, April 9, 2012

Taubat

Isnin,17 Jamadilawal 1433H: Dari Abu Sa'id r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda:

"Ada seorang laki-laki Bani Israil yang telah membunuh sembilan puluh sembilan orang. Kemudian ia pergi bertanya. Ia datang pada seorang rahib (pendeta), lalu ditanyakannya: "Dapatkah taubat saya diterima?" Jawab pendeta: "Tidak!" Pendeta itu pun lalu dibunuhnya.

Kemudian ia terus hendak bertanya. Seorang laki-laki berkata kepadanya: "Pergilah engkau ke desa itu!" Lalu dia mati dekat desa yang ditujunya itu. Maka bertengkarlah malaikat rahmat dan malaikat azab tentang keadaannya.

Tuhan mewahyukan kepada desa yang ditujunya itu: "Dekatlah!" Dan Tuhan mewahyukan kepada desa yang ditinggalkannya: "Jauhlah" Tuhan lalu berfirman kepada malaikat tadi:

"Ukurlah jarak antara kedua desa itu". Maka didapati bahawa ia lebih dekat sejengkal ke tempat yang ditujunya. Lalu ia diampuni Tuhan".

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1512.

Friday, April 6, 2012

Ganjaran Solat DI Masjid

Jumaat, 14 Jamadilawal 1433H: Diriwayatakan daripada Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda:”sesiapa yang pergi ke masjid pagi atau petang nescaya disediakan Allah tempat baginya di syurga, setiap kali dia pergi pagi atau petang.”
(HR al-Bukhari)

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a, beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang yang paling besar pahala solatnya ialah orang yang paling jauh (dari masjid). Dan sesudah itu ialah orang yang menunggu-nunggu waktu untuk solat sehingga ia solat dengan imam, lebih besar pahalanya daripada ia solat (sendiri) kemudian ia tidur.” (HR al-Bukhari)

Dari Ubai bin Kaab r.a katanya:”Ada seorang lelaki yang setahuku dialah yang paling jauh tempat tinggalnya dari masjid. Walaupun begitu dia tidak pernah ketinggalan bersolat jamaah. Kata orang kepadanya:”Alangkah baiknya jika kamu membeli seekor keldai untuk tunggangan kamu di malam gelap atau di panas terik.” Dia menjawab:”Aku tidak suka tinggal berdekatan dengan masjid kerana aku ingin supaya setiap langkahku pergi dan pulang dari masjid ditulis Allah pahalanya bagiku.” Sabda Rasulullah SAW :”Allah mengumpulkan pahala semuanya itu bagi mu.”(HR Muslim)

Thursday, April 5, 2012

Bencana Fitnah

KhamisDari Hudzaifah r.a., katanya: "Pada suatu hari kami berada bersama-sama 'Umar bin Khaththab, lalu dia bertanya: "Siapakah di antara Anda semua yang pernah mendengar Rasulullah saw. membicarakan perihal fitnah (bencana"?")

Jawab hadirin, "Kami pernah mendengar."

Kata 'Umar, "Barangkali yang Anda maksudkan, bencana yang terjadi dalam keluarga atau tetangga seseorang."

Jawab mereka, "Ya, benar!"

Kata 'Umar, "Bencana yang demikian dapat dihapus dengan solat, puasa dan sedekah. Tetapi siapa di antara Anda sekalian yang pernah mendengar Nabi saw. berbicara mengenai bencana besar yang terjadi seperti gelombang laut?"

Kata Hudzaifah, "Orang banyak diam saja. Kerana itu aku berkata: "Aku pernah dengar!"

Kata 'Umar, "Bagus, silakan bicara!"

Kata Hudzaifah, "Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Fitnah membentang dalam lubuk hati manusia sedikit demi sedikit bagaikan tenunan sehelai tikar. Hati yang menerimanya akan mendapat berbintik hitam, sedangkan hati yang menolak fitnah itu akan tetap putih cemerlang selama langit dan bumi masih ada. Hati yang telah kena bercak hitam, lama-lama akan menjadi sangat hitam bagaikan belanga tertelungkup. Dia tidak lagi mengenal baik dan buruk, tetapi hanya mengikuti kehendak hawa nafsunya semata-mata."

Kata Hudzaifah melanjutkan, "Antara Anda dengan berkecamuknya bencana besar itu terdapat sebuah pintu yang terkunci rapat, namun dikhuatirkan pintu itu akan dipecahkan orang."

Tanya Umar, "Akan dipecahkan orang? Bagaimanakah kiranya kalau pintu itu dibuka saja, barangkali dapat ditutup kembali dengan baik."

Kata Hudzaifah, "Pintu itu ialah seorang pemimpin utama yang kemudian tewas dibunuh orang. Dan hadis ini bukanlah sekadar cerita dongeng belaka. "

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0117.

Wednesday, April 4, 2012

Solat Istikharah

Rabu, 12 Jamadilawal 1433H: Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah saw. mengajarkan kepada kami solat istikharah untuk segala urusan, seperti dia mengajarkan kepada kami surat Al Quran;

Sabda beliau: "Apabila seseorang kamu hendak melakukan sesuatu pekerjaan, lebih dahulu hendaklah ia solat dua rakaat yang bukan fardu, kemudian membaca doa:

"Allahumma inni astakhairuka bi'ilmika waastaqdirukabi qudratika waas-aluka min fadhlikal 'azhim; Fainnaka taqdiru wa laa aqdiru wata'lamu wa laa a'lamu wa anta 'allamul ghuyuub. Allaahumma inkunta ta'lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wa ma'aasyi wa 'aaqibatu amri ('ajili amri wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarik lii fiihi. Wa inkunta ta'lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diini wa ma'aasyi wa 'aaqibatu amrii ('ajili amri wa aajilihi) fashrifhu 'annii washrifnii 'anhu waqdur liyal khaira haitsu kaana tsummaardhini."

Ertinya: (Wahai Allah! Sesungguhnya aku mohon pilihan kepada Engkau dengan ilmu Engkau, dan mohon kuasa kepada Engkau dengan kekuasaan Engkau, dan aku meminta kepada Engkau kurniaMu yang Maha Agung. Sesungguhnya Engkau Maha kuasa, sedangkan aku tidak kuasa. Dan Engkau Maha Tahu, sedangkan aku tidak tahu. Dan Engkau Maha Tahu segala yang ghaib. Wahai, Allah! Jika menurut pengetahuanMu pekerjaan ini baik bagi agamaku, bagi kehidupanku, dan akibat kesudahannya, maka berilah aku kesanggupan untuk melaksanakannya serta mudahkanlah dia bagi ku, kemudian berikan berkat bagi ku padanya. Dan jika menurut pengetahuanMu pekerjaan ini tidak baik bagi agama, kehidupan serta akhir kesudahannya, maka singkirkanlah dia dari ku, dan jauhkanlah aku daripadanya, serta tukarlah bagi ku dengan yang lebih baik daripadanya, kemudian redhailah dia bagiku."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0612.

Tuesday, April 3, 2012

Wafatnya Ulama, Hilanglah Ilmu

Selasa,11 Jamadilawal 1433H : Dari Urwah r.a. katanya: Abdullah bin Umar naik haji bersama dengan kami, dan kami dengar dia berkata: Saya mendengar Nabi saw. bersabda:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengambil (menghilangkan) ilmu sekaligus sesudah diberikanNya, melainkan mengambil itu dengan mengambil (mewafatkan) ahli ilmu (Ulama) bersama ilmunya. Maka tinggallah orang-orang bodoh. Mereka diminta fatwanya, lalu mereka berfatwa menurut kemahuan sendiri. Sebab itu, mereka menyesatkan dan sesat."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1964.

Monday, April 2, 2012

Imam Perlu Meraikan Makmum

Isnin, 10 Jamadilawal 1433H: Dari Jabir bin 'Abdullah, bahawa Muaz bin Jabal r.a. bersolat dengan Rasulullah saw. Setelah itu ia kembali kepada kaumnya dan solat dengan mereka, lalu ia membaca surah al-Baqarah.

Ada seorang laki-laki mendahului dan solat dengan ringkas saja. Hal itu disampaikan orang kepada Muaz. la berkata: "Orang itu munafik."

Berita ini sampai kepada orang itu. Lalu ia datang kepada Nabi saw. dan berkata; "Ya Rasulullah, kami ini bekerja dengan tangan kami. Kami mengairi kebun-kebun kami. Kemarin Muaz solat dengan kami, dan ia membaca surah al Baqarah. Lalu saya mendahului. Ia menuduh saya munafik!"

Rasulullah saw. berkata: "Hai Muaz, tukang membuat keributankah engkau?" Rasul mengucapkannya tiga kali. Bacalah surah 'Wasy-syamsi wa dhuhaha', surah 'Sabbihisma rabbikal a'la', dan surah-surah yang seperti itu."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1713.

Friday, March 30, 2012

Kutukan Allah Kepada Orang Munafik

Jumaat, 7 Jamadilawal 1433H; Dari Abu Mas'ud r.a., katanya: "Kami diperintahkan Rasulullah saw. supaya bersedekah, sedangkan kami hanya sebagai pekerja kasar, atau kuli.

Namun Abu 'Uqail bersedekah setengah gantang. Kemudian yang lain-lain mengikutinya dengan menyedekahkan apa saja, namun lebih banyak dari itu.

Melihat kenyataan itu, orang-orang munafik berkata: Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Dia tidak membutuhkan sedekah ini dan itu. Dan mereka melakukan ini semua, hanya kerana riak semata-mata."

Kerana ucapan mereka itu, maka turunlah ayat:, "(Orang-orang munafik, yaitu) mereka yang mencela orang-orang mukmin yang memberikan sedekah dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu untuk disedekahkan) selain hasil jerih payah mereka. Maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan membalas penghinaan mereka itu dengan seksa yang pedih. " (At-Taubah : 79).

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0975.

Thursday, March 29, 2012

Diseksa Didalam Kubur

Khamis, 6 Jamadilawal 1433H: Ibnu Abbas r.a. menceritakan: "Nabi saw. berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh beliau suara dua orang sedang diseksa dalam kuburnya.

Maka berkata Nabi saw., "Keduanya diseksa bukanlah kerana dosa besar."

Kemudian Nabi melanjutkan perkataannya, "Yang seorang diseksa kerana kencing di tempat terbuka, dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan."

Sesudah itu Nabi menyuruh ambil sebuah pelepah tamar, lalu dipatah dua oleh beliau, dan diletakkannya di atas kedua kuburan itu masing-masing sepotong.

Seseorang bertanya, "Ya, Rasulullah! Mengapa Anda lakukan itu?"

Jawab Nabi, "Mudah-mudahan keduanya mendapat keringanan, selama pelepah tamar itu tidak kering."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0149.

Wednesday, March 28, 2012

Rezeki Halal & Doa

Rabu, 5 Jamadilawal 1433H : Dari Abu Hurairah r.a., katanya "Rasulullah saw. bersabda : "Hai, manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik pula. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul.

Firman-Nya: "Wahai, para Rasul! Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al Mukminun : 51)

"Wahai, orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu.. " (Al Baqarah : 172)

Kemudian Nabi saw. menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya. Sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadahkan tangannya ke langit seraya mendoa: "Wahai, Tuhan ku! Wahai, Tuhanku!" Padahal, makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram, dan dia diasuh dengan makanan yang haram, maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya?"

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0971.

Tuesday, March 27, 2012

Syafaat Rasulullah SAW

Selasa, 4 Jamadilawal 1433H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Pada suatu hari dibawa orang kepada Rasulullah saw. masakan daging kesukaan beliau, lalu dimakannya. Sesudah makan beliau bersabda, "Aku adalah pemimpin umat manusia di hari kiamat. Tahukah anda, mengapa Allah mengumpulkan semua umat sejak yang pertama-tama sampai yang terakhir di dalam satu lapangan?

Di sana diperdengarkan kepada mereka teriak orang memanggil-manggil, yang menyebabkan segala pemandangan tertuju kepada mereka; matahari dekat sekali kepada mereka, sehingga mereka keluh-kesah kerana tak sanggup menanggung derita. Mereka berkata sesamanya, "Tidakkah kamu fikirkan derita yang kamu alami, mengapa tidak kamu cari orang yang dapat membelamu di hadapan Tuhanmu?"

Berkata yang lain, "Datanglah kepada Adam!" Mereka pergi kepada Adam, lalu kata mereka, "Wahai, Adam! Anda adalah Bapa manusia yang diciptakan Allah dengan tangan-Nya sendiri. Kemudian ditiupkan-Nya ruhNya di tubuh Anda, dan diperintahkan-Nya malaikat supaya sujud kepada Anda, lalu mereka sujud. Belalah kami di hadapan Tuhan mu. Bukankah Anda telah menyaksikan bagaimana pedihnya penderitaan yang kami alami ini."

Jawab Adam, "Sesungguhnya pada hari ini Tuhan sangat marah kepada ku. Tidak pernah Dia marah semarah ini. Dia melarang ku mendekati sebatang pohon, tetapi aku mendurhakai-Nya. Wahai, aku salah! Aku salah! Kerana itu pergilah kepada yang lain. Pergilah kepada Nuh!" Mereka pergi kepada Nuh, seraya berkata, "Anda adalah Rasul yang pertama-tama dikirim ke bumi. Dan Allah menjuluki anda dengan 'Abdan Syakuran' (hamba yang bersyukur). Belalah kami di hadapan Tuhan anda. Bukankah anda telah melihat bagaimana pedihnya derita kami?"

Jawab Nuh kepada mereka, "Sesungguhnya Tuhan ku sangat marah hari ini. Tidak pernah Dia semarah ini sebelum dan sesudahnya. Aku memikul tugas memanggil umat ku (ke dalam agama Allah). Tetapi apalah daya ku, aku berdoa agar umat ku dimusnahkan. Kerana itu pergilah kepada Ibrahim a.s.!" Kerana itu mereka datang kepada Ibrahim, lalu berkata, "Anda adalah 'Nabiyullah wa Khaliluhu' (Nabi Allah dan kekasih-Nya) dari penduduk bumi. Kerana itu belalah kami di hadapan Tuhan Anda. Bukankah anda telah melihat penderitaan kami sudah sampai di puncaknya?"

Ibrahim menjawab kepada mereka, "Sesungguhnya Tuhan ku sangat marah pada ku hari ini. Tidak pernah Dia semarah ini sebelum dan sesudahnya." Lalu dia menyebutkan beberapa kebohongannya dan sesudah itu dia berkata, "Wahai, malang diri ku! Malang diri ku! pergilah kamu sekalian kepada Musa a.s.!" Mereka pun pergi mendatangi Musa a.s. dan berkata kepadanya, "Hai, Musa! Anda adalah Rasulullah wa Kalimatuhu (Rasul Allah dan kawan-Nya berbicara). Belalah kami di hadapan Tuhan mu. Bukankah anda telah menyaksikan derita kami sudah sampai dipuncaknya?"

Jawab Musa a.s., "Sesungguhnya Tuhan ku sedang marah hari ini. Belum pernah Dia semarah ini sebelum dan sesudahnya. Aku pernah membunuh orang yang tidak diperintahkan membunuhnya. Wahai, malang kiranya aku, malang kiranya aku! Kerana itu temuilah 'Isa a.s." Mereka pergi kepada 'Isa lalu berkata, "Hai, 'Isa! Anda adalah Rasulullah. Dan Anda sanggup berbicara dengan manusia selagi Anda masih dalam ayunan. Dan Anda Kalimah Allah yang ditujukan-Nya kepada Maryam serta setiup ruh daripada-Nya. Belalah kami di hadapan Tuhan anda. Bukankah anda telah melihat penderitaan kami sudah sampai di puncaknya?"

Jawab 'Isa kepada mereka, "Sesungguhnya Tuhan ku sedang marah hari ini. Tidak pernah Dia semarah ini sebelum dan sesudahnya." Tetapi 'Isa tidak menyebutkan dosanya. Dia berkata, "Wahai, malang kiranya aku. Kerana itu pergilah kepada yang lain. Pergilah kepada Muhammad saw."

Lantas mereka datang kepada ku, lalu berkata, "Ya, Muhammad! Anda adalah Rasulullah dan penutup segala Nabi. Allah telah mengampuni dosa anda yang lama dan yang baru. Kerana itu belalah kami di hadapan Tuhan anda.Bukankah anda telah melihat penderitaan kami sudah sampai di puncaknya?"Mendengar permintaan mereka itu, maka aku pergi sehingga tiba di bawah 'Arasy. Di sana aku sujud kepada Tuhan ku. Lalu Allah membukakan hijab bagi ku serta mengilhamkan kepada ku kalimah-kalimah pujian dan sanjungan-sanjungan yang indah terhadap-Nya, yang belum pernah diajarkan-Nya kepada orang lain sebelum ku.

Kemudian Allah berfirman, "Ya, Muhammad! Angkatlah kepalamu! Mintalah! Permintaanmu akan dikabulkan. Belalah! Pembelaanmu akan diterima." Maka ku angkat kepala ku seraya berkata, "Wahai, Tuhan ku! Umat ku! Umat ku!" Lalu difirmankan Allah kepada ku, "Ya, Muhammad! Masukkanlah ke syurga umatmu yang tidak perlu lagi dihisab (diadili), melalui pintu-pintu sebelah kanan, sedangkan yang lain, secara bersama-sama dari pintu-pintu yang lain." Demi Allah, yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya jarak antara dua daun pintu dari pintu-pintu syurga itu adalah kira-kira sejauh antara Mekah dengan Hajar atau antara Mekah dengan Bushra." Hadis Sahih Muslim Jilid 1.Hadis Nombor 0155.

Friday, March 23, 2012

Taat

Jumaat,30 Rabiulakhir 1433H: Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah saw., sabdanya: "Siapa yang taat kepada ku bererti dia taat kepada Allah. Siapa yang durhaka kepada ku bererti dia durhaka kepada Allah.

Siapa yang taat kepada Amirku (pegawai yang ku lantik) bererti dia taat kepada ku. Siapa yang durhaka kepada pegawai yang ku lantik bererti dia durhaka kepada ku."(Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1802.

Dari 'Auf bin Malik r.a., dari Rasulullah saw., katanya: "Imam (pemimpin atau pembesar) yang terbaik ialah mereka yang mencintai mu dan kamu mencintai mereka; mereka mendoakan kamu dan kamu mendoakan mereka. Imam yang paling buruk (jahat) ialah yang kamu benci dan mereka membenci mu; kamu mengutuk mereka dan mereka mengutuk mu."

Bertanya seseorang, "Ya, Rasulullah! Bolehkah kami menyingkirkannya dengan pedang?" Jawab Rasulullah saw., "Tidak, selama mereka masih solat bersama-sama kamu. Apabila kamu lihat suatu tindakan (kebijaksanaan) yang tidak baik dari pembesar mu, proteslah tindakannya, dan jangan lepas tangan untuk tidak taat (terhadap tindakannya yang baik)." ( Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1821.)

Thursday, March 22, 2012

Kenikmatan Di Akhirat

Khamis, 29 Rabiulakhir 1433H: Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Kelak di akhirat, penduduk neraka yang hidup serba nikmat di dunia, dia akan dibenamkan ke dalam api kemudian di tanya, "Hai anak Adam! Adakah kamu menerima kebaikan dan merasa kenikmatan?" Jawabnya, "Tidak, demi Allah, ya Tuhan!"


Kemudian dihadapkan pula penduduk syurga yang hidup di dunia serba susah. Dia dimasukkan ke syurga kemudian ditanya, "Adakah kamu mengalami kesengsaraan dan merasai kesusahan?" Jawabnya, "Tidak, demi Allah, ya Tuhan! Aku tidak mengalami sengsara dan tidak merasa susah." ( Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2402.)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda bahawa Allah Ta'ala telah berfirman: "Ku sediakan bagi hamba-hamba-Ku yang soleh segala kenikmatan yang belum pernah dilihat mata, belum pernah didengar telinga, bahkan belum pernah tergambar dalam hati sanubari manusia.


Sesuai dengan firman Allah Ta'ala di dalam Kitab-Nya yang mulia, "Tidak seorang pun yang mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka (iaitu segala macam kenikmatan) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. " (As Sajdah, 32: 17) ( Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2419.)