Tuesday, April 4, 2017

Kejadian Bumi

Selasa, 7 Rejab 1438H: Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. memegang tangannya, lalu beliau bersabda:

"Allah Azza wa Jalla menjadikan tanah pada hari Sabtu,

memasakkan gunung pada hari Ahad,

menumbuhkan pohon-pohon pada hari Isnin,

menjadikan bahan-bahan mineral pada hari Selasa,

menjadikan cahaya pada hari Rabu,

menebarkan binatang pada hari Khamis,

dan menjadikan Adam Alaihissalam sesudah Asar pada hari Jumaat setelah selesai tercipta seluruh makhluk

dan pada saat terakhir di hari Jumaat antara 'Asar dan malam."

Hadis Sahih Muslim

Monday, April 3, 2017

Malaikat Malam Dan Siang

Isnin, 6 Rejab 1438H: Berita dari Abu Hurairah r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: 

"Para malaikat bergiliran datang kepada mu malam dan siang. 

Dan semuanya bertemu ketika solat Subuh dan solat Asar. 

Kemudian malaikat yang jaga malam naik ke langit. Maka bertanyalah Tuhan kepada mereka (padahal Allah swt. sesungguhnya lebih tahu), "Bagaimanakah halnya hambaKu yang kamu tinggalkan?" 

Jawab mereka, "Kami tinggalkan mereka sedang solat Subuh, dan kami dapati mereka sedang solat Asar."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0316.

Friday, March 31, 2017

Solat Awal Waktu

Jumaat, 3 Rejab 1438H: Dari Abu Umamah bin Sahal katanya: "Kami solat Zohor berjemaah bersama-sama dengan 'Umar bin 'Abdul 'Aziz. Setelah selesai solat kami pergi ke rumah Anas bin Malik, kami dapati dia sedang solat Asar. 

Aku bertanya, "Pakcik baru selesai solat apa?" 

Jawabnya, "Solat Asar. Beginilah solat Rasulullah saw. yang sentiasa kami lakukan bersama-sama dengan beliau (iaitu pada awal waktu)."

Hadis Sahih Muslim

Thursday, March 30, 2017

Solat Orang Munafik

Khamis, 2 Rejab 1438H: Dari Al 'Ala' bin 'Abdur Rahman r.a., katanya dia bertemu dengan Anas bin Malik di rumah Anas di Bashrah, setelah selesai solat Zohor.

Rumah Anas berada di sebelah masjid. Ketika kami masuk ke rumahnya, dia bertanya, "Sudah solat Asarkah anda?"

Jawab kami, "Baru saja sebentar ini kami selesai solat Zohor." 

"Kerjakanlah solat Asar." Lalu kami solat.

Sesudah selesai solat, lalu dia berkata, katanya, "Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda : Yang demikian itu solat orang munafik. Ditunggu-tunggunya matahari berada di antara dua tanduk syaitan barulah dia solat empat rakaat dengan tergesa-gesa tanpa mengingat Allah dalam solatnya melainkan sedikit sekali. "

Hadis Sahih Muslim

Wednesday, March 29, 2017

Mendapat Solat Subuh Dan Asar

Rabu, 1 Rejab 1438H: Berita dari Abu Hurairah mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda:

"Siapa yang mendapatkan solat Subuh satu rakaat sebelum matahari terbit, bererti dia telah mendapatkan Subuh. "

Barangsiapa mendapatkan satu rakaat solat Asar sebelum matahari terbenam, bererti dia telah mendapatkan Asar."

Hadis Sahih Bukhari

Tuesday, March 28, 2017

Perintah Menghadap Kaabah

Selasa, 29 Jamadilakhir 1438H: Dari Barra' r.a. katanya: Setelah Rasulullah saw. sampai di Madinah. beliau solat menghadap ke arah Baitul Maqdis selama enam belas atau tujuh belas bulan. Beliau ingin supaya diperintahkan menghadap ke Kaabah. 

Maka diturunkan oleh Allah ayat: "Sesungguhnya telah Kami lihat tengadah muka engkau ke langit (mendoa). Sebab itu Kami palingkan muka engkau mengadap kiblat yang engkau sukai."

Beliau diperintahkan mengadap ke arah Kaabah. Ada seorang laki-laki solat Asar bersama dengan Nabi saw., kemudian itu dia pergi , dan bertemu dengan satu kumpulan kaum Ansar. Lalu dia mengatakan, bahawa dia hadir solat bersama Nabi saw. dan beliau telah diperintahkan menghadap ke arah Kaabah. Lalu orang yang sedang solat itu berputar ketika sedang rukuk dalam solat Asar.

Hadis Sahih Bukhari

Monday, March 27, 2017

Bersederhanalah

Isnin, 28 Jamadilakhir 1438H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Tatkala telah turun ayat yang mengatakan: "Siapa melakukan suatu kejahatan, nescaya dia akan dibalas kerananya." (An Nisa', 4: 123), maka kaum muslimin sangat gusar kerananya.

Oleh kerana itu Rasulullah saw. bersabda: "Sederhanalah kamu dalam segala urusan (jangan berlebih-lebihan dan jangan pula lalai).

Perbuatlah yang benar sesempurna mungkin, kerana setiap cubaan yang ditimpakan kepada kaum muslimin, akan menghapus dosa, walaupun cubaan itu hanya berupa kaki tersandung atau tertusuk duri."

Hadis Sahih Muslim

Tuesday, March 21, 2017

Kawan Baik & Kawan Jahat

Selasa, 22 Jamadilakhir 1438H: Dari Abu Musa r.a. dari Nabi saw. sabdanya: 

"Perumpamaan berkawan dengan orang baik dan berkawan dengan orang jahat tak ubahnya seperti berkawan dengan penjual minyak harum atau dengan tukang tiup api di bengkel tukang besi.

Jika berkawan dengan penjual minyak harum adakalanya engkau disapukan minyak harum atau engkau membeli kepadanya atau setidak-tidaknya engkau dapat tercium bau harum.

Dan jika berkawan dengan peniup api di bengkel tukang besi adakalanya pakaianmu bisa terbakar atau setidak-tidaknya engkau tercium bau busuk."

Hadis Sahih Muslim

Monday, March 20, 2017

Gelaran,Mimpi & Dusta

Isnin, 21 Jamadilakhir 1438H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda:

"Namailah diri mu dengan nama ku dan jangan memakai gelar ku."

"Siapa yang bermimpi melihat aku dalam tidurnya, sebenarnya lah ia melihat ku, kerana syaitan tidak mampu menjelma seperti aku.

"Dan siapa yang sengaja berdusta ," (membuat hadis palsu) atas nama ku, maka biarlah dia menempati tempatnya di neraka. "

Hadis Sahih Bukhari

Friday, March 17, 2017

Mimpi

Jumaat, 18 Jamadilakhir 1438H: Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. 

Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 macam nubuwwah (wahyu).

Mimpi itu ada tiga macam:
(1) Mimpi yang baik adalah khabar suka dari Allah.
(2) Mimpi yang menakutkan atau menyedihkan, datangnya 
dari syaitan.
(3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi angan-angan, atau 
khayal seseorang.

Maka kerana itu, jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah, kemudian solat, dan jangan menceritakannya kepada orang lain."

Hadis Sahih Bukhari

Wednesday, March 15, 2017

Bawang Putih

Rabu, 16 Jamadilakhir 1438H: Dari Abu Ayyub Al Anshari r.a. katanya: "Apabila beliau diberi makanan oleh seseorang, beliau makan dan sebahagian lagi diberikannya kepada ku. 

Pada suatu hari beliau memberikan makanan yang tidak dimakannya kepada ku kerana di dalamnya ada bawang putih.

Lalu ku tanya, "Apakah bawang putih itu haram?" 

Jawab beliau. "Tidak! Tetapi aku tidak suka kerana baunya." 

Kata Abu Ayyub, "Kalau begitu aku juga tidak suka apa yang Anda tidak sukai."

Hadis Sahih Muslim.


Tuesday, March 14, 2017

Cinta Bertemu Allah

Selasa, 15 Jamadilakhir 1438H: Dari 'Ubadah bin as-Shamit, dari Nabi saw., beliau bersabda: "Siapa yang cinta untuk bertemu dengan Allah, maka Allah juga cinta untuk menemuinya." 

Siapa yang benci untuk bertemu dengan Allah, maka Allah juga benci untuk bertemu dengannya."

Lalu 'Aisyah atau salah seorang isteri Nabi yang lain berkata: "Kami memang benci untuk mati." 

Nabi berkata: "Bukan begitu! Tetapi seorang yang beriman, kalau kematian telah datang kepadanya, maka ia diberi berita gembira dengan keredhaan dan kemurahan Tuhan.

Maka tidak ada yang lebih disenanginya selain dari apa yang di depannya (akan diperolehnya). Kerana itu, ia cinta untuk menemui Allah dan Allah cinta pula untuk bertemu dengannya. 

Sedangkan orang yang kafir kalau telah didatangi kematian, maka ia diberi berita tentang seksaan dan hukuman Allah. Kerana itu tidak ada yang lebih dibencinya dari apa yang di depannya (akan ditanggungkannya). Ia benci bertemu dengan Allah, dan Allah benci pula bertemu dengannya."

Hadis Sahih Bukhari

Monday, March 13, 2017

Kekayaan & Zakat

Isnin, 14 Jamadilakhir 1438H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Barangsiapa diberi Allah kekayaan, tetapi tidak dibayarkannya zakatnya, nanti di hari kiamat hartanya itu akan menjadi ular yang mempunyai dua titik hitam sebelah atas kedua matanya, kemudian ular itu dikalungkan ke lehernya dan menggigit pipinya. Katanya, inilah aku harta yang kamu tumpuk - tumpuk.

Kemudian Nabi membaca ayat: "Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurniaNya menyangka, bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat."

Hadis Sahih Bukhari

Monday, March 6, 2017

Jujur & Dusta

Isnin, 7 Jamadilakhir 1438H: Dari 'Abdullah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Hendaklah kamu selalu berlaku jujur. Kerana berlaku jujur membimbing kepada kebajikan, dan kebajikan membawa ke syurga.

Seseorang yang sentiasa berlaku jujur dan berusaha mempertahankan/mencari kejujuran, maka dia dicatat Allah sebagai "Sadiq" (orang yang jujur).

Dan hindarilah olehmu dusta, kerana sesungguhnya dusta itu membimbing kepada kejahatan, dan kejahatan membawa ke neraka.

Seseorang yang sentiasa berdusta dan mempertahankan kedustaan, maka dia dicatat Allah Taala sebagai "Kadzdzab" (si Pendusta atau si Pembohong)."

Hadis Sahih Muslim

Friday, March 3, 2017

Allah Merahmati Suami & Isteri

Jumaat, 4 Jamadilakhir 1438H: Ibnu Basyar menyampaikan kepada kami dari Yahya, dari Ibnu Ajlan, dari al-Qa'qa, dari Abu Shalih, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda,

"Allah sentiasa merahmati laki-laki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat (qiyamullail), lalu membangunkan isterinya. Jika isterinya enggan (bangun), dia memercikkan air ke wajahnya.

Allah sentiasa merahmati wanita yang bangun malam kemudian mengerjakan solat (qiyamullail), lalu membangunkan suaminya. Jika suaminya enggan (bangun), dia memercikkan air ke wajahnya.,"


(HR Abu Dawud, 1308)

Thursday, March 2, 2017

Doa Rasulullah SAW

Khamis, 3 Jamadilakhir 1438H: Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi saw. pernah mendoa:

"Sesungguhnya aku telah berjanji dengan Engkau, wahai Allah bahawa Engkau tidak akan mungkir janji dengan ku. Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia. 

Maka siapa-siapa di antara orang-orang yang beriman pernah terlanjur ku sakiti, ku cela, ku kutuk atau ku pukul, maka jadikanlah semuanya pahala solat dan zakat baginya, serta pendekat yang mendekatkannya kepada Engkau pada hari kiamat kelak."

Hadis Sahih Muslim

Tuesday, February 28, 2017

Tiga Golongan Allah Tidak Bercakap

Selasa, 1 Jamadialakhir 1438H: Dari Abu Dzar r.a., dari Nabi saw., sabdanya: 

"Ada tiga golongan, di mana Allah tidak akan bercakap dengan mereka pada hari kiamat. Mereka itu ialah:

(1) Orang yang suka memberi, tetapi suka menyebut-nyebut pemberiannya itu.
(2) Orang yang menawar-nawarkan dagangannya dengan sumpah palsu.
(3) Orang yang suka berpakaian berjela-jela kerana sangat luasnya.

Hadis Sahih Muslim

Monday, February 27, 2017

Kalimah Ringan Di Lidah, Berat Di Timbangan

Isnin, 30 Jamadilawwal 1438H: Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Dua kalimat yang ringan di lidah (mengucapkannya) tetapi berat timbangan (pahala)nya, dan keduanya disukai Allah swt. ialah : 

"Subhanallahi wa bi hamdih, subhaanallaahil 'azhiim"(Maha Suci Allah dan Maha Terpuji Dia, Maha Suci Allah Yang Maha Agung)

Hadis Sahih Muslim

Friday, February 24, 2017

Mudah Yang Tidak Berdosa

Jumaat, 27 Jamadilawal 1438H: Dari 'Aisyah r.a., isteri Nabi saw. katanya: "Apabila Rasulullah saw. diberi pilihan dua urusan atau pekerjaan, beliau memilih yang termudah, selama yang termudah itu tidak mengandung dosa, jika pekerjaan itu mengandung dosa, maka beliau menjauhkan diri daripadanya sejauh-jauhnya. 

Dan beliau tidak pernah mencela seseorang, melainkan apabila orang itu melanggar larangan Allah 'Azza wa Jalla."

Hadis Sahih Muslim 

Tuesday, February 21, 2017

Panas Terik Dari Neraka Jahannam

Selasa, 24 Jamadilawal 1438H: Dari Abu Dzar r.a., katanya: "Kami bersama-sama dengan Nabi saw. dalam suatu perjalanan. Tiba-tiba Muadzin hendak azan. 

Maka bersabda Nabi saw. kepadanya, "Biarkan udara agak sejuk lebih dahulu! " 

Kemudian orang itu hendak azan pula. Beliau pun berkata, "Nantikanlah udara agak sejuk lebih dahulu!" 

Kemudian orang itu hendak azan pula. Beliau pun berkata, "Nantikanlah udara agak sejuk lebih dahulu!" 

Sehingga akhirnya bayangan bukit-bukit kecil telah sepadan dengan tingginya masing-masing. Maka bersabda Nabi saw., "Sesungguhnya panas yang terik itu dari neraka Jahannam".

Hadis Sahih Bukhari.

Monday, February 20, 2017

Balasan Syurga Buat Ibu

Isnin, 23 Jamadilawal 1438H: Dari 'Aisyah r.a. katanya: "Pada suatu hari seorang perempuan miskin datang kepada ku membawa dua orang anak perempuannya. Maka ku beri dia kurma tiga buah.

Lalu perempuan itu memberi anaknya masing-masing sebuah. Sedang yang sebuah lagi diangkat ke mulutnya hendak dimakannya sendiri, tetapi diminta oleh kedua anaknya.

Maka dibelahnya kurma yang hendak dimakannya itu lalu diberikannya kepada kedua anaknya, seorang sebelah.

Aku kagum menyaksikan perempuan itu, lalu ku ceritakan apa yang telah diperbuatnya itu kepada Rasulullah saw.

Maka bersabda beliau, "Sesungguhnya Allah Ta'ala mewajibkan syurga baginya, atau Allah Ta'ala membebaskannya dari seksa neraka."

Hadis Sahih Muslim

Friday, February 17, 2017

Sedang Marah

Jumaat, 20 Jamadilawal 1438H: Muhammad bin Katsir menyampaikan kepada kami dari Sufyan yang mengkhabarkan dari Abdul Malik bin Umair, dari Abdurrahman bin Abu Bakrah bahawa ayahnya pernah menulis surat kepadanya yang berisi sabda Rasulullah SAW,

"Seorang hakim tidak boleh memutuskan perkara di antara dua orang berperkara ketika dia sedang marah.'"

(HR Abu Dawud, 3589)

Thursday, February 16, 2017

Catatan Amal Diangkat

Khamis, 19 Jamadilawal 1438H: Utsman bin Abu Syaibah menyampaikan kepada kami dari Yazid bin Harun, dari Hammad bin Salamah yang mengkhabarkan dari Hammad, dari Ibrahim, dari al-Aswad, dari Aisyah bahawa Rasulullah SAW bersabda,

"Pena (catatan amal) diangkat kerana tiga hal: orang yang tidur hingga dia terbangun, orang gila hingga sembuh dan anak kecil hingga dia dewasa.'"

(HR Abu Dawud, 4398)

Wednesday, February 15, 2017

Saat Kewafatan Rasulullah SAW

Rabu, 18 Jamaldilawal 1438H: Dari Aisyah r.a., katanya: Di antara nikmat Allah kepada saya, Rasulullah s.a:w. wafat di rumah saya, di hari giliran saya, antara dada dan leher saya (bersandar kepadanya). Dan Tuhan mempercampurkan air liur saya dengan air liur beliau kerana sugi waktu beliau akan wafat. 

Abdur Rahman datang ke rumah saya, di tangannya ada sugi (pembersih gigi) sedang Rasulullah s.a.w. bersandar kepada saya. Saya lihat beliau memandang kepadanya. Saya ketahui bahawa beliau ingin bersugi. Saya tanyakan: "Akan saya pakaikan sugi itu untuk tuan?" 

Lalu beliau isyaratkan dengan kepala beliau (mengatakan setuju). Lalu saya berikan kepada beliau dan terasa keras oleh beliau. Lalu saya berkata: "Akan saya lunakkankah untuk tuan?" 

Beliau isyaratkan dengan kepala (tanda setuju). Lalu saya lunakkan dengan gigi. Dan di hadapan beliau ada bejana kecil atau bejana besar yang berisi air. 

Lalu beliau masukkan kedua tangan beliau ke dalam air itu dan beliau sapukan ke muka beliau sambil bersabda: "Tiada Tuhan selain Allah! Sesungguhnya bagi kematian itu ada sakaratul maut". Lalu beliau mengangkat tangannya sambil mengucapkan: "Teman Yang Maha Tinggi". Lalu beliau wafat dan rebahlah tangan beliau.

Hadis Sahih Bukhari

Tuesday, February 7, 2017

Ragu-Ragu Dalam Solat

Selasa, 10 Jamadilawal 1438H: Dari 'Abbad bin Tamim, dari pakciknya, katanya: 

"Ditanyakan orang kepada Nabi saw. perihal seorang lelaki yang ragu-ragu dalam solatnya, apakah dia keluar hadas (kentut dll) atau tidak. 

Jawab Nabi saw., "Jangan memutuskan solat, kecuali bila jelas terdengar kentut atau mencium bau."

Hadis Sahih Muslim 

Monday, February 6, 2017

Halal Dan Haram

Isnin, 6 Jamadilawal 1438H: Dari Nukman bin Basyir r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Yang halal sudah nyata, yang haram sudah nyata dan antara keduanya beberapa perkara yang diragukan. 

Barangsiapa meninggalkan apa yang diragukan tentang dosanya, biasanya orang itu meninggalkan pula apa yang sudah nyata berdosa. 

Dan siapa yang berani , melakukan apa yang masih diragukan tentang dosanya, dikhuatirkan ia jatuh pada perkara yang nyata dosanya. 

Segala macam maksiat adalah larangan Allah. Barangsiapa bermain-main sekitar larangan Allah, dikhuatirkan ia akan jatuh ke dalamnya.

Hadis Sahih Bukhari

Thursday, February 2, 2017

Tidak Diterima Sedekah

Khamis, 5 Jamadilawal 1438H: Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: 

"Tidak diterima solat seseorang tanpa suci, dan tidak diterima sedekah yang berasal dari kejahatan (seperti mencuri, menipu, menggelapkan atau korupsi (rasuah), rompak, judi dan sebagainya).

Hadis Sahih Muslim 

Tuesday, January 24, 2017

Waktu Matahari Terbit & Terbenam

Selasa, 25 Rabiulakhir 1438H: Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : 

"Janganlah kamu menunggu-nunggu waktu (solat), kerana sengaja hendak solat tepat pada waktu matahari terbit, dan jangan pula pada waktu matahari terbenam."

Hadis Sahih Muslim 

Monday, January 23, 2017

Surah Al Alaq

Isnin, 24 Rabiulakhir 1438H: Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Abu Jahil bertanya kepada kawan-kawannya, "Betulkah Muhammad menyentuhkan mukanya (ke tanah ketika sujud) di hadapan kalian?" 

Jawab kawannya, "Betul." 

Kata Abu Jahil, "Demi Lata dan 'Uzza. Jika kulihat dia berbuat seperti itu di hadapanku, akan ku pijak tengkuknya, atau ku tempelkan mukanya ke tanah." 

Kemudian didatanginya Rasulullah saw. ketika beliau sedang solat dengan maksud hendak memijak tengkuk beliau. Setelah dihampirinya, ternyata dia tidak sanggup melakukannya. Bahkan dia mundur sambil menutup muka dengan tangannya. Lalu dia ditanya oleh kawan-kawannya, "Mengapa engkau?" 

Jawab Abu Jahil, "Mengerikan! Ada dinding api menjilat-jilat." 

Sabda Rasulullah saw., "Seandainya dia tambah dekat kepada ku, nescaya tubuhnya dicabuti satu demi satu oleh malaikat." 

Maka turunlah ayat: "Ketahuilah, (Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, kerana melihat dirinya cukup. Sesungguhnya kepada Tuhan mu sajalah kamu kembali Bagaimana pendapatmu tentang orang-orang yang melarang seorang hamba bila dia solat, bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu berada di atas kebenaran, atau dia menyuruh taqwa; dan bagaimana pendapatmu jika dia (yakni Abu Jahil) mendustakan atau berpaling? 

Tidakkah dia tahu bahawa sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari berbuat demikian) nescaya Kami tarik ubun-ubunnya, iaitu ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka. Maka biarlah dia memanggil golongannya (untuk memenangkannya) ; Kami akan memanggil malaikat Zabaniyah. Sekali-kali janganlah kamu mematuhinya (takut kepadanya). Tetapi haruslah sujud dan mendekatkan diri kepada Tuhan mu!"(Al 'Alaq,96: 6-9).

Hadis Sahih Muslim 

Friday, January 20, 2017

Ketika Adam DiCipta

Jumaat, 21 Rabiulakhir 1438H: Dari Anas r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Ketika Allah Ta'ala membentuk tubuh Adam di dalam syurga, Allah meninggalkannya beberapa lama. 
Sementara itu iblis datang mengelilingi dan memperhatikan apa yang sedang dibuat Allah. 

Ketika dilihat iblis tubuh itu berongga, tahulah dia bahawa Adam diciptakan sebagai makhluk yang tak dapat menguasai diri."

Hadis Sahih Muslim

Thursday, January 19, 2017

Ruh Baik Dan Ruh Jahat

Khamis, 20 Rabiulakhir 1438H: Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Apabila ruh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya, dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit." 

Kata Hammad, "Kerana baunya harum seperti kasturi." 

Kata penduduk langit, "Ruh yang baik datang dari bumi. Shallallahu 'alaika (Semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam." 

Lalu ruh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman, "Bawalah dia ke sidratul muntaha, dan biarkan di sana hingga hari kiamat." 

Kata Abu Hurairah selanjutnya, "Apabila ruh orang orang kafir keluar dari tubuhnya, kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian, maka berkata penduduk langit, "Ruh jahat datang dari bumi." 

Lalu diperintahkan, "Bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat."

Hadis Sahih Muslim

Wednesday, January 18, 2017

Halal,Haram, Syubahat & Hati

Rabu, 19 Rabiulakhir 1438H: Dari Nu'man bin Dasyir r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya yang halal telah nyata (jelas) dan yang haram telah nyata. Antara keduanya terdapat perkara yang diragukan (mutasyabihat - syubahat) yang tidak diketahui kebanyakan orang.

Maka siapa yang menjaga dirinya untuk tidak mengerjakan perkara yang diragukan, selamatlah agama dan peribadinya. Tetapi siapa yang jatuh ke dalam syubuhat, bererti dia jatuh kepada yang haram. Tak ubahnya seperti gembala yang menggembala di tepi tanah larangan. Dikhuatirkan dia akan jatuh ke dalam.

Ketahuilah, bahawa setiap kerajaan itu mempunyai larangan, dan larangan Allah Ta'ala ialah segala yang diharamkan-Nya.

Ketahuilah, bahawa di dalam tubuh manusia ada segumpal darah. Apabila gumpalan darah itu baik, maka baik pulalah tubuh itu keseluruhannya. Tetapi apabila gumpalan darah itu rosak, maka rosak pulalah tubuh seluruhnya. Ketahuilah, gumpalan darah itu ialah hati."

Hadis Sahih Muslim

Tuesday, January 17, 2017

Solat Ketika Junub?

Selasa, 18 Rabiulakhir 1438H: Dari Sa'id bin' Abdur Rahman bin Abza dari bapanya,. katanya: "Seorang lelaki datang kepada 'Umar bertanya: "Aku junub, tetapi aku tidak mendapat air. (Bagaimana aku solat?). 

Jawab 'Umar, "Jangan solat!" 

Kata 'Ammar, "Ya, Amirul Mukminin! Tidak ingatkah anda, ketika aku dan anda bersama-sama dalam suatu perjalanan? Lalu kita sama-sama junub dan tidak mendapat air. Ada pun anda tidak solat, tetapi aku berguling-guling di tanah lalu aku solat." 

Sesudah itu Nabi saw. bersabda, 'Sesungguhnya sudah cukup kalau anda memukulkan kedua tapak tangan anda ke tanah, sesudah itu ditiup, lalu di sapukan keduanya ke muka dan ke tangan." 

Kata 'Umar, "Takutlah kepada Allah, hai 'Ammar!" 

Kata 'Ammar, "Jika anda kehendaki, aku tidak akan menceritakan hadis ini."

Hadis Sahih Muslim

Monday, January 16, 2017

Jangan Guna Tangan Kanan

Isnin, 17 Rabiulakhir 1438H: Abu Qatadah r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila seseorang kamu minum, janganlah bernafas ke dalam bejana tempat minum dan apabila kamu buang air janganlah menyentuh kemaluanmu dengan tangan kanan, dan jangan pula bersuci dengan tangan kanan itu."

Hadis Sahih Bukhari

Thursday, January 12, 2017

Amalan Jahiliyah

Khamis, 13 Rabiulakhir 1438H: Dari Abu Malik Al Asy'ari r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Ada empat macam kebiasaan jahiliyah terdapat di kalangan umat ku, yang belum ditinggalkan mereka :

(1) Membanggakan turunan, 
(2) Mencela turunan orang lain, 
(3) Mempercayai hujan turun disebabkan bintang-bintang, 
(4) Meratapi mayat.

Sabda beliau, "Jika wanita peratap itu tidak taubat sebelum dia mati, nanti di hari kiamat dia akan disuruh berdiri, lalu dipakaikan kepadanya celana terbuat dari minyak tar mendidih, dan baju berpenyakit kulit."

Hadis Sahih Muslim

Wednesday, January 11, 2017

Jangan Takut Menjalankan Perintah Allah

Rabu, 12 Rabiulakhir 1438H: Dari Ubadah bin Shamit r.a. katanya: Kami berjanji setia kepada Rasulullah saw. akan mendengarkan dan mematuhi perintah beliau, hal yang kami sukai atau kurang kami sukai.

Kami tidak akan membantah suatu perintah yang datang dari pembesar yang berhak dan kami akan tegak atau mengucapkan menurut yang sebenarnya, di mana saja kami berada.

Kami tidak boleh takut dalam menjalankan perintah Allah terhadap celaan orang yang mencela.

Hadis Sahih Bukhari

Tuesday, January 10, 2017

Solat Jenazah Di Masjid

Selasa, 11 Rabiulakhir 1438H: Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Ketika Sa'ad bin Abi Waqqash meninggal, para isteri Nabi saw. meminta supaya jenazahnya dibawa ke masjid untuk mereka solatkan. 

Permintaan itu mereka penuhi, maka dibawalah jenazah itu ke muka kamar mereka untuk mereka solatkan. Kemudian dibawa kembali keluar melalui pintu jenazah yang berhubungan dengan tempat duduk. Tidak berapa lama kemudian sampai kepada mereka bahawa orang banyak mencela perbuatan mereka itu.

Kata mereka, "Jenazah tidak boleh dibawa ke masjid." 

Ucapan orang ramai itu sampai pula kepada 'Aisyah.

Kata 'Aisyah, "Alangkah cepatnya orang mencela apa yang tidak mereka ketahui. Mereka mencela kami membawa jenazah ke masjid. Padahal Rasulullah saw. mensolatkan Suhail Ibnu Baidha' di dalam masjid."

Hadis Sahih Muslim

Monday, January 9, 2017

Terbunuhnya 70 Al Qurra

Dari Anas bin Malik r.a. katanya: "Serombongan orang datang kepada Nabi saw. lalu mereka berkata, "Kirimlah bersama kami beberapa orang guru untuk mengajar Quran dan Sunnah kepada kami." 

Maka dikirim beliau kepada mereka tujuh puluh orang lelaki dari golongan Ansar. Mereka disebut Al Qurra' (ahli-ahli baca), semuanya menjauhi segala yang haram, dan siang hari mereka bekerja mengangkut air ke masjid untuk keperluan orang-orang yang hendak bersuci, atau mereka pergi mencari kayu api, lalu mereka jual. Dengan hasil penjualannya mereka membeli makanan, dan mereka berikan kepada Ahlus Shuffah dan orang-orang fakir. 

Mereka itulah yang dikirim Nabi saw. kepada mereka. Di tengah jalan, sebelum mereka sampai ke tempat yang dituju, mereka diserang oleh orang-orang tersebut dan semuanya mati terbunuh. 

Mereka mendoa', "Wahai Allah! Sampaikanlah kepada Nabi kami berita mengenai mushibah yang menimpa kami, bahawa kami telah menunaikan tugas yang diperintahkannya kepada kami, dan semoga beliau meredhai kami."

Hadis Sahih Muslim

Friday, January 6, 2017

Thursday, January 5, 2017

Allah Melindunginya Dari Api Neraka

Khamis, 6 Rabiulakhir 1438H: Diceritakan oleh Anas bin Malik r.a., katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw. berpergian dengan kenderaan dan Muaz menyertai beliau di belakangnya.

Kata Nabi, "Hai, Muaz bin Jabal!"

Muaz menyahut, "Saya ! Ya, Rasulullah! "

Kata Nabi pula, "Hai, Muaz!"

Sahut Muaz, "Saya! Ya,Rasulullah!" Sampai tiga kali.

Nabi bersabda, "Siapa yang mengakui tidak ada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu sesungguhnya Rasul Allah, dengan pengakuan yang benar-benar terbit dari hati-sanubarinya, maka Allah akan melindunginya (mengharamkannya) dari api neraka. "

Kata Muaz, "Ya, Rasulullah! Apakah tidak lebih baik berita itu saya sampaikan kepada orang banyak, supaya mereka gembira?"

Jawab Nabi, "Kalau mereka mendengar berita itu, mereka akan bersikap tawakkal saja, tanpa amal."

Kemudian, waktu Muaz telah dekat ajalnya, disampaikannya juga berita itu, kerana dia takut berdosa (sebab menyembunyikan hadis)."

Hadis Sahih Bukhari

Wednesday, January 4, 2017

Friday, December 30, 2016

Kisah Putera Abu Thalhah

Jumaat, 30 Rabiulawal 1438H: Dari Anas r.a., katanya: "Putera Abu Thalhah sakit, dan menyebabkan dia meninggal dunia; sedangkan Abu Thalhah tidak di rumah ketika itu. Setelah isteri Abu Thalhah tahu bahawa puteranya telah meninggal dunia, maka dipindahkannya mayat anaknya itu ke tepi, kemudian disiapkannya makanan (untuk suaminya yang tidak lama lagi akan pulang).

Ketika Abu Thalhah telah datang, ia bertanya, "Bagaimana halnya sakit anak kita?" 

Isterinya mula-mula diam saja. Kemudian ia menjawab, "Saya harapkan mudah-mudahan ia senang." 

Abu Thalhah mengira bahawa isterinya berkata sebenarnya, lalu ia pergi tidur. Paginya, sesudah ia mandi dan akan berangkat, barulah isterinya memberi tahukan bahawa puteranya telah meninggal dunia. Maka disolatkannya mayat anaknya itu bersama-sama dengan Rasulullah saw. dan diceritakannya kepada beliau peristiwa yang dialaminya tentang kematian anaknya itu. Rasulullah bersabda kepadanya, "Semoga Allah swt. memberi berkah kepada anda berdua pada malam itu."

Hadis Sahih Bukhari

Friday, December 9, 2016

Apabila Kejahatan Bermaharajalela

Jumaat, 9 Rabiulawal 1438

Balasan Syurga

Jumaat, 9 Rabiulawal 1438H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Masa dari satu umrah ke umrah berikutnya adalah masa Penghapusan dosa.

Dan ganjaran haji yang mabrur tiada lain hanya syurga."

Hadis Sahih Muslim

Thursday, December 8, 2016

Bersihkanlah Harum-Harumanmu

Khamis, 8 Rabiulawal 1438H: Dari Abu Ya'la r.a., katanya ia pernah mengatakan kepada Umar: 

"Ceritakanlah kepada saya keadaan Nabi saw. ketika wahyu turun kepada beliau."

Kata Umar, "Pada suatu waktu, ketika Nabi saw. dan para sahabat berada di Jikranah, datang seorang laki-laki kepada beliau dan berkata: "Hai, Rasulullah! Bagaimana pendapat Tuan tentang orang yang ihram untuk umrah, padahal dia memakai harum-haruman?"

Nabi diam seketika, dan ketika itu wahyu turun. Umar memberi isyarat kepada Yaala, lalu ia datang dekat. Lalu Rasulullah saw. diselubungi dengan kain dan memasukkan kepalanya ke dalam selubung itu. Kelihatan muka Rasulullah saw. merah dan beliau seperti mendengkur.

Setelah wahyu selesai turun beliau bersabda: "Mana orang yang bertanyakan tentang Umrah"

Laki-laki yang bertanya tadi dihadapkan kepada Nabi saw. Sabda beliau, "Bersihkanlah harum-harumanmu itu sampai tiga kali dan bukalah bajumu, dan kerjakanlah umrah sebagai mengerjakan haji."

Hadis Sahih Bukhari

Wednesday, December 7, 2016

Umrah & Haji Rasulullah

Rabu, 7 Rabiulawal 1438H: Dari Qatadah r.a., katanya dia bertanya kepada Anas: "Berapa kali Nabi saw. mengerjakan 'Umrah?"

Jawabnya, "Empat kali: 'Umrah Hudaibiyah, iaitu bulan Dzul Qaidah ketika beliau dihalangi kaum musyrik; 'Umrah pada tahun berikutnya dalam bulan Dzul Qa-idah, sesuai dengan perjanjian damai dengan mereka; dan Umrah Ji'ranah. iaitu ketika membahagi rampasan, yang menurut dugaanku rampasan Hunain."

Tanya ku, "Berapa kali beliau mengerjakan Haji?"

Jawabnya, "Satu kali."

Hadis Sahih Bukhari

Tuesday, December 6, 2016

Ikhlas Kerana Allah

Selasa, 6 Rabiulawal 1438H: Dari 'Itban bin Malik r.a., iaitu seorang sahabat Nabi saw. dari golongan Ansar yang turut dalam peperangan Badar, dia datang kepada Nabi saw. lalu berkata: "Ya, Rasulullah! Aku sudah buta. Sedangkan aku menjadi imam solat bagi wargaku. Apabila hari hujan, air mengalir di lembah antara rumahku dengan rumah-rumah mereka, sehingga aku tak dapat datang ke masjid mengimami mereka solat berjemaah. Kerana itu aku mengharapkan semoga anda sudi datang ke rumahku, lalu di sana anda solat di tempat ku solat dan kemudian menjadikannya Mushalla."

Jawab Rasulullah saw. "Baiklah! Insya Allah aku akan datang."

Besok, ketika hari telah agak siang, Rasulullah saw. dan Abu Bakar Siddiq datang. Beliau minta izin masuk. Lalu ku persilakan. Tanpa duduk lebih dahulu beliau langsung menanyakan. "Di manakah anda sukai aku solat di rumah mu ini?"

Aku menunjuk ke salah satu pujok rumah. Rasulullah berdiri di sana lalu beliau takbir. Kami berdiri di belakang beliau, mengikuti beliau solat dua rakaat. Kemudian memberi salam. Sesudah itu kami jamu beliau dengan hidangan sup daging yang telah kami sediakan untuk beliau. Penduduk kampung berkumpul semuanya ke rumah ku.

Seorang di antaranya bertanya, "Mana Malik bin Dukhsyun?"

Yang lain menjawab, "Dia itu munafik! Dia tidak suka kepada Allah dan Rasul-Nya."

Maka bersabda Rasulullah saw., "Jangan berkata begitu terhadapnya. Bukankah anda telah menyaksikannya mengucapkan kalimah "La ilaha illallah" dengan ikhlas kerana Allah?"

Jawab mereka, "Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih tahu."

Kami mendapat kesan, bahawa Rasulullah saw. mengarahkan nasihatnya itu kepada orang-orang munafik. Sabda beliau, "Sesungguhnya Allah mengharamkan api neraka bagi orang-orang yang telah mengucapkan kalimah "La ilaha illallah" dengan ikhlas kerana Allah. "

Hadis Sahih Muslim

Monday, December 5, 2016

Kecuali Hutang

Isnin, 5 Rabiulawal 1438H: Dari Abu Qatadah r.a. katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. berdiri di hadapan para sahabat, lalu bersabda: "Sesungguhnya Jihad fi sabilillah serta iman kepada Allah, adalah amal yang paling utama." 

Maka berdiri seorang lelaki seraya bertanya, "Ya, Rasulullah! Bagaimana jika aku mati dalam jihad fi sabilillah, hapuskah dosa-dosaku?" 

Jawab Rasulullah saw., "Hapus, jika engkau mati, sedangkan engkau seorang yang sabar dan ikhlas kerana Allah, engkau mati kerana maju bertempur tidak kerana lari dari pertempuran," 

Kemudian beliau bertanya, "Apa tanyamu tadi? 

Maka diulangnya pertanyaannya, "Bagaimana jika aku mati dalam jihad fi sabilillah, hapuskah dosa-dosaku?" 

Jawab Rasulullah, "Ya, hapus, jika engkau seorang pejuang yang sabar, ikhlas kerana Allah semata-mata, mati kerana maju bertempur, tidak kerana lari dari pertempuran. Kecuali yang tidak hapus ialah hutang. Begitulah kata Jibril kepada ku."

Hadis Sahih Muslim

Friday, December 2, 2016

Kentut!

Jumaat, 2 Rabiulawal 1438H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda :

"Apabila kamu merasa ada angin dalam perutmu, kemudian kamu ragu apakah angin itu keluar atau tidak, maka janganlah keluar dari masjid sebelum jelas terdengar suara (kentut) atau mencium bau."

Hadis Sahih Muslim

Thursday, December 1, 2016

Dilemparkan Ke Neraka

Khamis, 1 Rabiulawal  1438H: Dari Usamah bin Zaid r.a. katanya dia ditanya orang: "Mengapa Anda tidak menghadap kepada Usman supaya Anda dapat berbicara dengannya?"

Jawab Usamah, "Apakah kamu mengira bahawa aku tidak berani berbicara dengannya kecuali bila kamu dengar?

Demi Allah, aku telah berbicara empat mata dengannya tanpa menyebut-nyebut perkara yang tidak ku sukai, iaitu supaya aku sebagai orang pertama yang memulainya, dan aku tidak pernah berkata kepada seseorang bahawa dia sebagai Amir (penguasa). Sesungguhnya dia adalah orang yang terbaik. Iaitu setelah aku mendengar Rasulullah saw. bersabda:

"Kelak di hari kiamat seseorang akan dihadapkan, lalu dia dilemparkan ke neraka. Maka bertaburan isi perutnya keluar, lalu diputar-putar seperti keldai memutar kilangan.

Maka berkumpul dekatnya penduduk neraka, lalu mereka bertanya, "Hai Fulan! Apa dosamu? Tidakkah engkau menyuruh dengan yang makruf (baik) dan mencegah yang mungkar?"

Jawabnya, "Ada! Aku menyuruh yang makruf tetapi aku sendiri tidak melaksanakan. Dan aku melarang yang mungkar tetapi aku sendiri melanggarnya."

Hadis Sahih Muslim

Wednesday, November 30, 2016

Kalaulah Manusia Tahu

Rabu, 30 Safar 1438H: Berita dari Abu Hurairah r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: 

"Ketika seseorang berjalan di suatu jalan; kemudian di menjumpainya sepotong duri di jalan itu, lalu dibuangnya, Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya.

Sesudah itu beliau bersabda. pula: "Yang disebut mati syahid itu ada lima macam: 
1. Orang mati kena tikam.
2. Orang mati kerana sakit perut (kolera?) 
3. Orang mati tenggelam. 
4. Orang mati ditimpa tanah longsor (runtuh). 
5. Orang yang mati fi sabilillah (mati di medan perang kerana berjuang menegakkan Agama Allah).

Kalaulah manusia tahu keutamaan azan dan saf pertama solat berjemaah, tetapi mereka tidak mungkin mendapatkannya kecuali hanya dengan jalan diundi, nescaya mereka akan mahu diundi untuk mendapatkannya.

Kalaulah mereka tahu keutamaan solat Zohor (dilakukan tepat pada awal waktu), pastilah mereka akan berlumba-lumba melaksanakannya.

Dan kalaulah mereka mengetahui keutamaan solat Isyak dan solat Subuh (dengan berjemaah), pastilah mereka akan memerlukan datang (ke masjid), sekalipun mereka akan merangkak."

Hadis Sahih Bukhari

Tuesday, November 29, 2016

Sebaik-Baik Harta

Selasa, 29 Safar 1438H: Abu Sa'id r.a. menceritakan: "Pada suatu hari Nabi saw. duduk di mimbar dan kami duduk di kelilingnya. Beliau bersabda: "Sesungguhnya apa yang aku khuatirkan terhadap mu sepeninggal ku, ialah berkembangnya semarak dunia dan kemewahannya."

Seseorang bertanya, "Apakah kebaikan membawa kejahatan?"

Nabi saw. diam. Kemudian seseorang berkata kepada laki-laki itu, "Apa yang salah dengan pertanyaanmu, sehingga Nabi sampai tak menjawab?"

Menurut hemat kami, wahyu sedang turun kepada beliau ketika itu. Kata Abu Said, sesudah beliau menyapu keringat lalu beliau bersabda: "Siapa yang bertanya?" Seolah-olah beliau berterima kasih kepada orang itu.

Sabdanya, "Sesungguhnya bukanlah kebaikan yang membawa kejahatan. Tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di musim hujan, membunuh atau hampir membunuh selain ternak yang memakan rumput hijau. Apabila perutnya kenyang lalu dia memandang ke atas terus menceret terkencing dan makan pula.

Harta itu hijau dan manis. Sebaik-baik harta kepunyaan seorang Muslim ialah yang diberikannya kepada orang miskin, anak yatim dan orang dalam perjalanan."

Selanjutnya beliau bersabda: "Siapa yang mengambil harta itu tanpa suatu hak, sama dengan orang makan, tetapi tidak merasa kenyang. Dan harta itu akan menjadi saksi baginya di hari kiamat."

Hadis Sahih Bukhari

Monday, November 28, 2016

Balasan Bunuh Diri

Isnin, 28 Safar 1438H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang bunuh diri dengan senjata tajam, maka senjata itu akan ditusuk-tusukkannya sendiri dengan tangannya ke perutnya di neraka untuk selama-lamanya; 

an siapa yang bunuh diri dengan racun, maka dia akan meminumnya pula sedikit demi sedikit nanti di neraka, untuk selama-lamanya; 

dan siapa yang bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka dia akan menjatuhkan dirinya pula nanti (berulang-ulang) ke neraka, untuk selama-lamanya."

Hadis Sahih Muslim 

Friday, November 25, 2016

Orang Mukmin Minum Dengan Satu Perut

Jumaat, 25 Safar 1438H: Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Rasulullah saw. kedatangan seorang tetamu orang kafir. Rasulullah saw. menyuruh perah susu seekor kambing untuk sang tetamu lalu diminum habis oleh tetamu tersebut. 

Kemudian beliau suruh perah susu seekor lagi lalu diminumnya habis pula. 

Kemudian disuruhnya perah susu seekor lagi habis pula diminumnya sehingga akhirnya dia meminum habis susu tujuh ekor kambing. 

Esok pagi dia masuk Islam. Rasulullah memerintahkan supaya diperah susu seekor kambing untuknya. Susu itu diminumnya habis. 

Kemudian disuruh Nabi supaya diperah susu seekor lagi lalu diberikan pula kepadanya tetapi dia tidak sanggup menghabiskannya. 

Maka bersabda Rasulullah saw., "Orang mukmin minum dengan satu perut dan orang kafir minum dengan tujuh perut."

Hadis Sahih Muslim

Wednesday, November 23, 2016

Beri Ia Madu

Rabu, 23 Safar 1438H: Dari Abu Sa'id r.a.: Ada seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw. dan berkata: "Saudara saya sakit perut."

Rasul menjawab: "Beri ia madu!"

Kemudian orang itu datang lagi untuk kedua kalinya.

Rasul berkata lagi: "Beri ia madu!" 

Kemudian orang itu datang lagi untuk ketiga kalinya.

Rasul berkata lagi: "Beri ia madu!"

Kemudian orang itu datang lagi dan berkata: "Telah saya lakukan."

Rasul menjawab: "Tuhan benar. Perut saudara mu yang bohong. Beri ia madu'" 

Setelah itu diberikannya lagi madu kepada saudaranya, dan sembuhlah penyakitnya.

Hadis Sahih Bukhari

Monday, November 21, 2016

Imam Untuk Di Ikuti

Isnin, 21 Safar 1438H: Dari 'Aisyah La., katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. sakit. Kerana itu para sahabat berdatangan menjenguk beliau. Beliau solat sambil duduk, dan para sahabat solat mengikut beliau sambiI berdiri. 

Lalu Rasulullah memberi isyarat supaya mereka duduk, maka duduklah mereka semuanya. Setelah selesai solat, beliau bersabda, "Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikut. Apabila imam' itu rukuk, rukuk pulalah kamu sekalian. Apabila imam itu bangkit, bangkit pulalah kamu. Dan apabila imam itu solat sambil duduk, maka duduk pulalah kamu semuanya."

Hadis Sahih Muslim .

Wednesday, November 16, 2016

Hendaklah Solat Apabila Ingat

Rabu, 16 Safar 1438H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Ketika Rasulullah saw. kembali dari perang Khaibar, beliau berjalan tengah malam, sehingga beliau mengantuk, lalu beliau berhenti dan rehat untuk tidur. 

Beliau bersabda kepada Bilal, "Bangunkan kami bila waktu Subuh tiba."

Sementara itu Bilal solat seberapa dapat dilakukannya, sedangkan Nabi saw. dan sahabat-sahabat yang lain tidur. Ketika fajar hampir terbit, Bilal bersandar ke kenderaannya menunggu fajar terbit. Tetapi dia sangat mengantuk dan tertidur ketika sedang bersandar itu, sehingga dia tidak dapat membangunkan Rasulullah saw. dan para sahabat yang lain, sampai sinar matahari mengenai mereka. Yang mula-mula terbangun ialah Rasulullah saw. 

Ketika beliau terbangun, beliau bertanya, "Mana Bilal?"

Jawab Bilal, "Demi Allah! Aku tertidur, ya Rasulullah."

Sabda Rasulullah saw., "Bersiaplah semua!" 

Lalu mereka siapkan kenderaan mereka. Kemudian Rasulullah saw. mengambil wuduk dan menyuruh Bilal qamat. Setelah Bilal qamat, Nabi saw. mengimami mereka solat Subuh.

Setelah selesai solat, beliau bersabda: "Siapa yang lupa solat, maka hendaklah dia solat apabila ingat." 

Sesungguhnya Allah berfirman: "Tegakkanlah solat untuk mengingat-Ku."

Hadis Sahih Mslim

Friday, November 11, 2016

Friday, November 4, 2016

Mandi Junub

Jumaat, 4 Safar 1438H: Aisyah r.a., isteri Nabi saw. menceritakan: "Apabila Nabi saw. mandi junub, beliau mulai dengan mencuci kedua belah tangannya. 

Sesudah itu beliau berwuduk seperti wuduk untuk solat. 

Kemudian dimasukkannya anak jarinya ke dalam air dan digosok-gosoknya pangkal rambut kepalanya. 

Kemudian disiramkannya air tiga sauk dengan kedua belah tangannya ke kepalanya dan sesudah itu disiramnya seluruh tubuhnya."

Hadis Sahih Bukhari

Monday, October 31, 2016

Bagai Hujan Yang Jatuh Ke Bumi

Isnin, 30 Muharram 1438H: Dari Abu Musa ra., dari Nabi saw. sabdanya: "Perumpamaan agama yang aku diutus Allah 'Azza wa lalla dengannya iaitu berupa petunjuk dan ilmu. ialah bagaikan hujan yang jatuh ke bumi. 

Di antaranya ada yang jatuh ke tanah subur yang dapat menyerap air maka tumbuhlah padang rumput yang subur. 

Di antaranya pula ada yang jatuh ke tanah keras sehingga air tergenang kerananya. Lalu air itu dimanfaatkan orang banyak untuk minum, menyiram kebun dan berternak. 

Dan ada pula yang jatuh ke tanah tandus, tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan tumbuh-tumbuhan. 

Seperti itulah perumpamaan orang yang mempelajari agama Allah dan mengambil manfaat daripadanya, belajar dan mengajarkan, dan perumpamaan orang yang tidak mahu tahu dan tidak menerima petunjuk Allah yang aku diutus dengannya."

Hadis Sahih Muslim

Thursday, October 27, 2016

Berwuduk Dengan Air Dari Ujung Jari Rasulullah saw

Khamis, 26 Muharam 1438H: Anas bin Malik r.a. bercerita: "Saya melihat Rasulullah saw. dan ketika itu waktu Asar telah tiba. Orang banyak mencari air untuk berwuduk, tetapi mereka tidak memperolehnya. 

Tiba-tiba ada seseorang membawakan air untuk Rasulullah saw. berwuduk.Rasulullah meletakkan tangannya ke dalam bejana tempat air itu, dan menyuruh orang semuanya berwuduk dari situ.

Kata Anas, "Saya lihat air keluar dari ujung-ujung jari beliau, sehingga semua orang dapat berwuduk dengan air itu."

Hadis Sahih Bukhari

Wednesday, October 26, 2016

Air Terbit Dari Jari-Jari Nabi

Rabu, 23 Muharam 1438H: Dari Anas r.a. katanya: "Nabi saw. pernah menyuruh orang membawakan bejana berisi air kepadanya. Maka dibawakan orang sebuah kendi, berisi air sedikit. Lalu Nabi memasukkan jari beliau ke dalam air itu." 

Kata Anas (selanjutnya), "Saya melihat air terbit dari jari-jari beliau." 

Kata Anas (lagi), "Saya taksir, ada kira-kira tujuh atau lapan puluh orang berwuduk dengan air itu."

Hadis Sahih Bukhari .

Tuesday, October 25, 2016

Turunnya Ayat Tayammum

Selasa, 24 Muharam 1438H: Berita dari 'Aisyah, isteri Nabi saw., katanya: "Kami pergi bersama Rasulullah dalam suatu perjalanan. Ketika sampai di Baidak, atau Dzatul Jisy, kalungku putus. Rasulullah saw. berhenti mencari kalungku itu dan rombongan pun berhenti pula bersama beliau. Di tempat itu tidak ada air. 

Beberapa orang datang kepada Abu Bakar mengatakan, "Tidakkah anda lihat apa yang diperbuat 'Aisyah? Dia memaksa Rasulullah saw. dan rombongan berhenti di tempat yang tidak berair, padahal mereka tidak pula membawa air."

Maka datanglah Abu Bakar (ayah 'Aisyah) kepada 'Aisyah. Ketika itu Rasulullah saw. sedang tidur dengan kepala beliau terletak di atas paha 'Aisyah Kata Abu Bakar, " Engkau menahan Rasulullah saw. dan rombongan di tempat yang tidak berair padahal mereka tidak membawa air."

Kata 'Aisyah, "Aku dimarahi oleh ayahku (Abu Bakar), dan berbagailah ucapannya kepada ku, sehingga ditusuknya pinggangku dengan tangannya, tapi untunglah aku tidak bergerak kerana Rasulullah saw. sedang tidur di pahaku."

Rasulullah saw. bangun tatkala hari telah pagi dan justru air tidak ada. Maka diturunkan Allah ayat tayammum ("Kalau kamu tidak memperoleh air, tayammumlah kamu dengan tanah yang bersih, sapulah muka dan tanganmu dengan tanah itu" - Al Maidah : 6). Lalu mereka tayammum.

Berkata Usaid bin Hudair, "Bukankah itu keberkatan mu yang pertama, hai keluarga Abu Bakar?"

Kata 'Aisyah pula, " Setelah itu ku suruh berdiri unta tunggangan ku, maka jumpa kalungku di bawahnya."

Hadis Sahih Bukhari

Monday, October 24, 2016

Memancar Air Di Kolam Hudaibiyah

Isnin, 23 Muharam 1438H: Dari Bara', r.a. katanya: Kamu memandang kemenangan itu waktu menaklukkan Mekah. Memang menaklukkan Mekah itu suatu kemenangan. Kami memandang kemenangan itu ialah baiah Ridwan pada hari peperangan Hudaibiyah.

Kami bersama Nabi s.a.w. seribu empat ratus orang. Hudaibiyah itu suatu kolam, lalu kami ambil airnya dan tidak kami tinggalkan setitis pun di dalamnya.

Maka sampailah berita demikian pada Nabi s.a.w., lalu beliau datang ke kolam itu, terus beliau duduk di pinggirnya. Dan beliau meminta satu bejana air, lalu beliau berwuduk dan berkumur-kumur sambil memohonkan doa. Lalu beliau curahkan air itu ke dalam kolam tadi.

Kemudian dalam kolam itu memancar air yang dipenuhi berapa saja keperluan kami dan binatang kenderaan kami.

Hadis Sahih Bukhari

Friday, October 21, 2016

Ummul Quran (Fatihah)

Jumaat, 20 Muharam 1438H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Siapa yang tidak membaca Ummul Quran (Fatihah) dalam solat, maka solatnya tidak sempurna (Nabi mengulangnya sampai tiga kali). 

Lalu ditanyakan orang kepada Abu Hurairah, "Bagaimana kalau kami solat mengikut Imam?" 

Jawabnya, "Bacalah perlahan-lahan! 

Kerana aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, bahawa Allah Ta'ala berfirman: "Solat itu Ku bagi dua antara-Ku dan hamba-Ku. Untuk hamba Ku ialah apa yang dimintanya. Apabila dia mengucapkan 'Alhamdu lillahi rabhil 'alamin', maka Allah Ta'ala menjawab, 'Hamadani 'abdi' (Hamba Ku memujiKu). 

Apabila dia mengucapkan 'Arrahmanirrahim' (yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang), maka Allah Ta'ala menjawab, 'Atsna 'alayya 'abdi' (HambaKu menyanjung Ku). 

Apabila dia mengucapkan 'Maliki yawmiddin' (Maha Penguasa hari kemudian), maka Allah Ta'ala menjawab, 'Majjadani 'abdi' (HambaKu mengagungkanKu), atau 'Fawwadha ilayya 'abdi. (HambaKu berserah diri kepada Ku)

Apabila dia mengucapkan 'Iyyaka na'budu wa iyyaka nasla'in' (kepada Engkau saja kami menyembah dan kepada Engkau saja kami meminta tolong), maka Allah ta'ala menjawab, 'Hadza bayni wa bayna 'abdi, wa li 'abdi ma saala' (inilah bahagianKu dan bahagian HambaKu, Untuk hamba-Ku apa yang dimintanya)

Apabila dia mengucapkan 'Ihdinash shirathal mustaqim, shirathalladzina an 'amta 'alaihim ghairil maghdhubi 'alaihim waladhdhaallin' (Pimpinlah kami ke jalan yang lurus, yakni jalan orang yang tidak Engkau murkai dan tidak pula jalan orang yang sesat), maka jawab Allah ta'ala, 'Hadza li 'abdi, wa li 'abdi ma saala' (inilah bahagian hambaKu, untuknya apa yang dimintanya).

Hadis Sahih Muslim .

Thursday, October 20, 2016

Surat Al Fatihah & Surat Al Baqarah (ayat:284-286)

Khamis, 19 Muharam 1438H: Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Pada suatu waktu, ketika Jibril sedang duduk di samping Nabi saw., tiba-tiba kedengaran suatu bunyi seperti pintu sedang dibukakan orang. Lalu diangkatnya kepalanya, seraya berkata : "Nah! Inilah pintu langit dibukakan hari ini, di mana sebelumnya tidak pernah dibuka melainkan baru hari ini." 

Dari pintu itu turun malaikat. Kata Jibril, "Inilah malaikat turun ke bumi, di mana dia tidak pernah turun sebelumnya, melainkan baru hari ini." 

Setelah malaikat itu memberi salam, lalu dia berkata, "Gembirakanlah umatmu dengan dua cahaya yang kedua-duanya hanya diturunkan kepada mu, dan tidak pernah diturunkan kepada para Nabi sebelum kamu, iaitu: surat Al Fatihah dan ayat-ayat penutup surat Al Baqarah (ayat: 284 - 286). Tidak satu huruf pun yang anda baca dari keduanya, melainkan akan diberikan pahalanya kepada anda."

Hadis Sahih Muslim

Wednesday, October 19, 2016

Surah AlFatihah

Rabu, 18 Muharam 1438H: Dari Abu Sa'id AI Khuuri ra. katanya: "Beberapa orang sahabat melakukan perjalanan jauh dan berhenti untuk istirehat pada salah satu perkampungan 'Arab, lalu mereka minta dijamu oleh penduduk kampung itu. Tetapi penduduk enggan menjamu mereka. 

Penduduk bertanya kepada para sahabat, "Adakah di antara Tuan-tuan yang pandai mentera? Ketua kampung kami digigit serangga." 

Menjawab seorang sahabat, "Ya, ada! 

Kemudian dia mendatangi ketua kampung itu dan mementerainya dengan membacakan surah Al-Fatihah. Maka, ketua kampung itu pun sembuh. Kemudian sahabat itu diberi upah lebih kurang tiga puluh ekor kambing. Tetapi dia enggan menerima seraya mengatakan, "Tunggu! Aku akan Menanyakannya lebih dahulu kepada Nabi saw., apakah aku boleh menerimanya." 

Lalu dia datang kepada Nabi saw. menanyakan hal itu, katanya, "Ya, Rasulullah! Demi Allah, aku telah mementerai seseorang dengan membacakan surat Al Fatihah." 

Beliau tersenyum mendengar cerita sahabatnya dan bertanya, "Bagaimana engkau tahu Al-Fatihah itu mentera?" 

Kemudian sabda beliau pula "Terimalah pemberian mereka itu dan masukkan sahamku bersama-sama denganmu."

Hadis Sahih Muslim.

Tuesday, October 18, 2016

Solat Rasulullah SAW

Selasa, 17 Muharam 1438H: Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. memulai solat beliau dengan takbir. Sesudah itu beliau baca surat Al Fatihah. 

Apabila beliau rukuk, kepalanya tidak mendongak dan tidak pula terlalu menunduk, tetapi pertengahan (sehingga kepalanya kelihatan rata dengan punggung). 

Apabila beliau bangkit dari rukuk, beliau tidak sujud sebelum dia berdiri lurus lebih dahulu. 

Apabila beliau mengangkat kepala dari sujud (pertama), beliau tidak sujud (kedua) sebelum duduknya antara kedua sujud itu tepat benar lebih dahulu. 

Tiap-tiap selesai dua rakaat, beliau membaca Tahiyat sambil duduk menghimpit kaki kiri dan menegakkan kaki kanan. Beliau melarang duduk seperti syaitan duduk atau seperti binatang buas duduk. 

Dan beliau menyudahi solat dengan membaca salam."

Hadis Sahih Muslim 

Monday, October 17, 2016

Bacaan Dalam Solat

Isnin, 16 Muharam 1438H: Dari 'Atha' r.a., katanya Abu Hurairah berujar: "Dalam setiap solat, Rasulullah saw. selalu membaca bacaan (ayat). Kerana itu, bacaan yang dinyaringkannya kepada kami, kami nyaringkan pula, dan bacaan yang perlahan-lahan dibacanya kami perlahankan pula kepada mu."

Lalu seorang lelaki bertanya, "Bagaimana kalau tidak ku tambah lagi bacaanku selain membaca Al Fatihah?"

Jawabnya, "Jika anda tambah lebih baik, jika tidak, maka Al Fatihah sudah cukup."

Hadis Sahih Muslim

Friday, October 14, 2016

Solat Witir

Jumaat, 13 Muharam 1438H: Dari Jabir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang takut tidak terbangun di akhir malam, maka solat witirlah di awalnya. 

Tetapi siapa yang penuh harapannya akan terbangun tengah malam, sebaiknyalah dia witir di akhir malam, kerana solat di akhir malam itu disaksikan para malaikat, dan itulah yang lebih baik."

Hadis Sahih Muslim

Thursday, October 13, 2016

Bayi Pertama Lahir Dalam Islam

Khamis, 12 Muharam 1438H: Dari Asma' (binti Abu Bakar Shiddiq) r.a. katanya: 

"Ketika dia mengandung anaknya 'Abdullah bia Zubair, dia masih berada di Mekah. Kemudian dia hijrah ke Madinah, padahal dia sudah hamil tua. Sesampainya di Quba' dia melahirkan. 

Lalu dia membawa anaknya kepada Rasulullah dan meletakkannya di pangkuan beliau. Rasulullah meminta kurma sebuah lalu dikunyahnya. Sesudah itu, disuapkannya ke mulut bayi tersebut. Itulah makanan yang pertama-tama masuk ke mulut bayi itu, kurma yang telah bercampur dengan air ludah beliau. 

Kemudian Nabi saw. mendoakan berkat baginya. Itulah bayi yang pertama-tama lahir dalam Islam."

Hadis Sahih Muslim

Wednesday, October 12, 2016

Waktu Sihat & Lapang

Rabu, 11 Muharam 1438H: Dari Ibnu 'Abbas r.a., bertanya: Nabi saw. bersabda: "Ada dua nikmat yang sering kebanyakan manusia tertipu tentangnya (sering melupakannya), yaitu: waktu sihat dan waktu lapang."

Hadis Sahih Bukhari

Friday, September 30, 2016

Matahari Dan Bulan

Jumaat, 28 Zulhijjah 1437H: Diceritakan dari 'Aisyah r.a., bahawa beliau bercerita: "Pada masa Rasulullah saw. terjadi gerhana matahari. kerana itu beliau solat mengimami orang banyak. Nabi saw. berdiri dan lama berdirinya, kemudian rukuk dan lama rukuknya. 

Kemudian beliau berdiri dan lama berdirinya tapi tidak selama yang pertama. Sesudah itu rukuk dan lama rukuknya tetapi tidak selama rukuknya yang pertama. 

Kemudian beliau sujud dan lama sujudnya. Sesudah itu beliau perbuat rakaat yang kedua seperti apa yang telah beliau lakukan pada rakaat yang pertama, kemudian selesai. Setelah selesai solat, matahari telah jelas kelihatan.

Nabi saw. memberikan khutbah untuk orang banyak. Sesudah memuji dan mengagungkan Allah swt., beliau bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara sekian banyak tanda-tanda kebesaran Allah swt. Keduanya tidak gerhana kerana mati atau lahirnya seseorang. Apabila kamu melihat gerhana, maka mendoalah kepada Allah, bacalah Takbir, solat dan bersedekahlah."

Kemudian beliau meneruskan: "Hai, ummat Muhammad! Demi Allah! Tidak ada yang lebih cemburu daripada Allah terhadap hambaNya yang berzina, atau ummatNya yang berzina."

"Hai, ummat Muhammad! Demi Allah! Kalaulah kamu tahu apa yang aku ketahui, pasti kamu akan sedikit tertawa tetapi banyak menangis."

Hadis Sahih Bukhari

Thursday, September 29, 2016

Tangan Yang Di Atas

Khamis, 27 Zulhijjah 1437H: Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya ketika Rasullullah saw. sedang di atas mimbar, beliau menerangkan perihal sedekah. 'iffah dari perihal minta-minta. 

Sabda beliau, "Tangan yang di atas, lebih baik daripada tangan yang di bawah. Tangan yang di atas iaitu tangan yang memberi dan tangan yang di bawah iaitu tangan yang meminta."

Hadis Sahih Bukhari

Wednesday, September 28, 2016

Sedekah Yang Terbaik

Rabu, 26 Zulhijjah 1437H: Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw. bersabda: 

"Sedekah yang terbaik adalah yang dilakukan oleh orang yang kaya. Mulailah memberikan sedekah dengan bersedekah kepada orang yang menjadi tanggung-jawabmu!"

Hadis Sahih Bukhari

Tuesday, September 27, 2016

Apabila Kejahatan Bermaharajalela

Selasa, 25 Zulhijjah 1437H:

Bersedekah Atas Nama Yang Telah Meninggal

Selasa, 25 Zulhijjah 1437H: Ahmad bin Mani' menceritakan kepada kami, Rauh bin 'Ubadah memberitahukan kepada kami, Zakariyya bin Ishaq memberitahukan kepada kami dimana ia berkata:

" 'Amr bin Dinar menceritakan kepadaku (yang berasal) dari 'Ikrimah dari Ibnu 'Abbas "bahawasanya ada seseorang bertanya: "Wahai RasuluUah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia apakah ada gunanya bila saya bersedekah untuk atas namanya?"

Beliau menjawab: "Ya, ada"
.
Orang itu berkata: "Sesungguhnya saya mempunyai sebidang kebun maka saya persaksikan kepada engkau bahawasanya saya mensedekahkannya untuk atas nama ibuku."

Abu 'Isa berkata: "Hadis ini adalah hadis hasan. Dalam masalah ini para ulamak mempunyai pendapat, dimana mereka berkata; "Tidak ada sesuatu yang bisa sampai kepada orang yang telah meninggal dunia kecuali sedekah dan doa."

Sebahagian ulama' meriwayatkan hadis ini dari 'Amr bin Dinar dari 'Ikrimah dari Nabi s.a.w. secara mursal.

Hadis Sunan At-Termizi

Friday, September 23, 2016

Kelebihan Sedekah

Jumaat, 21 Zulhijjah 1437H: Uqbah bin Mukram Al-Buhri menceritakan kepada kami, 'Abdullah bin Muu Al-Khazzaz memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Yunus bin 'Ubaid dari Al-Haun dari Anas bin Malik dimana ia berkata:
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sungguh sedekah itu dapat menghilangkan amarah Tuhan dan dapat menolak (cara) mati yang buruk." la (Abu 'Ita) berkata: "
Dari riwayat ini, hadis tersebut adalah hadis gharib".
Hadis Sunan At Termizi

Hisab

Jumaat, 21 Zulhijjah 1437H:

Thursday, September 22, 2016

Panggilan Kafir

Khamis, 20 Zulhijjah 1437H: Dari Abu Dzar r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: 
"Siapa yang mendakwa orang lain sebagai bapanya, padahal dia tahu bahawa itu bukan bapanya, maka dia itu kafir.

Dan siapa yang mendakwa sesuatu yang bukan miliknya, maka orang itu tidak termasuk golongan kita (muslim); maka tempatnya ialah di neraka.

Dan siapa yang memanggil seseorang dengan panggilan "kafir" atau "musuh Allah", padahal orang yang dipanggilnya itu bukan demikian, maka ucapannya itu kembali kepada dirinya sendiri."

Hadis Sahih Muslim

Wednesday, September 21, 2016

Sedekah Baginya

Rabu, 19 Zulhijjah 1437H: Dari Jabir r.a.,katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. masuk ke kebun Ummu Mubasysyir Al Anshari. Maka bertanya Nabi saw. kepadanya, "Siapa yang menanam pohon kurma ini, orang Islam atau kafir?" 

Jawab Ummu Mubasysyir, "Orang Islam!" 

Maka bersabda Rasulullah saw., "Tidak seorang pun orang muslim yang bercucuk-tanam atau bertani, kemudian hasil tanamannya itu dimakan orang atau binatang, nescaya semuanya itu menjadi sedekah baginya."

Hadis Sahih Muslim

Allah Melihat Hati Dan Amalan Kamu

Rabu, 19 Zulhijjah 1437

Monday, September 19, 2016

Bukan Umatku

Isnin, 17 Zulhijjah 1437H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang tidak mematuhi Imam dan memencil dari jemaah, lalu dia mati, maka matinya seperti mati jahiliyah. 

Siapa yang mati terbunuh di bawah bendera kefanatikan, bermusuhan, dan berperang kerana fanatik kesukuan(kebangsaan), dia bukanlah umat ku. 

Dan siapa keluar dari umat ku lalu menyerang umat ku, membunuh orang-orang baik dan orang-orang jahat tanpa mempedulikan apakah dia orang mukmin atau tidak, dan tanpa mengindahkan janji yang telah dibuatnya, orang itu juga bukan umatku."

Hadis Sahih Muslim

Friday, September 9, 2016

Thursday, September 8, 2016

Al Maidah,3

Khamis, 6 Zulhijjah 1437H: Dari Tariq bin Syihab r.a.: Beberapa orang Yahudi berkata: "Kalau sekiranya ayat ini diturunkan kepada kami, tentu kami jadikan hari itu suatu hari raya". 

Umar bertanya: "Apakah ayat itu?" 

Jawab mereka: "Hari ini Aku sempurnakan bagi kamu agamamu, dan Aku cukupkan untuk kamu nikmatKu. dan Aku senang Islam menjadi agamamu". (Al Maidah, 3) 

Kata Umar: "Saya tahu di tempat mana ayat itu turun. Ayat itu turun ketika Rasulullah s.a.w. sedang wuquf di Arafah "

Hadis Sahih Bukhari

Wednesday, September 7, 2016

Tuesday, September 6, 2016

Haji Itu Adalah Arafah

Selasa, 4 Zulhijjah 1437H: Muhammad bin Basysyar menceritakan kepada kami, Yahya bin Sa'id dan 'Abdur Rahman bin Mahdi memberitahukan kepada kami di mana keduanya berkata: "Sufyan memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Bukair bin 'Atha' dari 'Abdur Rahman bin Ya'mar "bahawasanya orang-orang dari penduduk Najd mendatangi Rasulullah s.a.w. sewaktu baginda berada di 'Arafah, kemudian mereka bertanya kepada baginda, baginda lantas menyuruh seorang penyeru untuk menyerukan:
"Haji itu adalah 'Arafah. Barangsiapa yang datang pada malam 'Arafah sebelum fajar terbit maka ia telah mendapatkan haji.
Hari-hari Mina itu adalah tiga hari, barangsiapa yang bersegera (meninggalkannya) dalam dua hari maka ia tidak mendapatkan dosa; dan barangsiapa yang mengakhirkan (sampai tiga hari) maka ia tidak mendapatkan dosa".
Muhammad berkata: "Yahya memberi tambahan: "Dan baginda menyusulkan seseorang kemudian ia berseru dengan kalimat tersebut."
Hadis Sunan At-Termizi

Monday, September 5, 2016

Kesempurnaan Haiwan Kurban

Isnin, 3 Zulhijjah 1437H: Dari Syuraih ibnu Nu'man dari Ali ra berkata: 

"Rasulullah saw menyuruh kami supaya memperhatikan mata dan telinga ternak korban yang hendak disembelih untuk kurban, dan beliau melarang kami menyembelih ternak korban yang terputus telinganya, terputus hujung telinganya, terputus anggota badan lainnya atau yang lubang telinganya cacat."

Hadis Sunan An-Nasai

Friday, September 2, 2016

Dilarang Mengambil Upah Kurban

Jumaat, 1 Zulhijjah 1437H: Dari 'Ali r.a., katanya: 

"Aku disuruh Rasulullah saw. mengurus penyembelihan haiwan kurban, menyedekahkan daging dan kulitnya, dan mengurus segala sesuatu yang berhubungan dengan kesempurnaan korban. Tetapi dilarang beliau mengambilkan upah untuk tukang potong dari haiwan korban itu. Kata 'Ali, untuk upahnya kamu ambilkan dari wang kami sendiri."

Hadis Sahih Muslim .

Jangan Membuang Bulu & Kuku

Jumaat, 1 Zulhijjah 1437H

Thursday, September 1, 2016

Kelebihan Beramal 10 Hari Awal Zulhijjah

Khamis, 29 Zulkaedah 1437H

Berniat Nazar Kurban

Khamis, 29 Zulkaedah 1437H: Mewartakan kepada kami Hatim bin Bakr Adh-Dhabbiy, yaitu Abu 'Amr, mewartakan kepada kami Muhammad bin Bakr Al-Bursaniy. Dan mewartakan kepada kami Muhammad bin Sa'id bin Yazid bin Ibrahim, mewartakan kepada kami Qutaibah dan Yahya bin Katsir, mereka berkata: Mewartakan kepada kami Syu'bah, dari Malik bin Anas, dari 'Amr bin Muslim, dari Sa'id bin Al Musayyab, dari Ummu Salamah, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: 

"Barangsiapa di antara kamu sekalian melihat hilal bulan Dzul Hijjah, kemudian bemiat nazar kurban, maka kerana itu dia tidak boleh mendekati rambut/bulu, dan tidak boleh mendekati kukunya sama sekali".

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3.