Wednesday, February 27, 2019

Allah Kagum

Rabu, 27 Jamadilakhir 1440H: Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw. lalu dia berkata, "Aku dalam kesulitan susah hidup dan lapar." 

Maka beliau bawa pulang itu ke rumah isteri beliau satu persatu menanyakan kalau-kalau mereka ada sedia makanan. Para isteri beliau menjawab. "Demi Allah yang mengutus Anda dengan yang hak, aku tidak sedia apa-apa selain air." Begitulah jawapan mereka masing-masing. 

Lalu bersabda beliau kepada para sahabat. "Siapa bersedia menerima tetamu malam ini nescaya di beri rahmat oleh Allah Ta'ala." 

Maka berdirilah seorang lelaki Ansar seraya berkata, "Aku, ya Rasulullah!"
Maka dibawanya lah orang itu ke rumahnya. Dia bertanya kepada isterinya, "Adakah engkau sedia makanan?" 

Jawab isterinya, "Tidak ada, kecuali makanan anak-anak." 

Katanya, "Pujuklah mereka dengan apa saja. Bila tetamu kita dah masuk tunjukkan kepadanya bahawa kita makan bersamanya. Bila dia telah mulai makan, berdirilah ke dekat lampu lalu padamkan."

Maka duduklah mereka dan sang tetamu pun makanlah. Setelah Subuh, sahabat tersebut bertemu dengan Nabi saw. lalu kata beliau, "Allah kagum dengan cara kamu berdua melayani tetamu kalian malam tadi."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1966.

Tuesday, February 26, 2019

Pemohoan Rasulullah SAW

Selasa, 21 Jamadilakhir 1440H: Dari Tsauban r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memperlihatkan kepada ku (peta) bumi secara keseluruhan, sehingga aku dapat melihat bumi sebelah Timur dan Barat. 

Dan sesungguhnya kekuasaan ummat ku akan sampai ke seluruh tempat yang telah diperlihatkan Allah Ta'ala kepada ku. Kepada ku diberikan dua macam perbendaharaan, iaitu merah dan putih. 

Aku memohon kepada Tuhan untuk membantu ummat ku, agar mereka tidak dibinasakan dengan musim susah yang panjang, dan agar mereka tidak dijajah oleh kekuasaan asing selain oleh mereka sendiri, sehingga kekuasaan mereka menjadi hancur luluh. 

Tuhan ku berfirman, "Ya, Muhammad! Apabila Aku telah memutuskan suatu putusan, maka putusanKu tidak dapat diubah lagi. Aku memperkenankan doa mu untuk umat mu, bahawa mereka tidak akan binasa dengan musim susah yang panjang. 

Dan bahawa Aku tidak akan menjajahkan kepada mereka suatu kekuatan musuh selain diri mereka sehingga kekuatan mereka hancur luluh, sekalipun musuh-musuh mereka bersatu mengelilingi, kecuali bila sebahagian mereka membinasakan yang sebahagian dan mereka saling tawan-menawan."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2463.

Monday, February 25, 2019

Dengki Yang DiBolehkan

Isnin, 20 Jamadilakhir 1440H: Dari Salim r.a., dari bapanya, dari Nabi saw. sabdanya: 

"Tidak boleh dengki melainkan kepada dua macam: 

Pertama, kepada orang yang dikaruniai Allah ilmu Al Quran, lalu diamalkannya siang malam. 

Kedua, kepada orang yang dikaruniai Allah harta kekayaan, lalu dibelanjakannya siang dan malam (di jalan Allah)."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0782.

Friday, February 22, 2019

Dosa Ketika Imam Sedang Berkhutbah

Jumaat, 17 Jamadilakhir 1440H: Dari Abu Hurairah katanya: "Bahawasanya aku pernah mendengar rasulullah saw bersabda:

"Jika kamu berkata kepada kawanmu;"Tenanglah kamu", ketika imam sedang berkhutbah di hari Jumaat, maka kamu telah berbuat dosa."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1376.

Thursday, February 21, 2019

Menyaringkan Bacaan Dalam Solat

Khamis, 16 Jamadilakhir 1440H: Dari 'Imran bin Hushain r.a., katanya: "Pada suatu kali Rasulullah saw. mengimami kami solat Zohor atau 'Asar.

Setelah selesai solat beliau bersabda; "Siapa tadi di belakangku yang menyaringkan bacaan 'Sabbihisma rabbikal a'la?" 

Jawab seorang sahahat, "Aku. Maksudku hanya semata-mata untuk kebaikan." 

Sabda Rasulullah saw., "Aku tahu maksudmu baik. Tetapi kamu mengganggu orang lain".

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0353.

Wednesday, February 20, 2019

Apabila Matinya Ulama

Rabu, 15 Jamadilakhir 1440H: Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. katanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda: "Allah tidak menarik kembali ilmu pengetahuan dengan jalan mencabutnya dari hati sanubari manusia, tetapi dengan jalan mematikan orang-orang berpengetahuan (ulama). 

Apabila orang berpengetahuan telah punah, maka masyarakat akan mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin yang akan dijadikan tempat bertanya. 

Orang-orang bodoh ini akan berfatwa tanpa ilmu; mereka itu sesat dan menyesatkan."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0076.

Tuesday, February 19, 2019

Kebaikan & Kejahatan

Selasa, 14 Jamadilakhir 1440H: Dari Ali r.a. katanya: Kami duduk bersama Nabi saw. dan di tangan beliau ada sepotong kayu yang dicocok-cocokkannya ke tanah dan di tunggang balikkannya, lalu beliau bersabda: "Setiap kamu telah ditentukan tempatnya dalam neraka atau dalam syurga."

Di antara orang banyak itu ada yang bertanya: "Apakah tidak lebih baik kita menyerah saja Ya Rasulullah?" 

Jawab Nabi: "Tidak boleh, melainkan hendaklah kamu bekerja dan setiap orang memperoleh kemudahan." 

Kemudian beliau membacakan ayat: "Adapun orang yang memberi dan bertakwa serta membenarkan hal yang baik, akan Kami mudahkan baginya hal mudah (kebaikan). Tetapi orang yang kikir dan merasa dirinya serba cukup serta mendustakan hal yang baik, akan Kami mudahkan baginya hal yang sulit (kejahatan)."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1781.

Friday, February 15, 2019

Kaum Selepas Abad Yang Paling Baik

Jumaat, 10 Jamadilakhir 1440H: Dari Imran bin Husain r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda: "Yang paling baik di antara kamu ialah mereka yang ada pada abadku, di bawah itu orang-orang yang setelah mereka, seterusnya orang-orang yang setelah mereka". 

Dan selanjutnya Nabi s.a.w. bersabda: Setelah kamu nanti akan ada kaum yang berkhianat dan mereka tiada dipercayai. 

Mereka turut jadi saksi, sedangkan mereka tiada diminta untuk itu; mereka bernazar, tetapi mereka tiada memenuhinya (tiada membayarnya), dan di antara mereka ada gemuk-gemuk badannya".

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1235.

Thursday, February 14, 2019

Bersin & Menguap

Khamis, 9 Jamadilakhir 1440H; Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi saw: "Allah mencintai bersin dan membenci menguap. 

Kerana itu kalau seseorang bersin lalu ia memuji Allah, maka setiap orang Islam lain yang mendengar, hendaklah mendoakannya. 

Menguap itu adalah dari syaitan. Orang hendaklah menahan kuapnya dengan secepat mungkin. Kalau ia mengucapkan "Wah!", maka syaitan tertawa mendengarnya."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1719.

Tuesday, February 12, 2019

Bersedekah Mesti Tiap Muslim

Selasa, 7 Jamadilakhir 1440H: Dari Abu Musa r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Mestinya tiap-tiap orang muslim bersedekah. 

Orang banyak bertanya: "Ya, Nabi Allah! Bagaimana dengan orang yang tak punya (untuk disedekahkan)?" 

Jawab Nabi saw.. "Ia harus bekerja dengan tangannya, sehingga ia memperoleh keuntungan untuk dirinya dan dapat bersedekah." 

Tanya mereka. "Kalau tidak sanggup?"

Sabda Nabi, "Hendaklah ia menolong orang yang memerlukannya." 

Tanya: "Kalau sekiranya tidak boleh?" 

Jawab Nabi saw., "Kerjakanlah segala kebaikan dan hentikan segala macam kejahatan. Yang demikian itu bererti sedekah juga baginya."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0742.

Monday, February 11, 2019

Dilarang Menyentuh & Melempar

Isnin, 6 Jamadilakhir 1440H: Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya; "Rasulullah saw. melarang kami jual beli dengan dua malam cara. Iaitu jual beli mulamasah dan munabadzah. 

Mulamasah ialah si pembeli hanya menyentuh kain dagangan si penjual, malam atau siang, tanpa membalik-baliknya dengan teliti. 

Munabadzah ialah si penjual melemparkan kain dagangannya kepada si pembeli, maka dengan begitu terjadilah jual beli tanpa diberi kesempatan kepada pembeli untuk meneliti dan tanpa disetujuinya."

Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1455.

Friday, February 8, 2019

Penciptaan Bumi

Jumaat, 3 Jamadilakhir 1440H: Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. memegang tangannya, lalu beliau bersabda:

"Allah Azza wa Jalla menjadikan tanah pada hari Sabtu, memasakkan gunung pada hari Ahad, menumbuhkan pohon-pohon pada hari Isnin, menjadikan bahan-bahan mineral pada hari Selasa, menjadikan cahaya pada hari Rabu, menebarkan binatang pada hari Khamis, dan menjadikan Adam Alaihissalam sesudah Asar pada hari Jumaat setelah selesai tercipta seluruh makhluk dan pada saat terakhir di hari Jumaat antara 'Asar dan malam."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2388.

Thursday, February 7, 2019

Zikir Yang Paling Utama

Khamis, 2 Jamadilakhir 1440H: Dari Abu Dzar r.a. katanya Rasulullah saw. pernah ditanya orang: "Apakah ucapan zikir yang paling afdhal (utama), ya Rasulullah?"

Jawab beliau, "Yaitu ucapan zikir yang dipilihkan Allah bagi para malaikatNya dan hamba-hambaNya, ialah: Subhanallahi wa bihamdih.(Maha Suci Allah Maha Terpuji Dia)"

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2352.

Thursday, January 31, 2019

Hari Pintu Syurga Dibuka

Khamis, 25 Jamadilawal 1440H: Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Pintu syurga dibuka setiap hari Isnin dan Khamis. Maka diampuni Allah dosa setiap hamba-Nya yang tidak musyrik, kecuali orang yang bermusuhan dengan saudaranya (sesama muslim). 

Maka dikatakan, tunggulah dahulu kedua orang ini berdamai! Tunggulah kedua orang ini berdamai! Tunggulah kedua orang ini berdamai!"

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2195.

Wednesday, January 30, 2019

Apabila Marah Bacalah.....

Rabu, 24 Jamadilawal 1440H: Dari Sulaiman bin Shurad r.a.katanya: "Dua orang laki-laki saling memaki di dekat Rasulullah saw, sehingga seorang dari mereka merah matanya dan menggembung urat-urat lehernya. 

Maka bersabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya aku tahu suatu kalimah yang kalau dia membacanya nescaya hilang marahnya.

Kalimah itu ialah: A 'udzubillahi minas syaitannir rajim. (Aku berlindung dengan Allah dari kejahatan syaitan yang terkutuk)."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2236.

Tuesday, January 29, 2019

Orang Yang Dibenci Allah

Selasa, 23 Jamadilawal 1440H: Dari Aisyah r.a., dari Nabi s.a.w. beliau bersabda:

"Orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang paling suka bermusuhan."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1175.

Monday, January 28, 2019

Pemimpin Baik & Tidak Baik

Isnin, 22 Jamadilawal 1440H: Dari Ummu Salamah r.a., isteri Nabi saw., dari Nabi saw. sabdanya: 

"Kelak akan memerintah pembesar-pembesar yang kebijaksanaannya ada yang kamu kenal baik dan yang tidak baik. 

Maka siapa membenci yang tidak baik lepaslah dia dari dosa, bahkan siapa yang mengingkarinya (memprotes) selamatlah dia. 

Tetapi siapa yang rela bahkan mengikuti yang tidak baik, berdosalah dia." 

Para sahabat bertanya, "Bolehkah kita bunuh mereka?" 

Jawab Nabi saw., "Tidak! Selama mereka masih melakukan solat!"

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1820.

Friday, January 25, 2019

Apabila Azan & Qamat

Jumaat, 19 Jamadilawal 1440H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Apabila orang azan, maka syaitan lari terkentut-kentut sampai tak kedengaran lagi olehnya azan. Apabila azan telah selesai, dia kembali pula. 

Kemudian, apabila orang qamat dia lari pula, dan apabila qamat telab selesai dia datang pula kembali menggoda orang (yang sedang solat). 

Dia membisik, "Ingatlah ini dan itu!" Yaitu hal-hal yang tidak pernah diingatnya selama ini, sehingga orang lupa telah berapa rakaat dia solat. 

Maka apabila kamu lupa telah berapa rakaat kamu solat, sujudlah dua kali ketika sedang duduk (sujud sahwi)."

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0522.

Thursday, January 24, 2019

Apabila Telupa Tasyahud Awal

Khamis, 18 Jamadilawal 1440H: Dari' Abdullah bin Buhainah, Al Asdi r.a., iaitu kawan yang telah bersumpah setia dengan Bani Abdul Muththalib, katanya: 

"Rasulullah saw. pernah solat Zohor, di mana beliau langsung berdiri, sedangkan seharusnya duduk (tasyahud awal). 

Maka ketika solat telah cukup (empat rakaat), beliau sujud dua kali dengan membaca takbir setiap kali sujud, iaitu ketika duduk sebelum salam. 

Orang banyak ikut pula sujud bersama-sama dengan beliau, iaitu pengganti tasyahud awal yang terlupa."

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0524.

Wednesday, January 23, 2019

Tidak Masuk Syurga Orang Yang Sombong

Rabu, 17 Jamadilawal 1440H: Rasulullah Saw bersabda:"Tidak masuk syurga orang yang ada dalam hatinya seberat biji sawi dari kesombongan."

Maka seorang lelaki bertanya:"Sesungguhnya seseorang menyukai pakaiannya yang bagus dan seliparnya yang elok."

Nabi menjawab: Sesungguhnya Allah Maha Indah dan menyukai keindahan, sombong itu menolak kebenaran dan meremehkan manusia." 

(HR Muslim)

Tuesday, January 22, 2019

Dosa Mencaci-Maki

Selasa, 16 Jamadilawal 1440H: Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Ayyub dan Qutaibah dan Ibnu Hujr mereka berkata; Telah menceritakan kepada kami Isma’il yaitu Ibnu Ja’far dari Al A’laa dari Bapaknya dari Abu Hurairah bahwa Rasululloh shallallohu ‘alaihi wasallam bersabda: 

“Apabila ada dua orang yang saling mencaci-maki, maka cacian yang diucapkan oleh keduanya itu, dosanya akan ditanggung oleh orang yang memulai cacian selama orang yang dizhalimi itu tidak melampaui batas.” 

[HR. Muslim No.4688].

Friday, January 18, 2019

Apbila Solat Subuh Telah Qamat

Jumaat, 12 Jamadilawal 1440H: Dari Ibnu Buhainah r.a., katanya: "Pada suatu waktu, ketika solat Subuh telah diqamatkan, Rasullullah saw. melihat seseorang lelaki mengerjakan solat sunat.

Maka bersabda Rasulullah saw. kepadanya, "Apakah anda solat Subuh empat rakaat?"

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0675.

Thursday, January 17, 2019

Mohon Pelindungan Allah Dari 4 Fitnah

Khamis, 11 Jamadilawal 1440H: Dari Zaid bin Tsabit r.a. katanya: "Ketika Nabi saw. berada di sebidang kebun Bani Najjar mengenderai keldai, kami ada bersama-sama beliau. Tiba-tiba keldai itu membelok sehingga beliau hampir jatuh. Kiranya di sana terdapat empat atau enam kubur. 

Tanya beliau, "Siapakah di antara kalian yang tahu, kubur-kubur ini milik siapa?" 

Seorang lelaki berkata: "Aku!" 

Tanya Nabi saw., "Bila mereka meninggal?" 

Jawab, "Mereka mati dalam syirik." 

Sabda Rasulullah saw., "Mereka sedang diseksa dalam kubur. Seandainya aku tidak khuatir yang kamu semua akan takut menguburkan mayat, akan ku mohon kepada Allah Ta'ala supaya Dia memperdengarkan kepada mu sekalian bagaimana dahsyatnya seksa kubur seperti yang terdengar olehku." 

Kemudian beliau hadapkan mukanya kepada kami seraya bersabda, "Berlindunglah kamu dengan Allah dari seksa neraka!" 

Kata para sahabat, "Kami berlindung dengan Allah dari seksa neraka."

Sabda beliau, "Berlindunglah kamu semua dengan Allah dari seksa kubur!" 

Kata para sahabat, "Kami berlindung dengan Allah dari seksa kubur."

Sabda beliau, "Berlindunglah kamu semua dengan Allah dari fitnah, baik yang nyata mahupun yang tersembunyi." 

Kata para sahabat, "Kami berlindung dengan Allah dari fitnah, baik yang nyata mahupun yang tersembunyi." 

Sabda beliau, "Berlindunglah kamu semua dari fitnah (bencana) Dajjal!" 

Kata para sahabat, "Kami berlindung dengan Allah dari fitnah Dajjal."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2444.

Wednesday, January 16, 2019

Melalaikan Solat Dari Waktunya

Rabu, 10 Jamadilawal 1440H: Dari Abu Dzar r.a., katanya: "Rasulullah saw. bertanya kepada ku, sambil menepuk pahaku: Apa yang engkau lakukan jika engkau berada dalam lingkungan kaum yang suka melalaikan solat dari waktunya?"

Jawab ku, "Apa perintah anda kepadaku?" 

Sabda beliau, "Solatlah pada waktunya (sekalipun sendirian). Sesudah itu selesaikanlah segala urusanmu. 

Jika kebetulan orang solat berjemaah dan engkau masih berada dalam masjid, maka solat (pulalah bersama mereka)."

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0606.

Tuesday, January 15, 2019

Apabila Tertidur Atau Lalai

Selasa, Jamadilawal 1440H : Dari Anas bin Malik r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila kamu tertidur sebelum solat, atau lalai daripadanya, maka hendaklah kamu tunaikan ketika ingat. Sesungguhnya Allah berfirman: Tegakkanlah solat untuk mengingat Ku."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0645.

Monday, January 14, 2019

Mencuri Dalam Solat

Isnin, 8 Jamadilawal 1440H: Diriwayatkan dari Abu Qatadah, Rasulullah saw bersabda ;

“Sejelek-jelek orang yang mencuri adalah orang yang mencuri dalam shalatnya.”

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam shalatnya?” 

Beliau menjawab, “Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.” Atau beliau bersabda, “Ia tidak meluruskan punggungnya ketika rukuk dan sujud.” 

(HR. Ahmad, Ibnu Majah, ath-Thabrani dan al-Hakim)

Friday, January 11, 2019

Melalaikan Solat

Jumaat, 5 Jamadilawal 1440H: Dari Abu Dzar r.a., katanya: "Rasulullah saw. bersabda kepada ku:

"Bakal terjadi sesudahku, dimana para pembesar melalaikan solat. 

Kerana itu solatlah kamu tepat pada waktunya. 

Jika kamu solat kembali bersama mereka, maka itu adalah suatu keuntungan (sunat) bagi mu. 

Jika tidak maka sesungguhnya kamu sudah menjaga solatmu." (pada awal waktunya).

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0605.

Thursday, January 10, 2019

Pahala Sedekah Yang DiCuri, Dimakan & Hilang.

Khamis, 4 Jamadilawal 1440H; Dari Jabir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Tidak seorang pun orang muslim yang bercucuk-tanam, melainkan setiap tanamannya yang dimakan atau dicuri orang, atau dimakan binatang liar, atau dimakan burung, atau hilang, nescaya semuanya itu menjadi sedekah baginya."

Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1515.

Wednesday, January 9, 2019

Penuhkan Saf Hadapan

Rabu, 3 Jamadilawal 1440H: Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Rasulullah saw. pernah memperhatikan para sahabatnya yang suka berada di saf belakang.

Lalu beliau bersabda kepada mereka, "Majulah ke depan dan ikutilah aku supaya orang yang dibelakanag mu dapat pula mengikut mu. 

Memang ada saja orang-orang yang suka di belakang-belakang, sehingga Allah membelakangkan mereka benar-benar."

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0391.

Tuesday, January 8, 2019

Sunnah Memakai Sandal (Selipar/Kasut)

Selasa, 2 Jamadilawal 1440H: Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw. bersabda: 

"Kalau kamu memakai sandal(selipar/kasut), pasang yang kanan terlebih dahulu. 

Tetapi kalau membukanya, yang kiri buka dahulu.

Jadi yang kanan adalah yang pertama-tama dipasang dan yang terakhir dibuka."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1679.

Monday, January 7, 2019

Taubat

Isnin, 1 Jamadilawal 1440H: Dari Ibnu Umar r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Hai, manusia! Taubatlah kamu semua kepada Allah. Sesungguhnya aku taubat kepada-Nya seratus kali setiap hari."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2323.

Friday, January 4, 2019

Jumaat Membaca Surah Al-Khafi

Jumaat, 27 Rabiulakhir 1440H: Dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu anhu, bahwa Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka Allah akan menyinarinya dengan cahaya di antara dua Jum’at.”

(Diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrok II/399 no.3392, dan Al-Baihaqi di dalam Sunannya III/249 dengan nomor.5792)

Thursday, January 3, 2019

Solatlah Dalam Keadaan Tenang

Khamis, 26 Rabiulakhir 1440H: Diberitakan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi saw. masuk ke dalam masjid, kemudian masuk pula seorang laki-laki lalu dia solat. 

Selesai solat, orang itu datang dan memberi salam kepada Nabi saw. Nabi menolak orang itu dan bersabda, "Ulangilah solat anda kembali kerana anda belum solat!" 

Maka diulanginya solatnya kembali, kemudian dia datang dan memberi salam kepada Nabi. Sabda Nabi, "Ulangilah solat anda kembali, kerana anda belum solat!" 

Sampai tiga kali Nabi saw. menyuruh orang itu demikian.

Jawab orang itu, "Demi Allah, yang telah mengutus anda dengan yang hak. Aku belum tahu cara solat yang lebih baik dari itu. kerana itu ajarkanlah kepada ku." 

Jawab Nabi saw., "Apabila engkau berdiri hendak solat, ucapkanlah Takbir.
Kemudian baca ayat-ayat Quran yang mudah bagi mu.
Kemudian rukuk sehingga engkau tenang dalam rukuk itu,
Kemudian bangkit, berdiri lurus kembali.
Sesudah itu sujud, sehingga engkau tenang dalam sujudmu itu.
Sesudah itu bangkit, duduk, sehingga engkau tenang tenteram dalam dudukmu itu.
Kemudian sujud, sehingga engkau tenang dalam sujudmu itu. Lakukanlah seperti itu setiap kamu solat."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0435.

Wednesday, January 2, 2019

Cara Berwuduk Rasulullah SAW

Rabu, 25 Rabiulakhir 1440H; Humran r.a., maula Usman (bin Affan) mengkhabarkan, bahawa dia melihat Usman bin Affan meminta setimba air untuk berwuduk. Dia menuangkan air itu ke tangannya dan membasuh kedua telapak tangannya tiga kali. 

Kemudian dia memasukkan tangan kanannya ke dalam air, lalu berkumur-kumur dan membersihkan, hidung dengan menghirup air ke hidung dan menyemburkannya kembali. 

Kemudian dia membasuh mukanya tiga kali, membasuh kedua belah tangannya hingga siku tiga kali. 

Kemudian dia menyapu kepalanya, dan setelah itu dia membasuh kaki hingga dua mata kaki tiga kali.

Kemudian dia berkata, "Bersabda Rasulullah saw. 'Barangsiapa berwuduk seperti wudukku ini, kemudian solat dua rakaat dengan khusyuk, nescaya diampuni (Allah) dosanya yang telah lalu."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0117.

Thursday, December 27, 2018

Sedekah Yang Besar Pahalanya

Khamis, 19 Rabiulakhir 1440H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw., lalu dia bertanya: "Ya, Rasulullah! Sedekah bagaimanakah yang besar pahalanya?" 

Jawab Rasulullah saw., "Sedekah ketika anda sedang sihat, ketika anda sedang kikir, takut miskin, ketika anda sedang mengharap-harap akan menjadi seorang hartawan yang kaya-raya; maka pada saat-saat seperti itu janganlah anda lalai, bersedekahlah. 

Dan janganlah ditangguhkan sehingganya nyawa anda telah sampai di tenggorokan, barulah anda bahagi-bahagikan sedekah anda, ini untuk si Fulan, ini untuk si Fulan. 

Dan ingatlah, sesungguhnya harta itu memang untuk si Fulan."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0990.

Wednesday, December 26, 2018

Doa Si Miskin

Rabu, 18 Rabiulakhir 1440H: Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Berapa banyaknya orang-orang (miskin) yang kusut masai diusir dari muka pintu rumah orang (ketika mereka meminta-minta). 

Seandainya si miskin itu mendoa kepada Allah Ta'ala, nescaya Allah mengabulkan doanya."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2250.

Friday, December 21, 2018

Rumah Yang Ada Anjing & Gambar Haiwan

Jumaat, 13 Rabiulakhir 1440H: Dari Abdullah Ibnu 'Abbas r.a. katanya Maimunah menceritakan kepadanya bahawa pada suatu pagi Rasulullah saw. kelihatan diam kerana susah dan sedih. 

Kata Maimunah, "Ya, Rasulullah! Aku hairan melihat sikap Anda sehari ini. Apa yang terjadi?" 

Jawab Rasulullah saw., "Jibril berjanji akan datang menemui ku malam tadi, ternyata dia tidak datang. Ketahuilah dia pasti tidak menyalahi janji dengan ku!" 

Rasulullah saw. sentiasa kelihatan susah dan sedih sehari ini. Kemudian beliau melihat seekor anak anjing di bawah tempat tidur kami, lalu beliau suruh keluarkan anak anjing itu.

Kemudian diambilnya air lalu dipercikinya bekas-bekas tempat anak anjing itu. Ketika hari sudah petang. Jibril datang mendahului beliau.

Kata beliau kepada Jibril, "Anda berjanji akan datang pagi-pagi." 

Jawab Jibril, "Benar! Tetapi kami tidak dapat masuk ke rumah yang di dalamnya ada anjing dan gambar-gambar (haiwan)." 

Esok pagi Rasulullah saw. memerintahkan supaya membunuh semua anjing sampai anjing penjaga kebun kecil sekalipun tetapi membiarkan anjing penjaga kebun yang luas."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1991.

Thursday, December 20, 2018

Kelebihan Solat Berjemaah

Khamis, 12 Rabiulakhir 1440H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Solat berjemaah pahalanya melebihi solat sendirian yang dilakukan di rumah atau di kedai dua puluh sembilan darjat. 

Yang demikian itu ialah apabila seseorang berwuduk sebaik-baiknya, kemudian dia pergi ke masjid tanpa maksud lain yang mendorongnya kecuali hanya solat. 

Maka setiap langkah yang dilangkahkannya meningkatkan darjatnya satu darjat, serta menghapus satu dosa daripadanya sampai dia masuk ke dalam masjid. 

Setelah berada dalam masjid, dia dipandang seperti dalam solat selama menunggu waktu solat tiba.
Sedangkan malaikat sentiasa mendoakannya. selama dia masih berada di tempatnya solat, dan wuduknya belum batal.

Katanya, "Wahai, Allah! Berilah dia rahmat. Ampunilah dia dan terimalah taubatnya."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0621.

Thursday, December 13, 2018

Ancaman Tidak Hadir Solat Berjemaah

Khamis, 5 Rabiulakhir 1440H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. melihat amat sedikit orang solat berjemaah. Kerana itu beliau bersabda: 

"Inginlah aku rasanya menyuruh seseorang mengimami solat berjemaah (menggantikan ku), kemudian aku pergi mencari orang-orang yang tidak datang berjemaah, sesudah itu ku suruh bakar rumah-rumah mereka dengan ikatan-ikatan kayu bakar. 

Kalaulah mereka tahu betapa besarnya pahala yang akan mereka peroleh, nescaya mereka akan mendatanginya."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0609.

Wednesday, December 12, 2018

Penduduk Syurga Yang Terakhir

Rabu, 4 Rabiulakhir 1440H; Dari Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Aku tahu penduduk neraka yang terakhir keluar dari neraka, dan penduduk syurga yang terakhir masuk syurga. Yaitu orang yang keluar dari neraka sambil merangkak. 

Allah Ta'ala berfirman kepadanya, "Pergilah dan masuklah ke syurga!" 

Lalu dia pergi ke syurga. Tetapi terbayang kepadanya syurga telah penuh. Kerana itu dia kembali kepada Tuhan dan berkata, "Ya, Tuhan ku! Ku dapati syurga telah penuh."

Firman Allah swt., "Pergilah dan masuklah ke syurga!"

Dia pun pergi ke syurga. Sementara itu terbayang pula kepadanya syurga telah penuh. Kerana itu dia kembali pula kepada Tuhannya seraya berkata, "Ya, Tuhan ku. Ku dapati syurga telah penuh." 

Allah berfirman pula kepadanya, "Pergilah, dan masuklah ke syurga!" 

Kemudian dia pergi. Tetapi tetap terbayang olehnya syurga telah penuh. Maka dia kembali lagi seraya berkata, "Ya, Tuhan ku! Ku dapati syurga telah penuh." 

Allah berfirman kembali, "Pergilah, dan masuklah ke syurga. Untukmu tersedia tempat sepuluh kali luas dunia." 

Kata orang itu, "Apakah Engkau tidak mengolok-olokku? Engkau adalah Maha Raja." 

Kata Abdullah menambahkan, "Aku melihat Rasulullah saw. tertawa, sehingga kelihatan gigi beliau."

Beliau bersabda, "Dikatakan kepada ku, itulah tempat penduduk syurga yang paling rendah,"

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0151

Tuesday, December 11, 2018

Jadilah Hamba Allah Yang Bersaudara

Selasa, 3 Rabiulakhir 1440H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Hindarilah prasangka, kerana prasangka itu berita yang paling bohong.
Jangan saling mencari-cari keburukan orang.
Jangan saling mengorek rahsia orang dan saling menyaingi.
Jangan saling mendengki.
Jangan saling marah dan jangan saling tak acuh.
Tetapi jadilah kamu semua bersaudara sebagai hamba-hamba Allah."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2191.

Friday, December 7, 2018

Hati

Jumaat, 29 Rabiulawal 1440H: Dari Nu'man bin Dasyir r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya yang halal telah nyata (jelas) dan yang haram telah nyata. Antara keduanya terdapat perkara yang diragukan (mutasyabihat - syubahat) yang tidak diketahui kebanyakan orang.

Maka siapa yang menjaga dirinya untuk tidak mengerjakan perkara yang diragukan, selamatlah agama dan peribadinya. Tetapi siapa yang jatuh ke dalam syubuhat, bererti dia jatuh kepada yang haram.

Tak ubahnya seperti gembala yang menggembala di tepi tanah larangan. Dikhuatirkan dia akan jatuh ke dalam.

Ketahuilah, bahawa setiap kerajaan itu mempunyai larangan, dan larangan Allah Ta'ala ialah segala yang diharamkan-Nya.

Ketahuilah, bahawa di dalam tubuh manusia ada segumpal darah. Apabila gumpalan darah itu baik, maka baik pulalah tubuh itu keseluruhannya. Tetapi apabila gumpalan darah itu rosak, maka rosak pulalah tubuh seluruhnya. Ketahuilah, gumpalan darah itu ialah HATI."

Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1568.

Thursday, December 6, 2018

Mengadu-Domba

Khamis, 28 Rabiulawal 1440H; Dari Jabir r.a. katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda:

"Sesungguhnya syaitan telah putus asa mengharapkan orang-orang yang solat akan menyembah kepadanya di Jazirah Arab. Kerana itu dia berusaha mengadu-domba sesama mereka agar selalu bermusuhan."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2407.

Tuesday, December 4, 2018

Sakit Menggugurkan Dosa

Selasa, 26 Rabiulawal 1440H: Dari 'Abdullah bin Mas'ud r.a. katanya: Saya masuk ke tempat Rasulullah saw. ketika beliau sedang menderita sakit. Beliau saya raba dengan tangan saya, lalu saya berkata: "Ya Rasulullah, penyakit Anda amat berat." 

Rasulullah saw: menjawab: "Benar, penyakit saya sama dengan penyakit dua orang di antara kamu." 

Saya berkata: "Demikian itu kerana Anda mendapat pahala dua kali lipat." 

Rasul menjawab: "Benar!" 

Setelah itu beliau berkata: "Setiap orang Islam yang mendapat bencana penyakit dan lain-lain, maka Tuhan menggugurkan (mengampuni) kesalahan-kesalahannya, sebagaimana pohon kayu mengugurkan daunnya."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1658.

Friday, November 30, 2018

Jual Beli

Jumaat, 22 Rabiulawal 1440H: Daripada Jabir RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Allah memberi rahmat kepada orang yang bermurah hati ketika berjual beli dan ketika meminta haknya”.

(Hadith Sahih Riwayat Al-Bukhari)

Huraian Hadith:

1.Allah memberi rahmat kepada mereka yang suka bertolak-ansur dalam semua perkara terutama dalam berjual beli.
2.Berlemah lembut, bermanis muka dan berlebih kurang semasa menagih hutang adalah antara sifat yang dipuji oleh Islam.

Wednesday, November 28, 2018

Beberapa Nama Rasulullah SAW

Rabu, 20 Rabiulawal 1440H: Dari Muhammad bin Jubair bin Muth'im, dari bapanya r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Aku mempunyai beberapa nama:
(1) Aku bernama Muhammad.
(2) Aku bernama Ahmad
(3) Aku bernama Al Mahi (penumpas), di mana Allah menumpas kekafiran keranaku.
(4) Aku bernama Al Hasyir (pengumpul) di mana Allah swt. mengumpulkan manusia atas risalahku.
(5) Dan aku bernama Al 'Aqib (penutup), di mana tidak ada seorang jua pun lagi Nabi sesudahku.
(6)Dan sesungguhnya, juga aku oleh Allah diberi nama Ra'uf (penyantun)
(7)Dan Rahim (penyayang)."


Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2168.

Monday, November 26, 2018

Ilmu Agama Akan Hilang

Isnin, 18 Rabiulawal 1440H: Dari Urwah r.a. katanya: Abdullah bin Umar naik haji bersama dengan kami, dan kami dengar dia berkata: Saya mendengar Nabi saw. bersabda:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengambil (menghilangkan) ilmu sekaligus sesudah diberikanNya, melainkan mengambil itu dengan mengambil (mewafatkan) ahli ilmu (Ulama) bersama ilmunya.

Maka tinggallah orang-orang bodoh. Mereka diminta fatwanya, lalu mereka berfatwa menurut kemahuan sendiri. Sebab itu, mereka menyesatkan dan sesat."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1964.

Friday, November 23, 2018

Keberkatan Membaca Bismillah

Jumaat, 15 Rabiulawal 1440H: Daripada Aishah RA katanya, “Rasulullah SAW menghadapi hidangan bersama enam orang sahabat Baginda, tiba-tiba datang seorang arab (badwi) lalu makan makanan tersebut dengan dua kali suapan sahaja.

Lalu Baginda bersabda, “Sekiranya orang itu membaca Bismillah sebelum ia makan nescaya makanan itu mencukupi untuk semua (ada keberkatannya pada makanan tersebut).”
 

(Hadith Riwayat at-Tirmizi, katanya hadith hasan sahih)

 Huraian Hadith:

1.Islam menggalakkan umatnya makan secara berjemaah.

2.Setiap makanan yang dimakan bersama akan diberkati, tambahan pula apabila membaca Bismillah

Friday, November 16, 2018

Kelebihan Menuntut Ilmu

Jumaat, 8 Rabiulawal 1440H: Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga”.

(Hadith Riwayat Muslim)

Huraian Hadith : 

1.Orang yang menuntut ilmu akan mendapat kemudahan dan pertolongan daripada Allah SWT, dan mendapat ganjaran Syurga di akhirat kelak.
2.Orang yang berilmu pengetahuan mempunyai kelebihan tertentu kerana ia dapat memberi petunjuk kepada kebaikan dan dapat membezakan yang hak dengan yang batil.
3.Orang yang menuntut ilmu akan dapat memberi faedah kebaikan pada dirinya, masyarakat dan negara.

Monday, November 12, 2018

Enam Hak Seorang Muslim

Isnin, 4 Rabiulawal 1440H: Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Hak seorang muslim terhadap seorang muslim enam perkara." 

Lalu beliau ditanya orang, "Apa yang enam perkara itu, ya Rasulullah?" 

Jawab beliau,
(1) Bila engkau bertemu dengannya, ucapkanlah Salam kepadanya.
(2) Bila dia mengundangmu, penuhilah undangannya.
(3) Bila dia minta nasihat, berilah dia nasihat.
(4) Bila dia bersin lalu dia membaca tahmid, doakanlah semoga dia beroleh rahmat.
(5) Bila dia sakit, kunjungilah dia.
(6) Dan bila dia meninggal, ikutlah mengantar jenazahnya ke kubur."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2025.

Thursday, November 8, 2018

Mimpi Buruk

Khamis, 30 Safar 1440H: Dari Abu Qatadah r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda: 

"Mimpi yang baik dari Tuhan, dan mimpi buruk dari syaitan. 

Apabila seseorang di antara kamu memimpikan suatu mimpi yang menakutkannya, hendaklah ia meludah ke sebelah kirinya, dan mohon berlindung kepada Tuhan dari pada bahaya. 

Sesungguhnya dengan demikian, nescaya tiada akan membahayakan kepadanya".

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1457.

Wednesday, November 7, 2018

Takutlah Berlaku Zalim & Bakhil

Rabu, 29 Safar 1440H: Dari Jabir bin 'Abdullah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda : 

'Takutlah kamu akan berbuat zalim. Kerana perbuatan zalim itu menyebabkan kegelapan kelak di hari kiamat. 

Dan takutlah kamu akan berlaku bakhil. Kerana berlaku bakhil itu telah membinasakan orang-orang yang sebelum kamu kerana telah menyebabkan mereka saling menumpahkan darah dan menyebabkan mereka melanggar larangan (segala yang diharamkan) Allah:'

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2209.

Thursday, November 1, 2018

Sebab Anak Beragama Yahudi & Nasrani

Khamis, 23 Safar 1440H: Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah saw. bersabda: "Setiap anak dilahirkan menurut fitrah (ciptaan asli). Kedua ibu bapanya yang menyebabkan anak itu beragama Yahudi dan Nasrani. 

Sebagaimana binatang ternak dilahirkan, adakah kamu dapati yang telah dipotong (dilubangi) hidungnya sehingga kamu tidak perlu lagi memotongnya (melubanginya)?" 

Mereka bertanya lagi: "Ya Rasulullah! Bagaimana pendapat engkau tentang anak yang meninggal di waktu kecil?" 

Jawab Nabi: "Allah lebih mengetahui apa yang mereka kerjakan."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1779.

Tuesday, October 30, 2018

Wuduk Rasulullah SAW

Selasa, 21 Safar 1440H: Humran r.a., maula Usman (bin Affan) mengkhabarkan, bahawa dia melihat Usman bin Affan meminta setimber air untuk berwuduk. Dia menuangkan air itu ke tangannya dan membasuh kedua telapak tangannya tiga kali. 

Kemudian dia memasukkan tangan kanannya ke dalam air, lalu berkumur-kumur dan membersihkan, hidung dengan menghirup air ke hidung dan menyemburkannya kembali. 

Kemudian dia membasuh mukanya tiga kali, membasuh kedua belah tangannya hingga siku tiga kali. 

Kemudian dia menyapu kepalanya, dan setelah itu dia membasuh kaki hingga dua mata kaki tiga kali.

Kemudian dia berkata, "Bersabda Rasulullah saw. 'Barangsiapa berwuduk seperti wudukku ini, kemudian solat dua rakaat dengan khusyuk, nescaya diampuni (Allah) dosanya yang telah lalu."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0117.

Monday, October 29, 2018

Membersih Hidung

Isnin, 20 Safar 1440H: Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. beliau bersabda:

"Apabila seseorang di antara kamu bangun dari tidurnya, lalu ia berwuduk, maka hendaklah menyemburkan air dari hidung (membersihkan hidungnya) tiga kali, kerana sesungguhnya syaitan bermalam pada lubang hidungnya".

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1458.

Friday, October 26, 2018

Membuang Sial Perbuatan Syirik

Jumaat, 17 Safar 1440H: Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berpaling daripada melakukan sesuatu hajat kerana beranggapan akan bernasib sial maka dia telah melakukan syirik.”

Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah penebus anggapan itu?

Baginda menjawab: “Hendaklah seseorang daripada kamu mengucapkan:

اللَّهُمَّ لَا خَيْرَ إِلَّا خَيْرُكَ وَلَا طَيْرَ إِلَّا طَيْرُكَ وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ
(Ya Allah, tiada kebaikan melainkan kebaikan-Mu dan tiada kesialan kecuali yang telah Engkau takdirkan dan tiada tuhan yang disembah selain Engkau).” 

(Hadith sahih riwayat Ahmad, No. Hadith : 6748)

Matan Hadith:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ رَدَّتْهُ الطِّيَرَةُ مِنْ حَاجَةٍ فَقَدْ أَشْرَكَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا كَفَّارَةُ ذَلِكَ قَالَ أَنْ يَقُولَ أَحَدُهُمْ اللَّهُمَّ لَا خَيْرَ إِلَّا خَيْرُكَ وَلَا طَيْرَ إِلَّا طَيْرُكَ وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ
]التخريج: مسند أحمد بن حنبل , مُسْنَدُ المُكْثِرِينَ مِنَ الصَّحَابَةِ , مسْنَدُ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بْنِ الْعَاصِ رَضِيَ عنهما,من ردته الطيرة من حاجة فقد أشرك , رقم الحديث 6748 , وقال أحمد شاكر خلاصة حكم المحدث إسناده صحيح[

Pengajaran Hadith :

1.Bulan Safar adalah bulan kedua dalam kalendar Hijrah selepas bulan Muharram. Antara maksud Safar adalah bulan yang diharamkan untuk berperang sebagaimana yang dilakukan oleh Arab Jahiliyyah. Mereka berperang pada bulan Muharram dan berhenti pada bulan Safar. Safar juga bermaksud ulat yang berada di dalam perut manusia ketika lapar (menyebabkan muka orang yang mengalaminya kelihatan kuning), yang berkemungkinan boleh membawa maut. Terdapat ulama yang berpandangan bahawa ianya lebih teruk serta berjangkit berbanding penyakit kulit.

2.Masyarakat Arab Jahiliyyah menganggap bahawa perkara buruk akan berlaku apabila datang bulan Safar. Bahkan mereka menggelar bulan Safar sebagai bulan sial. Tanggapan tersebut termasuk tatayyur yang dilarang dalam Islam. Antara larangan yang lain adalah menganggap sial bagi hari tertentu seperti hari Rabu, menganggap bulan Syawal sebagai bulan sial secara khusus dalam urusan pernikahan, larangan untuk bermusafir pada bulan Safar dan lain-lain. Maka pandangan-pandangan ini adalah satu kepercayaan masyarakat arab Jahiliyyah yang karut dan bertentangan dengan ajaran Islam. Kedatangan Nabi SAW menolak kesemua kepercayaan tersebut kerana ianya adalah amalan syirik.

3.Justeru, setiap Muslim hendaklah memantapkan keimanan dengan percaya kepada Qada’ dan Qadar yang telah ditetapkan Allah SWT serta menghilangkan tanggapan yang silap tersebut dengan bertawakal kepada Allah SWT. Selain daripada itu, dianjurkan agar sentiasa membaca doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith ini.

Thursday, October 25, 2018

Dusta Yang DiBolehkan

Khamis, 16 Safar 1440H: Dari Ummu Kaltsum binti 'Uqbah bin Abi Muaith - dia termasuk muhajirat yang pertama-tama berbaiat dengan Nabi saw. mengatakan bahawa dia mendengar Rasulullah saw. bersabda,

"Tidak termasuk pendusta orang yang memperdamaikan dua orang yang berselisih, dia mengatakan yang baik lalu dia berhasil dengan baik."
Kata Ibnu Syihab, "Aku tidak pernah mendengar Rasulullah saw membolehkan orang berdusta, melainkan dalam tiga hal: 

(1) Dalam perang.
(2) Dalam mendamaikan dua orang yang berselisih.
(3) Berita suami kepada isterinya dan berita isteri kepada suaminya."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2232.

Wednesday, October 24, 2018

Tiga Wasiat Rasulullah saw

Rabu, 15 Safar 1440H: Dari Abu Darda' r.a., katanya : "Sahabatku yang tercinta (Rasulullah saw.) mewasiatkan kepada ku tiga macam amal yang tidak pernah ku tinggalkan selama hidupku: 

(1) Puasa tiga hari setiap bulan.
(2) Solat Dhuha.
(3) Solat witir sebelum tidur."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0689.

Tuesday, October 23, 2018

Apa Itu Ghibah (Mengumpat)?

Selasa, 14 Safar 1440H: Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tahukah kamu apa yang dikatakan Ghibah (mengumpat)?" 

Jawab para sahabat, "Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu."

Sabda Rasulullah saw., "Ghibah, iaitu mempercakapkan saudara mu tentang hal yang tidak disukainya."

Ditanya orang beliau, "Bagaimana kalau yang kami percakapkan itu ternyata memang benar?"
Jawab beliau, "Jika yang kamu ucapkan ternyata benar, bererti engkau mengumpat. Dan Jika tidak benar, bererti engkau melakukan suatu kebohongan (dusta) tentang dirinya."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2219.

Monday, October 22, 2018

Terlupa Rakaat Ketika Solat

Isnin, 13 Safar 1440H: Dari Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Rasulullah saw. memberi salam sesudah dua rakaat. Lalu Zulyadain bertanya: "Ya Rasulullah! Telah pendek solat atau engkau lupa?" 

Nabi berkata: "Benarkah perkataan Zulyadain?" 

Kata orang banyak: "Benar!" 

Lalu Rasulullah saw. berdiri dan solat dua rakaat lagi. Sesudah itu memberi salam.

Kemudian beliau takbir dan sujud seperti sujud yang biasa atau lebih lama, lalu bangkit kembali, kemudian itu takbir dan sujud lagi seperti biasa, lalu bangkit dari sujud."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1942.

Friday, October 19, 2018

Kelebihan Hari Jumaat

Jumaat, 10 Safar 1440H: Mewartakan kepada kami Sahl bin Abu Sahl dan Hautsarah bin Muhammad, mereka berkata: Mewartakan kepada kami Yahya bin Sa'id Al-Qaththan, dari Ibnu 'Ajlan, dari Sa'id Al-Maqburiy, dari ayahnya, dari 'Abdullah bin Wadi'ah, dari Abu Dzarr, dari Nabi SAW.

Beliau bersabda: Barangsiapa mandi di hari Jumaat, kemudian membaguskan mandinya, bersuci lalu membaguskan sucinya, memakai pakaian yang paling bagus, memakai minyak wangi keluarganya apa yang Allah tetapkan, kemudian mendatangi Jumaat, tidak berbuat sia-sia dan tidak memisahkan antara dua orang, maka akan diampuni dosa-dosa yang terjadi antara Jumaat ini dan Jumaat yang lain."

Dalam Az-Zawa-id; Isnadnya Shahih dan para perawinya terpercaya.

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1097.

Thursday, October 18, 2018

Selepas Solat Subuh

Khamis, 9 Safar 1440H: Dari Samak bin Harb r.a. katanya: "Aku bertanya kepada Jabir bin Samurah r.a., "Pernahkah kamu duduk bersama-sama Rasulullah saw"?"

Jawab Jabir. "Bahkan sering. Beliau biasanya belum berdiri dari tempatnya solat (di mana beliau solat) Subuh, sebelum terbit matahari. Apabila matahari telah terbit barulah beliau berdiri. Selama duduk-duduk itu para sahabat ada yang bercakap-cakap urusan masa jahiliyah, lalu mereka tertawa, sedangkan beliau tersenyum."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2151.

Wednesday, October 17, 2018

Rasulullah SAW Guru Terbaik

Dari Mu'awiyah bin Hakam As Sulami, katanya: "Ketika aku sedang solat bersama-sama Rasulullah saw., tiba-tiba ada orang bersin. Lalu ku ucapkan 'Yarhamukallah'(Semoga Allah memberi Anda rahmat).

Kerana itu seluruh jemaah menujukan pandangannya kepada ku. Aku berujar, "Aduh, ibu! Mengapa anda semua menengok kepada ku?" 

Mereka bahkan menepuk paha mereka. Setelah itu barulah aku tahu bahawa mereka menyuruh ku diam. Tetapi aku telah diam.

Tatkala Nabi saw. telah selesai solat, Demi Allah! Aku belum pernah bertemu dengan seorang guru yang sepandai beliau mengajar, Demi Allah! Beliau tidak mengasari ku, tidak memukul dan tidak memaki ku.

Beliau bersabda, "Sesungguhnya tidak patut bercakap-cakap dalam solat; kerana solat itu ialah tasbih, takbir dan membaca Qur'an."

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0492.

Tuesday, October 16, 2018

Hak Jalanan

Selasa, 8 Safar 1440H; Dari Thalhah ra, katanya: "Pada suatu ketika. kami sedang duduk-duduk dan bercakap-cakap di jalanan.

Rasulullah saw. mendatangi kami seraya bersabda: "Apa kerja kalian duduk-duduk di jalanan? Jauhilah duduk-duduk di jalanan!"

Jawab kami. "Kami hanya sekadar duduk-duduk dan bercakap-cakap."

Sabda beliau. "Kalau begitu, bayar hak jalanan. Iaitu pejamkan mata. jawab salam dan berbicaralah yang berguna (baik)!"

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2022.

Monday, October 15, 2018

Jujur Dan Dusta

Isnin, 6 Safar 1440H: Dari 'Abdullah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Hendaklah kamu selalu berlaku jujur. Kerana berlaku jujur membimbing kepada kebajikan, dan kebajikan membawa ke syurga. 

Seseorang yang sentiasa berlaku jujur dan berusaha mempertahankan/mencari kejujuran, maka dia dicatat Allah sebagai "Sadiq" (orang yang jujur). 

Dan hindarilah olehmu dusta, kerana sesungguhnya dusta itu membimbing kepada kejahatan, dan kejahatan membawa ke neraka. 

Seseorang yang sentiasa berdusta dan mempertahankan kedustaan, maka dia dicatat Allah Taala sebagai "Kadzdzab" (si Pendusta atau si Pembohong)."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2234.

Friday, October 12, 2018

Banyakkan Selawat Pada Hari Jumaat

Jumaat, 3 Safar 1440: Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti).

Huraian Hadith:

1.Hari jumaat merupakan hari yang paling digalakkan kepada kita supaya memperbanyakkan beramal, kerana itu penuh dengan keberkatan dan kebaikan seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW.

2.Untuk mengerjakan amal kebajikan janganlah ditangguh-tangguh dan mengira masa, kerana setiap amal yang baik akan dibalas dengan ganjaran pahala.

3.Orang yang paling banyak berselawat kepada Rasulullah SAW akan mendapat syafaat Baginda pada hari akhirat nanti dan paling hampir dengan Baginda.

(Hadis Riwayat Abu Daud dengan isnad yang sahih)

Thursday, October 11, 2018

Tiga Pesanan Rasulullah SAW

Dari Abu Darda' r.a., katanya : "Sahabatku yang tercinta (Rasulullah saw.) mewasiatkan kepada ku tiga macam amal yang tidak pernah ku tinggalkan selama hidupku: 

(a) Puasa tiga hari setiap bulan.
(b) Solat Dhuha.
(c) Solat witir sebelum tidur."

Hadis Sahih Muslim Nombor 2 (068 Hadis Sam J9.

Wednesday, October 10, 2018

Imam Yang Baik & Buruk

Rabu, 1 Safar 1440H: Dari 'Auf bin Malik r.a., dari Rasulullah saw., katanya: "Imam (pemimpin atau pembesar) yang terbaik ialah mereka yang mencintai mu dan kamu mencintai mereka; mereka mendoakan kamu dan kamu mendoakan mereka. Imam yang paling buruk (jahat) ialah yang kamu benci dan mereka membenci mu; kamu mengutuk mereka dan mereka mengutuk mu." 

Bertanya seseorang, "Ya, Rasulullah! Bolehkah kami menyingkirkannya dengan pedang?" 

Jawab Rasulullah saw., "Tidak, selama mereka masih solat bersama-sama kamu. Apabila kamu lihat suatu tindakan (kebijaksanaan) yang tidak baik dari pembesar mu, proteslah tindakannya, dan jangan lepas tangan untuk tidak taat (terhadap tindakannya yang baik)."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1821.

Tuesday, October 9, 2018

Cintai Semata-Mata Kerana Allah

Selasa, 29 Muharram 1440H: Dari Anas r.a, dari Nabi saw., katanya: "Ada tiga perkara, barangsiapa melaksanakan ketiga-tiganya, nescaya ia akan mendapatkan kesedapan iman: 

(1) Orang yang cinta kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi daripada cintanya kepada yang lain dari pada keduanya.

(2) Orang yang mencintai orang lain semata-mata kerana Allah 

(3) Orang yang benci untuk kembali kepada kafir, setelah Allah melepaskannya daripada (belenggu) kekafiran itu, sama dengan bencinya akan dijatuhkan ke dalam neraka."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0016.

Monday, October 8, 2018

Bilakan Hari Kiamat?

Isnin, 28 Muharram 1440H: Dari Anas r.a.: Ada seorang laki-laki menanyakan kepada Nabi s.a.w. mengenai kiamat. 

Katanya: "Bilakah hari kiamat?" 

Beliau bersabda: "Apakah yang telah engkau siapkan untuk hari itu?" 

Katanya: "Tiada suatu pun selain mencintai Allah dan RasulNya". 

Beliau bersabda: " Engkau akan bersama orang yang engkau cintai!" 

Kata Anas: Belum pernah kami gembira seperti kegembiraan kami kerana mendengar sabda Nabi s.a.w.: " Engkau akan bersama orang yang engkau cintai!" 

Kata Anas: "Saya mencintai Nabi, Abu Bakar, dan Umar dan saya mengharapkan kiranya saya bersama mereka kerana mencintai mereka, sekalipun saya belum beramal serupa amal mereka".

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1551.

Thursday, October 4, 2018

Solat Sunat Akhir Malam

Khamis, 24 Muharram 1440H; Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Seorang laki-laki bertanya kepada Nabi saw. ketika beliau sedang di atas mimbar,

"Bagaimana caranya solat malam?" 

Nabi menjawab, "solat malam dua-dua rakaat, dan bila khuatir subuh datang, maka solatlah satu rakaat, bererti anda telah witir untuk setiap rakaat yang telah anda perbuat."

Ibnu Umar mengatakan, "Buatlah solatmu yang akhir di waktu malam ganjil (witir) rakaatnya, kerana Nabi saw. menyuruh begitu."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0281.

Wednesday, October 3, 2018

Gempa,Munafik & Dajjal

Rabu, 23 Muharram 1440H: Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Tidak sebuah jua pun negeri, melainkan semua dipijak oleh Dajjal. Kecuali Mekah dan Madinah. 

Semua jalan yang menuju ke sana, dijaga Malaikat dengan berbaris. 

Maka berhentilah Dajjal di sebuah kebun (di pinggir kota Madinah). Madinah bergoyang (gempa) tiga kali. 

Orang-orang kafir dan orang-orang munafik keluar semuanya dari kota Madinah menemui Dajjal."

Hadis Sahih Muslim & Bukhari.

Tuesday, October 2, 2018

Hari Kiamat

Selasa, 22 Muharram 1440H: Abu Hurairah r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda:

"Hari kiamat belum akan terjadi sehingga telah dihapuskan ilmu pengetahuan, banyak terjadi gempa bumi, masa (waktu) terasa pendek, timbul berbagai macam bencana, banyak terjadi peristiwa yang menggemparkan seperti pembunuhan, dan wang berlimpah-limpah di sekitarmu."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0543.

Monday, October 1, 2018

Doa Rasulullah SAW Ke Atas Negeri Syam & Yaman

Isnin, 21 Muharram 1440H: Ibnu Umar r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah. saw. pernah mendoa: 

"Wahai Allah! Berilah kami berkat di negeri kami Syam dan Yaman!" 

Tanya mereka (para sahabat), "Nejd, bagaimana ya, Rasulullah?" 

Jawab Nabi saw., "Wahai, Allah! Berilah kami berkat di negeri kami Syam dan Yaman!" 

Tanya mereka, "Nejd, bagaimana ya,Rasulullah?" 

Jawab Nabi saw., "Di sana akan banyak terjadi gempa bumi dan berbagai macam bencana. Dan di sana akan timbul juga kurun syaitan."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0544.

Wednesday, September 26, 2018

Salam Nabi Adam Kepada Malaikat

Rabu,16 Muharram 1440, Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Tuhan menjadikan Nabi Adam tingginya enam puluh hasta. 

Kemudian Tuhan berfirman: "Pergilah dan memberi salamlah kepada malaikat-malaikat itu, dan dengarkanlah mereka memberi hormat (salam) kepada engkau. Itulah kehormatan (salam) engkau dan keturunan engkau!"

Nabi Adam lalu mengucapkan "Assalamu'alaikum" , (selamatlah kiranya kamu).

Mereka itu lalu mengucapkan: "Assalamu'alaika warahmatullah" (kiranya engkau lebih beroleh keselamatan dan rahmat Tuhan). Mereka tambah "warahmatullah". 

Maka setiap orang yang masuk syurga serupa dengan Adam. Dan manusia itu sentiasa bertambah kedil sampai sekarang".

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1464.

Tuesday, September 25, 2018

Memjawab Salam Ketika Solat

Selasa, 15 Muharram 1440H: Dari Abdullah r.a.. katanya: "Kami memberi salam kepada Rasulullah saw. ketika beliau sedang solat, lalu beliau menjawab salam kami itu. 

Tetapi tatkala kami kembali dari Raja Najasyi, kami memberi salam pula kepada beliau ketika beliau sedang solat. Beliau tidak menjawab salam kami itu. 

Lalu kami tanyakan kepada beliau, "Dahulu kami memberi salam kepada anda ketika anda sedang solat, anda menjawab salam kami. Tetapi sekarang kenapa tidak?"

Jawab beliau, "Sesungguhnya dalam solat harus ada suatu kesibukan yang sungguh-sungguh (khusyu')."

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0493.

Thursday, September 20, 2018

Puasa Asyura

Khamis, 10 Muharram 1440H: Dari Rubayyi' binH Mu'awwidz r.a., katanya: "Pada suatu pagi di hari Asyura, Nabi saw. mengirim utusan ke desa-desa orang Ansar (untuk menyampaikan suatu pemberitahuan): 

"Barangsiapa telah makan pagi, hendaklah ia meneruskan sisa harinya (tanpa puasa), dan siapa yang telah puasa sejak pagi hendaklah ia teruskan puasanya,"

Kata Rubayyi', "Sesudah itu, kami biasa puasa pada tiap-tiap hari Asyura. Kami suruh anak-anak kami puasa, dan kami sediakan untuk mereka main-mainan terbuat dari bulu. Apabila seorang di antara mereka menangis minta makan, kami berikan main-mainan itu kepadanya sampai waktu berbuka."

Hadis Sahih Bukhari & Muslim

Wednesday, September 19, 2018

Fadhilat Puasa Arafah & Asyura

Rabu, 9 Muharram 1440H: Dari Abu Qatadah Al Anshari r.a., katanya Rasulullah saw. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah).

Jawab beliau. "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang."

Kemudian beliau ditanya pula tentang puasa hari 'Asyura (10 Muharram).

Jawab beliau, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1131.

Tuesday, September 18, 2018

Puasa 9 & 10 Muharram

Selasa, 8 Muharram 1440H: Dari 'Abdullah bin 'Abbas r.a., dia menceritakan bahawa ketika Rasulullah saw. puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan memerintahkan kaum Muslimin supaya puasa, para sahabat berkata, "Hari ini adalah hari raya orang-orang Yahudi dan Nasrani." 

Lalu Rasulullah saw. bersabda: "Apabila masih menyaksikan tahun yang akan datang, insya Allah kita puasa pada tanggal sembilan Muharram." 

Kata 'Abdullah selanjutnya, "Ternyata tahun depan itu, beliau sudah wafat."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1103.

Thursday, September 13, 2018

Orang Yang Patut Jadi Imam

Khamis, 3 Muharam 1440H: Dari Abu Mas'ud Al Anshari r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Orang yang patut jadi imam (solat berjemaah) ialah yang paling pandai membaca Kitabullah.

Jika ternyata mereka sama pandai, maka yang paling alim tentang sunnah.

Jika ternyata mereka sama alim, maka yang paling dahulu hijrah.

Jika ternyata mereka bersamaan pula hijrah, maka yang paling dahulu masuk Islam.

Janganlah kamu menjadi imam dalam wilayah kekuasaan orang lain, dan jangan pula duduk di tempat yang disediakan khusus untuk kemuliaan seseorang, kecuali dengan izinnya."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0633.

Wednesday, September 12, 2018

Setiap Amal Bergantung Pada Niat

Rabu, 2 Muharam 1440H, Dari 'Umar bin Khaththab r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya setiap amal tergantung kepada niat. 

Dan pahala bagi setiap orang yang beramal diberikan sesuai dengan apa yang diniatkannya.
Siapa yang hijrah dengan niat kerana hendak memperoleh keredhaan Allah dan RasulNya, maka pahalanya ada di sisi Allah dan RasulNya. 

Dan siapa yang hijrah dengan niat hendak memperoleh harta kekayaan (kebanggaan duniawi) atau dengan niat hendak mengahwini seorang perempuan yang dicintainya, maka pahala hijrahnya sesuai dengan niatnya pula.

Hadis Sahih Muslim & Bukhari

Thursday, September 6, 2018

Tiga Doa Rasulullah SAW Untuk Umatnya

Khamis, 25 Zulhijjah 1439H: Dari 'Amir bin Sa'ad, dari bapanya r.a. katanya, "Pada suatu hari Rasulullah saw. datang dari daerah perbukitan. Ketika beliau sampai di Masjid Bani Mu'awiyah beliau masuk ke masjid lalu solat dua rakaat. Kami pun solat pula bersama-sama dengan beliau. 

Beliau mendoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah mendoa beliau berpaling kepada kami lalu bersabda, "Aku memohon kepada Tuhan ku tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara.

Aku memohon kepada Tuhan ku supaya jangan membinasakan ummat ku dengan musim susah yang panjang, maka diperkenankan. 

Aku memohon supaya ummat ku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda ummat Nabi Nuh, atau seperti tentera dan Raja Fir'aun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. 

Aku memohon supaya ummat ku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2464.

Wednesday, September 5, 2018

Doa Yang Sering Dibaca Oleh Nabi SAW

Rabu, 24 Zulhijjah 1439H: Dari 'Abdul 'Aziz r.a. iaitu Ibnu Shuhaib katanya: "Qatadah bertanya kepada Anas r.a., Doa apakah yang sering dibaca Nabi saw"?" 

Kata Anas, "Doa yang paling banyak dibaca Nabi saw. ialah: "Allahumma aatina fid dunya hasanah. wa fil aakhirati hasanah, Wa qinaa 'adzaban nar."

(Wahai Allah, berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat, serta hindarkanlah kami dari seksa neraka)

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2312.

Tuesday, September 4, 2018

Ucapan Aamiin Bersama Imam

Selasa, 23 Zulhijjah 1439H: Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila imam mengaminkan, maka hendaklah kamu aamiinkan bersama, kerana siapa yang berbetulan aamiinnya dengan aamiin malaikat nescaya diampunkan baginya dosa yang terdahulu.”

Riwayat al-Bukhari (no: 747) dan Muslim (no: 410)

Monday, September 3, 2018

Membaca Aamiin Selepas Al Fatihah

Isnin, 22 Zulhijjah 1439H: Dari Abu hurairah, dia berkata: "Dulu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, jika selesai membaca surat Ummul Kitab (Al-Fatihah) mengeraskan suaranya dan membaca aamiin."
(Hadits dikeluarkan oleh Imam Ibnu Hibban, Al-Hakim, Al-Baihaqi, Ad-Daraquthni dan Ibnu Majah, oleh Al-Albani dalam Al-Silsilah Al-Shahihah dikatakan sebagai hadits yang berkualitas shahih)

"Bila Nabi selesai membaca Al-Fatihah (dalam sholat), beliau mengucapkan aamiin dengan suara keras dan panjang.”
 (Hadits shahih dikeluarkan oleh Al-Imam Al-Bukhari dan Abu Dawud)

Thursday, August 30, 2018

70 Umat Ku Yang Masuk Syurga

Khamis, 18 Zulhijjah 1439H: Dari Sa'id bin Musayyab, Abu Hurairah r .a. mengatakan bahawa dia mendengar Rasulullah saw. bersabda : "Nanti akan masuk syurga satu rombongan umat ku, terdiri dari tujuh puluh ribu orang. Muka mereka bersinar-sinar bagaikan cahaya bulan purnama."

Kata Abu Hurairah selanjutnya, "Mendengar sabda Nabi itu, 'Ukasyah bin Mihshan Al Asadi serta-merta berdiri sambil menunjukkan tangannya dan berkata: "Ya, Rasulullah! Doakanlah kepada Allah, semoga aku termasuk dalam rombongan mereka.

Lalu Rasulullah saw. mendoakannya, "Wahai, Allah! Masukkan dia di antara mereka." 

Kemudian berdiri pula seorang lelaki Ansar, katanya, "Ya, Rasulullah! Doakan pulalah kepada Allah, semoga aku termasuk di antara mereka." 

Sabda Rasulullah saw., "Ukasyah telah mendahului anda."

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0170.

Wednesday, August 29, 2018

Doa Mustajab Para Nabi

Rabu, 17 Zulhijjah 1439H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Setiap Nabi mempunyai doa mustajab (doa yang pasti diperkenankan). 

Kerana itu, para Nabi segera memanfaatkan doanya itu, tetapi aku akan ku manfaatkan nanti untuk membela umat ku di hari kiamat. 

Insya Allah doaku itu akan mencapai setiap umat ku yang mati dengan tidak menyekutukan Allah."

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0159.

Tuesday, August 28, 2018

Berdoalah Bersungguh-Sungguh

Selasa, 16 Zulhijjah 1439H: Dari Anas r.a. katanya Rasulullah saw: bersabda: "Apabila kamu mendoa, hendaklah kamu sungguh-sungguh yakin dalam doa (bahawa Allah Ta'ala mendengar dan mengabulkan). 

Janganlah kamu mendoa dengan kalimat: "Allah, jika Engkau mulia berilah aku!" Kerana sesungguhnya Allah Ta'ala tidak dipaksa memenuhi suatu doa."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2303.

Monday, August 27, 2018

Apa Yang DiMaksudkan Dengan "Udhiyyah"

Isnin, 15 Zulhijjah 1439H: Para sahabat pernah bertanya Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan Udhiyyah?”
Rasulullah Saw menjawab: “ Itulah sunnah bapamu Ibrahim.”
Para sahabat bertanya lagi : “Apakah yang kita akan perolehi daripada ibadah Udhiyyah?”
Baginda menjawab : “ Tiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan mendapat satu kebaikan.”
(Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Tuesday, August 21, 2018

Fadhilat Hari Arafah

Selasa, 9 Zulhijjah 1439H: Aisyah Radhiyallahu anhuma meriwayatkan bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ: مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ ؟

"Tidak ada hari di mana Allâh Azza wa Jalla membebaskan hamba dari neraka lebih banyak daripada hari Arafah, dan sungguh Dia mendekat lalu membanggakan mereka di depan para malaikat dan berkata: Apa yang mereka inginkan?”

[HR. Muslim no. 1348]

Monday, August 20, 2018

Haji - Mina, Arafah & Muzdalifah

Isnin, 8 Zulhijjah 1439H: Dari Jabir r.a., dia menceritakan dalam hadisnya bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Aku menyembelih korban di sini, dan Mina seluruhnya adalah tempat menyembelih. Kerana itu sembelihlah korban mu di tempat kenderaan mu berhenti. 

Dan wukuf di Arafah, maka Arafah seluruhnya adalah tempat wukuf. 

Dan aku wukuf pula di Muzdalifah, maka Muzdalifah seluruhnya adalah tempat wukuf."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1189.

Thursday, August 16, 2018

Membaca Basmalah Dan Tabir Ketika Menyembelih

Khamis, 4 Zulhijjah 1439H :Dari Anas r.a. katanya, "Rasulullah saw. menyembelih korban dua ekor kibasy (biri-biri) putih yang telah bertanduk. Beliau menyembelih keduanya dengan tangan beliau sendiri sambil membaca Basmalah dan Takbir dan dengan memijakkan kaki beliau di pangkal leher biri-biri itu."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1912.

Tuesday, August 14, 2018

Menyembelih Korban Yang Tidak Cacat

Selasa, 2 Zulhijjah 1439H: Abu Ishaq berkata dari Ali ra berkata:

"Rasulullah saw menyuruh kami memperhatikan mata dan telinga binatang korban yang hendak digunakan untuk korban dan beliau melarang kami menyembelih ternak korban yang buta sebelah matanya atau terputus semua telinganya atau hanya terputus ujung telinganya atau sobek telinganya atau yang cacat lubang telinganya."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4219.

Monday, August 13, 2018

Sepuluh Hari Pertama Zulhijjah

Isnin, 1 Zulhijjah 1439H: Dari Ibn Abbas ra, Nabi SAW bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ ». يَعْنِى أَيَّامَ الْعَشْرِ. قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ « وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَىْءٍ

“Tidak ada hari dimana suatu amal shaleh lebih dicintai Allah melebihi amal shaleh yang dilakukan di sepuluh hari ini (sepuluh hari pertama Dzulhijjah).”

Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, termasuk lebih utama dari jihad fi sabilillah?

Nabi SAW bersabda: “Termasuk lebih utama dibanding jihad fi sabilillah. Kecuali orang yang keluar dengan jiwa dan hartanya (ke medan jihad), dan tidak ada satupun yang kembali (mati dan hartanya diambil musuh).”

(HR. Al Bukhari, Ahmad, Abu Daud, dan At Turmudzi)

Friday, August 10, 2018

Besikap Baik Terhadap Segala-galanya

Jumaat, 28 Zulkaedah 1439H: Dari Syaddad bin Aus r.a. katanya: "Ada dua pesan Rasulullah saw. yang selalu ku ingat dengan baik, iaitu sabda beliau, "Sesungguhnya Allah Ta'ala telah mewajibkan supaya selalu bersikap baik terhadap segala-galanya

Jika kamu membunuh (buruan) lakukanlah dengan cara yang baik.

Dan jika kamu menyembelih sembelihan, lakukanlah dengan cara yang baik, tajamkan mata pisaumu, sehingga tidak terlalu menyakiti haiwan sembelihanmu."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1903.

Thursday, August 9, 2018

Fadhilat Ibadat Berkorban

Khamis, 27 Zulkaedah 1439H: Mewartakan kepada kami 'Abdur-Rahman bin Ibrahim Ad Dimasyqiy mewartakan kepada kami 'Abdullah bin Nafi' mewartakan kepadaku Abul-Mutsanna, dari Hisyam bin 'Urwah, dari ayahnya, dari 'Aisyah, bahawasanya Nabi saw. bersabda: 

"Tiadalah Bani Adam, pada hari Nahr ('Idul-Adha), mengamalkan suatu perbuatan yang lebih disenangi oleh Allah Azza Wa Jalla, dibanding amalan menyembelih korban. 

Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada hari kiamat, dengan tanduknya, kukunya dan bulu-bulunya. 

Sesungguhnya darah korban akan jatuh dari Allah di suatu tempat, sebelum darah tersebut jatuh di atas bumi. 

Maka kerana itu, baguskanlah olehmu sekalian jiwamu dengan berkorban".

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 3126.

Wednesday, August 8, 2018

Bukan Ibadat Korban Sebelum Solat 'Id

Rabu, 26 Zulkaedah 1439H: Dari Al Bara' bin 'Azib r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Pekerjaan yang mula-mula kita lakukan hari ini ialah solat. Sesudah solat kita pulang lalu menyembelih korban.

Siapa melakukan seperti itu, sesungguhnya dia melaksanakan sunnah ku dengan tepat. 

Siapa menyembelih korban sebelum solat 'Id, itu hanya merupakan daging yang biasa diberikannya kepada keluarganya, tidak merupakan ibadah korban sama sekali."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1909.

Tuesday, August 7, 2018

Ibadat Korban Dari Rasulullah SAW

Selasa, 25 Zulkaedah 1439H: “Diriwayatkan dari Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu ‘anhubahwasanya dia berkata, “Saya menghadiri shalat idul-Adha bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam di mushalla (tanah lapang). 

Setelah beliau berkhutbah, beliau turun dari mimbarnya dan didatangkan kepadanya seekor kambing.

Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyembelihnya dengan tangannya, sambil mengatakan: Dengan nama Allah. Allah Maha Besar. Kambing ini dariku dan dari orang-orang yang belum menyembelih di kalangan umatku”

Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad-nya no. 11051, Imam Abu Dawud dalam Sunan-nya no. 2812, Imam At-Tirimidzi dalam Sunan-nya no. 1521 dan yang lainnya. Imam At-Tirmidzi mengatakan, “Hadits ini gharib”. Syaikh Al-Albani menshahihkan Hadits ini dalam Shahih Sunan Abi Dawud dan lainnya.

Monday, August 6, 2018

Ibadat Korban Bagi Yang Berkemampuan.

Isnin, 24 Zulkaedah 1439H: Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda :

Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami.”

(Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Friday, August 3, 2018

Haji - Berpergian Bersama Muhrim


Jumaat, 21 Zulkaedah 1439H: Dari Ibnu Abbas r.a.: Ia mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Janganlah seorang laki-laki tinggal berdua saja dengan seorang perempuan! Dan janganlah seorang perempuan berpergian, melainkan bersama muhrim!" 
 
Seorang laki-laki lalu berdiri, katanya: "Hai Rasulullah! Nama saya telah didaftarkan untuk peperangan ini dan itu, sedang isteri saya akan pergi mengerjakan haji". 
 
Beliau bersabda: "Pergilah engkau mengerjakan haji bersama isteri engkau!"
 
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1357.