Friday, May 17, 2019

Puasa Ketika Bermusafir


Jumaat, 12 Ramadhan 1440H: Dari Anas r.a., katanya: "Kamu pernah mengadakan suatu perjalanan bersama-sama Rasulullah saw. Sebahagian kami puasa dan sebahagian lagi tidak puasa. Ketika hari bersangatan panas, kami berhenti pada suatu tempat, di mana kebanyakan kami membuat naungan dengan kain-kain pakaian yang dibawa dan sebahagian lagi dengan tangannya."

Kata Anas selanjutnya, "Orang-orang yang puasa berjatuhan, sedang orang yang tidak puasa dapat tegak,lalu mereka buat tempat-tempat berteduh dan mereka beri minum haiwan-haiwan kenderaan.”

Maka bersabda Rasulullah saw., "Orang-orang yang berbuka hari ini dapat pahala."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1088

Thursday, May 16, 2019

Solat Witir


Khamis, 11 Ramadhan 1440H: Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Seorang laki-laki bertanya kepada Nabi saw. ketika beliau sedang di atas mimbar, "Bagaimana caranya solat malam?"

Nabi menjawab, "Solat malam dua-dua rakaat, dan bila khuatir subuh datang, maka solatlah satu rakaat, bererti anda telah witir untuk setiap rakaat yang telah anda perbuat.”

Ibnu Umar mengatakan, "Buatlah solatmu yang akhir di waktu malam ganjil (witir) rakaatnya, kerana Nabi saw. menyuruh begitu."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0281.

Wednesday, May 15, 2019

Beza Puasa Ahli Kitab Dengan Kita


Rabu, 10 Ramadhan 1440H: Dari 'Amru bin 'Ash r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Perbezaan puasa kita dengan puasa Ahli Kitab, ialah makan sahur."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1060.