Selasa, 8 Jamadil Akhir 1446H | Kelebihan Tasbih
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَالَ حِينَ يُصْبِحُ وَحِينَ يُمْسِي سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ مِائَةَ مَرَّةٍ لَمْ يَأْتِ أَحَدٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلَّا أَحَدٌ قَالَ مِثْلَ مَا قَالَ أَوْ زَادَ عَلَيْهِ
Daripada Abu Hurairah dia berkata; "Rasulullah SAW bersabda: 'Barang siapa, ketika pagi dan petang, membaca; Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya sebanyak seratus kali, maka pada hari kiamat tidak ada orang lain yang melebihi pahalanya kecuali orang yang juga pernah mengucapkan bacaan seperti itu atau lebih dari itu.' (HR Muslim No: 4858) Status: Sahih
Pengajaran:
1. Setiap Muslim perlu sentiasa berzikir kepada Allah.
2. Zikir adalah salah satu bentuk ibadah yang sangat mudah dilakukan tetapi mempunyai ganjaran yang amat besar.
3. Antara lafaz zikir yang digalakkan pada waktu pagi dan petang:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ
4. Mukmin yang berzikir dengan zikir di atas sebanyak 100 kali pagi dan petang, akan datang pada Hari Kiamat dengan amal yang besar. Tidak ada yang dapat melebihi ganjaran mereka kecuali orang yang berzikir lebih banyak.
5. Meskipun zikir ini merupakan amalan ringan yang tidak memerlukan tenaga atau masa yang banyak, kesannya sangat berat di timbangan amal di akhirat.
6. Islam menekankan pentingnya permulaan hari (pagi) dan penutup hari (petang) dengan kebaikan berzikir.
Ayuh dalam apa jua keadaan marilah kita sentiasa berzikir memuji Allah dengan lisan kita.
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)
Tuesday, December 10, 2024
Monday, December 9, 2024
Ucapan Untuk Pasangan Pengantin
Isnin, 7 Jamadil Akhir 1446H | Ucapan Untuk Pasangan Pengantin
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَفَّأَ الْإِنْسَانَ إِذَا تَزَوَّجَ قَالَ بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْرِ
Daripada Abu Hurairah RA bahawa jika Nabi SAW mendoakan orang yang baru menikah baginda membaca: "BARAKALLAHU LAKA WA BARAKA 'ALAIKA WA JAMA'A BAINAKUMA FIL KHAIR (semoga Allah memberi berkah kepadamu dan keberkahan atas pernikahan kamu, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan)." (Sunan Tirmizi No: 1011) Status: Hadis Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Apabila seseorang mendapat kebaikan, kita digalak mengucapkan tahniah dan mendoakan kebaikan buat mereka.
2. Apabila ada orang yang berkahwin, kita disunahkan memberi ucapan dan mendoakan kepada pasangan pengantin yang kita raikan:
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْرِ
"BARAKALLAHU LAKA WA BARAKA 'ALAIKA WA JAMA'A BAINAKUMA FIL KHAIR
(Semoga Allah memberi barakah kepadamu dan keberkahan atas pernikahan kamu, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan).
Musim cuti hujung tahun ini ramai orang mengambil kesempatan mengadakan majlis pernikahan anak mereka.
Marilah kita ucapkan doa ini apabila mengunjungi majlis walimah atau mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin dengan doa penuh keberkatan dan kebaikan ini. Semoga keberkahan juga melimpah pada kita yang mendoakan.

Sunday, December 8, 2024
Menghadiri Majlis Walimah
Ahad, 6 Jamadil Akhir 1446H | Menghadiri Majlis Walimah
عن ابن عمر قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إِذَا دُعِىَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْوَلِيمَةِ فَلْيَأْتِهَا
Daripada Ibnu Umar dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu dijemput ke majlis kenduri perkahwinan, maka hadirilah. (HR. Bukhari No: 5173). Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Ulama bersepakat bahawa wajib menghadiri kenduri kahwin apabila dijemput jika majlis kenduri itu tidak bercampur aduk dengan maksiat.
Abu Hurairah mengatakan,
شَرُّ الطَّعَامِ طَعَامُ الْوَلِيمَةِ يُدْعَى لَهَا الأَغْنِيَاءُ ، وَيُتْرَكُ الْفُقَرَاءُ ، وَمَنْ تَرَكَ الدَّعْوَةَ فَقَدْ عَصَى اللَّهَ وَرَسُولَهُ – صلى الله عليه وسلم –
Seburuk-buruk makanan kenduri kahwin ialah kenduri yang hanya dijemput orang-orang kaya, dan tidak dijemput orang miskin. Sesiapa yang tidak memenuhi jemputan maka dia telah melakukan maksiat kepada Allah dan Rasulnya SAW. (HR Bukhari No: 5177).
2. Syarat-syarat yang menjadikan seseorang wajib menghadiri kenduri kahwin:
a. Jemputan tidak dikhaskan kepada orang-orang kaya sahaja
b. Jemputan itu memang ditujukan khas kepada kita (bukan jemputan umum contohnya hanya diumumkan imam selepas solat untuk para jamaah
c. Yang menjemput itu adalah Muslim
d. Yang dijemput tidak mempunyai keuzuran seperti sakit dan sebagainya
3. Haram menghadiri kenduri kahwin yang diisi dengan perkara maksiat. Akan tetapi jika seseorang mampu mengubah maksiat itu agar berhenti dengan kehadirannya, hendaklah dia hadir. Sebahagian ulama berpendapat boleh hadir kerana bukan kita yang melakukan maksiat itu.
4. Ulama berbeza pendapat tentang hukum memenuhi jemputan kenduri selain majlis perkahwinan. Di sisi mazhab Syafie, hukum memenuhi jemputan kenduri selain perkahwinan adalah tidak wajib.
Hujung tahun ini ramai orang mengadakan majlis kenduri perkahwinan. Tunaikan jemputan jika tiada sebarang keuzuran syarie.

Saturday, December 7, 2024
Ujian Penghapus Dosa
Sabtu, 5 Jamadil Akhir 1446H | Ujian Penghapus Dosa
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزَالُ الْبَلَاءُ بِالْمُؤْمِنِ وَالْمُؤْمِنَةِ فِي نَفْسِهِ وَوَلَدِهِ وَمَالِهِ حَتَّى يَلْقَى اللَّهَ وَمَا عَلَيْهِ خَطِيئَةٌ
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Ujian (bala) akan sentiasa menimpa orang mukmin sama ada lelaki mahupun perempuan, pada dirinya, anak dan hartanya hingga ia bertemu Allah dengan tidak membawa satu kesalahan (dosa) pun atasnya.” (HR Tirmizi No: 2323) Hadis Hasan Sahih.
Pengajaran:
1. Setiap ujian (bala) atau musibah yang dihadapi oleh orang mukmin sama ada pada dirinya, harta serta ahli keluarganya adalah sebagai pengampun dosa-dosanya.
2. Al-Baghawi menyatakan: Tidak ada satupun musibah yang menimpa seorang hamba, demikian pula musibah yang lebih besar (dan luas) darinya, kecuali kerana sebab dosa yang Allah mengampuninya hanya dengan (cara menimpakan) musibah tersebut (kepadanya) atau Allah hendak mengangkat darjatnya (kepada suatu darjat kemuliaan) hanya dengan (cara menimpakan) musibah tersebut (kepadanya)” (Tafsir Al-Baghawi: 4/85)
3. Ada Muslim di hari akhirat nanti diampunkan semua dosanya ketika bertemu Allah kerana kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian berbentuk musibah semasa di dunia.
4. Antara tujuan utama Allah SWT menimpakan ujian kepada hamba-Nya adalah untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang baik amalannya. Firman Allah SWT:
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلً
“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.” Al-Mulk: 2
Moga kita bersabar dengan setiap ujian yang dilalui agar ia menjadi penghapus dosa-dosa kita.

Friday, December 6, 2024
Membaca Istirja' dan Doa Ketika Ditimpa Musibah
Jumaat, 4 Jamadil Akhir 1446H | Membaca Istirja' dan Doa Ketika Ditimpa Musibah
أُمَّ سَلَمَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ عَبْدٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ فَيَقُولُ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا إِلَّا أَجَرَهُ اللهُ فِي مُصِيبَتِهِ وَأَخْلَفَ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا
Daripada Ummul Mukminin, Ummu Salamah isteri Nabi SAW bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tiada daripada kalangan hamba (Allah) yang ditimpa suatu musibah, kemudian mengucapkan: “Innā lillāhi wa innā ilaihi rājiʿun (Sesungguhnya kami milik Allah dan pastinya kami akan kembali kepada-Nya), Ya Allah! Aku mohon agar kurniakanlah ganjaran pada musibahku ini, dan berikanlah ganti yang lebih baik daripada musibah ini,” melainkan Allah akan memberikan pahala kepadanya kerana musibah itu dan menggantikan yang lebih baik.” (HR Muslim No: 918) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Musibah adalah ujian yang didatangkan oleh Allah kepada kita dalam bentuk kesusahan, kesakitan, dukacita seperti kematian, banjir dan sebagainya.
2. Bersabar terhadap segala musibah yang menimpa adalah tuntutan kepada setiap Muslim.
3. Musibah yang menimpa seorang mukmin mempunyai banyak hikmahnya antaranya bertujuan untuk menghapuskan dosa dan meningkatkan pahala.
4. Muslim yang menerima musibah seperti banjir, kemalangan, kesakitan dan sebagainya, disunatkan agar mengucapkan kalimah istirja dan doa yang diajar oleh Rasulullah SAW:
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ . اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
“Sesungguhnya kami milik Allah dan pastinya kami akan kembali kepada-Nya, Ya Allah! Aku mohon agar kurniakanlah ganjaran pada musibahku ini, dan berikanlah ganti yang lebih baik daripada musibah ini”.
5. Orang yang membaca kalimah istirja dan doa diatas apabila menerima musibah akan diberi gantian yang lebih baik antaranya pahala di sisi Allah diatas kesabarannya serta pengampunan dosa.
6. Sebagai Muslim, kita perlu meyakini bahawa setiap yang berlaku terdapat didalamnya hikmah tertentu.

Thursday, December 5, 2024
Musibah Menghapus Dosa
Khamis, 3 Jamadil Akhir 1446H | Musibah Menghapus Dosa
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ
Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW baginda bersabda: "Tidaklah seorang muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya." (HR Bukhari No: 5641) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap yang dihadapi oleh seseorang, sama ada berupa kesenangan mahupun kesusahan adalah ujian untuk melihat siapakah yang lebih baik amalannya di sisi Allah.
2. Setiap muslim perlu sentiasa bersabar dan reda apabila ditimpa dengan penyakit, keletihan, kesedihan, mahupun kesusahan termasuk musibah banjir yang melanda di beberapa kawasan sekarang ini.
3. Musibah banjir dibeberapa negeri di Malaysia menyebabkan orang yang terlibat mengalami kesusahan dan kepayahan. Ada yang kehilangan nyawa, kemusnahan harta juga kerosakan harta benda terkena air banjir seperti kenderaan yang ditenggelami air juga rumah yang rosak.
4. Sebagai Muslim hendaklah sentiasa sedar bahawa setiap kejadian yang berlaku dalam kehidupan ada hikmah yang tersendiri. Allah SWT mendatangkan ujian berupa musibah, kesakitan, keletihan, kegusaran, dan sesuatu yang menganggu kehidupan adalah sebagai penghapus dosa dan peninggi darajat agar hamba-Nya sentiasa dalam rahmat-Nya.
5. Rahmat Allah SWT Maha Luas. Seseorang hamba yang bersabar dengan musibah maka akan diampuni dosanya. Usahlah kita menyalahkan antara satu sama lain diatas musibah ini.
6. Semoga dosa kita terampun walaupun kesakitan dan kesulitan yang kita lalui mungkin kecil berbanding dengan orang lain. Mungkin ibarat duri yang mencucuk atau melukakan anggota tubuh.
7. Marilah kita menyerahkan segala musibah kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir yang diajar oleh Rasulullah kepada sahabat: Nabi SAW bersabda:
يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ قَيْسٍ قُلْ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ فَإِنَّهَا كَنْزٌ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ
Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’ (Tidak ada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung), kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga. (HR. Bukhari no. 7386)
Semoga mereka yang diuji dengan pelbagai kesusahan dan kepayahan akibat banjir dan sebagainya, dapat menerima dengan sabar dan reda. Moga Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Wednesday, December 4, 2024
Waktu Mustajab Berdoa
Rabu, 2 Jamadil Akhir 1446H | Waktu Mustajab Berdoa
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ثِنْتَانِ لاَ تُرَدَّانِ اَلدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِ وَتَحْتَ الْمَطَرِ
Daripada Sahl bin Sa’ad RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda. Dua doa yang tidak pernah ditolak; doa selepas waktu azan dan doa pada waktu hujan turun. (HR al-Hakim, No: 2534) Status: Hadis Sahih.
Pengajaran:
1. Doa adalah ibadah yang dituntut kepada setiap Muslim melakukannya.
2. Ada waktu yang sesiapa berdoa kepada Allah akan diperkenankan iaitu:
a. Doa selepas azan dan sebelum iqamah
b. Doa pada waktu hujan mula turun
3. Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu turun hujan tidak ditolak atau jarang ditolak kerana pada waktu tersebut, sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).
Ambil peluang di musim hujan sekarang untuk membanyakkan doa pada waktu hujan mula turun, moga diperkenankan hajat kita.

Tuesday, December 3, 2024
Doa Awan Mendung dan Hujan Turun
Selasa, 1 Jamadil Akhir 1446H | Doa Awan Mendung dan Hujan Turun
عَنْ الْمِقْدَامِ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ عَائِشَةَ أَخْبَرَتْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى سَحَابًا مُقْبِلًا مِنْ أُفُقٍ مِنْ الْآفَاقِ تَرَكَ مَا هُوَ فِيهِ وَإِنْ كَانَ فِي صَلَاتِهِ حَتَّى يَسْتَقْبِلَهُ فَيَقُولُ اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا أُرْسِلَ بِهِ فَإِنْ أَمْطَرَ قَالَ اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثَةً وَإِنْ كَشَفَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَلَمْ يُمْطِرْ حَمِدَ اللَّهَ عَلَى ذَلِكَ
Daripada Al-Miqdam dari ayahnya bahawa Aisyah telah mengkhabarkan kepadanya bahwa Nabi SAW apabila baginda melihat awan gelap yang bergerak di antara ufuk yang tinggi, maka baginda meninggalkan semua kegiatannya termasuk solat sunat, sampai menatapnya dan berdoa: "Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari keburukan yang Engkau datangkan bersamanya." Jika turun hujan, maka baginda berdoa: Ya Allah jadikanlah curahan (air hujan) bermanfaat (penuh keberkatan)." (baginda membacanya) dua kali atau tiga kali. Dan jika Allah Azza Wa Jalla menghilangkannya dan tidak jadi turun hujan, maka baginda (bersyukur) memuji Allah atas semua itu." (HR Ibnu Majah No: 3879) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap peristiwa yang berlaku seperti awan mendung yang berarak dan hujan yang turun adalah ketentuan dan ketetapan dari Allah
2. Rasulullah mengajar kita berdoa apabila melihat awan mendung yang berarak agar jauh dari musibah
اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا أُرْسِلَ بِهِ
Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari keburukan yang Engkau datangkan bersamanya
3. Rasulullah juga mengajar kita berdoa apabila hujan turun.
اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
Ya Allah jadikanlah curahan (air hujan) ini sebagai curahan yang bermanfaat (penuh keberkatan).
4. Al-Hafiz Imam Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan bahawa doa di atas adalah sunat untuk dibaca ketika turunnya hujan bagi menambahkan kebaikan dan juga keberkatan di samping menolak segala yang boleh memberi mudharat. (Lihat: Fath al-Bari, 518/2)
Kebetulan sekarang ini di kebanyakan tempat musim hujan serta banyak tempat telah dinaiki air, marilah kita membanyakkan membaca doa ini, moga hujan yang turun mendatangkan manfaat bukan musibah.

Monday, December 2, 2024
Mendapat Kemanisan Iman
Isnin, 30 Jamadil Awal 1446H | Mendapat Kemanisan Iman
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Daripada Anas RA mengatakan, Rasulullah SAW bersabda: "Ada tiga perkara yang jika seseorang melaksanakannya, ia mendapat kemanisan iman: Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada selain keduanya, ia mencintai seseorang kerana Allah, dan benci kembali kepada kekafiran sebagaimana kebenciannya untuk dilempar ke neraka." (HR Bukhari No : 6428)
Pengajaran:
Seorang Muslim akan mendapat kemanisan iman dalam kehidupannya jika melaksanakan tiga perkara ;
a. Allah dan Rasul lebih dicintai berbanding yang lain-lain termasuk dirinya. Dibuktikan dengan pelaksanaan perintah Allah dan Rasul dengan bersungguh - sungguh dan meninggalkan yang dilarang.
b. Mencintai seseorang kerana Allah – cinta ahli keluarga, pasangan hidup juga sahabat kerana Allah
c. Benci kembali kepada kekufuran seperti bencinya kita dimasukkan ke neraka (benci kepada perkara maksiat dan berdosa)
Berusahalah mendapat kemanisan iman dengan sentiasa mencintai Allah dan Rasul lebih dari segalanya, cinta orang lain kerana Allah dan bersungguh membenci kekufuran.

Sunday, December 1, 2024
Adab Orang Yang Ditimpa Musibah
Ahad, 29 Jamadil Awal 1446H | Adab Orang Yang Ditimpa Musibah
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَتَمَنَّيَنَّ أَحَدُكُمْ الْمَوْتَ مِنْ ضُرٍّ أَصَابَهُ فَإِنْ كَانَ لَا بُدَّ فَاعِلًا فَلْيَقُلْ اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتْ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتْ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي
Daripada Anas bin Malik RA dia berkata; Nabi SAW bersabda: "Janganlah salah seorang dari kalian mengharapkan kematian kerana musibah yang menimpanya, kalau memang hal itu harus, hendaknya ia mengatakan; Ya Allah, hidupkanlah aku jika kehidupan itu baik untukku, dan matikanlah aku jika kematian itu baik bagiku." (HR Bukhari No: 5239) Status: Sahih
Pengajaran:
1. Setiap Muslim diperintahkan agar bersabar dan redha apabila ditimpa musibah.
2. Setiap musibah yang menimpa seorang Muslim bertujuan untuk menghapuskan dosa dan meningkatkan darajat seseorang.
3. Bagi orang yang ditimpa musibah, tidak boleh meminta dan mengharap supaya dipercepatkan kematian.
4. Diharuskan berdoa dengan lafaz ini:
اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتْ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتْ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي
Ya Allah, hidupkanlah aku jika kehidupan itu baik untuku dan matikan aku jika kematian itu baik bagiku.

Saturday, November 30, 2024
Berwuduk Di Rumah Kemudian Menuju Ke Masjid
Sabtu, 28 Jamadil Awal 1446H | Berwuduk Di Rumah Kemudian Menuju Ke Masjid
عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ تَوَضَّأَ لِلصَّلَاةِ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ مَشَى إِلَى الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ فَصَلَّاهَا مَعَ النَّاسِ أَوْ مَعَ الْجَمَاعَةِ أَوْ فِي الْمَسْجِدِ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ذُنُوبَهُ
Daripada Uthman bin Affan dia berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berwuduk untuk solat, lalu menyempurnakan wuduknya, kemudian berjalan menuju solat yang fardu, lalu dia melaksanakannya bersama manusia, atau bersama jamaah, atau di masjid, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya." (HR Muslim No: 341) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Allah mengampunkan dosa seseorang yang pergi untuk solat fardu ke masjid dengan syarat;
a. Menyempurnakan wuduk di rumah terlebih dahulu, kemudian
b. Menuju ke tempat solat berjemaah atau ke masjid untuk mengerjakan solat fardu dan,
c. Melaksanakan solat berjemaah bersama imam
2. Berwuduklah terlebih dahulu di rumah sebelum ke masjid atau ketempat solat berjemaah kerana ia pra syarat untuk pengampunan dosa bagi mereka yang akan melaksanakan solat fardu.
Rugilah jika ada yang beranggapan air di masjid air wakaf (free), lalu ia lebih selesa mengambil wuduk di masjid.

Friday, November 29, 2024
Panduan Tidur Seorang Muslim
Jumaat, 27 Jamadil Awal 1446H | Panduan Tidur Seorang Muslim
عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلَاةِ ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الْأَيْمَنِ ثُمَّ قُلْ : اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ اللَّهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ فَإِنْ مُتَّ مِنْ لَيْلَتِكَ فَأَنْتَ عَلَى الْفِطْرَةِ وَاجْعَلْهُنَّ آخِرَ مَا تَتَكَلَّمُ بِهِ
Daripada Al-Barra’ bin Azib RA, Rasulullah SAW bersabda, “Apabila engkau hendak tidur, berwuduklah sebagaimana wuduk ketika hendak solat. Kemudian berbaringlah pada lambung sebelah kanan, dan bacalah: Ya Allah, aku tundukkan wajahku kepada-Mu, aku pasrahkan urusanku kepada-Mu, aku sandarkan punggungku kepada-Mu, kerana rasa takut dan penuh harap kepada-Mu. Tidak ada tempat berlindung dan menyelamatkan diri dari hukuman-Mu kecuali kepada-Mu. Ya Allah, aku beriman kepada kitab-Mu yang telah Engkau turunkan, dan kepada nabi-Mu yang telah Engkau utus. Jika kamu mati di malam itu, kamu mati dalam keadaan fitrah. Jadikanlah doa itu, sebagai kalimat terakhir yang engkau ucapkan sebelum tidur.”(HR. Bukhari No: 247) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Islam sentiasa menggalakkan umatnya berada dalam keadaan bersih dan suci termasuk ketika hendak tidur.
2. Rasulullah SAW mengajar adab-adab tidur antaranya:
a. Berwuduk sebelum tidur.
b. Tidur dengan berbaring diatas lambung sebelah kanan.
c. Membaca doa sebelum tidur
3. Menurut Ibnul Qayyim, “Tidur berbaring pada sisi kanan dianjurkan dalam Islam agar seseorang tidak susah untuk bangun solat malam. Tidur pada sisi kanan lebih bermanfaat pada jantung. Sedangkan tidur pada sisi kiri berguna bagi badan (namun membuat seseorang semakin malas)” (Zaadul Ma’ad, 1/321-322).
4. Sunat membaca doa sebelum tidur:
اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ اللَّهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ
5. Barangsiapa yang tidur berwuduk, dengan lambung disebelah kanan serta berdoa dengan doa di atas, jika dia mati di malam itu, dia mati dalam keadaan fitrah bersih dari dosa.

Thursday, November 28, 2024
Anggota Wuduk Bercahaya Di Hari Kiamat
Khamis, 26 Jamadil Awal 1446H | Anggota Wuduk Bercahaya Di Hari Kiamat
عَنْ نُعَيْمٍ الْمُجْمِرِ قَالَ رَقِيتُ مَعَ أَبِي هُرَيْرَةَ عَلَى ظَهْرِ الْمَسْجِدِ فَتَوَضَّأَ فَقَالَ إِنِّي سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ أُمَّتِي يُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ غُرًّا مُحَجَّلِينَ مِنْ آثَارِ الْوُضُوءِ فَمَنْ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يُطِيلَ غُرَّتَهُ فَلْيَفْعَلْ
Daripada Nu'aim bin Al Mujmir berkata, "Aku ke masjid bersama Abu Hurairah, lalu dia berwuduk dan berkata, "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya umatku akan dihadirkan pada hari kiamat dengan wajah berseri-seri kerana sisa air wuduk, barangsiapa di antara kalian mampu memperpanjang cahayanya hendaklah ia lakukan (lebihkan kawasan basuhan anggota wuduk)." (HR Bukhari No: 133) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Antara amalan yang digalakkan kepada setiap Muslim ialah sentiasa berwuduk.
2. Mereka yang berwuduk, di hari kiamat akan dibangkitkan dengan wajah yang berseri-seri kesan daripada air wuduk semasa di dunia dahulu.
3. Sunat melebihkan tempat basuhan anggota wuduk kerana di akhirat nanti kita akan dibangkitkan dengan anggota wuduk yang bercahaya. Lagi luas kawasan yang terkena air wuduk, lagi banyak kawasan yang bercahaya.
Marilah kita memperelokkan wuduk, menyempurnakannya serta menjaga wuduk.

Wednesday, November 27, 2024
Halau Syaitan Dirongga Hidung
Rabu, 25 Jamadil Awal 1446H | Halau Syaitan Dirongga Hidung
عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال إِذَا اسْتَيْقَظَ أَحَدُكُمْ مِنْ مَنَامِهِ فَتَوَضَّأَ فَلْيَسْتَنْثِرْ ثَلاَثًا فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَبِيتُ عَلَى خَيْشُومِهِ
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda, “Jika salah seorang di antara kalian bangun dari tidurnya, maka hendaklah berwuduk lalu beristintsar (mengeluarkan air dari hidung) sebanyak tiga kali kerana syaitan bermalam di rongga hidungnya.” (HR. Bukhari No: 3295) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Islam mengajar kita beradab dan berakhlak dalam setiap perkara.
2. Antara adab seorang Muslim selepas bangun daripada tidur adalah mengambl wuduk.
3. Beristintsar (mengeluarkan air dari dalam rongga hidung selepas menghirupnya) ketika berwuduk adalah sunat dilakukan.
4. Antara hikmah memasukkan air kedalam rongga hidung dan mengeluarkan kembali sebanyak tiga kali selain daripada membersihkan kotoran daripada hidung juga bertujuan untuk menghalau syaitan yang menumpang bermalam di lubang hidung.
Pastikan amalan memasukkan dan mengeluarkan air ke dalam rongga hidung kita lakukan sebaik sahaja bangun dari tidur melalui amalan berwuduk.

Tuesday, November 26, 2024
Bersiwak Apabila Masuk Rumah
Selasa, 24 Jamadil Awal 1446H | Bersiwak Apabila Masuk Rumah
عَنْ الْمِقْدَامِ بْنِ شُرَيْحٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ قُلْتُ بِأَيِّ شَيْءٍ كَانَ يَبْدَأُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ بَيْتَهُ قَالَتْ بِالسِّوَاكِ
Daripada al-Miqdam bin Syuraih dari bapaknya dia berkata, "Saya bertanya kepada Aisyah, Apakah perkara yang Nabi SAW lakukan apabila apabila masuk kedalam rumahnya? ' Dia menjawab: “bersiwak". (HR Muslim No: 371) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Amalan bersiwak atau menggosok gigi amat dituntut ke atas setiap Muslim.
2. Bersiwak atau membersihkan gigi bukan hanya dituntut ketika hendak mengerjakan solat malah masuk ke rumah untuk bersama dengan ahli keluarga.
3. Nabi SAW apabila memasuki rumahnya, perkara pertama akan dilakukan ialah bersiwak ini menunjukkan Islam mementingkan kebersihan termasuk kebersihan mulut.
4. Bersiwak boleh dilakukan setiap waktu (Syarhul mumti’ 1/120, Fiqhul Islami wa Adillatuhu) dan ia tidak disyaratkan hanya bersiwak ketika mulut dalam keadaan kotor [Syarhul Mumti’ 1/125].

Monday, November 25, 2024
Tuntutan Bersiwak
Isnin, 23 Jamadil Awal 1446H | Tuntutan Bersiwak
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي أَوْ عَلَى النَّاسِ لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ مَعَ كُلِّ صَلَاةٍ
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sekiranya tidak memberatkan ummatku atau manusia, nescaya aku akan perintahkan kepada mereka untuk bersiwak (menggosok gigi) pada setiap kali hendak solat." (HR Bukhari No: 838) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Bersiwak (menggosok gigi) adalah antara sunah yang mudah dan paling kerap dilakukan oleh Rasulullah SAW.
2. Rasulullah SAW sentiasa bersiwak (menggosok gigi) dan amat menggalakkan umatnya agar menggosok gigi setiap kali hendak melaksanakan solat fardhu mahupun nawafil (sunat).
3. Kebersihan dituntut kepada setiap Muslim antaranya kebersihan mulut dan gigi lebih-lebih lagi ketika melaksanakan ibadat solat (bertaqarub).
4. Bersiwak atau menggosok gigi memiliki faedah yang banyak antaranya mulut akan sentiasa bersih, gigi menjadi puteh dan sihat, menghilangkan bau kurang enak yang keluar dari mulut, dan lain-lain.
5. Dr. Wahbah Az-Zuhaili dalam Fiqhul Islami wa Adillatuhu menyebutkan: “Telah sepakat para ulama bahawasanya bersiwak adalah sunnah muakkadah kerana anjuran Rasulullah SAW dan baginda sentiasa melakukannya dan kecintaan baginda serta ajakan baginda kepada siwak tersebut.”

Sunday, November 24, 2024
Dosa Meresahkan Hati
Ahad, 22 Jamadil Awal 1446H | Dosa Meresahkan Hati
عَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سَمْعَانَ الْأَنْصَارِيِّ أَنَّهُ سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْبِرِّ وَالْإِثْمِ فَقَالَ الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي نَفْسِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ النَّاسُ عَلَيْهِ
Daripada Nawwas bin Sam'an Al Anshari, bahawa ia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kebaikan dan dosa. Maka baginda bersabda: "Sesungguhnya kebaikan itu adalah akhlak yang baik, sedangkan dosa itu adalah apa yang menggelisahkan hatimu dan kamu benci jika manusia mengetahuinya." (HR Ahmad No: 16975) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap amal baik yang dilakukan seorang Muslim merupakan akhlak yang terpuji dan mendapat ganjaran pahala
2. Amal buruk merupakan akhlak keji dan perbuatan tersebut mendapat dosa
3. Perbuatan dosa yang dilakukan oleh seorang Muslim akan menjadikan hatinya tidak tenang dan tenteram
4. Pelaku perbuatan dosa akan malu dan tidak suka kalau perbuatan tersebut diketahui orang lain
Berusaha melakukan amal kebaikan dan menjauhi bersungguh-sungguh perbuatan dosa

Saturday, November 23, 2024
Istiqamah Jaga Lidah
Sabtu, 21 Jamadil Awal 1446H | Istiqamah Jaga Lidah
عن أَبي سَعيدٍ الخُدْرِيِّ عن النَّبيّ ﷺ قَالَ إِذَا أَصْبَحَ ابْنُ آدَمَ فَإِنَّ اْلأََعْضَاءَ كُلَّهَا تُكَفِّرُ اللِّسَانَ فَتَقُوْلُ : اِتَّقِ اللهَ فِيْنَا فَإِنَّمَـا نَحْنُ بِكَ فَإِنِ اسْتَقَمْتَ اِسْتَقَمْنَا وَإِنِ اعْوَجَجْتَ اِعْوَجَجْنَا
Daripada Abu Said al-Hudari dari Nabi SAW baginda bersabda: “Jika anak keturunan Adam berada di pagi hari, seluruh organ tubuh tunduk kepada lidah dengan berkata, ‘Bertakwalah kepada Allah Azza wa Jalla pada kami, kerana kami bersamamu. Jika engkau istiqâmah, kami juga istiqâmah. Jika engkau menyimpang, kami juga menyimpang.” (HR Tirmidzi No: 2407). Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Lidah boleh menjadi penyebab seseorang kufur.
2. Jika lisannya (termasuk tulisan) istiqâmah dalam ketaatan atau tidak mengucapkan perkataan yang mendatangkan dosa dan murka Allah, seseorang itu akan selamat di sisi Allah.
3. Lisan yang tidak dijaga (termasuk tulisan) malah biasa dengan mengumpat dan memfitnah, maka perbuatan itu akan berterusan dan akan menyeret tuannya ke neraka.
4. Setiap yang diucap mahupun ditulis sama ada yang baik mahupun yang buruk akan dicatat oleh Malaikat dan akan dihisab. Firman Allah:
مَّا يَلۡفِظُ مِن قَوۡلٍ إِلَّا لَدَيۡهِ رَقِيبٌ عَتِيدٞ
Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). (Surah Qâf, ayat 19)

Friday, November 22, 2024
Hanya Amal Solleh Yang Kekal
Jumaat, 20 Jamadil Awal 1446H | Hanya Amal Solleh Yang Kekal
سَمِعَ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتْبَعُ الْمَيِّتَ ثَلَاثَةٌ فَيَرْجِعُ اثْنَانِ وَيَبْقَى مَعَهُ وَاحِدٌ يَتْبَعُهُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَعَمَلُهُ فَيَرْجِعُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَيَبْقَى عَمَلُهُ
Telah mendengar Anas bin Malik bahawa, Rasulullah SAW bersabda: "Mayat akan diiringi dengan tiga perkara, yang dua akan kembali hanya satu yang menemaninya. Ia akan diiringi oleh keluarganya, hartanya dan amalnya. Harta dan keluarganya akan kembali meninggalkannya, hanya amalnya yang akan terus tetap bersamanya." (HR Bukhari No: 6033) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Bila mati anak Adam, akan mengiringi mayatnya kekubur terdiri daripada ahli keluarga, harta juga amalnya.
2. Selepas pengkebumian, dua yang mengiringi akan pulang:
a. Ahli keluarga akan pulang kerumah masing-masing untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
b. Harta yang ditinggalkan simati akan diagih-agihkan kepada pewaris.
3. Yang kekal mengiringi si mati hanyalah amalnya. Jika banyak amal solleh semasa dia hidup dahulu – beruntunglah si mati, amal itu menjadi teman dan pembantunya.
Marilah kita memastikan semasa kita hidup untuk membanyakkan amal yang boleh dijadikan teman dan menjadi bekalan kita nanti.

Thursday, November 21, 2024
Saf Terbaik
Khsmis, 10 Jamadil Awal 1446H | Saf Terbaik
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ أَوَّلُهَا وَشَرُّهَا آخِرُهَا وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ آخِرُهَا وَشَرُّهَا أَوَّلُهَا
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik-baik saf orang lelaki adalah di hadapan, dan yang paling buruk adalah pada saf terakhir. Dan sebaik-baik saf wanita adalah yang terakhir, dan yang buruk adalah saf yang awal." (HR Muslim No: 664) Status: Hadis Sahih
Pengajaran
1. Kedudukan yang paling baik untuk lelaki ketika solat adalah di saf hadapan.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Seandainya manusia mengetahui (kebaikan) apa yang terdapat pada panggilan solat dan saf pertama lalu mereka tidak dapat meraihnya melainkan dengan mengundi tentulah mereka akan mengundinya. (HR Bukhari No: 2492) Status: Hadis Sahih
2. Saf yang paling buruk pada lelaki apabila menunaikan solat berjemaah adalah pada saf terakhir.
3. Sebaik-baik saf bagi wanita apabila melaksanakan solat berjemaah adalah yang terakhir jika tiada tabir pembatas antara mereka dengan kaum lelaki bagi mengelakkan fitnah.
4. Namun jika terdapat tabir pembatas saf dengan lelaki, saf terbaik bagi wanita adalah saf pertama seperti saf lelaki kerana tabir pembatas itu dapat menghilangkan kekhuatiran terjadinya fitnah.

Subscribe to:
Posts (Atom)