Thursday, September 10, 2009

Lailatul Qadar ( Malam Kemuliaan dan Kebesaran)

Khamis, 20 Ramadhan 1430H - Allah SWT berfirman yang ertinya : “ Sesungguhnya Kami telah menurunkan ( Al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukan kamu apakah malam kemuliaan itu ?. Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Robnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar " ( Al Qadr: 1 – 5 )

Keterangan:

Di antara malam-malam Ramadhan terdapat suatu malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadar” suatu malam yang terkenal kerana mempunyai keberkatan yang teramat besar. Di dalam Al Quran dinyatakan sebagai mempunyai keberkatan dan kelebihan ke rohaniah yang lebih besar daripada seribu bulan yang membawa maksud bahawa ia lebih bernilai daripada lapan puluh tiga tahun empat bulan. Rasulullah SAW bersabda : “Lailatul Qadar telah dikurniakan ke atas umatku dan tidak kepada lain-lain umat.” Sebab-sebab pengurniaan Lailatul Qadar ini banyak pendapat mengenainya. Menurut beberapa hadis, satu sebab diberikan malam ini kerana Rasulullah SAW pernah memikirkan tentang umur-umur umat terdahulu yang panjang-panjang dan apabila dibandingkan dengan keadaan umur pendek umatnya, maka baginda pun sangat berdukacita. Jika umat ini ingin berlumba dalam kesolehan dengan umat-umat terdahulu maka mustahil mereka dapat bersaing atau mengatasinya. Maka dengan rahmat Allah SWT, dikurniakan malam yang dipenuhi keberkatan ini.

Riwayat lain menyatakan bahawa suatu ketika Rasulullah SAW menceritakan kepada para sahabat tentang seorang yang sangat soleh dikalangan Bani Israil yang telah menghabiskan masanya di dalam jihad selama seribu bulan. Apabila mendengar cerita tersebut, para sahabat berasa cemburu kerana mereka tidak dapat mencapai ganjaran yang sama. Maka Allah SWT pun menganugerahkan malam Lailatul Qadar, melalui firman Allah SWT dalam surah Al Qadr.

Anas ra. meriwayatkan: Apabila Ramadhan bermula, maka Raslullah SAW pun bersabda: "Sesungguhnya telah datang kepadamu suatu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang ditolak daripada malam ini sesungguhnya ternafilah dia daripada segala kebaikannya. Dan tidaklah yang ditolak daripada kebaikan itu kecuali yang benar-benar tidak bernasib baik.”

Abu Hurairah ra.meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berdiri ( dengan solat dan beribadat) pada malam Lailatul Qadar dengan iman dan ihtisab (Yakni dengan keyakinan yang sempurna dan harapan yang ikhlas untuk memperolehi ganjarannya ) maka dosa-dosa yang lepas akan diampunkan.” Kita hendaklah mempunyai azam yang kuat untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar ini dengan memperbanyakkan amalan ibadat sepanjang bulan Ramdahan dan tambahkan pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan dengan amalan-amalan solat, zikir, tilawah dan sebagainya dengan keimanan serta yakin dan ikhlas kerana Allah.

Anas ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Pada malam kemuliaan ( Lailatul Qadar) maka turunlah Jibril as. ke dunia dengan sekumpulan malaikat, lalu berdoa memohon rahmat ke atas setiap hamba Allah yang mereka lihat sedang beribadat, berdiri atau duduk sambil berzikir kepada Allah. Kemudian pada hari Aidil Fitri Allah berbangga mengenai mereka kepada malikat-malaikat ( yang pernah mempersoalkan penciptaan Adam dahulu ). “Wahai malaikat-malaikatKU apa ganjaran bagi orang yang telah menyermpurnakan kerjanya dengan baik?” Mereka pun menjawab: “ Wahai Allah, selayaknya ganjaran yang penuh diberikan kepadanya.” Maka Allah menjawab: “Wahai malaikat-malaikatKu, sesungguhnya hamba-hambaKU ini, lelaki dan wanita telah menyempurnakan kewajipan yang telah difardhukan ke atas mereka, kemudian mereka pun keluar menuju ke kawasan solat Aidilfitri meninggikan suara mereka berdoa kepadaKU. Aku bersumpah demi kemuliaan Ku, kemegahanKu, kehormatanKu, ketinggianKu dan tempatKu yang tertinggi,pasti akan Aku makbulkan doa orang-orang ini. “ Kemudian Allah pun berfirman: “Kembalilah kamu sekelian, Aku telah ampunkan dosa-dosa kamu, dan menggantikan perbuatan-perbuatan maksiatmu dengan kebaikan (hasanah).” Orang-orang ini pun kembali dengan pengampunan terhadap dosa-dosa mereka.

Aisyah ra. meriwayatkan: “Aku berkata : “Wahai Rasulullah SAW sekiranya aku bertemu dengan Lailatul Qadar, apakah doa yang perlu ku baca?" Rasulullah SAW bersabda : “Katakanlah : “ Ya, Allah sesungguhnya Engkaulah yang mengurniakan keampunan terhadap dosa-dosaku, Engkau suka mengampun, maka ampunilah aku. “

Tentang masa turunnya malam yang istimewa ini, terdapat kira-kira lima puluh pendapat yang berbeza-beza. Aisyah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “ Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadhan.” Menurut sebahagian besar ulama, sepuluh malam terakhir itu bermula daripada malam yang ke 21. Tidak kiralah sama ada Ramadhan itu mengandungi 29 hari atau 30 hari. Maka jika seseorang ingin mencari Lailatul Qadar maka carilah malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Rasulullah SAW beriktikaf bermula pada malam yang ke – 21 Ramadhan. Berdasarkan itu, ulama-ulama berpendapat bahawa malam-malam ganjil adalah malam yang sesuai untuk Lailatul Qadar.

Ubadah bin Saamit ra berkata: “ Suatu ketika Rasulullah SAW keluar untuk memberitahu kami mengenai Lailatul Qadar ( tentang tarikh yang tepat). Malangnya perbalahan telah berlaku antara dua orang Islam, sesudah itu baginda bersabda:”Aku keluar untuk memberitahu kamu bilakan muncul Lailatul Qadar tetapi disebabkan dua orang berbalah, pengetahuan tarikh yang sebenar telah ditarik semula; mungkin itu terlebih baik, maka carilah pada malam kesembilan, ketujuh dan kelima.” Hadis ini memberi pengajaran bahawa akibat perbalahan mengakibatkan kehilangan rahmat hingga pengetahuan sebenar penetapan Lailatul Qadar hilang lenyap.

Ubadah bin Samit ra. meriwayatkan bahawa beliau telah bertanya Rasulullah SAW mengenai Lailatul Qadar. Baginda menjawab: “Ia terdapat pada bulan Ramadhan, pada sepuluh yang terakhir pada malam-malam yang ganjil samada malam ke 21, ke 23, ke 25, ke 27, ke 29 dan malam terakhir Ramadhan. Sesiapa sahaja yang berjaga malam untuk beribadat dengan iman dan ihtrisab ( dengan keadaan iman yang ikhlas ingin memperolehi ganjaran ) maka terampunlah segala dosa-dosanya yang lampau. Diantara tanda-tanda pada malam ini ialah malam tersebut berkeadaan sunyi sepi penuh ketenangan serta bercahaya, tidak panas dan tidak sejuk tetapi sederhana seolah-olah bulan memancar terang. Pada malam itu panah-panah api tidak kelihatan memanah syaitan-syaitan. Keadaan ini tetap berkeadaan begitu sehinggalah munculnya Subuh. Tanda-tanda yang lain ialah pada waktu pagi, matahari akan naik tanpa pancaran cahaya, muncul seolah-olah seperti bulan mengambang penuh. Pada hari itu Allah mengharamkan syaitan naik bersama-sama matahari.”

Marilah kita bersama-sama berazam untuk mempertingkatkan amalan ibadat kita dan menjauhkan perkara yang ditegah oleh Allah dan RasulNya di sepanjang bulan Ramadhan ini. Mudah-mudahan Allah akan temukan kita dengan malam Lailatul Qadar yang penuh rahmat dan berkat ini. Amin

Wallahu a’lam

(Dipetik daripada buku Fadhilat Ramadhan )

Wednesday, September 9, 2009

Beritikaf Dalam Mencari Lailatul Qadar

Rabu, 19 Ramadhan 1430H - Iktikaf bermaksud bertafakur dalam masjid mencari keredaan Allah S.W.T.

Jenis-jenis iktikaf -
Iktikaf yang disyariatkan ada dua bentuk;
1. Iktikaf sunnat iaitu yang dilakukan secara sukarela semata-mata untuk bertaqorrub kepada
Allah SWT seperti; iktikaf 10 hari terakhir bulan Ramadan.
2. Iktikaf yang wajib iaitu yang didahului dengan nazar (janji), seperti: "Kalau Allah SWT
menyembuhkan penyakitku ini, maka aku akan beriktikaf.

Waktu iktikaf - Iktikaf wajib tergantung pada berapa lama waktu yang dinazarkan, sedangkan iktikaf sunat tidak ada batasan waktu tertentu, bila-bila saja pada malam atau siang hari, waktunya boleh lama atau singkat. Ya'la bin Umayyah berkata: " Sesungguhnya aku berdiam satu jam di masjid tak lain hanya untuk beriktikaf."

Syarat-syarat iktikaf
1. Muslim
2. Berakal
3. Suci dari janabah (junub), haid dan nifas.

Oleh kerana itu, iktikaf tidak sah bagi orang kafir, anak yang belum mumaiyiz (mampu membezakan), orang junub, wanita haid dan nifas.
Rukun-rukun iktikaf
1. Niat (QS. Al Bayyinah : 5), (HR: Bukhari & Muslim tentang niat)
2. Berdiam di masjid (QS. Al Baqarah : 187)
Di sini ada dua pendapat ulama tentang masjid tempat iktikaf. Sebahagian ulama membolehkan iktikaf di setiap masjid yang diguna untuk solat berjemaah lima waktu. Hal itu dalam rangka menghindari seringnya keluar masjid dan untuk menjaga pelaksanaan solat jemaah setiap waktu.
Ulama lain mensyaratkan agar iktikaf itu dilaksanakan di masjid yang diguna untuk membuat solat Jumaat, sehingga orang yang beriktikaf tidak perlu meninggalkan tempat iktikafnya menuju masjid lain untuk solat Jumaat.
Pendapat ini dikuatkan oleh para ulama Syafiiyah bahawa yang afdal iaitu iktikaf di masjid jami', kerana Rasulullah s.a.w iktikaf di masjid jami'. Lebih afdal di tiga masjid; Masjid al-Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Aqsa.

Hal-hal yang diperbolehkan bagi mutakif (orang yang beriktikaf)
1. Keluar dari tempat iktikaf untuk menghantar isteri, sebagaimana yang dilakukan oleh
Rasulullah s.a.w terhadap isterinya Sofiyah ra. (HR. Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Menyisir atau mencukur rambut, memotong kuku, membersihkan tubuh dari kotoran dan
bau badan.
3. Keluar dari tempat keperluan yang harus dipenuhi, seperti membuang air besar dan kecil,
makan, minum (jika tidak ada yang menghantarkannya), dan segala sesuatu yang tidak
mungkin dilakukan di masjid, tetapi ia harus segera kembali setelah menyelesaikan
keperluannya .
4. Makan, minum, dan tidur di masjid dengan sentiasa menjaga kesucian dan kebersihan masjid.
Hal-hal yang membatalkan iktikaf
1. Meninggalkan masjid dengan sengaja tanpa keperluan walaupun sebentar, kerana
meninggalkan salah satu rukun iktikaf iaitu berdiam di masjid.
2. Murtad ( keluar dari agama Islam )
3. Hilangnya akal, kerana gila atau mabuk
4. Haid atau Nifas
5. Berjimak (bersetubuh dengan isteri) (QS. 2: 187), akan tetapi memegang tanpa syahwat, tidak
apa-apa sebagaimana yang dilakukan Nabi dengan isteri- isterinya.
6. Pergi solat Jumaat (bagi mereka yang membolehkan iktikaf di surau yang tidak digunapakai
untuk solat Jumaat).

Rasulullah SAW beriktikaf di dalam mencari Lailatul Qadar
Abu Said Al Khudri ra: meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW beriktikaf didalam sebuah khemah (dalam masjid) pada sepuluh hari yang pertama bulan Ramadhan. Kemudian dilanjutkan pada hari sepuluh hari yang pertengahan. Kemudian baginda akan menjenguk kepalanya keluar khemah sambil berkata: “ Sesungguhnya takkala mencari Lailatul Qadar aku beritikaf pada sepuluh hari pertama dan menyambungnya kesepuluh hari yang pertengahan untuk maksud yang sama. Kemudian aku beritahu bahawa malam ini (Lailatul Qadar) terdapat pada sepuluh hari yang terakhir.

Maka mereka yang menyertaiku hendaklah terus beriktikaf. Sesungguhnya hampir sahaja aku ditunjukkan malam tersebut namum aku telah dilupakan malam yang mana satu. Dan sesungguhnya aku melihat diriku sujud kepada Allah dengan dahi di dalam lumpur pada pagi hari selepas daripada malam tersebut. Dengan ini carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam Ramadhan yang terakhir. Carilah pada malam-malam ganjil. ”Abu Said ra berkata : " Malam yang sama hujan pun turun. Atas masjid bocor dan aku lihat Rasulullah SAW sedang sujud di dalam lumpur, dan kejadian itu berlaku pada pagi malam yang ke 21.”

Aisyah ra meriwayatkan: "Semasa sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, Rasulullah SAW mengikat kain sarungnya seketat-ketatnya, berjaga setiap malam dan menggerakkan keluarganya untuk beribadat.” Mengikat kain seketat-ketat dimaksudkan sebagai tanda baginda tidak membataskan diri dalam mengerahkan tenaganya ketika beribadat atau baginda menjauhkan sama sekali segala bentuk hubungan kelamin dengan isteri-isterinya.

Ibn Abbas ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Orang yang beriktikaf akan terbebas daripada dosa-dosanya dan sesungguhnya dia akan diberikan ganjaran yang sama sebagaimana mereka yang berbuat kebaikan atau hasanat (disebabkan dia beriktikaf)”.

Ibn Abbas ra meriwayatkan bahawa suatu ketika tatkala beliau sedang beriktikaf di dalam masjid Nabawi, sesorang telah datang menemuinya sambil memberi salam lantas duduk. Ibn Abbas ra lalu bercakap kepadanya: "Aku lihat kamu dalam keadaan sedih dan berdukacita” Orang itu menjawab: "Ya, wahai anak kepada bapa saudara Rasulullah SAW (sepupu) sesungguhnya aku mempunyai hak yang perlu dipenuhi. Aku bersumpah dengan penghuni kubur yang mulia ini (Rasulullah SAW) bahawa aku tidak dapat menyempurnakan hak tersebut.” Ibn Abbas menjawab : "Bolehkah aku menjadi perantara bagi pihak mu?”. Ibn Abbas ra pun memakai kasutnya dan keluar daripada masjid. Melihat ini orang itu pun berkata: ”Lupakah tuan bahawa tuan sedang beriktikaf ?” Matanya digenangi airmata, lalu Ibn Abbas pun berkata: Tidak, peristiwa itu masih terbayang-bayang di ruang mataku apabila penghuni yang mulia ini bersabda: "Barangsiapa bergerak dengan maksud mahu menyelesaikan suatu urusan (hajat) saudaranya maka itu adalah terlebih baik daripada dia beritikaf selama sepuluh tahun. Barangsiapa beritikaf satu hari (kerana mencari keredahaan Allah ) maka di antaranya dan api neraka ialah tiga parit (khandak) yang setiap parit itu sejauh antara langit dan bumi.”

Tuesday, September 8, 2009

Peristiwa-Peristiwa di Bulan Ramadhan

Selasa, 18 Ramadhan 1430H - Selain turunnya wahyu Allah yang pertama di bulan Ramadhan, terdapat beberapa peristiwa besar yang juga berlaku dibulan yang penuh dengan barakah ini. Ketika dahulu, umat Islam yang merupakan umat yang disanjung tinggi dari timur ke barat, kerana terlimpahnya rahmat Allah kesan dari penerapan Islam dalam kehidupan mereka. Namun begitu, pada masa sekarang, setelah runtuhnya entiti penyatuan umat Islam, iaitu Khilafah pada 27 Rejab 1342H (3 Mac 1924), umat Islam dirundung penyakit yang semakin parah. Semoga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terakhir bagi umat Islam berpuasa tanpa Khilafah.
Berikut merupakan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadhan:
17 Ramadhan 2H
Perang Badar Al-Kubra Rasulullah SAW berangkat dari Madinah pada 8 Ramadhan. Ibnu Hisyam menyatakan bahawa perang ini merupakan kemenangan pertama yang menentukan kedudukan umat Islam dalam menghadapi kekuatan kemusyrikan dan kebatilan. Allah SWT telah mengutuskan segerombolan malaikat untuk membantu pasukan muslimin menghancurkan pasukan musyrik. Perang ini berlaku pada pagi Jumaat, 17 Ramadhan 2H di Badar. Kemenangan lebih kurang 300 orang tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah ini yang telah mengalahkan lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin Mekah.
Ramadhan 5H
Persiapan Perang Khandaq Persiapan dilakukan dengan mengali parit (khandaq) sekeliling kota Madinah. Tipu muslihat ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab. Ia diusulkan oleh Salman Al-Farisy. Peperangan ini terjadi pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Dzulkaedah setelah pasukan muslimin berjaya memecahkan belahkan pasukan musuh.
20 Ramadhan 8H
Futuhul Makkah (Pembukaan Kota Mekah) dan Penghancuran Berhala Rasulullah SAW keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dan berpuasa, lalu diikuti para sahabat. Baginda berbuka di suatu tempat yang dipanggil Mukadid (antara Asfan dengan Amjad). Mekah jatuh ke tangan kaum muslimin tanpa pertumpahan darah. Setelah penaklukan Mekah, Rasulullah tinggal di kota itu selama 15 malam dengan melakukan sembahyang qasar. Menurut Ibnu Ishaq, penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Rasulullah mengutuskan Khalid al-Walid untuk menghancurkan berhala Uzza, Amr bin Ash merobohkan Suwa’, dan Saad bin Zaid Al-Asyhaly menumbangkan Manat.
Ramadhan 9H
Perang TabukRasulullah SAW tidak mendapati tentera Rom lalu kembali ke Madinah.Utusan ThaifUtusan Thaif datang ke Madinah untuk masuk Islam dan pada ketika itu juga mereka terus melaksanakan kewajiban-kewajiban dan melaksanakan puasa disana.Utusan Raja Himyar Utusan Raja Himyar datang ke Madinah untuk menyatakan kemasukan Islam. Rombongan tersebut diterima dan dimuliakan oleh Rasulullah SAW. Beliau kemudian menulis batas-batas hak dan kewajiban mereka dalam bentuk dokumen bertulis.
Ramadhan 10H
Rasulullah SAW mengutuskan sepasukan tentera dibawah pimpinan Saidina Ali Karamallahu wajhah ke Yaman dengan membawa surat Nabi. Satu suku kaum yang berpengaruh di Yaman terus menerima Islam dan masuk Islam pada hari itu juga. Mereka bersembahyang berjamaah bersama Imam Ali ra. pada hari itu.
Ramadhan 53H
Kemenangan tentera Islam di Rhodesia.
Ramadhan 92H
Islam telah tersebar dan membuka kawasan- kawasan baru sehingga ke Afrika Utara, Iran, Afghanistan, Yemen dan Syria. Spanyol di bawah kekuasaan Raja Rhoderic of the Visigoths. Musa ibn Husair, Wali Khilafah Ummayyah di Utara Afrika, bersama-sama dengan Paglima tentera Islam, Tariq Ziyad yang megetuai 12 000 tentera Islam berdepan dengan tentera kuffar seramai 90 000 yang diketuai sendiri oleh Raja Rhoderic. Antara peristiwa yang memotivasikan tentera- tentera Allah ini semasa perang ini ialah, apabila Tariq bin Ziyad mengarahkan tenteranya membakarkan kapal- kapal perang mereka sebelum bertempur dengan tentera Raja Rhoderic. Beliau berkata, ”Sesungguhnya, syurga Allah terbentang luas di hadapan kita, dan dibelakang kita terbentangnya laut. Kamu semua hanya ada dua pilihan, sama ada mati lemas, ataupun syahid”. Pasukan tentera ini bukan sahaja telah mengalahkan tentera-tentera kuffar pimpinan Raja Rhoderic, malah telah mampu membebaskan keseluruhan Sepanyol, Sicily dan sebahagian Perancis. Di sini, bermulanya zaman keemasan Islam di Andalus, dengan Islam menguasainya selama 700 tahun.
Ramadhan 129H
Kemenangan dakwah Bani Abbas di Khurasan dibawah pimpinan Abu Muslim Al-Khurasany.
Ramadhan 584H
Panglima tentera Islam, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib. Ketika bulan Ramadhan, penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar dia berehat kerana risau ajalnya tiba. Tetapi Salahuddin menjawab "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam". Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan.
Ramadhan 658H
Semasa kemasukan tentera tartar di Baghdad, yang merupakan pusat pemerintahan Islam pada masa tersebut, tentera Tartar telah membunuh 1.8 juta kaum Muslimin. Selain itu, mereka mengarahkan penduduk Kristian supaya makan babi dan meminum arak secara terbuka dijalanan dan memaksa kaum muslimin turut serta. Azan turut dilarang daripada dilaungkan dan masjid- masjid disirami dengan arak oleh tentera- tentera Tartar yang biadap ini. Kecelakaan ini disambut oleh Saifudin Qutuz, pemerintah Mesir ketika itu dengan mengumpulkan semula kekuatan kaum muslimin untuk meghancurkan tentera Tartar dan bertembung dengan mereka pada Jumaat, 25 Ramadhan 658H di Ain Jalut. Peperangan ini turut disertai oleh isteri Sultan Saifudin Qutuz, Jullanar yang akhirnya syahid di medan pertempuran. Semasa beliau nazak, Saifudin Qutuz memapahnya dan berkata ”Wahai Kekasihku”. Ini dibalas oleh Jullanah dengan mengatakan, ”Janganlah kamu berkata demikian. Kasih lagilah kamu terhadap Islam”. Setelah itu, tentera- tentera ini terus berjihad, dan kemenangan di raih oleh Islam di depan pintu gerbang Mesir di Kota Ain Jalut.

Monday, September 7, 2009

Al-Quran Kalam Allah Yang Agong

Isnin, 17 Ramadhan 1430H - Al-Qur'an, dalam bahasa Arab قُرْآن adalah kitab suci agama Islam. Umat Islam mempercayai bahwa Al-Qur'an merupakan puncak dan penutup wahyu Allah yang diperuntukkan bagi manusia, yang disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril.
Ditinjau dari segi kebahasaan (etimologi), Al-Qur’an berasal dari bahasa Arab yang berarti "bacaan" atau "sesuatu yang dibaca berulang-ulang". Kata Al-Qur’an adalah bentuk kata benda (masdar) dari kata kerja qara'a yang ertinya membaca. Konsep pemakaian kata ini dapat juga dijumpai pada salah satu surat Al-Qur'an sendiri yakni pada ayat 17 dan 18 Surah Al-Qiyamah yang artinya: “Sesungguhnya mengumpulkan Al-Qur’an (di dalam dadamu) dan (menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggungan Kami. (Karena itu,) jika Kami telah membacakannya, hendaklah kamu ikuti {amalkan} bacaannya”.(75:17-75:18)
Dr. Subhi Al Salih mendefinisikan Al-Qur'an sebagai berikut: “Kalam Allah SWT yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan ditulis di mushaf serta diriwayatkan dengan mutawatir, membacanya termasuk ibadah”.Melihat ayat AlQuran juga akan diberi pahala.
Adapun Muhammad Ali ash-Shabuni mendefinisikan Al-Qur'an sebagai berikut: "Al-Qur'an adalah firman Allah yang tiada tandingannya, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW penutup para Nabi dan Rasul, dengan perantaraan Malaikat Jibril a.s. dan ditulis pada mushaf-mushaf yang kemudian disampaikan kepada kita secara mutawatir, serta membaca dan mempelajarinya merupakan ibadah, yang dimulai dengan surat Al-Fatihah dan ditutup dengan surat An-Nas"
Dengan definisi tersebut di atas sebagaimana dipercayai Muslim, firman Allah yang diturunkan kepada Nabi selain Nabi Muhammad SAW, tidak dinamakan Al-Qur’an seperti Kitab Taurat yang diturunkan kepada umat Nabi Musa AS atau Kitab Injil yang diturunkan kepada umat Nabi Isa AS. Demikian pula firman Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang membacanya tidak dianggap sebagai ibadah, seperti Hadits Qudsi, tidak termasuk Al-Qur’an.
Dalam Al-Qur'an sendiri terdapat beberapa ayat yang menyertakan nama lain yang digunakan untuk merujuk kepada Al-Qur'an itu sendiri. Berikut adalah nama-nama tersebut dan ayat yang mencantumkannya:
Al-Kitab, QS(2:2),QS (44:2)
Al-Furqan (pembeda benar salah): QS(25:1)
Adz-Dzikr (pemberi peringatan): QS(15:9)
Al-Mau'idhah (pelajaran/nasehat): QS(10:57)
Al-Hukm (peraturan/hukum): QS(13:37)
Al-Hikmah (kebijaksanaan): QS(17:39)
Asy-Syifa' (obat/penyembuh): QS(10:57), QS(17:82)
Al-Huda (petunjuk): QS(72:13), QS(9:33)
At-Tanzil (yang diturunkan): QS(26:192)
Ar-Rahmat (karunia): QS(27:77)
Ar-Ruh (ruh): QS(42:52)
Al-Bayan (penerang): QS(3:138)
Al-Kalam (ucapan/firman): QS(9:6)
Al-Busyra (kabar gembira): QS(16:102)
An-Nur (cahaya): QS(4:174)
Al-Basha'ir (pedoman): QS(45:20)
Al-Balagh (penyampaian/kabar) QS(14:52)
Al-Qaul (perkataan/ucapan) QS(28:51)

Surat, ayat dan ruku'
Al-Qur'an terdiri atas 114 bagian yang dikenal dengan nama surah (surat). Setiap surat akan terdiri atas beberapa ayat, di mana surat terpanjang dengan 286 ayat adalah surat Al Baqarah dan yang terpendek hanya memiliki 3 ayat yakni surat Al Kautsar dan Al-‘Așr. Jumlah ayat dalam Al-Qur'an mencapai 6236 ayat di mana jumlah ini dapat bervariasi menurut pendapat tertentu namun bukan disebabkan perbedaan isi melainkan karena cara/aturan menghitung yang diterapkan. Surat-surat yang panjang terbagi lagi atas sub bagian lagi yang disebut ruku' yang membahas tema atau topik tertentu.

Makkiyah dan Madaniyah
Setiap surat dapat dibagi atas surat-surat Makkiyah (surat Mekkah) dan Madaniyah (surat Madinah). Pembagian ini berdasarkan tempat dan waktu penurunan surat dan ayat tertentu di mana surat-surat yang turun sebelum Rasulullah SAW hijrah ke Madinah digolongkan surat Makkiyah sedangkan setelahnya tergolong surat Madaniyah. Pembagian berdasar fase sebelum dan sesudah hijrah ini lebih tepat,sebab ada surat Madaniyah yang turun di Mekkah.
Juz dan manzil
Dalam skema pembagian lain, Al-Qur'an juga terbagi menjadi 30 bagian dengan panjang sama yang dikenal dengan nama juz. Pembagian ini untuk memudahkan mereka yang ingin menuntaskan bacaan Al-Qur'an dalam 30 hari (satu bulan). Pembagian lain yakni manzil memecah Al-Qur'an menjadi 7 bagian dengan tujuan penyelesaian bacaan dalam 7 hari (satu minggu). Kedua jenis pembagian ini tidak memiliki hubungan dengan pembagian subyek bahasan tertentu.

Menurut ukuran surat
Kemudian dari segi panjang-pendeknya, surat-surat yang ada didalam Al-Qur’an terbagi menjadi empat bagian, yaitu:
As Sab’uththiwaal (tujuh surat yang panjang). Yaitu Surat Al-Baqarah, Ali Imran, An-Nisaa’, Al-A’raaf, Al-An’aam, Al Maa-idah dan Yunus
Al Miuun (seratus ayat lebih), seperti Hud, Yusuf, Mu'min dan sebagainya
Al Matsaani (kurang sedikit dari seratus ayat), seperti Al-Anfaal, Al-Hijr dan sebagainya
Al Mufashshal (surat-surat pendek), seperti Adh-Dhuha, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas dan
sebagainya.

Sejarah Al-Qur'an hingga berbentuk mushaf
Penurunan Al-Qur'an
Dipercayai oleh umat Islam bahwa penurunan Al-Qur'an terjadi secara beransur-ansur selama 23 tahun. Oleh para ulama membagi masa turun ini dibagi menjadi 2 fasa, iaitu fasa Mekkah dan fasa Madinah. Fasa Mekkah berlangsung selama 13 tahun masa kenabian Rasulullah SAW dan surat-surat yang turun pada waktu ini tergolong surat Makkiyyah. Sedangkan fasa Madinah yang dimulai sejak peristiwa hijrah berlangsung selama 10 tahun dan surat yang turun pada kurun waktu ini disebut surat Madaniyah.

Penulisan Al-Qur'an dan perkembangannya
Penulisan (pencatatan dalam bentuk teks) Al-Qur'an sudah dimulai sejak zaman Nabi Muhammad SAW. Kemudian transformasinya menjadi teks yang dijumpai saat ini selesai dilakukan pada zaman khalifah Utsman bin Affan.

Pengumpulan Al-Qur'an di masa Rasullulah SAW
Pada masa ketika Nabi Muhammad SAW masih hidup, terdapat beberapa orang yang ditunjuk untuk menuliskan Al Qur'an yakni Zaid bin Tsabit, Ali bin Abi Talib, Muawiyah bin Abu Sufyan dan Ubay bin Kaab. Sahabat yang lain juga kerap menuliskan wahyu tersebut walau tidak diperintahkan. Media penulisan yang digunakan saat itu berupa pelepah kurma, lempengan batu, daun lontar, kulit atau daun kayu, pelana, potongan tulang belulang binatang. Di samping itu banyak juga sahabat-sahabat langsung menghafalkan ayat-ayat Al-Qur'an setelah wahyu diturunkan.

Pengumpulan Al-Qur'an di masa Khulafaur Rasyidin
Pada masa pemerintahan Abu Bakar
Pada masa kekhalifahan Abu Bakar, terjadi beberapa pertempuran (dalam perang yang dikenal dengan nama perang Ridda) yang mengakibatkan tewasnya beberapa penghafal Al-Qur'an dalam jumlah yang signifikan. Umar bin Khattab yang saat itu merasa sangat khawatir akan keadaan tersebut lantas meminta kepada Abu Bakar untuk mengumpulkan seluruh tulisan Al-Qur'an yang saat itu tersebar di antara para sahabat. Abu Bakar lantas memerintahkan Zaid bin Tsabit sebagai koordinator pelaksaan tugas tersebut. Setelah pekerjaan tersebut selesai dan Al-Qur'an tersusun secara rapi dalam satu mushaf, hasilnya diserahkan kepada Abu Bakar. Abu Bakar menyimpan mushaf tersebut hingga wafatnya kemudian mushaf tersebut berpindah kepada Umar sebagai khalifah penerusnya, selanjutnya mushaf dipegang oleh anaknya yakni Hafsah yang juga istri Nabi Muhammad SAW.

Pada masa pemerintahan Utsman bin Affan
Pada masa pemerintahan khalifah ke-3 yakni Utsman bin Affan, terdapat keragaman dalam cara pembacaan Al-Qur'an (qira'at) yang disebabkan oleh adanya perbedaan dialek (lahjah) antar suku yang berasal dari daerah berbeda-beda. Hal ini menimbulkan kekhawatiran Utsman sehingga ia mengambil kebijakan untuk membuat sebuah mushaf standar (menyalin mushaf yang dipegang Hafsah) yang ditulis dengan sebuah jenis penulisan yang baku. Standar tersebut, yang kemudian dikenal dengan istilah cara penulisan (rasam) Utsmani yang digunakan hingga saat ini. Bersamaan dengan standarisasi ini, seluruh mushaf yang berbeda dengan standar yang dihasilkan diperintahkan untuk dimusnahkan (dibakar). Dengan proses ini Utsman berhasil mencegah bahaya laten terjadinya perselisihan di antara umat Islam di masa depan dalam penulisan dan pembacaan Al-Qur'an.

Mengutip hadist riwayat Ibnu Abi Dawud dalam Al-Mashahif, dengan sanad yang shahih:
Suwaid bin Ghaflah berkata, "Ali mengatakan: Katakanlah segala yang baik tentang Utsman. Demi Allah, apa yang telah dilakukannya mengenai mushaf-mushaf Al Qur'an sudah atas persetujuan kami. Utsman berkata, 'Bagaimana pendapatmu tentang isu qira'at ini? Saya mendapat berita bahwa sebagian mereka mengatakan bahwa qira'atnya lebih baik dari qira'at orang lain. Ini hampir menjadi suatu kekufuran'. Kami berkata, 'Bagaimana pendapatmu?' Ia menjawab, 'Aku berpendapat agar umat bersatu pada satu mushaf, sehingga tidak terjadi lagi perpecahan dan perselisihan.' Kami berkata, 'Pendapatmu sangat baik'."

Menurut Syaikh Manna' Al-Qaththan dalam Mahabits fi 'Ulum Al Qur'an, keterangan ini menunjukkan bahwa apa yang dilakukan Utsman telah disepakati oleh para sahabat. Demikianlah selanjutnya Utsman mengirim utusan kepada Hafsah untuk meminjam mushaf Abu Bakar yang ada padanya. Lalu Utsman memanggil Zaid bin Tsabit Al-Anshari dan tiga orang Quraish, yaitu Abdullah bin Az-Zubair, Said bin Al-Ash dan Abdurrahman bin Al-Harits bin Hisyam. Ia memerintahkan mereka agar menyalin dan memperbanyak mushaf, dan jika ada perbedaan antara Zaid dengan ketiga orang Quraish tersebut, hendaklah ditulis dalam bahasa Quraish karena Al Qur'an turun dalam dialek bahasa mereka. Setelah mengembalikan lembaran-lembaran asli kepada Hafsah, ia mengirimkan tujuh buah mushaf, yaitu ke Mekkah, Syam, Yaman, Bahrain, Bashrah, Kufah, dan sebuah ditahan di Madinah (mushaf al-Imam).

Upaya penerjemahan dan penafsiran Al Qur'an
Usaha untuk mengetahui isi dan maksud Al Qur'an telah menghasilkan proses penerjemahan (literal) dan penafsiran (lebih dalam, mengupas makna) dalam berbagai bahasa. Namun demikian hasil usaha tersebut dianggap sebatas usaha manusia dan bukan usaha untuk menduplikasi atau menggantikan teks yang asli dalam bahasa Arab. Kedudukan terjemahan dan tafsir yang dihasilkan tidak sama dengan Al-Qur'an itu sendiri.
Adab Terhadap Al-Qur'an
Sebelum menyentuh sebuah mushaf Al-Qur'an, seorang Muslim dianjurkan untuk menyucikan dirinya terlebih dahulu dengan berwudhu. Hal ini berdasarkan tradisi dan interpretasi secara literal dari surat Al Waaqi'ah ayat 77 hingga 79. Terjemahannya antara lain:56-77. Sesungguhnya Al-Qur'an ini adalah bacaan yang sangat mulia, 56-78. pada kitab yang terpelihara (Lauhul Mahfuzh), 56-79. tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan. (56:77-56:79)
Penghormatan terhadap teks tertulis Al-Qur'an adalah salah satu unsur penting kepercayaan bagi sebagian besar Muslim. Mereka memercayai bahwa penghinaan secara sengaja terhadap Al Qur'an adalah sebuah bentuk penghinaan serius terhadap sesuatu yang suci. Berdasarkan hukum pada beberapa negara berpenduduk majoriti Muslim, hukuman untuk hal ini dapat berupa penjara dalam waktu yang lama dan bahkan ada yang menerapkan hukuman mati.

Hubungan dengan kitab-kitab lain
Berkaitan dengan adanya kitab-kitab yang dipercayai diturunkan kepada nabi-nabi sebelum Muhammad SAW dalam agama Islam (Taurat, Zabur, Injil, lembaran Ibrahim), Al-Qur'an dalam beberapa ayatnya menegaskan posisinya terhadap kitab-kitab tersebut. Berikut adalah pernyataan Al-Qur'an yang tentunya menjadi doktrin bagi ummat Islam mengenai hubungan Al-Qur'an dengan kitab-kitab tersebut:
Bahwa Al-Qur'an menuntut kepercayaan ummat Islam terhadap eksistensi kitab-kitab
tersebut. QS(2:4)
Bahwa Al-Qur'an diposisikan sebagai pembenar dan batu ujian (verifikator) bagi kitab-kitab
sebelumnya. QS(5:48)
Bahwa Al-Qur'an menjadi rujukan untuk menghilangkan perselisihan pendapat antara
ummat-ummat rasul yang berbeda. QS(16:63-64)
Bahwa Al-Qur'an meluruskan sejarah. Dalam Al-Qur'an terdapat cerita-cerita mengenai kaum dari rasul-rasul terdahulu, juga mengenai beberapa bagian mengenai kehidupan para rasul tersebut. Cerita tersebut pada beberapa aspek penting berbeda dengan versi yang terdapat pada teks-teks lain yang dimiliki baik oleh
AlQuran mempunyai fadihlat yang banyak dan Allah SWT memberi ganjaran yang amat besar kepada pembaca dan mematuhinya arahan di dalam Al Quran itu adalah wajib bagi setiap yang mengaku dirinya Islam.

Waallahualam.

Friday, September 4, 2009

Malam Lailatul-Qadar

Jumaat, 14 Ramadhan 1430H - Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya: " Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya: " Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu "

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya: " Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: " Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil. "

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah: Maksudnya: " Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke-27. "

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya: " Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam
yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa: Maksudnya: " Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. "

Petikan dari : FIQH & Perundangan Islam Jilid II Wahbah al-ZuhailiTerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Thursday, September 3, 2009

Berdosa Meninggalkan Puasa Ramadhan

Khamis, 13 Ramadhan 1430H- Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya”

Penjelasan:

Pendapat sebahagian ulamak ialah apabila sesorang itu gagal menjalani puasanya pada mana-mana hari pada bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar dan tidak menghormatinya dengan makan dan sebagainya, dia tidak akan dapat menggantinya dengan mengqadhakannya walaupun dia berpuasa sehingga ke akhir hayatnya.Sadina Ali berpendapat begini. Walau bagaimanapun Jumhur Ulamak berpegang kepada pendapat jikalau seseorang itu tidak berpuasa sehari pada bulan Ramadhan maka menggantikannya sudah memadai.

Sebaliknya jika seseorang itu mula berpuasa dan berbuka dengan sengaja tanpa alasan yang wajar, maka menurut syariat dia terpaksa berpuasa selama 60 hari berturur-turut dengan bersahur serta berbuka. Namun kelebihan yang terdapat dalam bulan Ramdhan tidak dapat diperolehinya. Inilah maksud daripada hadis di atas, yakni bila tidak berpuasa dimana-mana hari di bulan Ramadhan tanpa alasan, maka bilangan puasa yang diganti tidak akan dapat mengembalikan semula berkat sebenar yang terkandung dalam bulan Ramadhan.

Bertapa malang dan sesatnya mereka yang memandang remeh terhadap puasa dan tidak menunainya sama sekali di bulan Ramadhan atau menggantikannya selepas itu. Puasa merupakan salah satu daripada rukun Islam. Barangsiapa yang gagal melaksanakannya disertai dengan penolakan kewajipan terhadap puasa di bulan Ramadhan boleh menjadi kafir dan layak menerima azab Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda :” Agama Islam tertegak di atas lima rukun: Iman, Solat,Puasa, Zakat dan Haji.” Penolakan salah satu daripada rukun yang lima boleh menyebabkan sesorang menjadi sesat dan kafir.

Wednesday, September 2, 2009

Jangan Sia-sia Amalan Puasa

Rabu, 12 Ramadhan 1430H - Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Ramai daripada mereka yang berpuasa tidak memperolehi apa-apa melainkan lapar dan ramai yang berdiri malam (dengan bersolat) namun tidak mendapat apa-apa kecuali keletihan berjaga malam."
Keterangan :
Mengenai hadis ini para ulamak telah memyebut tiga penafsiran yang berbeza:
1. Hadis ini merujuk kepada mereka yang berpuasa pada siang hari tetapi berbuka dengan makanan yang haram. Segala ganjaran berpuasa lenyap kerana dos besar memakan benda yang haram dan suatu apa pun tidak mendatangkan manfaat kecuali lapar
2. Mungkin juga mereka berpuasa tetapi semasa berpuasa membabitkan diri mereka dengan mengumpat dan menfitnah orang lain.
3. Mungkin orang yang dimaksudkan ialah seorang yang sedang berpuasa tidak dapat mencegah dirinya daripada melakukan perkara-perkara maksiat dan dosa.
Kesemua kemungkinan-kemungkinan ini termasuk di dalam hadis ini. Begitulah juga halnya dengan seseorang yang berjaga malam dalam solat nafil sepanjang malam; kerana suka mengumpat atau lain-lain amalan dosa seperti terluput solat subuh atau berjaga malam untuk menunjuk-nunjuk, maka amalan malamnya menjadi sia-sia tidak diberi pahala oleh Allah SWT.
Hikmah & Fadhilat Ramadhan, M.Muhammd Zakariya

Tuesday, September 1, 2009

Nuzul Al-Quran

Selasa, 11 Ramadhan 1430H - FIRMAN Allah, maksudnya: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah)...” (al-Baqarah: 185)
Penurunan al-Quran atau masyhur disebut nuzul al-Quran pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad s.a.w peristiwa yang sangat besar dan tidak dilupakan generasi umat Islam. Nuzul bererti penurunan atau perpindahan dari atas ke bawah (turun) manakala al-Quran bererti bacaan atau himpunan. Ulama meletakkan takrif al-Quran sebagai kalam Allah yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w dengan perantaraan Jibril a.s serta menjadi ibadat dengan membacanya. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara membabitkan persoalan tauhid (ketuhanan), ibadat, jenayah, muamalat dan kemasyarakatan, sains teknologi dan banyak lagi.Al-Quran suatu mukjizat terbesar kepada Nabi Muhammad s.a.w yang abadi hingga hingga hari kiamat dan ia kitab yang sangat sempurna diturunkan sebagai manual kehidupan manusia di dunia, dengan tiada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal darinya.“Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam Kitab al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka.” (al-An’am: 38)Istilah penurunan ini dipanggil sebagai nuzul al-Quran yang membawa maksud amat mendalam, kerana al-Quran diturunkan dari tempat yang tinggi dan mulia iaitu Luh Mahfuz, kemudian diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w secara berperingkat mengikut keadaan dan keperluan semasa.Perantara bagi penurunan al-Quran kepada Nabi s.a.w ialah Jibril. Jangka masa penurunan itu selama 23 tahun, iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. “Dan sesungguhnya al-Quran (yang di antara isinya kisah tersebut) diturunkan Allah Tuhan sekalian alam. “Ia dibawa turun malaikat Jibril yang amanah. Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang daripada pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.” (asy-Syuarak:192-195)
Ayat al-Quran yang mula diturunkan Allah kepada baginda melalui perantaraan malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada surah al-‘Alaq.Nabi s.a.w sentiasa dikunjungi Jibril pada Ramadan, seperti dijelaskan dalam hadis di bawah:“Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, Rasulullah s.a.w seorang yang sangat pemurah kepada orang lain, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ketika baginda didatangi Jibril a.s. Jibril datang berjumpa baginda pada setiap malam lalu mengajar al-Quran kepada baginda. Sesungguhnya baginda bersifat pemurah dengan segera melakukan kebaikan umpama angin yang bertiup kencang.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Al-Quran sebenar-benar wahyu yang diturunkan Allah dan ia bukan suatu rekaan Nabi Muhammad s.a.w seperti didakwa musuh yang sentiasa mencemburui Islam dan umatnya dari dulu hingga kini.Dakwaan itu nyata tidak benar sama sekali kerana gaya dan seni keindahan al-Quran tidak mampu direka atau ditandingi daya intelektual manusia.Allah ada mencabar manusia, malah jin menandingi kehebatan al-Quran, sekiranya mereka mampu berbuat demikian, tetapi mereka tidak mampu.“Katakanlah: Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka saling bantu-membantu.” (al-Isra:88)Al-Quran bukan hanya sebuah kitab, tetapi menjadi petunjuk (hidayah) kepada manusia, memberikan rahmat, syifa (penyembuh kepada penyakit), nur (cahaya yang menerangi), furqan (pembeza di antara hak dan batil), az-zikr (memberi peringatan) dan memberi penjelasan bagi manusia.Ia wajar dibaca dan ditatap lebih kerap, malah diperhalusi dan dikaji bagi mendapatkan sari pati kandungannya untuk manfaat seisi alam.
Pada Ramadan, umat Islam sangat digalakkan membaca al-Quran kerana ganjaran pahala yang berganda. Nabi s.a.w sendiri gemar membaca al-Quran pada Ramadan.Daripada Aisyah r.a katanya: “Rasulullah (saw) memperbanyakkan amalan apabila sampai hari ke-10 terakhir daripada bulan Ramadan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya). Baginda menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Kitab suci ini amat penting bagi memandu kehidupan manusia. Walaupun manusia dilengkapi akal dan pancaindera yang lima, tetapi manusia tidak dapat memikirkan kebenaran tauhid, perkara ghaib dan hakikat di luar daerah kemampuannya.Imam al-Ghazali menegaskan, sesungguhnya akal itu tidak dapat memberi hukum ke atas sesuatu perkara melainkan perkara itu mempunyai dua sifat, masa dan tempat. Akal akan bertanya ‘bila’ dan ‘di mana’. Selagi dua soalan itu tidak terjawab, akal tidak mengakui kewujudannya.Oleh itu, akal semata-mata dengan capaian yang cukup terbatas tidak dapat menerima kewujudan Allah, tidak mempercayai sifat Allah serta tidak mengakui qada dan qadar kerana akal itu terhad sifatnya dan kewujudan Allah itu tidak bersifat tempat dan masa.Justeru, ada manusia mengambil jalan falsafah mencari tuhan, sehingga mencipta teori sendiri dalam soal ketuhanan, namun pegangan ini tidak sama antara satu sama lain. Di sini sudah nampak manusia memerlukan satu petunjuk yang boleh menunjukkan jalan kepada manusia mengenai hakikat ketuhanan sebenarnya.Petunjuk itu ialah agama Islam sebagai agama benar lagi lurus. Agama Kristian dan Yahudi tidak boleh menjadi petunjuk kepada manusia kerana kedua-duanya diselewengkan penganutnya.
Dalam persoalan ketuhanan, Islam yang unggul dan ajaran Islam datangnya dari al-Quran. Al-Quran yang memberi petunjuk kepada manusia untuk menunjuk jalan kebenaran.“Kitab al-Quran ini, tiada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.” (Ini sebagaimana ditegaskan pada ayat 2, surah al-Baqarah.)

Petikan
Kehebatan al-Quran
Oleh Idris Musa

Thursday, August 27, 2009

Doa Orang Berpuasa Tidak Akan Ditoak

Khamis, 6 Ramadhan 1430H - Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak ; doa orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa, imam atau penguasa yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatkannya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman : “Aku bersumpah demi kemuliaanKu sesungguhnya Aku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti ."

Rasulullah SAW juga bersabda: “ Sesungguhnya Allah itu Maha Pemalu lagi Maha Pemurah, Dia merasa malu sekiranya sesorang itu mengangkat dua tangannya kepadaNYa ( berdoa ) lalu Dia mengembalikannya kosong terhalang ( tidak dimakbulkan) “. ( Riwayat Ahmad, Abu Daud, At-Tarmizi, Ibu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim)

Maaikat Penjaga Arsy diperintahkan meninggalkan segala sesuatu pada bulan Ramadhan hanya disuruh berkata “Amin”. Banyak hadis menyatakan doa orang-orang berpuasa dimakbulkan.

Kita mungkin merasa hairan, walaupun ada janji-janji ini, masih ada orang-orang yang secara nyata tidak memperolehi apa yang dimintanya. Mereka berdoa tetapi tidak memperolehinya; tetapi ini tidaklah bererti bahawa doa-doa tersebut telah ditolak. Kita hendaklah faham maksud doa yang diterima. Rasulullah SAW memberitahu kepada kita bahawa apabila seorang Islam berdoa sesuatu kepada Allah dengan syarat dia tidak berdoa untuk memutuskan siratulrahim terhadap saudara terdekatnya atau apa-apa saja yang mendatangkan dosa, maka pastilah dia menerima salah satu daripada tiga perkara : Dia akan mendapat terus apa yang dipintanya ( tunai ). Jika tidak Allah akan menggantikannya dengan cara mengelakkannya daripada bala bencana besar di dalam perjalanannya, ataupun Allah akan menyimpan ganjaran ini di akhirat.

Di dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa pada Hari Akhirat, Allah akan memanggil hambaNYa sera bertanya kepadanya : “Wahai hambaku, Aku pernah menyuruhmu berdoa kepada KU?” Hamba Allah itu menjawab : “Ya, aku telah berdoa.” Kemudian Allah pun menjawab: “Tidak satupun doa-doa yang kamu pohonkan yang tidak di terima. Kamu berdoa agar bencana dijauhkan, maka telahKU lakukan di dunia. Kamu berdoa agar dukacita dihilangkan daripadamu tetapi tidak nampak kesan daripada doamu itu, Sesungguhnya Aku telah tetapkan kepadamu ganjaran-ganjaran demikian diakhirat."

Rasulullah SAW bersabda bahawa orang tersebut akan teringat semula tentang doanya dan akan ditunjukkan kepadanya bagaimana caranya doa-doa tersebut disempurnakan di dunia atau pun ia disempurnakan di akhirat. Apabila melihat ganjaran-ganjaran tersebut di akhirat, dia pun berharap agar tidak satu pun doanya dimakbulkan di dunia agar dapat diterima sepenuhnya di akhirat nanti.

Sesungguhnya doa adalah sangat penting dan mengabaikannya adalah suatu kerugian yang teramat besar. Walaupun pada zahirnya nampak doa tidak diterima namun janganlah berputus asa. Kita kena faham bahawa Allah memakbulkan doa kita dengan mengambilkira akan kebaikan dan muslihat diri kita. Jika Allah, mendapati pemberian itu bermanfaat dan baik, maka doa itu akan dimakbulkan, jika tidak Allah tidak akan memberikannya. Sebenarnya inilah kurniaan Allah kerana tidak selalu memberi apa yang kita inginkan. Biasanya kerapkali kita kurang memahami bahawa apa yang kita hajatkan tidak bermanfaat pada kita pada ketika itu.

Jangan mengutuk anak ketika marah. Berhati-hatilah dalam perkara ini terutama didalam bulan Ramadhan kerana ada masa-masa tertentu apabila berdoa, maka segera dimakbulkan oleh Allah SWT. Kadangkala disebabkan kejahilan kita, anak-anak dikutuk dan apabila kesan kutukan itu menimpa anak-anak tersebut, maka ibubapa pun mulalah kelam-kabut menangis dan berdukacita. Rasulullah SAW telah menerintahkan kita jangan sama sekali mengutuk diri kita, anak-anak kita, harta milik kita atau orang suruhan kita. Mungkin kutukan kita itu betul-betul terjadi kerana saat itu semua permintaan diterima terutama di dalam bulan Ramadhan yang dipenuhi dengan masa-masa yang teramat mustajab. Ibu Masud ra meriwayatkan bahawa pada setiap malam Ramadhan seorang penyeru daripada langit akan menyeru "Wahai pencari kebaikan, hampirlah: Wahai pencari maksiat berpalinglah daripada maksiat dan bukalah matamu.” Kemudiam malaikat itu menyeru: ”Adakah pencari keampunan, agar dia akan diampunkan dan adakah sesiapa yang menghendaki sesuatu hajatnya disempurnakan?”

Akhirnya, kita perlulah ingat bahawa terdapat beberapa syarat atau halangan untuk diterima sesuatu doa. Ketiadaan syarat-syarat ini, doa itu seringkali akan ditolak. Diantaranya ialah seperti yang dinyatakan dalam hadis-hadis berikut :

1.Makan, minum dan pakaian dari sumber yang haram. Sabda Nabi SAW : “Wahai manusia sesungguhnya Allah itu baik, Ia tidak menerima kecuali yang baik. Sesungguhnya Allah telah memerintah orang-orang beriman sebagaimana Ia telah memerintah dengannya Rasul-rasul sebagaimana firmanNya : Wahai Rasul-rasul makanlah dari yang baik-baik dan kerjakan amalan yang soleh,sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu kerjakan ( Al-Mu`minun:51 ) dan firmanNya: Wahai orang-orang yang beriman makanlah dari yang baik-baik dari apa yang telah Kami rezekikan kepada kamu ( Al-Baqarah:72 ). Kemudian Nabi SAW menyebut mengenai seorang lelaki yang jauh permausafirannya, kusut masai rambutnya lagi berdebu mukanya menghulur ( mengangkat ) dua tangannya ke langit ( sambil berdoa ) : Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan mulutnya disuap dengan yang haram, maka bagaimana akan dimustajabkan ( doanya ) yang sebegitu”. ( Ahmad, Muslim, At-Tirmizi, Ad-Darimi)

2.Gopoh / tergesa-gesa ( minta dimustajabkan doa) seterusnya meninggalkan berdoa. Sabda Nabi SAW : “Dimustajabkan doa salah seorang dari kamu selama ia tidak gopoh / tergesa-gesa, ia berkata: “Aku telah berdoa tetapi tidak pernah dimustajabkan doaku”. ( Al-Bukhari, Muslim)

3.Doa memohon dosa dan memutuskan silaturrahim. Sabda Nabi SAW: “ Mana-mana orang Islam yang berdoa dengan satu doa yang didalam doanya itu tiada perkara dosa dan memutuskan silaturrahim nescaya Allah akan memberikan dengan doanya itu salah satu dari tiga perkara : 1. Disergerakan baginya doa itu ( dimustajabkan) atau 2. Disimpan untuknya doa itu diakhirat atau 3. Dipalingkan darinya keburukan yang semisal ( sebanding ) dengan doanya. Lalu para sahabat berkata : “ Kalau begitu kami akan benyak berdoa. Sabda Nabi SAW : “Allah lebih banyak limpah kurniaNya.” ( Ahmad, Al-Hakim, Abu Ya`la, Al-Bazzar).

4.Meninggalkan amar ma`ruf dan nahi mungkar. Didalam hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Demi jiwaku yang berada didalam TanganNYA, hendaklah kamu menyuruh kepada yang ma`ruf ( kebaikan ) dan mencegah yang mungkar atau ( sekiranya kamu tidak melakukan demikian ) telah hampir Allah akan menurunkan hukuman / siksaan ke atas kamu dariNya kemudian kamu berdoa kepadaNya maka tidak dimustajabkan bagi kamu. “( Ahmad, At-Tirmizi).

5.Berdoa kepada Allah hanya ketika susah sahaja dengan lupa kepadaNya ketika senang. Sabda Nabi SAW : “ Kenallah kamu akan Allah semasa senang nescaya Allah akan kenal kamu ketika kamu susah.” ( Ahmad, At-Thabarani, Al-Hakim, Ibnu Abi`Asim).

6.Suami yang mempunyai isteri yang buruk akhlak tetapi tidak menceraikannya, tidak mengadakan saksi ketika memberi hutang dan memberi/menyerahkan harta kepada orang yang belum sempurna akal. Rasulullah SAW bersabda : “ Tiga golongan manusia yang berdoa kepada Allah tetapi tidak dimustajab doa mereka : 1. Seorang lelaki ( suami) yang dibawah penguasaannya seorang perempuan ( isterinya ) yang buruk akhlak tetapi ia tidak menceraikanya. 2. Seorang yang baginya ada hak hartanya atas orang lain ( yakni ia membei hutang kepada orang ) tetapi ia tidak mengadakan saksi ke atas hutang itu. 3. Sesorang yang memberi / menyerahkan harta yang dibawah jagaanya kepada orang yang belum sempurna akalnya, lalu Nabi SAW membaca firman Allah dari Surah An-Nisa` ayat 5 yang bermaksud: Dan janganlah kamu berikan / serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta ( mereka yang ada dalam jagaan ) kamu. “ ( Al-Hakim, At-Thahawi, Abu Nu`aim, Ad-Dailami ). Termasuk dalam maksud “orang-orang yang belum sempurna akal” ialah kanak-kanak, anak yatim, pemboros, dungu, gila dan seumpana mere yang tidak berkelayakan menguruskan harta mereka sendiri.

7.Berdoa dalam keadaan hati yang lalai lagi lupa kepada Allah. Sabda Nabi SAW : “ Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin doa kamu akan dimustajabkan. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah tidak memustajabkan doa dari hati yang lalai lagi lupa ( kepada Allah ). “ At-Tirmizi, Al-Hakim, At-Thabarani.

8.Berdoa dengan meninggikan/ mengangkat suara ketika berdoa ( yakni jangan berdoa dengan cara suara yang kuat ) kerana perbuatan itu ditegah oleh Allah dan RasulNya SAW. Allah berfirman : “ Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan bersuara perlahan,sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas” (Surah Al a`raaf ayat 55 ). Allah memuji Nabi Zakaria yang berdoa kepadaNya dengan suara pelahan melalui firmanNYa : "(ingatkanlah peristiwa ) takala Zakaria berdoa kepada TuhanNya dengan suara yang perlahan.” ( Surah Maryam : ayat 3 ).

Rasulullah SAW bersabda: “ Wahai manusia! Kasihanilah diri kamu kerana sesungguhnya kamu tidak menyeru Tuhan yang pekak dan ghaib ( yang tidak wujud ), sesungguhnya Tuhan yang kamu seru itu Maha Mendengar, dekat ( dengan ilmuNya ) dan Ia bersama dengan kamu ( dengan ilmu dan qudrahNya ).” ( Riwayat Ahmad,Al-Bukhari,Muslim, Daud, Ibnu Abi’Asim )
Petikan"Hikmah & Fadhilat Ramadhan oleh M.Muhammad Zakariyya."

Wednesday, August 26, 2009

Puasa Sebagai Perisai Daripada Godaan Syaitan

Rabu, 6 Ramadhan 1430H - Diriwayatkan oleh Abu Ubaidah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Puasa adalah sebagai perisai, selagi dia tidak memecahkan perisai tersebut.”

Pengajaran Hadis

Perisai disini bermaksud puasa melindungi daripada musuhnya yang nyata yakni syaitan dan nafsunya. Didalam hadis ada disebut puasa dapat menyelamatkan sesorang itu daripada seksaan Allah dan api neraka jahannam diakhirat. Suatu ketika seorang bertanya Raslullah SAW: “Apakah yang menyebabkan puasa itu batal (rosak)?” Baginda menjawab: “Bercakap dusta dan mengumpat.”. Ulama telah mengariskan enam perkara supaya berhati-hati sewaktu berpuasa:-

1.Mengelak Melihat Sesuatu Yang Terlarang
Hendaklah mengelak pandangan daripada tempat-tempat atau gambar-gambar yang dilarang melihatnya. Ada yang lebih berhati-hati lagi sehingga melarang melihat walaupun isteri sendiri dengan pandangan bernafsu, apatah lagi wanita-wanita lain. Begitu juga melihat perbuatan-perbuataan maksiat atau jika maksiat itu dilakukan hendaklah segera ditinggalkan. Termasuklah pandangan atau tempat yang menyimpang tawajjuh seseorang itu daripada mengingati Allah. Rasulullah SAW bersabda:"Pandangan adalah seumpama anak panah daripada syaitan. Barangsiapa takut kepada Allah, jauhilah daripada melihat kepada maksiat. Maka Allah akan mengurniakannya dengan suatu cahaya iman yang kemanisan dan keghairahannya akan terasa dihati.”

2.Menjaga Lidah Daripada Berdusta.
Jagalah lidah daripada berdusta, perbualan yang sia-sia, menfitnah, mengumpat, hujah-menghujah, bersumpah-sumpah dan sebagainya. Jika ada orang yang mula berhujah maka katakana sahaja: “Aku sedang berpuasa”. Pada zaman Rasulullah SAW dua orang wanita sedang berpuasa dan tidak dapat menahan keperitan kelaparan, sehingga kedua-duanya hampir maut. Para sahabat membawa berita ini ke pengetahuan Rasulullah SAW, lantas baginda mengirim sebuah mangkuk dan menyuruh mereka muntah ke dalamnya. Apabila kedua-duanya memuntahkan isi perut mereka kedalamnya, maka keluarlah ketulan-ketulan daging mentah dan berdarah. Para sahabat terperanjat, lalu Rasulullah SAW bersabda:"Mereka berpuasa dengan makanan yang halal tetapi mengambil makanan yang haram dengan cara mengumpat semasa berpuasa maka keadaan puasa mereka menjadi semakin sukar. Oleh sebab itulah kedua-dua wanita itu hampir-hampir menemui maut." Allah berfirman didalam Al Quran bahawa mengumpat sama dengan memakan daging saudaranya yang telah mati.
Suatu ketika, takala melihat suatu kumpulan orang Rasulullah SAW menyuruh mereka mencungkil gigi mereka. Meraka menjawab bahwa pada hari itu mereka tidak makan apa-apa daging pun, lantas Rasulullah SAW bersabda;"Daging saudara itu dan saudara ini telah terlekat digigi –gigi kamu.” Dimaksudkan mereka telah mengumpat. Semoga Allah menjauhkan dari dosa ini kerana selalu lupa dengan pengingatannya.
Salah seorang sahabat Nabi SAW bertanya:"Apakah itu mengumpat ? Rasulullah SAW menjawab: “Menyebut sesuatu mengenai saudaramu dibelakangnya yang dia tidak suka.” Selanjutnya Sahabi bertanya: “Dan masihkan dikatakan mengumpat sekiranya apa yang disebutkan mengenainya itu benar terdapat padanya.?”Rasulullah SAW bersabda:"Dalam hal yang demikian yakni jika yang disebutkan itu memang benar maka sebenarnya itu mengumpat: jika apa yang disebutkan itu palsu, maka kamu telah menfitnahnya.” Suatu ketika Rasulullah SAW melewati dua buah kubur. Baginda pun bersabda:"Seksaan sedang dialami oleh kedua-dua penghuni kubur ini. Seorang sedang diseksa kerana dosa mengumpat,yang lainnya diseksa kerana tidak berhati-hati tatkala membuang air kecil.”

3.Jangan Mendengar Perkara yang Makruh
Kita hendaklah berjaga-jaga daripada mendengar sesauatu yang makruh. Sama juga haram mendengar sesuatu yang tidak sepatutnya disebut. Rasulullah SAW bersabda:"Mengenai mengumpat, kedua-dua pengumpat dan orang yang mendengar adalah sama berkongsi dosa.”

4.Menjauhi anggota Jasad Daripada Perbuataan Haram
Segala anggota jasad hendaklah dijauhi daripada dosa dan perkara-perkara yang haram. Tangan jangan menyentuhnya dan kaki janganlah berjalan kearahnya. Perut jangan diisikan ketika berbuka dengan sesuatu yang ragu-ragu halalnya atau sebaliknya.

5.Tidak Makan Terlalu Kenyang Ketika Berbuka
Tidak digalakkan memakan sekenyang-kenyangnya semasa iftar (berbuka) walaupun makanan yang halal kerana dikhuatirkan maksud daripada puasa kita tidak tercapai. Imam Ghazali ramatullah alaihi bertanya soalan: “Apabila tujuan berpuasa itu ialah untuk menundukkan nafsu serakah sebagai menentang iblis apakah ini boleh dicapai melalui memperbanyak makan ketika berbuka? Nabi SAW bersabda:"Syaitan mengalir ke dalam jasad kita seumpama darah, maka tutuplah jalannya dengan berlapar.”yakni apabila perut lapar, akan menperkuatkan semangat. Disamping memberi peluang kepada kita untuk mendidik hati bersimpati kepada orang miskin dan fakir. Nabi SAW bersabda:'Tidak ada yang lebih dibenci oleh Allah SWT akan sesuatu yang diisi dengan penuh daripada menenuhi perut dengan makanan.” Rasulullah SAW juga bersabda:"Memadailah beberapa suap makanan yang dapat meluruskan tulang belakang, satu pertiga dengan minuman, sedang satu pertiga lagi dibiarkan kosong.”

6.Merasa Bimbang Puasanya Tidak Diterima
Selepas menjalani puasa, hendaklah selalu bimbang samada puasanya diterima Allah ataupun tidak. Beginilah hendaknya dilakukan kepada semua bentuk ibadat. Maka seseorang yang berpuasa bukan hanya setakat berpuasa dengan ikhlas tetapi hendaklah dengan pengharapan agar puasanya diterima oleh Allah.
Petikan daripada buku Hikmah & Fadhilat Ramadhan oleh M.Muhammad Zakariyya.

Tuesday, August 25, 2009

Kelebihan Makan Sahur

  1. Selasa, 4 Ramadhan 1430H - Rasulullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Ibn Umar ra, “Sesunggunhnya Allah dan para malaikatNya mengirimkan rahmat ke atas mereka yang sedang makan sahur”.

    Keterangan Hadis:

    Betapa besarnya kurniaan Allah k eats kita sehingga makanan yang diambil ketika bersahur untuk berpuasa pun diberi ganjaran dengan banyaknya. Terdapat banyak hadis yang menyatakan kelebihan bersahur dan ganjaran-ganjarannya dinyatakan. Pengulas Sahih Bukhari, Allmah Aini telah menukilkan kelebihan bersahur daripada tujuhbelas orang sahabat yang berlainan dan kesemua ulama bersetuju bahawa bersahur adalah mustahab ( disukai ).

    Masa Makan Sahur Yang Terbaik - Kebanyakan orang sering terlepas dariapada ganjaran besar ini semata-mata lantaran kemalasan mereka. Setengahnya menyudahkan Sembahyang Tarawih mereka lantas makan ( yang disangka oleh mereka, itulah makan sahur ) lalu pergi tidur. Betapa banyaknya berkat yang telah mereka dirugikan!! “Sahur” sebenarnya bermaksud mengambil makanan sebelum hampir waktu Subuh. Setengah ulama mengatakan bahawa waktu sahur bermula selepas sebahagian daripada malam berlalu (mirqat). Pengarang Kasy-Syaff ( Zamakhsyari) telah membahagikan malam kepada enam bahagian, menunjukkan bahagian yang terakhir adalah waktu sahur. Jadi apabila malam yakni setelah matahari terbenam sehingga Subuh mengambil masa 12 jam, maka 2 jam yang terakhir adalah waktu yang tepat untuk bersahur. Mengambil makanan pada waktu yang paling lewat terlebih besar ganjarannya daripada pada awal waktu dengan syarat tidak ada keraguan bahawa makanan sahur telah diambil sebelum Subuh.

    Makan Sahur Sunnah Rasulullah SAW - Rasulullah SAW bersabda; "Perbezaan diantara puasa yang kita lakukan dengan yang dilakukan oleh Ahlul Kitab ( Yahudi & Nasarani) adalah terletak didalam pengambilan makan Sahur yang mana mereka tidak lakukan”. Rasulullah SAW bersabda: “ Bersahurlah kerana di dalamnya terdapat berkat yang besar dan terdapat lagi keberakatan didalam tiga perkara, dalam jemaah, di dalam makanan “Tharid” dan bersahur.” Tharid adalah suatu makanan enak yang diperbuat daripada roti bakar yang dimasak bersama daging. Abdullah bih Haris ra, meriwayatkan bahawa seorang sahabat berkata,:” Suatu ketika aku menziarahi Rasulullah SAW takala baginda sibuk bersahur. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Inilah perkara yang penuh dengan keberkatan yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu. Janganlah tinggalkan.” Ketika menggalakkan kita supaya bersahur Rasulullah SAW telah bersabda:” Walaupun tidak ada makanan, maka sebiji tamar hendaklah dimakan ataupun seteguk air perlulah diminum”. Bilamana Rasulullah SAW mengundang mana-mana sahabat untuk makan bersahur bersama-samanya baginda selalu bersabda,: “Marilah mengambil makanan yang berkat ini bersama-samaku.” Di dalam hadis dinyatakan bahawa : "Bersahurlah dan perkuatkan puasamu.” Dan tidurlah selepas tengahari (Khailullah) untuk membantumu bangun pada akhir malam untuk beribadat. Walau bagaimanapuan, keserderhanaan adalah penting, jangan mengambil terlalu sedikit sehingga melemahkan diri sepanjang masa berpuasa dan tidak terlalu banyak memakanya sehingga mendatangkan kurang selesa hingga bertentangan dengan maksud berpuasa iaitu menahan diri dari makan dan minum dan nafsu syhawat.

    Beberapa Keberkatan Dalam Makan Sahur

    Dalam ulasan terhadap “Sahih Bukhari”,Ibn Hajar telah menyebut berbagai alas an tentang keberkatan bersahur.

    1. Dengan bersahur, sunnah diikuti.
    2.Melalui bersahur kita membezakan diri kita dengan cara ahlul-kitab dan umat-umat yang lain.
    3. Sahur akan menambah kekuatan untuk beribadat.
    4, Bersahur akan meningkatkan keikhlasan dalam beribadat.
    5. Bersahur menolong menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh lapar.
    6. Pada waktu bersahur adalah waktu yang dimakbulkan doa.
    7. Pada waktu sahur seorang itu dapat peluang untuk mengingati Allah dengan cara berzikir dan berdoa menadah tangan kepada Allah.
Petikan daripada buku "Himkah & Fadihlat Ramadhan oleh M.Muhammad Zakariyya".

Monday, August 24, 2009

5 Keistimewaan Bagi Yang Berpuasa

Isnin, 3 Ramadhan 1430H - Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullhan SAW bersabda : “ Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara istimewa yang belum pernah pun diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Isalam yang sedang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan dilautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa. Allah mempersiapkan dan menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: “ Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan besar ( di dunia ) dan akan mendatangimu. Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantai supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir bulan Ramadhan ( orang-orang Islam yang berpuasa ini ) akan diampunkan. Maka para sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: “ Wahai Persuruh Allah adakah itu malam Lailatul Qadr?” Dijawab oleh Rasulullah SAW: “ Tidak tetapi selayakknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya.”

Pengajaran Hadis:

Rasulullah SAW telah menyebut di dalam hadisnya tentang lima perkara yang dianugerahhkan oleh Allah SWT yang belum pernah diberikan kepada umat yang ( berpuasa ) sebelum ini. Jikalau kita benar-benar dapat mengharagai kurnia yang besar daripada Allah ini, maka seduh tentulah kita akan cuba dengan ikhlas memperolehi kurniaan yang khas ini :
i. Mulut Orang Berpuasa Bau Haruman Kasturi – Ulama-ulama mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan dengan terlebih harum disisi Allah daripada bau kasturi ialah bahawa pada hari akhirat Allah akan memberi ganjaran dengan haruman kepada bau mulut orang yang berpuasa dengan haruman yang terlebih semerbak dan segar daripada bau kasturi. Ada juga ulama mentafsirkan pada hari kiamat tatkala kita bangun daripada kubur, suatu bau harum akan terkeluar daripada mulut orang-orang yang berpuasa yang terlebih harum daripada bau kasturi. Tafsiran yang paling diterima ialah yang mengatakan bahawa bau mulut yang keluar daripada mulut itu di dunia ini terlebih harum di sisi Allah daripada kasturi. Puasa merupakan ibadah yang tersangat berharga di sisi Allah dan dengan sebab ini juga Allah berfirman “ Ganjaran bagi puasa Aku sendiri yang memberinya, kerana puasa itu adalah untukKu sendiri.” Hadis juga ada menyebut,: “Puasa adalah pintu bagi semua bentuk ‘ibadah’. Maksudnya ialah menerusi puasa hati akan bercahaya dan melaluinyalah keinginan untuk melakukan ibadat-ibadat yang lain akan terangsang.Ini hanya akan dapat dicapai jika puasa dilaksanakan dengan mematuhi syarat-syaratnya dan bukannya setakat berlapar dan dahaga sahaja.

ii. Ikan Di Laut Memohon Keampunan Untuk Orang Berpuasa – maksudnya ialah untuk menerangkan bahawa begitu banyak makhluk yang hidup berdoa “beristighfar” ( memohon keampunan ) untuknya. Allah SWT berfirmann : “ Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal soleh, Allah akan mencintai mereka ( di dunia ini )." Sebuah hadis menjelaskan lagi ; “ Apabila Allah mencintai seseorang, Dia berfirman kepada Jibril, “Aku mencintai orang itu, maka kamu juga hendaklah mencintainya: “Orang itu dicintai Allah, kesemua kamu dikehendaki mencintainya. “Dengan itu kesemua penghuni langit mulalah mencintainya. Maka, kecintaan terhadap orang tersebut akan tersebar ke bumi." Biasanya mereka yang hampir kepadanya sahaja yang seolah-olah nampak mencintainya, tetapi disini kecintaan tersebar ke semua arah, malahan sehingga bintang-binatang di hutan dan lautan pun turut mencintainya. Kesemua akan mendoa bagi pihaknya.

iii. Dihiasai Syurga Bagi Orang yang Berpuasa – Kurniaan ke tiga ke atas orang yang berpuasa ialah “jannah” yang dihiasi untuk mereka.

iv. Para Syaitan Durjana Dirantai – Syaitan-syaitan yang durjana dirantai akibatnya maksiat-maksiat berkurangan. Satu persoalan yang mungkin muncul bahawa apabila syaitan-syaitan telah dirantai mengapa masih ada maksiat-maksiat dilakukan. Jawapnya ialah maksiat itu bukannya semestinya daripada syaitan tetapi disebabkan setelah sebelas bulan mentaati kehendak dan cita-cita syaitan maka perlaku maksiat telah menjadi sebahagian daripada tabiat dan naluri mereka. Rasulullah SAW bersabda:"Apabila seorang melakukan maksiat satu dosa, suatu titik hitam melekat dihatinya apabila dia bertaubat, dengan ikhlas, titik hitam itu akan lenyap: jika tidak titik hitam itu tetap berada disitu. Apabila dia terus melakukan maksiat, titik hitam yang lain akan menjadi sehinggalah hati menjadi hitam seluruhnya. Maka apa sahaja perkara yang baik tidak akan menembusi ke dalam hatinya." Allah berfirman:”Sekali-kali tidak, bahkan di dalam hati-hati mereka terdapat kotoran ( maksiat ).” Dengan demkian hati-hati mereka penuh diliputi kekaratan,apabila terjadi begitu, hati-hati seumpamanya ini secara semulajadi condong kearah dosa-dosa.

v. Diampunkan Dosa Di akhir Ramadhan sebagai balasan kepada mereka yang berpuasa sehingga para sahabat memikirkan bahawa ini mestilah “Lalilatul Qadar” kerana meraka tahu rahmat yang bergitu besar dalam malam tersebut. Rasulullah SAW mengatakan TIDAK, ini merupakan anugerah besar kerana menjalani puasa sepanjang bulan Ramadhan.

Syaitan Dirantai, Pahala digandakan, Pintu Neraka ditutup rapat, Pintu Syurga dibuka seluas-luasnya, dosa-dosa akan diampunkan , doa diperkenaankan,jadi apakah alasan kita lagi pada bulan ini untuk tidak merebut peluang yang dijanjikan oleh Allah SWT.
"Hikmah & Fadhilat Ramadhan oleh M.Muhammad Zakariyya.

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Bulan Penuh Rahmat dan Berkat

30 Sya'aban 1430H - Rasulullah SAW bersabda , diriwayatkan oleh Salman ra,
Pada hari terakhir Sya'aban, Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami , “ Wahai manusia kini muncul kepadamu satu bulan yang besar (mulia), bulan yang tersangat berkat terkandung di dalammya satu malam yang terlebih tinggi nilainya daripada seribu bulan. Inilah bulan yang Allah fardhukan puasa di siang hari dan menjadikan solat Tarawih sebagai sunnah di malam hari. Sesiapa yang ingin menghampirkan diri kepada Allah (taqarrub) melalui amalan baik dibulan ini, maka akan dibalas kepadanya dengan ganjaran seolah-olah dia melakukan amalan fardhu dibulan lain pada tahun itu.
Barangsiapa melakukan amalan fardhu akan dibalas kepadanya dengan tujuh puluh amalan fardhu pada bulan lain. Ini sesungguhnya bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran yang sejati ialah “Jannah”, Inilah bulan simpati terhadap sesama lainnya, dibulan inilah rezeki orang-orang beriman bertambah. Barangsiapa memberi makan ( untuk berbuka puasa ) kepada orang yang berpuasa maka dibalas kepadanya dengan keampunan terhadap dosa-dosanya dan bebas daripada api neraka Jahannam dan dia juga memperolehi ganjaran yang sama sebagaimana orang yang berpuasa tadi tanpa sedikitpun mengurangi pahala orang yang berpuasa itu.
Maka kami pun berkata: “Ya Rasulullah tidak kesemua kami mempunyai sesuatu yang dapat diberikan kepada orang yang berpuasa makan untuk mereka berbuka. “ Jawap Rasulullah SAW, “ Allah akan mengurniakannya balasan kepada orang yang memberi walaupun sebiji tamar kepada orang yang berpuasa, ataupun seteguk air atau sehirup susu untuk dia berbuka puasa. “ Inilah bulannya yang pada awalnya Allah menurunkan Rahmat, dipertengahannya Allah memberikan keAmpunanNya dan pada akhirnya Allah memBebaskan hambaNya daripada api neraka Jahaanam.”
Di dalam bulan ini berusahalah segiat-giatnya memperbanyakkan empat perkara. Dua di antaranya ialah untuk menyukakan Allah SWT sedangkan yang dua lagi kamu tidak boleh lakukan tanpaNYa. Perkara yang dapat menyukakan Allah SWT ialah kamu hendaklah memperbanyakkan membaca kalimah tayyibah dan beristighfar. Dan perkara yang kamu tidak dapat lakukan tanpanNya ialah kamu bermohon kepada Allah untuk masuk Syurga dan berlindung denganNya daripada dicampak ke dalam neraka Jahannam.
Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berpuasa, maka Allah akan memberikannya minuman daripada telaganya ( haud ) yang sekali minum dia tidak akan kedahagaan lagi sehinggalah dia memasuki `Jannah’.” ( Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah didalam sahihnya).

Pengajaran Hadis:

1. Persiapan menghadapi Ramadhan pada akhir bulan Syaaban supaya kita sedar dan tidak akan membiarkan bulan Ramadhan berakhir tanpa memperolehi sebarang manfaat daripadanya khususnya pada malam “Lalatul Qadr”.
2. Perintah melaksanakan Solat Tarawih pada malamnya sebagai sunnah untuk memperolehi keredhaan Allah.
3. Ganjaran amalan berlipat ganda. Amalan nafil (sunat) pada bulan Ramadhan diberikan ganjaran seumpama pahala fardhu pada bulan biasa manakala amanlan fardhu pada bulan Ramadhan diberi ganjaran sebanyak tujuh puluh amalah fardhu pada masa-masa lain.
4. Memperbanyak membaca Al Quran. Terdapat hubungan yang rapat antara Ramadhan dan tilawatul_Quran. Hampir semua kitab-kitab Allah diwahyukan pada bulan ini. Pada bulan ini juga Al Quran telah dibawa daripada “Lauhul-Mahfuz” kepada “Sama’ud Dunya” dan daripada sinilah diturunkan sedikit demi sedkit kepada Rasulullah SAW dalam jangkamasa selama 23 tahun
5. Membaca Al Quran bersama-sama teman.Para ulama berkata adalah “mustahab: membaca AI Quran dengan cara seorang membaca sedangkan yang lainnya mendengar.Didalam sesetengah riwayat dikatakan Rasulullah SAW pernah membaca AlQuran sambil Jibril as ,mendengarnya. Maka bacalah AlQuran sebanyak-banyaknya apabila ada masa terluang.
6. Rasulullah SAW menasihatkan kita supaya memperbanyakkan membaca kalimah Taiyibah, Istighfar,memohon memasuki Jannah dan berlindung dariapda Jahannam.
7. Ramadhan bulan kesabaran. Kesukaran dalam bulan ini hendaklah ditanggung dengan gembira dan tabah hati, janganlah merungut-rungut sebagaimana orang merungut ketika cuaca panas. Begitu juga jika terlepas waktu sahur, jangan mengomel-ngomel. Keletihan waktu tarawih patut dizahirkan dengan kesyukuran dan jangan anggap sebagai satu beban dan bala yang menyebabkan hilang amalan pahalanya disisi Allah.
8. Ramadhan bulan simpati kepada fakir miskin. Simpati hendaklah dilakukan dengan amali. Hadis menyebutkan “Barangsiapa memberi makan kepada orang lapar, memberi pakaian kepada orang yang terlanjang,memberi pelindungan kepada musafir, pastilah Allah akan menyelamatnya daripada huru-hara hari kiamat.” Rasulullah SAW ditanya sahabat apakah amalan mereka yang istimewa. Raslullah SAW bersabda:”memaafkan si penzalim, kasih kepada perlaku maksiat dan disamping mencintai orang-orang awam, berkongsi rezeki dengan orang miskin.”.
9. Keutamaan memberi makan orang yang berbuka. Para malaikat memohon rahmat pada malam-malam Ramadhan ke atas orang yang memberi makan untuk orang yang berbuka puasa daripada sumber yang halal, kemudian pada malam Lailatul Qadar, Jibirl as berjabat tangan dengannya. Tanda-tandanya ialah hatinya lembut, sambil air mata mengalir daripada matanya.
10. Ramadhan dibahagikan permulaan dengan rahmat, pertengahan keampunan dan akhinya kebebasan.
11. Melayan dengan lemah-lembut terhadap pekerja yang berpuasa
12. Kalimah yang baik untuk diamalkan iaitu kalimah Tayyibah yang dikatakan didalam hadis sebagai zikir yang terafdhal. Di dalam hadis lain dinyatakan bahawa; " Jika seorang menyebut kalimah ini dengan penuh ikhlas, pintu-pintu jannah akan segera terbuka untuknya dan tidak ada sesuatu yang boleh menghalanginya menuju ke Arasy Illahi." Syaratnya ialah pengucap tadi hendaklah menjauhi dosa-dosa besar. Kedua memperbanyakan ucapan “istighfar” ialtu memohon keampunan kepada Allah Taala. Sebuah hadis dikatakan bahawa;” Barangsiapa beristighfar dengan sebanyaknya-banyaknya, Allah akan membuka jalan keluar daripadanya segala kesukaran dan membebaskannya daripada segala kesedihan. Dia juga akan memperolehi rezeki daripada punca yang tidak disangka-sangka. Rasulullah SAW juga bersabda; “ Setiap orang adalah pendosa, tetapi yang terbaik daripada yang berdosa tadi ialah yang bertaubat dan memohon keampunan.”. Apabila seorang melakukan suatu dosa, satu titik hitam akan menghinggapi hatinya, tetapi apabila dia bertaubat, titik hitam itu akan terhapus.,jika tidak titik hitam tersebut akan melekat di hatinya selama-lamanya. Selain daripada itu hendaklah berdoa untk “Jannah” dan berlindung daripada “Jahannam”(neraka ).
"Hikmah & Fadhilat Ramadhan oleh M.Muhammad Zakariyya."

Wednesday, August 19, 2009

Tenangkan Ujian Dengan Zikrullah

Rabu, 28 Sya'baan 1430H - SETIAP manusia pasti tidak terlepas daripada segala macam ujian dan dugaan hidup. Selagi bergelar insan yang berada di atas muka bumi ini, cabaran itu sebenarnya adalah untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran serta keimanan seseorang hamba.
Allah berfirman : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sdangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." ( Surah Al-Ankabut: 2-3).
Ujian juga merupakan satu tapisan daripada Allah SWT, untuk Dia menguji keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya. FirmanNya: "Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu" [Surah Muhammad, 47: 31].
“Dialah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat).” (Al-Mulk: 2)
Manusia yang sabar diuji tidak sesekali menyalahkan takdir kerana Allah Maha Adil untuk menzalimi manusia. FirmanNYa :“……dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.” (Fussilat: 46)
Justeru itu segala ujian daripada Allah S.W.T ini haruslah kita tempuhi dengan penuh kesabaran agar ianya dapat mendekatkan kita kepada-Nya dan menerima segala limpah rahmat-Nya. Firman Allah S.W.T.:“ Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.” ( Al-Baqarah (2) : 157 )
Rasulullah s.a.w pernah di tanya: “ Ya Rasulullah, siapakah yang paling keras mendapatkan ujian?”Baginda menjawab: Para Nabi dan pengikut-pengikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agama, jika kadar beragamanya kuat maka ujiannya semakin keras. Jika kadar beragamanya lemah maka dia diuji sesuai dengan kadar agamanya. Seorang hamba akan sentiasa diuji sampai dia akan dibiarkan berjalan di muka bumi tanpa membawa dosa kesalahan. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi (no: 2322)
Ujian Allah itu terdapat dalam pelbagai bentuk, ada yang berbentuk kesenangan, kesusahan,kesakitan, kesempitan masa, harta, keluarga kita dan sebagainya. Allah menguji menusia mengikut tahap keimanan dan ketawqaan kita kepadaNya. Pelbagai musibah seperti banjir dan tanah runtuh yang dihadapi kita hari ini juga merupakan ujian Allah SWT untuk kita bertanyakan kepada diri sendiri apakah kita daripada kalangan manusia yang sabar atau sebaliknya. Manusia adalah makhluk paling sempurna ciptaan Allah SWT. Melalui kombinasi roh, jasad, akal dan fikiran menjadikan manusia khalifah yang mentadbir alam ini mengikut peraturan Penciptanya. Kesempurnaan ciptaan menyebabkan manusia lebih hebat berbanding makhluk-Nya yang lain.
Ini diakui melalui firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam, dan Kami telah beri mereka menggunakan pelbagai kenderaan di darat dan laut, dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka daripada benda yang baik-baik serta Kami lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk yang Kami ciptakan.” (Surah al-Isra’, ayat 70) Keupayaan manusia sebagai khalifah memerlukan kepada beberapa kekuatan dan tumpuan kali ini akan memfokuskan kepada kekuatan emosi dan jiwa sebagai salah satu faktor penting kejayaan manusia meneruskan tanggungjawabnya untuk memakmurkan alam ini. Sesungguhnya kekuatan dalaman juga penting sebagai benteng pertahanan kukuh dalam menghadapi apa juga rintangan hidup. Allah SWT memberi jaminan beruntungnya manusia yang menjaga dan menyucikan hati serta kerugian mereka yang mengotorinya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).” (Surah al-Syams, ayat 9-10)
Kemewahan juga adalah ujian begitu juga kesusahan dan kesedihan. Justeru, Islam mengatur kehidupan manusia bagaimanakah kaedah yang sepatutnya diamalkan dalam menghadapi ujian hidup. Zikrullah atau berzikir mengingati Allah SWT salah satu alternatif ke arah pembersihan dan ketenangan jiwa daripada segala macam kekalutan dan sifat mazmumah. Zikrullah yang dimaksudkan ialah mengagungkan Allah SWT, menyebut kalimah Allah SWT, mengucap tasbih, tahmid dan takbir serta melakukan pujian kepada-Nya. Termasuk dalam istilah zikrullah ialah mengerjakan solat, menghadiri majlis ilmu dan membaca al-Quran. Ini bererti seseorang hamba Allah SWT perlu dan mesti melakukan perkara itu bagi memenuhi ciri zikrullah sebenar.
Zikrullah adalah penawar hati paling mujarab dalam memberi ketenangan jiwa bagi mengubat keresahan diri. Ini terbukti melalui firman Allah SWT yang bermaksud: “Orang yang beriman itu tenang dan tenteram hati dengan zikrullah. Ketahuilah bahawa dengan zikrullah itu akan tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d, ayat 28)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Zikrullah itu adalah penawar bagi hati.” Sesungguhnya zikir itu boleh dilakukan melalui beberapa keadaan sama ada zikir secara bersendirian mahupun berjemaah atau berkumpulan, melalui lisan mahupun dengan hati. Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Azkar ada menyatakan mengenai mengingati Allah SWT dengan lisan atau hati bahawa ia adalah zikir yang paling afdal. Zikir dengan lisan adalah dengan menyebut nama Allah SWT berulang kali, menyebut sifat-Nya atau melafazkan puji-pujian kepada-Nya. Zikir dengan hati pula ialah menghadirkan kebesaran, keagungan, kehebatan, kemuliaan dan kesempurnaan Allah SWT dalam diri dan jiwanya sehingga hati itu menjadi sentiasa sibuk dengan mengingati Allah SWT. Seseorang yang lidahnya sentiasa basah dengan mengingati Allah SWT akan mendapat beberapa manfaat antaranya; - Membersihkan hati daripada sifat mazmumah. - Melembutkan hati sehingga dapat melihat kebenaran yang datang daripada Allah SWT. - Berasa betapa dekatnya diri dengan Allah SWT sehingga apabila berhadapan dengan pelbagai musibah, pergantungannya hanya kepada Allah SWT. - Meningkatkan mutu amalan kepada Allah SWT. - Memelihara diri daripada gangguan syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan manusia daripada mengingati Allah SWT. - Menjadi penawar kepada hati yang sering gundah gulana, keluh kesah dan tidak tenteram. Menghadiri majlis ilmu sama ada berbentuk kuliah, ceramah, seminar atau bengkel turut termasuk dalam kategori zikrullah malah disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai satu daripada taman syurga. Baginda SAW bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Umar yang bermaksud: “Apabila kamu melalui taman syurga, maka hendaklah kamu singgah dan ambil perhatian. Sahabat bertanya, apakah dia taman syurga itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab ia adalah halaqah (majlis) zikir. Sesungguhnya Allah menghantar utusannya yang terdiri daripada malaikat mencari majlis zikir dan apabila malaikat melihat dan berjumpa dengannya, mereka saling menyebut perkara itu sesama mereka.” Rasulullah SAW ada menyebut bahawa malaikat akan turut serta duduk di dalam majlis zikir yang diadakan sehingga mereka merendahkan sayap menaungi mereka yang menghadirinya. Allah pula akan menurunkan rahmat dan ketenangan kepada ahli majlis zikir dan apabila mereka selesai, hati mereka dipenuhi cahaya lantaran menerima percikan pancaran nur Ilahi. Solat adalah zikrullah seperti dijelaskan Allah SWT dalam firman yang bermaksud: “Dirikanlah solat untuk mengingatiKu.” (Surah Toha, ayat 14) Solat adalah zikir paling afdal mesti menghiasi individu yang mengaku kasih dan cintakan Allah SWT. Sesungguhnya seseorang yang istiqamah dalam mengerjakan solat, dialah yang hampir dengan Allah SWT. Sesiapa yang lalai daripada mengingati Allah SWT melalui solat, sesungguhnya hati dan jiwanya kosong. Membaca al-Quran juga zikir yang paling mulia kerana ia adalah kalam Allah SWT atau kata-kata Allah SWT. Maka apabila seseorang membaca al-Quran, dia sebenarnya menuturkan kata-kata Allah SWT dan itu adalah gambaran betapa hampir dirinya dengan Allah SWT. Seseorang individu Muslim hendaklah membaca al-Quran setiap hari supaya hatinya tidak kosong tanpa roh. Apabila membacanya, maka dalam masa sama, pembacanya akan mengingati Allah SWT. Apabila seseorang berhadapan dengan kesulitan, zikrullah alternatif dalam menyelesaikan segala masalah. Inilah sebenarnya kekuatan dalaman atau faktor utama keteguhan emosi dalam mengharungi segala macam pancaroba hidup. Semoga hati akan menjadi tenang dan segala urusan kehidupan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Tindakan menyalahkan takdir atau meletakkan kesalahan kepada orang lain perlulah dielakkan kerana ini bukan sifat orang yang beriman dan tawaduk.
“Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang memiliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah! Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya?” [Yunus 10: 31]

Wallahualam