Friday, December 20, 2013

Lima Kunci Hal Ghaib

Jumaat, 20 Safar 1435H: Dari Ibnu Umar r.a. dari Nabi saw. beliau bersabda: "Lima kunci hal yang ghaib, tiada mengetahuinya selain dari Allah: 

1. Tiada mengetahui apa yang tersimpan dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah. 
2. Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi besok melainkan Allah. 
3. Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah. 
4. Tiada mengetahui seseorang di negeri mana dia akan meninggal dunia melainkan Allah. 
5. Dan tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah.

Hadis Sahih Bukhari.

Thursday, December 19, 2013

Kunci Yang Ghaib Ada Lima

Khamis, 16 Safar 1435H: Ibnu Umar r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: 
 
"Kunci yang ghaib ada lima; tidak seorang pun dapat mengetahuinya melainkan hanya Allah swt.: 

1. Tidak seorang pun yang mengetahui apa yang akan terjadi esok. 
2. Tidak seorang pun yang mengetahui bayi yang ada dalam kandungan. 
3. Tidak seorang pun yang mengetahui apa yang akan dikerjakannya esok. 
4. Tidak seorang pun yang mengetahui di bumi mana dia akan mati, dan 
5. Tidak seorang pun tahu bila hujan akan turun."

Hadis Sahih Bukhari.

Wednesday, December 18, 2013

Beriman Dengan Allah, Beriman Dengan Bintang-Bintang

Rabu, 15 Safar 1435H: Dari Zaid bin Khalid Al Juhani r.a., katanya: 

"Rasulullah saw. mengimami kami solat Subuh di Hudaibiyah, sesudah tadi malam hujan turun. Setelah selesai solat, Nabi saw. menghadap kepada orang ramai, lalu bersabda: "Tahukah Anda sekalian, apa yang telah difirmankan Tuhan Anda?" 

Jawab mereka, "Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih tahu." 

Sabda Nabi saw., "Allah berfirman: Ketika hamba-hambaKu bangun pagi-pagi, di antaranya ada mukmin, dan ada pula yang kafir." 

Siapa yang berkata, "Hari hujan kerana kurnia dan rahmat Allah, maka dia itu mukmin (iman) denganKu, kafir dengan bintang-bintang." 

Dan siapa yang berkata, "Hari hujan kerana bintang ini dan bintang itu, maka dia kafir denganKu, iman dengan bintang-bintang."

Hadis Sahih Muslim.

Tuesday, December 17, 2013

Tidak Ada Pantang Larang di Bulan Shafar."

Selasa, 14 Safar 1435H: Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak ada penularan tidak ada mayat berkeliaran menjadi hantu kuburan, tidak ada binatang tertentu muncul menyebabkan hujan, dan tidak ada pantang larang di bulan Shafar."

Hadis Sahih Muslim .

Wednesday, December 11, 2013

Luruskan saf!

Rabu, 8 Safar 1435H: Dari Anas r.a., dari Nabi saw., sabdanya:

"Luruskan saf! Aku dapat melihatmu di belakangku: Di antara kami ada yang bertemu bahu dengan bahu kawannya, dan tumit dengan tumit."

Hadis Sahih Bukhari .

Tuesday, December 10, 2013

Luruskan Safmu!

Sealasa, 7 Safar 1435H: Berita dari Nu'man bin Basyir r.a. , mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: 

"Luruskan saf (barisan)mu! . Atau Allah akan mempertikaikan arah mukamu (berpecah belah) nanti?"

Hadis Sahih Bukhari.

Friday, December 6, 2013

Tiga Keutamaan Besar

Jumaat, 3 Safar 1435H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: 
"Kalaulah manusia itu tahu keutamaan azan dan saf pertama, tetapi mereka tidak bisa mendapatkannya melainkan dengan jalan diundi, nescaya mahulah mereka diundi. 

Dan kalaulah mereka tahu keutamaan segera pergi solat, nescaya mereka akan berlumba-lumba ke sana. 

Dan kalaulah mereka tahu keutamaan solat Isyak dan Subuh berjemaah, nescaya mereka akan mendatanginya, sekalipun mereka akan merangkak. "

Hadis Sahih Muslim.

Monday, December 2, 2013

Imam Untuk Diikuti

Isnin,28 Muharram 1435H: Berita dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., bahawa beliau bersabda: 

"Imam itu ditetapkan untuk diikuti. kerana itu janganlah kamu menyalahinya. 
Apabila dia rukuk, rukuk pulalah kamu. 
Apabila dia membaca Sami'allahu liman hamidah, maka baca pulalah Rabbana lakal hamdu. 
Dan apabila dia sujud, sujud pulalah kamu, apabila dia duduk, duduk pulalah semuanya. 
Dan luruskan saf (barisan) dalam solat; sesungguhnya meluruskan saf itu sebaik-baik solat."

Hadis Sahih Bukhari.

Friday, November 29, 2013

Jangan Menyalahi Imam

Jumaat, 25 Muharram 1435H: Berita dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., bahawa beliau bersabda: 

"Imam itu ditetapkan untuk diikuti. kerana itu janganlah kamu menyalahinya. 
Apabila dia rukuk, rukuk pulalah kamu. 
Apabila dia membaca Sami'allahu liman hamidah, maka baca pulalah Rabbana lakal hamdu. 
Dan apabila dia sujud, sujud pulalah kamu, apabila dia duduk, duduk pulalah semuanya. 
Dan luruskan saf (barisan) dalam solat; sesungguhnya meluruskan saf itu sebaik-baik solat."

Hadis Sahih Bukhari .

Wednesday, November 27, 2013

Tiga Keistimewaan Umat Muhammad

Rabu, 23 Muharram 1435H : Dari Hudzaifah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Kita diistimewakan Allah dari umat-umat yang lain dengan tiga macam keistimewaan : 

(1) Saf (barisan) kita diatur seperti saf malaikat.
(2) Bumi dijadikan seluruhnya bagi kita menjadi tempat sujud (solat), dan
(3) tanahnya suci untuk kita gunakan apabila tidak ada air."


Hadis Sahih Muslim.

Tuesday, November 26, 2013

Saf Lurus, Solat Sempurna.

Selasa, 22 Muharram 1435H: Dari Anas bin Malik r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Luruskan saf kamu, kerana saf yang lurus termasuk solat yang sempurna."

Hadis Sahih Muslim.

Monday, November 25, 2013

Luruskan Saf Solat

Isnin, 21 Muharram 1434H: Dari Nu'man bin Basyir r.a., katanya: "Rasulullah saw. pernah meluruskan saf kami, sehingga beliau kelihatan seolah-olah sedang meluruskan anak panah sampai lurus benar. 

Pada suatu hari ketika beliau hendak solat dan hampir takbir, tiba-tiba terlihat oleh beliau seorang lelaki menonjolkan dadanya dari saf. 

Maka bersabda beliau, "Wahai hamba Allah! Luruskanlah saf anda! Kalau tidak, nescaya Allah akan mencerai-beraikan hati anda."

Hadis Sahih Muslim.

Friday, November 22, 2013

Saf Yang Paling Baik

Jumaat, 18 Muharram 1435H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Shaf yang paling baik bagi lelaki ialah saf pertama, dan yang paling buruk ialah saf terakhir sedangkan shaf yang paling baik bagi perempuan ialah saf yang terakhir dan yang paling buruk ialah saf yang pertama."

Hadis Sahih Muslim.

Thursday, November 21, 2013

3 Perkara Yang Allah Haram Dan Benci

Khamis, 17 Muharram 1435H: Dari Mugbirah bin Syu'bah r.a., dari Rasulullah saw. sabdanya: 

"Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla mengharamkan atasmu: 
(1) mendurhakai ibu; 
(2) mengubur anak perempuan hidup-hidup; 
(3) tidak suka memberi, tetapi suka meminta. 

Dan Allah membenci bagi mu tiga perkara : 
(1) suka desas-desus;
(2) banyak bertanya (pertanyaan-pertanyaan yang tidak berisi bahkan bersifat mencemuh): 
(3) menyia-nyiakan harta (membelanjakannya tidak menurut kehendak syarak, dan pemboros)."

Hadis Sahih Muslim.

Wednesday, November 20, 2013

Kenikmatan Yang Tersembunyi

Rabu, 9 Muharram 1434H: Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda bahawa Allah Ta'ala telah berfirman: "Ku sediakan bagi hamba-hamba-Ku yang soleh segala kenikmatan yang belum pernah dilihat mata, belum pernah didengar telinga, bahkan belum pernah tergambar dalam hati sanubari manusia. 

Sesuai dengan firman Allah Ta'ala di dalam Kitab-Nya yang mulia, "Tidak seorang pun yang mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka (iaitu segala macam kenikmatan) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. " (As Sajdah, 32: 17)

Hadis Sahih Muslim.

Tuesday, November 19, 2013

Kelak Akan Terjadi Banyak Fitnah (Kekacauan)

Selasa, 15 Muharram 1435H: Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Kelak akan terjadi banyak fitnah (kekacauan). 

Orang yang duduk ketika itu lebih baik dari yang berdiri.

Yang berdiri lebih baik dari yang berjalan. 

Yang berjalan lebih baik dari yang berlari. 

Siapa berusaha memadamkan kekacauan itu dia akan ditelannya. 

Dan siapa mendapat tempat berlindung sebaiknya dia berlindung."

Hadis Sahih Muslim.

Monday, November 18, 2013

Wanita, Rambut & Tatoo

Isnin, 14 Muharram 1435H: Dari Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda: 

"Allah mengutuk wanita yang mempergunakan rambutnya untuk mengulas rambut wanita lain, wanita yang mengulas rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar dikulitnya dengan tusukan dan wanita yang minta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan."

Hadis Sahih Bukhari .

Friday, November 15, 2013

Bertemu Allah

Jumaat, 11 Muharram 1435H: Dari 'Aisyah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Siapa yang ingin bertemu dengan Allah nescaya Allah ingin pula bertemu dengannya. 
Dan siapa benci bertemu dengan Allah, nescaya Allah benci pula bertemu dengannya." 
Lalu aku bertanya : " Apakah yang dimaksud membenci mati? Kerana kami semua benci akan mati." 
Jawab beliau, "Bukan begitu! Tetapi setiap orang mukmin apabila diberi khabar gembira dengan rahmat Allah, dengan keredhaan-Nya dan dengan syurga-Nya, nescaya dia ingin bertemu dengan Allah. 
Maka Allah ingin pula bertemu dengannya. Sedangkan orang kafir, apabila diberi khabar dengan 'azab Allah dan dengan kemarahan-Nya, dia benci bertemu dengan Allah dan Allah benci pula bertemu dengannya."

Hadis Sahih Muslim.

Wednesday, November 13, 2013

Puasa Sunat Hari Asyura

Rabu, 9 Muharram 1435H: Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Ketika Rasulullah saw. belum lama tiba di Madinah, didapatinya orang-orang Yahudi puasa pada hari 'Asyura. Maka bertanya beliau kepada mereka, "Hari apakah ini, sehingga anda semua mempuasakannya?" 

Jawab mereka, "Hari ini hari besar, di mana Allah telah memenangkan Musa serta kaumnya, dan menenggelamkan Firaun serta kaumnya. Kerana itu Musa puasa setiap hari itu untuk menyatakan syukur, lalu kami mempuasakannya pula."

Maka bersabda Rasulullah saw., "Kami lebih berhak dan lebih patut memuliakan Musa daripada kamu semua." 

Lalu Rasulullah saw. puasa pada hari 'Asyura dan memerintahkan kaum muslimin puasa pada hari itu.

Hadis Sahih Muslim.

Tuesday, November 12, 2013

Puasa Sunat 9 & 10 Muharram

Selasa, 8 Muharram 1435H: Dari 'Abdullah bin 'Abbas r.a., dia menceritakan bahawa ketika Rasulullah saw. puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan memerintahkan kaum Muslimin supaya puasa, para sahabat berkata, "Hari ini adalah hari raya orang-orang Yahudi dan Nasrani."

Lalu Rasulullah saw. bersabda: "Apabila masih menyaksikan tahun yang akan datang, insya Allah kita puasa pada tanggal sembilan Muharram."

Kata 'Abdullah selanjutnya, "Ternyata tahun depan itu, beliau sudah wafat."

Hadis Sahih Muslim.